Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.
Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.
Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.
Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara face to face!
- Approach mereka dengan unsur humor dan fun.
Belon, deko kedai yang menarik dan maskot lebih mencuri perhatian pelanggan sasaran daripada seorang salesman yang edar flyers kan?
Saya teruskan dengan step dua sebab saya anggap anda dah dapat tangkap apa yang anda patut buat.
- Ceritakan kenapa anda buat apa yang anda buat.
Anda peniaga jalanan yang jual laksa misalnya, untuk bercerita kepada setiap pelanggan memang sukar tapi untuk pujuk pelanggan beli, anda boleh play video journey kenapa anda jual laksa. Mungkin resipi ibu anda yang anda nak legasikan untuk dirasai oleh pelanggan.
Perlu ingat, bila anda nampak passion dengan apa yang anda usahakan, pelanggan lebih cair dengan pujukan anda.
- Tunjukkan demo.
Ramai seller yang terus ke langkah ketiga tanpa lalui step pertama dan kedua iaitu terus buat demo.
Ini yang buatkan anda nampak terlalu hardsell tanpa salam perkhabaran dulu. Manusia perlu disantuni dan diketahui kewujudannya sebelum anda pujuk mereka untuk membeli.
- Pengesahan dari pihak ketiga atau testimoni.
Langkah keempat, buktikan produk anda mendapat review yang baik dari pelanggan. Kalau kita ke restoran ternama selalunya akan menghiasi dinding mereka dengan gambar pelanggan yang ternama yang pernah mengunjungi kedai mereka.
- Guna visual yang cantik.
Bunting, menu, price list, flyers dan sebagainya perlulah berwarna dan kreatif untuk pujuk pelanggan membeli. Dengan warna, pelanggan sasaran lebih tertarik dan menggoda mereka untuk surrender serahkan duit kepada anda.
Dapat tangkap lima langkah pujuk pelanggan membeli ni?