fbpx

Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut.

Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 bulan pertama.

Penutupan operasi ini lazimnya berlaku pada pengusaha bisnes yang baru berjinak-jinak. Melihat renovasi kedai yang gah, kemudian terpaksa ditutup pula, ia satu tragedi yang berulang-ulang berlaku setiap kali ada kawasan komersial baru dibuka.

Kenapa 70% premis bisnes atau kedai yang dibuka oleh pemain baru banyak ditutup walaupun tidak sampai 12 bulan beroperasi?

 

  1. Hanya ambil kira kos membuka bisnes.

Lazimnya, sesebuah bisnes yang memerlukan premis atau kedai memerlukan sekurang2nya 1 hingga 3 tahun untuk capai titik pulang modal. Orang baru berniaga hanya kira kos membuka kedai, mereka tidak mengira dan menyediakan modal untuk kos operasi 12 bulan pertama.

Setiap bulan mereka mengharapkan duit baru yang masuk untuk tanggung kos operasi sedangkan bisnes belum cukup dikenali. Jualan pun masih tidak banyak.

 

  1. Habiskan banyak wang pada renovasi dan dekorasi premis.

Mereka habiskan modal berpuluh-puluh ribu untuk kos renovasi sehingga tiada langsung duit tinggal untuk kos pemasaran.

Anggapan mereka apabila premis dibuka, pelanggan terus masuk! Ia jarang berlaku. Jenama besar pun berbelanja untuk memberitahu kewujudan premis mereka di sesuatu tempat. Apatah lagi kita yang kedai masih kecil yang baru sahaja masuk market!

 

  1. Menggunakan duit pinjaman untuk kos memulakan bisnes.

Ini langkah tidak betul dalam bisnes. Belum apa-apa, bulan pertama sudah perlu bayar ansuran pinjaman.

Pelanggan pun belum ada. Jika ada pun, jumlah jualan ketika itu belum tentu mampu cover kos operasi. Untung belum ada, sudah kena bayar duit pinjaman. Habis dikorek sehingga licin duit simpanan! Duit pasangan pun habis dikorek juga!

 

Ini namanya jatuh terduduk :

+ Bisnes terpaksa ditutup.

+ Pinjaman terpaksa dibayar.

+ Duit simpanan juga habis!

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!