Terms & Conditions

  • PENERIMAAN TERMA DAN SYARAT
    • Jika anda membuat pembayaran (deposit/penuh), anda dengan automatik bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan yang berikut (yang syaratnya termasuk garis panduan dan peraturan yang mungkin dipaparkan oleh pihak Hasbul Brothers dari semasa ke semasa
    • Anda bersetuju bahawa Pihak Hasbul Brothers boleh mengubah suai, menyemak dan meminda terma dan syarat dan/atau menggantung atau menamatkan program ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan membuat pembayaran ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan apa-apa pengubahsuaian dan pindaan pada terma dan syarat ini.
    • Anda bersetuju untuk membenarkan pihak Hasbul Brothers berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran media dari semasa ke semasa. Saluran media di sini merujuk, tetapi tidak terhad kepada, khidmat pesanan ringkas, khidmat pesanan multimedia, Facebook, e-mel, Twitter, pemesejan segera.

 

  • MENGENAI THE GROWTH X
    • Program ‘The Growth X’ (TGX) merupakan program dibawah Majalah Niaga Sdn. Bhd. dimana anda akan dapat bimbingan selama 6 bulan dengan Hasbul Brothers secara online menggunakan Webinar.
    • TGX mempunyai 3 jenis pakej iaitu pakej Gold, Bronze dan Basic. Setiap pakej menawarkan komponen pembelajaran berbeza seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Hasbul Brothers.
    • Salah satu komponen dalam pakej Gold & Bronze, Masterclass Session akan dijalankan bersama-sama dengan peserta The Protégé dimana anda akan mengikuti sesi tersebut secara online manakala peserta The Protégé akan mengikuti Masterclass session secara offline bersama-sama dengan Hasbul Brothers.
    • Anda mesti berkelakuan dengan sewajarnya dan mematuhi terma dan syarat semasa mengikuti program, dan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan program. Pematuhan terhadap sebarang kesihatan, keselamatan atau keperluan program adalah tanggungjawab anda. Pihak Hasbul Brothers mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan dan mengeluarkan anda dari program pada bila-bila masa jika anda sedemikian, pada bila-bila masa, dianggap tidak berkelakuan baik, mengganggu, atau boleh menyebabkan (atau menyebabkan) kerosakan kepada orang, harta, atau reputasi Pihak Hasbul Brothers.

 

  • PROSEDUR BAYARAN
    • Segala bayaran (atas talian/luar talian) dan pertanyaan, sila hubungi Eksekutif Jualan Hasbul Brothers atau sebarang perhatian, boleh menghubungi di Tel: 03-8322 3838
    • Semua pengesahan bayaran hendaklah dibayar ke akaun MAJALAH NIAGA SDN BHD sahaja untuk penerimaan pendaftaran: –

MAYBANK: 5686 0300 9217 atau CIMB: 8008 2121 87

  • Semua harga disebut dalam Ringgit Malaysia (RM) dan pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia.
  • Bayaran Akhir mesti dibuat sekurang-kurangnya satu MINGGU sebelum tarikh program/seminar dengan Majalah Niaga Sdn. Bhd.
  • Pemulangan wang sama sekali tidak dibenarkan selepas bayaran dibuat.

 

  • PERUBAHAN & PERTUKARAN
    • Sebarang pertukaran nama tidak dibenarkan selepas pendaftaran dibuat.
    • Hanya peserta yang sudah mendaftar dan membuat bayaran penuh sahaja DIBENARKAN untuk menyertai program TGX.
    • Peserta tidak dibenarkan untuk carry forward ke program seterusnya sekiranya peserta tidak dapat hadir tanpa ALASAN KUKUH walaupun program dijalankan secara online.
    • Sebarang perubahan masa dan tarikh adalah tertakluk kepada pihak Hasbul Brothers dan akan dimaklumkan lebih awal kepada peserta.
    • Peserta dibenarkan untuk menaik taraf (upgrade) pakej daripada pakej rendah ke pakej tinggi. Namun tidak boleh turun taraf (downgrade) daripada pakej tinggi ke pakej rendah selepas bayaran telah dibuat.

 

  • LAIN-LAIN PERKARA
    1. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan atau penyebaran semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan. Sebarang rakaman audio, visual, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan dan pihak Hasbul Brothers berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuklah tindakan undang-undang.
    2. Pihak Hasbul Brothers juga MELARANG mana-mana pihak daripada mengadakan latihan seumpama ini atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Hasbul Brothers yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan program ini.
    3. Tidak dibenarkan juga sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Hasbul Brothers.
    4. Setiap usaha telah dibuat dengan tepat mewakili produk ini dan potensinya. Contoh dalam bahan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai janji atau jaminan jumlah pendapatan tertentu. Potensi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada anda yang menggunakan produk, idea dan teknik Hasbul Brothers. Tahap kejayaan anda dalam mencapai keputusan yang dituntut dalam bahan bergantung pada masa peserta menumpukan kepada program, idea dan teknik yang disebut, kewangan, pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Memandangkan faktor ini berbeza mengikut individu, pihak Hasbul Brothers tidak boleh menjamin kejayaan atau tahap pendapatan peserta. Pihak Hasbul Brother juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan anda.