September 2, 2020

Video rare ‘penyumbang’ terbesar sales kedai spek ini

Bermula dengan berniaga online hingga dah berkedai usahawan ini bersama kami. Kami bangga meskipun baru berniaga 15 bulan, simpanan syarikat pasangan ini dah capai RM 40 ribu dan kedai optiknya jana sales konsisten RM 51 ribu sebulan. 

Sebelum ini, nak buat RM10 ribu sebulan pun susah sangat. Mulanya bila Puan Soleha dan Tuan Aimaan datang menemui kami, mereka mengeluh sales kurang dan pesaing ramai. Mereka cuba buat video iklan pasal produk pun tak jalan. Ini antara nasihat kami yang mereka buat dan syukur menjadi: 

1. Create video yang hilangkan ketakutan pelanggan 

Akui Puan Soleha dan Tuan Aimaan hanya satu video yang mereka buat yang dah bantu naikkan sales Hava Optique. Malah, dari video tu dah tarik prospek yang ramai yang menjadi penyumbang terbesar sales Hava Optique. 

Video itu menyentuh dan menggali sedalam-dalamnya masalah pemakai spek dan dengan bantuan Hava Optique masalah tu dapat diselesaikan. Anda boleh tengok di sosial media Hava Optique dan cuba apply dalam bisnes anda pula. 

2. Cari pot kedai yang hectic

Walaupun berniaga online, mereka tetap nak sediakan kedai optik fizikal untuk pelanggan online berkunjung dan cuba sendiri spek yang mereka lihat secara virtual. 

Tapi kami nasihatkan, untuk menambahkan lagi jualan, segera cari kedai baru yang ada trafik yang ramai untuk tarik pelanggan secara walk-in pula. 

b75ee1e5-f36f-40cf-a2dd-ce45a07c07b4Kedai Hava Optique di Cyberjaya, Selangor

3. Serahkan tugas kepada ahlinya

Dulu, Puan Soleha dan Tuan Aimaan buat segalanya berdua. Kini, dengan bantuan 4 staff mereka hanya fokus buat marketing sahaja. 4 orang lagi adalah Optometrist, Sales & Marketing Executive, Admin & Production Executive dan Internal Runner. 

Tak logik bila difikirkan sales semput sekitar RM 10 ribu sebulan, dinasihat pula suruh ambil staff tapi bila dah ada staff Puan Soleha dan Tuan Aimaan nampak sales Hava Optique mula meningkat berbanding mereka bekerja berdua sebelum ni. 

4. Bila dah terjual jangan tak dihirau

Kata Puan Soleha dan Tuan Aimaan, mereka nampak masalah pesaing tak berikan warranty kepada pelanggan yang dah membeli. Di Hava Optique, pelanggan yang pening kepala bila pakai spek, spek senget atau ada masalah lain boleh diganti secara percuma. Puan Soleha cuba ‘fill the gap’ apa yang pesaing tak buat untuk puaskan hati pelanggan. 

5. Packaging dari ‘kayangan’

Amat menitik beratkan packaging mewah dari kayangan, Puan Soleha percaya dengan menjaga ekslusiviti packaging akan buatkan pelanggan lebih hargai sesebuah brand tu. Mustahil pelanggan nak buang kalau packaging cantik kan. Secara tak langsung, inisiatif tu boleh bina raving fans Hava Optique. 

Whats-App-Image-2020-09-02-at-09-59-31
Packaging kaca mata dari Hava Optique

Paling menarik, bila dah buat segala strategi di atas margin keuntungan Hava Optique melebihi 50%. 

Ada sesetengah usahawan takut nak invest buat strategi tersebut sebab takut rugi, cuba ikut apa yang Puan Soleha ni buat. Semoga bermanfaat! 

 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.