Viral bersifat natural,tidak dirancang,tidak dilakonkan dan tidak diada-adakan. Bila sesuatu makanan itu viral, pasti ramai orang cuba untuk buat dan jual tapi realitinya produk viral ini mengikut trend dan demand semasa..
Langkah yang diambil oleh Cik Puan Abira Ayub untuk bina bisnes Cha Bang Ang yang viral pada tahun lepas tak salah sebab beliau tahu untuk pastikan bisnes viralnya bertahan dengan bimbingan Hasbul Brothers.
“Cabaran saya dalam bisnes adalah untuk kekalkan demand di dalam market supaya produk boleh bertahan lama. Dahulu ejen-ejen Cha Bang Ang ada mindset nak jual sebab produk viral, tapi terbukti kami boleh bertahan sehingga setahun. Syukur Alhamdulillah” - Cik Puan Abira Ayub
Cik Puan Abira Ayub, founder Cha Bang Ang
Sangat berpegang kepada kata gurunya, “Bina bisnes untuk bertahan lama, bukan untuk tunjuk hebat pada orang lain.” Cik Puan Abira perbetulkan mindset berniaga untuk bantu kewangan orang lain dan pada masa yang sama bantu keluarga mereka juga.
Keberkatan ingin membantu mengubah hidup orang lain itu dah bantu jenama Cha Bang Ang berjaya jana sales sebanyak RM500 ribu pada bulan Mei yang lalu. Pada bulan Mac dan April sales bisnes beliau masing-masing mencatat jumlah sebanyak RM 58 ribu dan RM 250 ribu.
Di kala netizen buat spekulasi bisnes makanan viral susah nak jual ketika PKP sebab semua orang boleh cuba boleh buat sendiri di rumah, wanita ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan jumlah sales RM setengah juta yang beliau dah jana. Tahniah Cik Puan Abira!
Ketika ditanya apakah tindakan baru yang diambil beliau untuk terus kekalkan jumlah sales, ini antara jawapan beliau:
Cha Bang Ang, desert viral dari Thailand yang tular pada tahun 2019
Perbaiki Cost Structure
Cik Puan Abira berkata beliau akan perbaiki cost stucture untuk menaikkan kos marketing dengan konsisten setiap bulan demi capai target sales yang ditetapkan. Akui Cik Puan Abira selama ini walaupun sales yang diraih banyak tapi ada sahaja kebocoran kerana tak menjaga kos dengan betul.
Cari staff yang betul-betul passion
Beliau juga dah pandai urus team Cha Ba Ang supaya staff yang di-hire bukan hanya sekadar nak datang makan gaji tapi nak sama-sama majukan bisnes Cha Bang Ang. Jarang ejen dan staff yang nak bertahan dengan produk bersifat viral ni, tapi Cik Puan Abira ada!
Jaga customer happiness
Antara lain, ilmu paling wow yang Cik Puan Abira dah belajar daripada Hasbul Brothers adalah untuk cipta customer happiness bagi memastikan jenama anda berada di dalam pasaran untuk long-term.
Selain itu, kata beliau Hasbul Brothers sentiasa menekankan bahawa kita mesti ada great product dan kita perlu mementingkan Research & Development untuk setiap product yang nak dipasarkan.
Paling penting, product mesti selaras dengan marketing yang kita buat. Tak perlu iklan atau copywriting hype yang berlebihan kerana product adalah promise iaitu janji yang kita taburkan ketika pelanggan melalui iklan.
Anda ada rancangan nak bina bisnes viral yang bertahan di pasaran selama-lamanya?
Kalau Cik Puan Abira boleh, kenapa tidak anda?