Ramai pemilik perniagaan bercakap tentang budaya syarikat mereka, tetapi hanya segelintir sahaja bercakap di atas realiti sepertimana dipraktikkan pada syarikatnya. Zappos, The Henderson, syarikat yang berasaskan perniagaan kasut dan pakaian peruncit sering dijadikan contoh syarikat yang menerapkan dan menjaga nilai budaya terhadap pelanggan dan pekerjanya.
Dimana syarikat ini berjaya mencatatkan pencapaian yang menakjubkan, yakni 75 peratus pelanggan mereka membuat pesanan lebih daripada sekali.
Syarikat itu telah mendapat perhatian meluas tentang penerapan budaya termasuk media antarabangsa . David “Doc” Vik, individu yang pernah memulakan kerjaya dengan syarikat Zappos.
Dan beliau kini berkerja dengan syarikat-syarikat untuk membantu mereka membina persekitaran syarikat yang berkesan dan motivasi. Beliau berkata terdapat 5 komponen utama untuk membina budaya syarikat yang berjaya.
#1 – Tentukan Visi Anda
Visi adalah sesuatu matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan. Di dalam bukunya, The Culture Secret: How to Empower People and Companies No Matter What You Sell (Greenleaf Book Group, 2013), Vik menjelaskan bahawa, amat penting untuk anda tidak mengehadkan diri bagaimana anda tentukan apa yang anda usahakan sekarang.
#2 – Kenal Pasti Tujuan Anda
Untuk mewujudkan budaya dalam sesebuah syarikat, amat penting untuk anda memahami apa tujuan anda dalam perniagaan. Ini memastikan bahawa apa yang anda lakukan pada hari ini selari pada visi dan misi. Tujuan tidak semestinya atas keuntungan wang semata-mata. Sudah banyak bisnes yang kita lihat, tidak dapat bertahan lama apabila model bisnes berpaksikan duit semata-mata.
Bisnes tidak boleh lari dari konsep menyelesaikan masalah orang ramai, atau lebih tepat menawarkan solusi kepada sesuatu masalah. Kita boleh lihat kemunculan-kemunculan aplikasi mudah alih seperti GrabTaxi, Uber cepat berkembang dan digunakan oleh orang ramai oleh kerana produknya menyelesaikan masalah.
#3 – Tentukan Semula Model Perniagaan Anda
Perniagaan yang dijalankan dalam sesebuah syarikat juga adalah sebahagian daripada budaya syarikat. Untuk mewujudkan sebuah budaya dalam syarikat, usahawan sentiasa perlu berfikiran terbuka dalam memberikan produk dan servis terbaik kepada pelanggan anda.
#4 – Apakah Faktor Wow Bisnes Anda?
Semua orang pasti mahu diberi layanan yang terbaik begitu juga kepada pekerja dan pelanggan anda. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, anda juga perlu mengambil berat apa yang pelanggan anda inginkan.
Fikirkan apakah perkara yang menjadikan bisnes anda istimewa dari pesaing-pesaing lain dan sentiasa berusaha membuat dengan lebih baik.
Jika anda tidak dapat menunjukkan kelebihan yang ada pada bisnes anda, lebih banyak pesaing yang akan bersaing dengan anda, terutamanya melibatkan penawaran harga.
#5 – Tetapkan Nilai Pada Bisnes
Tanpa visi dan tujuan, tidak mungkin kejayaan akan dapat dicapai dalam sesebuah syarikat. Budaya syarikat juga tidak boleh diterapkan jika tiada nilai yang baik ditetapkan. Apakah bentuk nilai yang kita boleh tetapkan dan nilai itu membuatkan pelanggan kita bercerita dan sebarkan jenama kita tanpa dipaksa dan tanpa disuruh?
Jika anda fokus kepada 5 faktor ini dan dapat lihat perbezaan yang ada pada dalam perniagaan anda, mungkin ini dapat membantu supaya lebih fokus di masa akan datang dan tidak mustahil kejayaan bakal menjadi milik anda.