fbpx

5 Ilmu Penting Untuk Usahawan Baru

Untuk menjadi seorang usahawan, ianya bukan semudah yang disangka. Ianya tidak sama seperti yang kita sering lihat didalam drama Melayu. Realitinya tak seindah yang disangka. Tambah lagi apabila kita tersalah percaturan didalam bisnes. Ini akan menyebabkan kita kerugian beratus ribu ringgit dalam sekelip mata sahaja. Sebab itulah, untuk yang baru ingin berjinak-jinak didalam dunia perniagaan, anda mestilah kuasai 5 ilmu asas ini sebagai persiapan diri.

#1- Ilmu mengenal pelanggan

Ilmu yang paling utama anda kena tahu ialah bagaimana ingin mengenal pasti segmen pelanggan. Sebagai contoh, anda ingin memilih segmen pelanggan yang mempunyai masalah ingin mendidik anak membaca. Jadi, anda boleh keluarkan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.

#2- Ilmu nak tarik perhatian segmen pelanggan

Apabila sudah ada produk, anda kena tahu teknik berkesan untuk menarik perhatian segmen pelanggan ini. Andaikata anda sudah mempunyai produk yang bagus tetapi anda tidak tahu cara yang menarik untuk tarik minat pelanggan. Ianya ibarat sia-sia. Anda haruslah pandai mencari cara bagaimana ingin timbulkan minat pelanggan untuk tahu lebih lanjut mengenai produk anda.

#3- Kuasai ilmu menjual

Apabila anda sudah berjaya menarik perhatian pelanggan, anda kena tahu macam mana cara nak buatkan pelanggan agar menggunakan produk atau servis anda. Jika anda berjaya menunjukkan bagaimana produk anda sememangnya mampu menyelesaikan masalah pelanggan, maka, pelanggan tersebut akan percaya dan mula membeli produk atau servis anda.

#4- Ilmu asas kira-kira

Anda harus kuasai ilmu asas kira-kira didalam bisnes untuk pastikan sama ada bisnes anda ini membawa keuntungan atau tidak kepada syarikat. Antara kos yang anda perlu ambil kira ialah kos produk, harga jualan dan juga berapa keuntungan yang anda akan dapat. Anda juga harus ambil kira mengenai kos-kos yang lain seperti kos pengangkutan, penghantaran, komisyen staf jika ada dan sebagainya.

#5- Ilmu memilih platform

Kenalpasti platform yang manakah paling sesuai untuk memasarkan produk anda. Antara platform yang anda boleh gunakan untuk menjual secara atas talian ialah Facebook, Instagram, Website, Blog dan sebagainya. Anda kena tahu platform mana yang anda ingin gunakan terlebih dahulu. Andaikata anda ingin menggabungkan terus platform Facebook, Instagram dan Website, anda harus tahu bagaimana cara yang berkesan untuk menguruskannya secara serentak.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!