fbpx

Awal Tahun Hingga Ke Hujung Tahun, Jumlah Duit Simpanan Bisnes Masih Sama

Ini kisah Tuan Affifudin ketika awal-awal bisnes. Penat bisnes tapi wang simpanan dari awal tahun hingga hujung tahun masih jumlah yang sama. 

Tak tahan dengan situasi tu, beliau terus pergi ke Seminar Grow Your Business pada November 2018. 

“Sales dan keuntungan perlu selari barulah bisnes dapat berkembang dengan baik, kalau tak bisnes buat penat sahajalah” – Tuan Hasbul ‘Ariff. 

Kata-kata yang beliau masih ingat sehingga ke hari ini. Beliau tersedar rupa-rupanya margin untung setiap helai tudung yang terjual tu sangat tak relevan untuk tampung kos bisnes beliau!

Balik daripada seminar tu beliau dapat rasa yang bisnes ada perubahan setelah beliau dah mula… 

102405587-3723291291021437-4194403885796892083-o

Tuan Affifudin (berbaju kelabu) bersama Protege Hasbul Brothers yang lain bersama Tuan Hasbul ‘Aqill

 

Tonjolkan brand identity

Nak berbisnes tudung ni bukan mudah. Terlalu ramai pesaing. Tuan Affifudin mula cipta identiti brand beliau sendiri dengan gambar dan video yang ditonjolkan agar pelanggan ingat. Beliau juga mula membayar influencer di media sosial untuk perluaskan lagi ingatan orang ramai dengan identiti brand Heejab. 

Perbaiki cost structure (Dah tak takut pesaing main harga)

Tuan Affifudin dulu risau bila pesaing main harga dan beliau terikut-ikut nak jual harga pesaing. Tapi bila fikirkan semula dah setahun bisnes buat penat beliau tak fikirkan pesaing lagi dan fokus perbaiki kualiti produk dan pelbagaikan design. Yang penting, harga yang ditawarkan setimpal dengan kualiti tudung yang beliau jual.  

Grow e-commerce

Dengan pelancaran website Heejab yang baru dibina Mei 2020 yang lalu atas nasihat kami, Tuan Affifudin kata 20% daripada sales datang daripada website itu. Beliau bercadang nak mencuba pelbagai platform e-commerce yang lain supaya pelanggan takda alasan lagi untuk mencari brand Heejab. 

Tuan Affifudin sangat tak sangka hanya dengan seminar semurah RM50 dah bantu perbaiki bisnes beliau dan terus buat keputusan nak join The Protege pada September 2019. 

Syukur banyak perubahan selepas itu apabila jenama beliau jana sales RM 196 ribu, RM 190 ribu, RM 130 ribu dan RM 180 ribu dari bulan Januari hingga April 2020. 

Alhamdulillah. Segala kebaikan hanyalah dari-Nya. 

Nak kami bantu anda pula berjaya seperti pemuda ini? 

 

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!