Asas untuk pastikan bisnes dapat berkembang dengan baik ialah anda mestilah kuasai Formula M.O.F terlebih dahulu. M.O.F ini bukannya singkatan bagi Ministry Of Finance. Tetapi, ianya formula asas yang bermula dari Marketing & Sales, Operation dan Finance.
Jadi, disini saya kongsikan bagaimana dengan Formula M.O.F ini dapat membantu anda mengembangkan lagi bisnes kearah yang lebih baik di masa hadapan.
#1- Marketing & Sales
Untuk pastikan bisnes berkembang dengan baik, anda seharusnya melakukan pemasaran secara konsisten. Tidak pernah lagi mana-mana syarikat yang sudah berjaya pada hari ini bercuti dalam melakukan pemasaran. Setiap hari anda mestilah sentiasa melakukan pemasaran supaya anda berjaya menarik lebih ramai pelanggan baru. Pelanggan yang sedia ada, anda haruslah mempunyai cara untuk menjaga mereka supaya mereka menjadi pelanggan yang setia. Yang mana, mereka ini juga akan merekemenkan orang lain unuk turut jadi pengguna.
#2- Operation
Bahagian operasi perlu diperkemaskan. Apabila bahagian pemasaran syarikat anda sudahberjaya menarik perhatian pelanggan, bahagian operasi mestilah mampu mengawal pengeluaran produk. Supaya barang yang ditempah oleh pelanggan turut sampai ke tangan mereka dengan baik. Ini untuk mengelakkan pelanggan membuat aduan apabila mereka lambat menerima produk dan juga menjaga dari segi kualiti produk.
Ramai usahawan yang saya jumpa sangat sangat hebat dalam meningkatkan angka jualan syarikat. Tetapi, kualiti produk tidak seindah yang disangka. Tambah lagi mereka tidak jaga bahagian khidmat pelanggan dengan mengabaikan maklumbalas daripada pelanggan. Ini akan memberi persepsi tidak baik terhadap syarikat. Disebabkan itulah, anda harus memastikan bahagian operasi ini dapat beroperasi dengan baik agar pelanggan dapat merasai bahawa produk yang anda keluarkan ini memang mampu menyelesaikan masalah mereka.
#3- Finance (Kewangan)
Bahagian kewangan syarikat perlu diurus dengan baik. Apabila anda melakukan pemasaran, sudah pasti akan ada aliran wang masuk kedalam akaun syarikat. Anda mestilah tahu cara pengurusan wang syarikat dengan baik agar anda dapat tahu berapakah keuntungan yang syarikat dapat setiap kali hujung bulan. Perkara ini sangat penting kerana bisnes sangat memerlukan keuntungan untuk memastikan bisnes sentiasa dapat berkembang.