fbpx

Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan?

Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking.

Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.

 

Apa yang anda boleh tambah baik :

 

+ Tingkatkan kualiti produk

Apabila kita asyik turun harga, kita tak boleh deliver more value kepada pelanggan sebab untung sangat tipis.

Maka kita kumpul pelanggan yang setia dengan kita sebab harga semata-mata. Jika ada pesaing lain jual lebih murah, pelanggan akan curang.

Daripada asyik turunkan harga, lebih baik kita fikir untuk beri lebih value.

Contohnya tingkatkan kualiti produk.

Dari sudut materialnya ditambah baik.

Dari sudut bahan-bahannya ditingkatkan keberkesanan.

Dari sudut teknologi ditambah untuk beri lebih keselesaan, kepantasan dan kemampuan.

 

+ Presentation

Tambahbaik presentation produk. Presentation membentuk persepsi.

Produk sama tapi apabila diletak dalam pakejing berbeza memberi persepsi berbeza!

Bukan pakejing sahaja, malah kualiti gambar juga ditambahbaik.

Video-video iklan produk juga disunting dengan lebih menarik.

Gambar dan video ini apabila kita letak di web dan social media akan membetuk persepsi baru di mata pelanggan. Ia membuatkan jenama kita lebih menonjol, premium dan berkualiti daripada jenama pesaing yang jual produk yang sama.

 

+ Presentation

Tambahbaik presentation produk. Presentation membentuk persepsi.

Produk sama tapi apabila diletak dalam pakejing berbeza memberi persepsi berbeza!

Bukan pakejing sahaja, malah kualiti gambar juga ditambahbaik.

Video-video iklan produk juga disunting dengan lebih menarik.

Gambar dan video ini apabila kita letak di web dan social media akan membetuk persepsi baru di mata pelanggan. Ia membuatkan jenama kita lebih menonjol, premium dan berkualiti daripada jenama pesaing yang jual produk yang sama.

 

+ Great offer

Offer di sini bukan bermaksud bagi diskaun besar-besaran ye!

Ada banyak lagi cara lain seperti warranty, money back guarantee selama tempoh-tempoh tertentu.

Kita juga boleh beri freemium (free + premium) mini gift kepada pelanggan atas setiap pembelian.

Freemium gift ini akan menaikkan value kepada core product tersebut menyebabkan pelanggan rasa lebih berbaloi atas setiap wang dibelanjakan.

 

+ Endorsement

Apabila bisnes sudah jana keuntungan, boleh laburkan untuk dapatkan sokongan daripada influencer, selebriti atau golongan pakar.

Dapatkan pengesahan dan genuine review daripada mereka.

Kita juga boleh dapatkan certificate tertentu dari agensi atau pihak berautoriti untuk meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan kepada produk kita.

 

Usah berada dalam pemikiran sempit tentang ‘value’ iaitu mengaitkan value itu dengan harga murah, diskaun atau potong harga semata-mata.

Andai bisnes kita bergantung kepada waktu potong harga baru jualan naik, bisnes itu dalam bahaya. Ia amat sukar untuk bertahan lama.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!