March 10, 2019

Cara Mudah & Berkesan Mendidik Anak Urus Wang Dengan Baik

Sesi persekolahan 2016 sudah bermula. Mungkin tip ini sesuai untuk tuan puan aplikasikan untuk mendidik anak-anak tentang perancangan kewangan.

 

Cara Biasa Orang Buat : Belanja, Dan Simpan Dalam Tabung

Cara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa, termasuk saya dahulu ialah kita beri wang belanja sekolah dan berpesan;


“…ambil duit belanja sekolah ini. Belanja dan kalau ada lebih simpan dalam tabung”.

Ia diasuh sejak hari pertama sekolah. Setiap hari dipesan perkara yang sama;

“… Kalau ada lebih, simpan dalam tabung..”

Anak tadi dari hari pertama darjah satu, hingga masuk darjah dua dipesan perkara sama. Apabila masuk sekolah menengah pun dipesan perkara sama. Apabila masuk universiti pun dipesan perkara sama;

“…ambil duit buat belanja, kalau ada lebih, simpan…”

Lalu, apakah yang kita harapkan kepada anak tadi apabila grad daripada universiti dan mendapat gaji pertama? Mereka akan belanja dahulu, kemudian barulah simpan!

Ya, itu yang akan mereka lakukan sebab itulah yang diajar, diasuh dan dididik sejak dari kecil.
Saya juga diasuh begitu. Cari itu tidaklah salah, tapi ia melahirkan generasi yang mendahulukan berbelanja berbanding menyimpan.

Hasilnya, statistik menunjukkan bahawa hanya sedikit rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi terutama orang Melayu Muslim. Jadi, apa yang kita boleh lakukan?

 

Cara Luar Biasa Yang Kita Boleh Buat : Simpan, Ada Lebihan Baru Belanja

Kita boleh “mengubah masa hadapan”, dengan mengubah sedikit sahaja tabiat. Sebenarnya, hanya perlu mengubah ayat sahaja, daripada kita berpesan;

“…ambil duit untuk belanja, kemudian kalau lebih boleh simpan dalam tabung…”, kita boleh ubah kepada; “…ambil duit dan simpan, ada lebih baru belanja…”.

Ia tidak sukar, cuma mencabar kebiasaan. Saya pun baru mulakan sejak tahun lepas, dan kadang kala terlepas pandang juga. Tahun lepas hanya seorang anak yang ke sekolah membawa duit belanja, tahun ini bertambah menjadi 3 orang.

Untuk menjadikan ia tabiat harian, wang saku diberikan di rumah bukan apabila sampai di sekolah kerana jika di rumah boleh terus masukkan ke dalam tabung. Saya siap-siap keluarkan wang not RM1 dari bank sebanyak beberapa ratus untuk sebulan dan simpan di rumah.

Setiap pagi sebelum hantar mereka ke sekolah, saya letakkan duit belanja di tabung anak-anak , dan berpesan;

“Kakak, Kak Aika, Abang Ni, ambil duit belanja sekolah dekat tabung. Kemudian simpan seringgit dalam tabung. Yang lebih buat belanja sekolah…” Semoga dengan cara ini dapat melahirkan generasi baru yang lebih mengutamakan simpanan sebelum berbelanja.

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.