“Aku nak buat bisnes, nak pergi kelas belajar buat bisnes lah!”
Ini mainan kata yang selalu bermain di minda usahawan bisnes kecil yang tercari-cari jalan untuk mulakan perniagaan.
Antara kes lain, usahawan yang bisnes mereka stuck dan tak boleh nak jana sales lebih daripada kebiasaan. Mereka akan mula merangka jalan untuk tambahkan ilmu untuk naikkan sales bisnes.
Anda mesti selalu jumpa iklan tentang guru bisnes atau kelas-kelas virtual yang menjanjikan bulan dan bintang melalui training dan coaching daripada mereka mampu buatkan anda jana sales yang mungkin tak pernah tercapai dek akal anda kan.
Yang tak bestnya, guru bisnes itu insan yang tidak mempunyai pengalaman dalam bisnes. Anda adalah target mereka, awas!
Tak dinafikan, anda perlukan orang yang berpengalaman untuk bantu bimbing anda untuk besarkan bisnes atau mulakan bisnes kerana bisnes memang tak boleh berkembang hanya daripada saranan rakan-rakan dan hasil daripada kotak pemikiran anda sendiri.
Lambakan self-claim guru bisnes ini buatkan anda keliru dengan siapa anda perlu berguru seharusnya.
Jom baca tips ni untuk anda dapatkan guru bisnes yang tepat!
1. Hadir Semua Kelas Guru Bisnes Yang Anda Tertarik
Yes, you heard it right. Pergi semua kelas virtual online yang anda tertarik. Lagi-lagi sekarang semua kelas dilaksanakan secara online kan. Ini peluang terbaik anda!
Dari situ, anda boleh filter konten atau pengisian daripada mereka sama ada membantu untuk kembangkan bisnes anda, memberi motivasi, skill pemasaran teknikal, sekadar memberi harapan dan macam-macam lagi agenda.
Tak rugi anda cuba hadiri semua kelas kerana bila di rumah anda lebih terbuka untuk berfikir sendiri tanpa pengaruh luar untuk pastikan konten yang mana yang boleh bantu Grow Your Business.
2. Bezakan Antara Trainer, Coach dan Mentor
Ada beza ya antara tiga status ni. Trainer adalah insan yang mahir tentang satu kemahiran dan akan melatih anda dalam satu-satu ilmu dengan terperinci. Macam anda pergi ke kelas nak buat kek, tenaga pengajar itu adalah seperti trainer anda.
Coach pula adalah insan yang lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang secara menyeluruh dari pelbagai aspek seperti contoh coach bola sepak. Misalnya Sir Alex Ferguson, bekas coach bola sepak kelab Machester United.
Meskipun dah bersara, namanya menjadi lagenda hari ini. Masakan tidak, skil coaching beliau sangat impactful ketika menguruskan taktikal dan strategi kelab Machester United yang beliau telah berkhidmat selama 27 tahun lamanya.
Jadi jika anda nak cari coach bisnes, cari coach yang dah ada pengalaman dalam bisnes kerana Sir Alex Ferguson ini adalah bekas pemain bola sepak. Jadi, selok belok skill bola sepak umpama dah ada dalam genggamannya.
Mentor tu apa pula? Ha, yang ni sering disebut-sebut oleh usahawan. Sebenarnya apa maksud sebenar mentor bisnes? Mentor ini sifatnya sangat personal. Mentor adalah siapa yang anda ‘looking forward’ atau yang anda idolakan.
Jika anda sedang berbisnes dalam bidang makanan contohnya anda perlu mencari mentor dalam bidang makanan juga iaitu seseorang yang anda nak capai kejayaan seperti mereka juga satu hari nanti. Cari orang itu dan belajar daripada beliau bagaimana nak capai goal anda pula.
3. Cari Konten Yang Boleh Bantu Buat Bisnes Anda Sustain
Jom umpakan bisnes anda seperti kapal terbang yang nak berlepas. Memang detik getir perlu dilalui oleh anak-anak kapal ketika nak ‘take-off’. Anda sebagai bisnes owner perlu buckle-up dan hustle demi memastikan bisnes anda berjaya rentasi cabaran bila mula-mula nak bertatih dalam dunia bisnes.
Oleh itu, cari coach yang betul-betul tekan kan tentang Grow Your Business kerana sebaiknya anda nak bangunkan bisnes hingga boleh ‘dilepaskan’ suatu hari nanti kepada generasi anda.
Paling bagus, jadikan bisnes anda warisan harta pusaka kepada pewaris anda seperti jenama Hotel Hilton atau contoh jenama tempatan pula seperti Kicap Cap Kipas Udang, Sos Aminah Hassan dan pelbagai lagi.
4. Bezakan Konten Dari Semua Kelas Yang Anda Pergi
Jangan biarkan guru anda hanya jual harapan! Cari guru yang betul-betul jujur dan ikhlas dan mempunyai pengalaman berjaya dalam mengurus bisnesnya sendiri.
Mulakan dengan bayaran yang anda mampu hadir dahulu. Jadi, jika konten tak tepati cita rasa anda, takdalah ralat sangat kan!
Konklusinya, sebagai usahawan anda perlu bijak dalam mengatur duit untuk berguru. Jadi,aliran tunai bisnes anda tak disalurkan kepada yang bukan ‘ahlinya’.
Kesilapan ini menggugat kedudukan anda untuk bertahan lama di dalam bisnes atau peluang untuk menjadi market leader tersekat jika salah labur duit.
Tidak dinafikan juga bisnes tycoon yang mempunyai jenama dan bisnes yang besar mustahil untuk turun padang dan mengadakan seminar bagi membantu usahawan-usahawan kecil seperti anda.
Jadi, pilih guru bisnes anda dengan sebaik-baiknya. Okay?
Salam Usahawan
Hasbul Brothers
# UsahawanBangsaPejuang