March 16, 2020

3 Prinsip Penting Untuk Membina Pelanggan Yang Setia

Membina pelanggan yang setia adalah salah satu strategi untuk pastikan produk anda kekal lama di pasaran. Dengan adanya pelanggan yang setia lah, mereka akan menjadi duta secara tidak rasmi yang akan memperkenal kan produk anda kepada yang lain. Tetapi, untuk membina pelanggan yang setia, ianya tak semudah yang di sangka. Jadi kali ini saya akan kongsi kan 3 prinsip penting untuk membina pelanggan yang setia.

 

#1- Ubah mindset

Benda pertama yang anda harus buat ialah ubah mindset yang ada dalam diri. Kalau dahulu, anda selalu layan pelanggan sebab nak duit dari mereka, cuba tukar kepada mindset anda layan pelanggan disebabkan nak bagi mereka kehidupan yang lebih baik. Mindset ni sangatlah penting sebab anda akan rasa penat untuk bina pelanggan yang setia kalau asyik fikir nak dapat kan duit yang cepat.

Ini adalah antara strategi bisnes yang diguna pakai oleh jenama yang dah berada lama di pasaran. Jenama mereka kekal lama di pasaran di sebabkan mereka mempunyai sekumpulan pelanggan setia yang turut membantu menaikkan jenama mereka kepada orang lain. Disebab kan itulah, membina pelanggan yang setia ni termasuk di dalam aktiviti strategi bisnes dalam jangka masa panjang.

 

#2- Buka ruang komunikasi dengan pelanggan

Ianya sangat mudah untuk membina pelanggan yang setia bila pelanggan ada cara untuk berkomunikasi dengan anda. Apabila anda mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan pelanggan, anda akan dapat tahu maklum balas mereka mengenai produk. Ini juga akan memudahkan anda untuk mengenali pelanggan dengan lebih baik lagi.

Sebagai contoh, anda boleh lah memberi borang maklum balas kepada pelanggan apabila mereka membeli produk dengan anda. Dengan cara ini, anda juga akan dapat idea apa penambah baikan yang boleh di buat di dalam produk. Apabila anda memberi peluang kepada pelanggan untuk berkomunikasi, ianya akan menjadi lebih mudah untuk membina pelanggan yang setia. Ini kerana pelanggan sangat suka kepada jenama yang sangat prihatin tentang pengalaman mereka selepas menggunakan sesuatu produk.

 

#3- Tawarkan after sales service

Pastikan team anda sangat terlatih untuk berikan customer service yang bagus kepada pelanggan. Jika anda mempunyai agen, stokis atau pun dropship, sangat disarankan agar anda mempunyai satu modul khas SOP melayan pelanggan supaya standard customer service yang pelanggan dapat itu bagus. Ini bertujuan untuk pastikan pelanggan mendapat kualiti layanan yang sama dan sama seperti dari HQ. Layanan yang diberikan kepada pelanggan after sales service akan  mempengaruhi persepsi pelanggan terhadap jenama yang kita bawa.

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.