August 4, 2020

Dibimbing dari 'bertatih' hingga jana ratus ribu sebulan dengan jual kacang sahaja

“Saya takda kesusahan dalam bisnes Mutyara, Alhamdulillah bisnes saya smooth je, sales memang lumrah dunia ada masa turun ada masa naik,” kata Puan Mastura Mamat.

Lelah jual macam-macam sebelum ni seperti batik, radio digital dan macam-macam lagi sebab pensyarah ini memang cenderung ke arah perniagaan. Bila berniaga macam-macam memang dapat untung tapi tak boleh menyimpan. 

Mana tidak, duit bisnes campur dengan duit susu pampers anak katanya. Beliau taknak lagi bisnes tanpa bimbingan dan keluar mencari guru untuk buat bisnes betul-betul bukan sekadar nak duit poket sahaja. 

Setia bersama The Protege selama hampir 3 tahun, ini yang beliau buat hingga jana RM 140 ribu dengan jual kacang je. 

Fokus pelanggan sasaran

Ketika mula-mula join kelas Hasbul Brothers, Puan Mastura nak jual kacang untuk semua lapisan masyarakat. Lepas diajar untuk fokuskan sasaran pelanggan, beliau buat kaji selidik sendiri dan dapat idea nak fokuskan sasaran pelanggan kepada ibu mengandung yang suka menguyah maka wujudnya jenama Mutyara yang menjual Preggy Nuts dan snek sihat untuk ibu mengandung. Bila sasaran pelanggan dah tepat, baru senang dan mudah nak rangka kampen marketing. 

SOP pengambilan staff

Percaya tak Puan Mastura masuk office seminggu sekali je. Beliau pasang CCTV untuk pantau staff-nya. Masih cinta untuk mendidik anak bangsa, pensyarah ini masih bekerja dan  ada dua orang staff yang uruskan bisnesnya. Yang bestnya dapat majikan macam Puan Mastura ni, beliau tak kisah staff nya tergolek atau terlentang di pejabat, janji kerja siap dan capai Key Performance Index (KPI). Alhamdullilah, dengan prosedur pengambilan staff yang betul kedua-dua staff Puan Mastura dah berkhidmat hampir dua tahun. 

Minta survey daripada pelanggan

Berdasarkan pengalaman Puan Mastura, input survey daripada pelanggan adalah bahan iklan yang efektif. Beliau sentiasa tanya pendapat dan kaji selidik pelanggan untuk menambah-baik produk Mutyara. 

Cara betul setting Facebook ads

Puan Mastura takda stokist dan ejen. Beliau fokus pasarkan produk melalui Facebook ads sahaja. Dengan bimbingan kami, awal-awal berbisnes beliau hanya belanjakan RM 200+ dan boleh raih sales dari RM 4000 hingga RM 6000 sebulan. Sekarang dengan belanjakan iklan sebanyak RM 3500++ sebulan, produknya boleh jana sales secara konsisten RM 50 hingga RM 60 ribu sebulan. Ketika PKP haritu, produknya paling laris terjual hingga capai RM 140 ribu sebulan. 

“Sebelum ni dah buat business macam-macam tapi tak menjadi, bila buat bisnes dan berguru baru menjadi. Jadi pentingnya bimbingan guru tu” nasihat Puan Mastura kepada usahawan di luar sana. 

Siapa yang tengah makan gaji tu, nak berjaya macam pensyarah dan usahawan seperti Puan Mastura ni? 

Sambil berkerjaya boleh bina bisnes dengan bantuan staff untuk jalankan operasi. Dengan bimbingan, jual kacang jer pun boleh berjaya tau!

Terinspirasi? 

Mulakan dengan daftar ke seminar online Grow Your Business pada 17 Oktober 2020 ini.

Yuran kelas hanya RM20 saja. Klik www.growyourbusiness.my

 

 

 

 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.