March 10, 2019

Usahawan Ini Kongsikan 8 Langkah Persediaan Awal Bagaimana Hadapi Ekonomi 2016 Yang Mencabar

Cukupkah pengetahuan kewangan kita untuk menempuh tahun mencabar ini? Saya yang baru sahaja masuk ke kapal terbang untuk penerbangan balik ke tanah air tertarik dengan tajuk akhbar hari ini setelah diberikan surat khabar oleh pramugara Malaysian Airlines.

Harga minyak jatuh lagi. Apa yang terjadi andai harga minyak terus menjunam? Adakah kerajaan akan “revise” belanjawan negara? Mampukah Petronas bertahan dalam situasi ini? Apa akan jadi dengan matawang negara?

Apakah kerajaan akan meningkatkan lagi cukai? Apakah lebih ramai orang akan dibuang kerja tahun ini? Dan bermacam-macam persoalan lagi yang timbul dalam pemikiran ini sementara “ground crew” membuat persediaan untuk berlepas.

Pada saya, kita beri perhatian pada perkara yang dalam kawalan kita dahulu. Semua persoalan diatas tidak dalam kawalan kita. Apa yang dalam kawalan kita adalah kewangan peribadi kita dan kewangan syarikat kita.

Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman saya tentang kewangan baik untuk peribadi mahupun syarikat sebagai seorang lulusan aktuari dan pengarah urusan untuk syarikat saya.

#1 – Duit Masuk Mesti Lebih Dari Keluar

Kembali pada asas. Apa juga yang berlaku, prinsip asas kewangan masih “Belanja kurang dari pendapatan”. Memang itu sahaja yang diceritakan dalam hampir semua buku kewangan. Memang itu pun diajar dalam semua seminar atau kelas. Kenapa? Kerana memang itu kebenarannya!

Terdapat dua kaedah untuk mencapai matlamat ini: mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Dengan menumpu pada 1 atau kedua-dua aspek ini membolehkan kita untuk membesarkan jurang antara 2 angka ini.

Dan jurang itu adalah tiket kita untuk “kebebasan kewangan” atau “financial freedom”.

#2 – Mahu Atau Tidak, Anda Perlu Tingkatkan Pendapatan

Bagaimana untuk tingkatkan pendapatan? Ramai yang akan cakap tiada satu cara umum untuk tingkatkan pendapatan. Benar, sesetengah dari kita dilahirkan dengan DNA usahawan dan sesetengah dari kita berfungsi degan lebih bagus dalam pejabat.

Ada orang yang yang mempunyai kreativiti yang tiada batas, ada sahaja idea dia. Ada orang pula memang tidak kreatif tetapi jika diberi senarai tugas yang banyak, beliau mampu untuk selesaikan semuanya.

Setiap dari kita dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Tidak semestinya menjadi usahawan lebih baik dari yang makan gaji. Ramai sahaja yang berniaga berpuluh tahun tetapi tidak maju berbanding yang makan gaji.

Tetapi jika kita kaji betul-betul, terdapat beberapa perkara umum yang sesiapa sahaja boleh buat tidak kira apa situasi kewangan mereka atau apa pekerjaan mereka untuk menambah pendapatan.

#3 – Turunkan Ego, Berguru Kepada Yang Lebih Tahu

Tidak bermaksud balik ke sekolah. Maksud saya, terus menerus belajar! Belajar perkara baru! Baca buku berkenaan bidang yang anda minati. Ambil peperiksaan profesional atau sambung pembelajaran. Tak kira apa jua yang sedang kita usahakan pasti ada perkara baru yang boleh kita belajar dan pertingkatkan nilai diri kita.

#4 – Sahut Cabaran #2Kerja Dari Menteri?

Sentiasa cari cara untuk duit bergolek masuk poket kita dari pelbagai cara. Andai anda suka menulis, anda boleh hantar artikel pada majalah dan ada majalah yang membayar untuk artikal yang berkualiti.

Anda juga boleh tulis ebook. Atau menjadi pemandu Uber. Ia juga sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melakukan 2 pekerjaan. ‪#‎2kerja‬. Secara ringkasnya, maksud saya dalam menambah aliran pendapatan ialah jika anda kehilangan pekerjaan anda yang sekarang ini impaknya kurang dan pendapatan keseluruhan anda bertambah.

Saya dulu pernah ambil upah “tolong” fotostatkan buku. Juga pernah ambil upah perbaiki komputer contohnya.

#5 – Ambil Serius  Tentang Hubungan Sesama Manusia

Kita tidak tahu hubungan yang kita bina pada masa lalu mungkin akan membantu kita dimasa depan. Kadang- kadang dari orang yang tidak pernah kita jangka. Oleh itu jika ada orang yang telah lukakan hati kita atau kita terasa berdendam dan terasa mahu cakap buruk tentang orang itu, tahan! Sabar!

Anda akan perasan, saban hari kita akan terserempak dengan orang yang pernah kita kenal. Maka, jangan sekali-kali putuskan mana-mana silatulrahim. Ia tidak membantu. Dan sentiasalah hubungi kawan-kawan lama. Facebook kan ada.

