fbpx

Tips Elak Main Harga Murah dengan Menekankan Nilai

Hari ini, saya nak share lebih detail tentang salah satu komponen dalam produk iaitu HARGA.

Sematkan dalam minda anda… “Harga adalah apa yang pelanggan bayar, nilai adalah apa yang pelanggan dapat.” Business is an exchange of value. Untuk strategi produk ini, audience yang jumpa produk anda akan lalui 3 fasa justifikasi (justification process).
.

.
1 – Apabila mereka aware dengan kewujudan produk anda, mereka akan tanya, “Why should I buy this?”

Anda harus tanya diri anda, apa masalah pelanggan yang produk anda dapat selesaikan?
Apabila kita ada solusi tepat, mereka akan proceed pada step seterusnya.
.
.
2 – Soalan seterusnya akan bantu prospek buat keputusan untuk beli… “Why should I buy from you, NOT from your competitor?”

Fasa ini, anda perlu tonjolkan ciri unik pada produk anda, keunikan yang buat pelanggan pilih anda, social proof dan kredibiliti yang anda pada produk anda. .
.
.
3. Bagaimana harga vs nilai, yang mempengaruhi keputusan pelanggan.

Bagaimana nak letak harga yang tunjukkan “exchange of value”?

Strategi penetapan harga terdiri dari 3 bahan utama :

i – Kos produk
ii – Harga jualan
iii – Offer value

Contoh : Serum
Kos serum : RM22
Harga jualan : RM97
Offer value : RM446

Apa cara nak tonjolkan value pada produk? .
+ Bahan-bahan, cara guna, botol, product presentation melalui packaging dan visual melalui video dan gambar mestilah setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran yang sama harga RM97.
.
+ Letakkan nilai pada offer.
Contoh: RM97 Serum + free postage bernilai RM10 + free consultation after sales bernilai RM300 + free triple effect face soap bernilai RM39.

Nilai keseluruhan yang mereka dapat, RM446 pada harga RM97.

Mereka akan nampak VALUE pada keberkesanan produk dan VALUE pada OFFER yang ditawarkan. Maka itu meningkatkan kepercayaan pelanggan untuk serah duit kepada kita.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!