Saya percaya ramai usahawan ada impian untuk ada 1 atau lebih bisnes yang capai tahap kejayaan luar biasa. Tapi buntu kenapa bisnes masih terkial-kial tahap sama.
Ia berpunca daripada pemikiran yang tidak berubah. Pemikiran akan mempengaruhi tindakan. Tindakan mempengaruhi keputusan yang anda capai hari ini.
Maka, kali ini saya kongsikan 3 tip untuk anda amalkan untuk membentuk pemikiran orang yang berjaya :
.
.
#1- Tuntut ilmu dan jaga pergaulan
Sebagai usahawan, jangan pernah takut jika anda tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dalam bisnes.
Apa yang anda boleh buat ialah, berada dalam kalangan rakan-rakan yang mempunyai impian untuk berjaya.
Sebagai contoh, katakan anda mempunyai bisnes. Rutin harian anda hanya ulang alik ke premis setiap hari tanpa pergi belajar. Bertahun-tahun, buat rutin sama tanpa perubahan.
Berbanding dengan seorang lagi usahawan. Bisnes dia sama seperti anda. Bezanya setiap bulan usahawan tersebut akan luangkan sedikit masa untuk berguru, bergaul dengan orang bisnes yang lebih berjaya dan sentiasa cari ruang untuk buat perubahan dan penambahbaikan. Maka sudah tentu tahap pengetahuan dan tindakannya berbeza. Cara dia berfikir juga akan lebih matang.
Jangan pernah bangga andai pengalaman anda dalam bisnes sudah 10 tahun tetapi tiap-tiap hari hanya buat rutin yang sama. Sibuk belum tentu bisnes berkembang.
.
.
#2- Berani untuk letak impian yang lebih tinggi
Langkah awal untuk kita capai impian kita adalah dengan beranikan diri untuk menulis impian kita yang luar biasa.
Sebagai contoh, anda berada dalam industri fesyen. Cabar diri sendiri..
"Pada tahun 2025, anda mahu capai jualan RM1juta sebulan."
Tulis impian dengan spesifik. Barulah kita berani untuk capai sasaran sendiri.
Bagaimana keberanian itu datang? Ia daripada ilmu, tindakan dan pergaulan kita!
Dan jangan lupa segala kekuatan itu adalah atas izin Allah jua. Sentiasa berdoa agar Allah swt permudahkan urusan kita.
.
.
#3- Jadikan kegagalan itu sebagai peluang untuk belajar
Gagal dalam bisnes itu perkara yang normal. Pepatah Jepun beritahu, gagal 7 kali, bangkit 8 kali.
Daripada keperitan dan pengalaman bangkit yang anda alami itulah akan menjadi pengalaman yang berharga dalam hidup.
Apabila anda hadapi krisis yang mendatang, anda lebih tenang. Anda juga lebih cepat sesuaikan diri dan pantas cari jalan untuk bangkit kembali.