The Protege

The Protege merupakan program yang advanced, exclusive, private yang membimbing pemilik bisnes membangunkan bisnes dengan kaedah 100% terbukti berkesan dan sistematik selama 1 tahun. Program ini berbentuk private (tertutup) dan pihak kami hanya menerima pengambilan peserta adalah terhad setiap batch bagi menjaga kualiti, prioriti, tanggungjawab, dan amanah yang diberikan.

The Protege bukan hanya mempelajari ilmu untuk letupkan jualan melalui kaedah pemasaran yang terbukti berkesan, juga ilmu membangunkan bisnes anda dari fasa survival sehinggalah berjaya kekal bersaing di dalam pasaran.

1. Sokongan Selepas Kelas Selama 1 Tahun

Sudah banyak kali join seminar, tetapi akhirnya tetap berada di tahap sama? Itu maknanya anda perlu sokongan dan bimbingan secara berterusan! Kalau tidak anda akan berjalan tempang!

Tidak seperti kelas bimbingan kebanyakan yang mana hanya mengfokuskan sesi bengkel tertutup sahaja, program The Protege menyediakan sokongan selepas kelas sehingga 1 tahun (mengikut pakej yang anda pilih).

2. ‘Recharge’ Knowledge & Energy Bulan Demi Bulan Melalui Monthly Mastermind

Di dalam program The Protege, anda diberi akses untuk menghadiri program bulanan kami, iaitu Monthly Mastermind. Sesi bulanan ini berkonsepkan diagnose (bedah siasat), dan tracking.

Anda diberi masa untuk menceritakan apa yang anda buat, dan apa hasil jualan yang anda telah terima. Dari situ, kami boleh tahu bisnes anda sedang sakit atau sihat! Pihak kami akan beri nasihat mengikut keadaan bisnes semasa agar, bisnes anda ada pertumbuhan bulan demi bulan, seterusnya mencapai jualan seperti mana anda inginkan.

3. Anda Berada Di Dalam Group Usahawan Yang Lapar & Dahagakan Kejayaan & Kekayaan

Di dalam program The Protege, anda berpeluang untuk kenal dengan rakan-rakan protege batch lepas yang telah mencapai jualan ratusan ribu, puluhan ribu setiap bulan.

Anda akan belajar ilmu pengalaman emas yang berimpak tinggi dari mereka. Dari situ, anda akan termotivasi dan ‘tak senang duduk’ dengan jualan yang anda terima. Pendek kata, sesi ini anda sesi yang membuat anda terpaksa keluar dari zon selesa!

4. Belajar Ilmu Pemasaran & Jualan Di Facebook!

Dalam tempoh 4 HARI sesi The Protege Advanced Mentoring Class, anda akan dibekalkan dengan modul khas yang mendedahkan strategi rahsia bagaimana meletupkan jualan melalui platform gergasi internet, iaitu Facebook. Anda akan didedahkan dengan teknik copywriting padu dan bagaimana mendapatkan prospek yang benar-benar memerlukan produk atau servis anda melalui medium ini!

5. Belajar Ilmu Bisnes Selain Dari Ilmu Jualan & Pemasaran

Jika anda faham tentang realiti bisnes, anda tahu kejayaan sesuatu bisnes bukan hanya terletak pada tinggi jualan dan kehebatan pemasaran yang dihasilkan. Masih ramai usahawan yang berjaya letupkan sales, tapi masih lagi bergelar CEO (Chief Everthing Officer). Semua kerja buat sendiri!

Atas sebab itu, anda bakal pelajari 12 komponen terpenting dalam bisnes melalui Monthly Webinar.