July 22, 2020

“Tuan, apa beza target market, leads dan prospek? Penting ke untuk tahu?”

Apabila kita mula berjinak-jinak dalam bisnes, kita akan terkial-kial untuk faham terma asing dalam bisnes. Antara perkara yang kita perlu tahu ialah customer journey.

Kenapa penting untuk tahu? Sebelum pelanggan menjadi pelanggan, mereka melalui sebuah perjalanan mencari arah tujuan, kenapa mereka perlu percaya pada kita. Itulah customer journey.

Maka, apa yang ada dalam customer journey?

#1 - Target Market

Tingkat paling atas dalam customer journey ialah target market. Target market ini individu yang kita nak sasarkan untuk menjadi pelanggan. Mereka belum menjadi pelanggan lagi.

Untuk kita sasarkan siapa pelanggan kita, kita kena tahu siapa mereka berdasarkan masalah dan demografik mereka. Senaraikan perkara berikut:

a) Jantina
b) Range umur
c) Lokasi
d) Status perkahwinan
e) Berapa ramai orang anak
f) Purata pendapatan
g) Pekerjaan
h) Apa masalah dan impian mereka yang kita nak selesaikan.

Apabila kita telah kenalpasti semua data ini, kita akan tahu apa, kenapa, siapa, bila dan bagaimana nak buat marketing. Nak tambah jumlah pelanggan sasaran? Perlu buat marketing secara konsisten dan kerap.

#2 - Leads

Individu yang mengisi maklumat seperti nama, emel dan no phone apabila kita tawarkan sesuatu secara percuma. Mereka ini kita panggil sebagai subscribers. Sebagai contoh, seorang business guru menawarkan video copywriting percuma, untuk download perlu isi maklumat diri.

Jenama fesyen ibu mengandung menawarkan tip-tip penjagaan anak dalam kandungan. Untuk dapatkan tip tersebut secara berterusan, mereka perlu masuk ke Telegram Channel.

Founder yang menggunakan sistem ejen, menawarkan tip-tip praktikal untuk bisnes dari rumah. Nak baca tip tersebut, target market mereka perlu subscribe emel atau masuk ke telegram channel.

#3 - Prospek

Prospek ialah mereka yang telah menjadi leads kita dan menunjukkan minat untuk dapatkan produk kita. Mereka telah follow kita untuk satu jangka masa tertentu dan trust mereka kepada kita juga telah meningkat.

Lalu, seorang prospek itu akan menghubungi kita untuk bertanya lanjut tentang produk. Mereka masuk ke website untuk membeli. Mereka juga akan call atau Whatsapp kita. Tugas kita untuk close menjadi pelanggan.

#4 - Pelanggan

Pelanggan ialah orang yang telah buat keputusan untuk membeli. Orang yang telah pun menyerahkan duit untuk dapatkan servis atau produk kita.

Ramai mengeluh sales kita tak banyak tapi kita tak buat kerja-kerja yang menaikkan number of customers.

Nak tambah number of leads yang tunjukkan minat kena tambah number of prospects. Nak tambah number of prospects, kena tambah baik kerja-kerja marketing menarik ramai orang untuk kenal dan follow kita. Be aggresive and be consistent!
.
.
.
#hasbulbrothers
#usahawanbangsapejuang
#tipsmarketing

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.