fbpx

‘Curi hati’ pelanggan sahaja dah berjaya buatkan peniaga tepi jalan ni jana RM 70 ribu sales sebulan

Jadi peniaga tepi jalan ni bukan senang nak capai sales lima angka sebulan. Lagi-lagi sederet jalan yang sama bersepah pesaing jual produk sama dan asyik perang harga. 

Bila Tuan Saiful tengok perkara ni terjadi, beliau ada juga terfikir nak jual dua jenis produk iaitu yang murah dan mahal. 

Tapi pesaing asyik kata “Jual je murah nanti ramai lah orang akan datang singgah dan beli” tapi Tuan Shaiful terus hadir ke seminar kami untuk dapatkan kepastian dalam keputusan dan tindakan bisnesnya.  

Atas nasihat kami beliau apply perkara ni yang dah bantu naikkan sales beliau:

Bina great product

Jika pesaing lain menggunakan perapan salai dengan bahan mentah yang murah, beliau ikut nasihat kami naikkan value produk dan guna bahan perapan salai yang mahal dan jual dengan harga yang bersesuaian dan berpatutan. Meskipun lebih mahal berbanding pesaing lain yang berniaga sederet dengannya tapi hanya 10% pelanggan yang tak sudi beli dan menjengah ke pesaing.

Pacak signboard

Tuan Saiful mengaku memang beliau lemah marketing secara online ni, jadi sebagai permulaan beliau ambil inisiatif pacak signbaord untuk tarik perhatian orang yang lalu lalang 50 meter sebelum sampai ke gerainya. 

109520289-726917071466342-1458491873862832950-oStaff Tuan Saiful di hadapan gerai 48 Salai Smoke House

Curi hati pelanggan

Staff Tuan Shaiful memang dah dilatih untuk bukan hanya cakap terima kasih, tapi “Terima kasih Tuan/Puan semoga selamat sampai ke destinasi!”. 

Kata-kata tu antara faktor ramai pelanggan untuk datang beli lagi sebab layanan mereka dah berjaya curi hati mereka. 

Kata Tuan Shaiful, 90% pelanggannya adalah pelanggan yang puas hati dengan produk dan repeat order dan hanya 10% pelanggan baru.

Ambil contoh dari Tuan Saiful ni, dengan curi hati pelanggan sahaja dah bantu peniaga tepi jalan ni konsisten jana sales RM 40 hingga RM 70 ribu sebulan sejak awal tahun 2020.

Jom curi hati pelanggan anda sekarang dan belajar kembangkan bisnes bersama kami 8 Ogos ini dengan yuran serendah RM20 di Seminar Online Grow Your Business. Daftar di https://growyourbusiness.my

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!