fbpx

Bagaimana Nak Jadi Unik Dalam Pasaran?

Unique selling proposition(USP) boleh dimaksudkan dengan faktor yang membezakan dan menjadikan sesuatu produk atau servis yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat itu lebih baik berbanding pesaing mereka.

Syarikat perlu menentukan USP mereka tersendiri supaya setiap strategi pemasaran dapat ditumpukan untuk menggambarkan USP syarikat secara keseluruhan. Syarikat juga boleh menggunakan 4P dalam pemasaran untuk menghasilkan USP yang unik kepada syarikat. 4P dalam pemasaran ialah product, price, place dan promotion.

Bagaimana cara menentukan USP syarikat? Ada tiga cara yang boleh digunakan.

1) Faham tentang pelanggan, letakkan anda ditempat pelanggan dan kenalpasti kemahuan sebenar pelanggan.

2) Ketahui apakah yang mempengaruhi tindakan dan keputusan pembelian pelanggan.

3) Tanya sendiri pelanggan sedia ada tentang sebab pelanggan memilih syarikat kita berbanding syarikat pesaing yang lain.

Cara paling mudah untuk mengetahui tentang pelanggan dan membuat keputusan tentang USP anda ialah dengan membuat kajian atau survey dengan pelanggan setia anda. Gunakan kekuatan anda yang dilihat oleh pelanggan setia untuk menarik lebih ramai pelanggan lain.

Syarikat Starbuck terkenal seluruh dunia menggunakan USP mereka yang utama ialah menyediakan kopi premium berkualiti tinggi dalam suasana yang nyaman. Walaupun mereka turut menjual produk-produk lain, namun setiap strategi pemasaran fokus kepada memperkenalkan USP mereka. Pelanggan sanggup membeli walaupun dengan harga yang premium.

Syarikat AirAsia terkenal dengan tagline “Now everyone can fly”. Setiap strategi pemasaran fokus kepada menyebarkan kepada umum tentang kos penerbangan tambang murah yang pastinya lebih rendah berbanding pesaing yang lain. AirAsia juga rajin membuat promosi dan diskaun untuk menarik pelanggan.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!