#6 – Hayati Erti Kesederhanaan Dalam Hidup

Kebanyakan orang salah anggap antara kesederhaan dengan kedekut. Kesederhanaan bukanlah sehingga memakai pakaian yang lusuh penuh bertampal, bawa kereta cabuk yang boleh mati enjin bila-bila masa atau memakai kasut yang bunganya pun sudah tiada.

Penuhi keperluan, tangguhkan kemahuan. Saya pernah jumpa ramai jutawan senyap yang tidak mewah langsung. Tidak pakai baju berjenama mewah, pakai telefon yang baling orang boleh koma atau beg-beg yang harganya tidak masuk akal.

Namun, wang tunai dalam bank boleh buat anda juling mata mahu kira, hartanah banyak, tidak lemas dengan pinjaman bank dan mereka hidup dalam kehidupan yang berpandukan peraturan mereka.

Berikut adalah cara saya berjimat :

Memaksimumkan setiap wang ringgit

Buat keputusan setiap kali anda berbelanja adakah berbaloi nilai yang anda dapat dengan harga yang anda bayar? Kuncinya adalah, apakah nilai yang anda dapat dengan setiap ringgit yang anda belanjakan.

Contohnya, ada situasi kita yang kita sedar kita ‘tidak berapa perlu perkara itu’ boleh buat keputusan untuk tidak beli atau belilah versi yang murah dahulu untuk tengok keperluan. Jangan takut untuk membeli.

Buang jauh-jauh tabiat yang hanya memakan diri

Ramai orang mempunyai rutin membeli latte yang overprice, beli surat khabar yang tidak pernah dibelek atau makan ditempat yang sama setiap hari. Belanja RM 5 lebih sehari pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) jika dicampur-campur akan menjadi RM 1300 setahun.

Itu sudah bayaran bulanan pinjaman rumah untuk kebanyakan orang. Periksa kembali semua perkara yang kita buat setiap hari terutama yang berkaitan dengan wang ringgit. Tanya diri samada itu adalah keperluan atau kemahuan.

Pegang kukuh prinsip 10 saat

Setiap kali mahu membeli barang atau membayar bil berhenti 10 saat dan tanya diri samada kita memang mahu perkara yang kita akan belanjakan duit ini? Contoh, perlukah kita ambil pakej yang unlimited SMS sedangkan sebulan kita mungkin hanya hantar  5 SMS. Teknik ringkas ini akan selalu tunjukkan arah berbelanja kurang.

Nasihat saya ini jangan sampai makan diri pula

Kebanyakan masa apabila kita potong perbelanjaan kita, kita tak perasan pun kekurangan itu. Andai kata ada perbelanjaan yang lepas kita potong menyusahkan kita, maknanya ia tidak berbaloi untuk dipotong.

Berjimat tidak boleh disamakan dengan kesusahan, ia cuma bermakna anda potong yang tidak perlu.Saya selalu bersorak gembira andaikata saya tahu saya berjaya untuk berjimat.

#7 – Urus Kewangan Anda Dengan Baik

Apabila anda berjaya meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan, anda akan dapati anda mempunyai lebihan tunai setiap hujung bulan. Lebihan tunai itulah tiket anda kepada kebebasan kewangan.

Lagi banyak anda dapat lagi cepat anda mencapai matlamat. Tetapi! Sentiasa ingat “Penuhi keperluan dan tangguhkan kemahuan”. Gunakan lebihan itu untuk stabilkan masa depan. Apa yang patut dilakukan dengan lebihan tunai itu? Begini caranya…

Selesaikan semua hutang yang kadar faedahya tinggi

Diri saya sendiri guna kad kredit seperti wang tunai. Sebab malas bawa tunai banyak ke hulu ke hilir. Tetapi saya tahu ramai yang guna kad kredit untuk berhutang. Selesaikan itu dahulu. Selesaikan kadar faedah yang paling tinggi dahulu kemudian ke kadar faedah yang lebih rendah.

Bina dana kecemasan

Dana kecemasan ini adalah duit yang disimpankan dalam akaun simpanan yang bertujuan hanya untuk digunakan semasa kecemasan seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan kereta dan macam macam lagi.

Ukur dana kecemasan ikut belanja kehidupan bulanan. Saya cadangkan simpan minimum 6 bulan punya belanjawan kehidupan. Kalau boleh adakan simpanan cukup untuk bertahan 2 tahun untuk selesa. Mahu berhenti kerja dan mula berniaga? Adakan dana ini dahulu.

Rancang untuk melabur

Jika ada lebihan lagi, melaburlah. Pelaburan bukan kepakaran saya lagi kerana masih mencari rentak dan cuba-cuba, jadi saya tidak mahu tulis banyak.

#8 – Kemana Hala Tuju & Siapa Anda 5-10 Tahun Akan Datang?

Kebanyakan orang melihat tujuan semua ini adalah untuk jadi kaya. Semua orang mahu jadi jutawan kan?

Objektifnya begini. Ia bukan untuk menjadi kaya, tetapi ia tentang kebebasan. Kebebasan dari hutang. Kebebasan untuk mencuba perkara baru dalam hidup. Kebebasan masa untuk beribadah. Kebebasan untuk melancong ke mana sahaja yang kita mahu pergi.

Itu yang kebanyakan orang mahu. Sekurang-kurangnya itu yang saya mahu.

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.