August 2, 2020

Terlampau asyik dengan personal branding sampai tak sedar bisnes tak grow

Terlalu promote diri sampai makan bisnes sendiri. Ini yang terjadi kepada Puan Adilla Azizan dua tahun yang lalu. Beliau terlalu fokus personal branding dan hanya tersentak bila lihat jumlah sales makin drop dan sales kaku tak bergerak, hanya sekitar jumlah yang sama je dek kerana terlalu yakin pengaruh dibina dapat bantu beliau jana sales power. 

“Adilla, awak kena cari guru untuk kembangkan bisnes bukan personal branding lagi,” kata gurunya yang dah merubah segalanya.

Dijodohkan bersama kami dalam The Protege selama hampir tiga tahun, ini yang Puan Adilla buat yang bantu naikkan sales beliau dan bina simpanan tunai RM 400 ribu lepas dua tahun berniaga:

Customer happiness

Melalui produknya Puretox, Puan Adilla sentiasa menjaga customer happiness. Beliau sentiasa pancing hati pelanggan yang dah beli untuk beli lagi. Antara strateginya adalah tawaran redeem satu botol percuma untuk pelanggan yang dah beli 5 botol produk Puretox. Selain itu, beliau akan reward pelanggan yang membeli paling banyak produk Puretox dalam setahun. 

Video marketing

Akui Puan Adilla video marketing sebelum dan selepas pengguna Puretox  sangat membantu untuk menaikkan sales. Bukan setakat screenshot sahaja seperti pesaing lain. Contohi Puan Adilla ni, cuba main game lain sikit daripada pesaing. 

Fokus jual

Sebelum bersama Hasbul Brothers, Puan Adilla dan team jual 33 produk, kami nasihatkan untuk kurangkan produk. Dan beliau hanya fokus pasarkan 6 produk sahaja. Terlalu banyak produk menyebabkan aliran tunai tercekik sebab duit banyak terbenam pada stok tidak laku.

Bina saluran Telegram

Bila ada saluran Telegram, pengikut Puan Adilla Azizan lebih rasa dekat, produk pun mudah dijual dan selalu laku keras. Beliau tarik prospek untuk ke chanel Telegramnya melalui sharing Live di Facebook dan Instagram story. 

Tambah staff

Dari bekerja sorang-sorang, beliau dah mula bina staff untuk bantu uruskan operasi syarikat. Jadi, beliau boleh fokus tugas founder sepatutnya dan bukan buat kerja ‘execute’ lagi. 

Selepas berguru beliau beliau mula nampak perubahan dalam bisnes. Sebelum ini simpanan syarikat beliau sentiasa kering kontang. Founder pun tak dapat menyimpan, apatah lagi stokis dan ejen! 

Kini simpanan tunai syarikat capai 400k. Malah stokis dan ejen beliau pun ada yang dapat menyimpan melebihi 100k. Sales juga meningkat hingga capai RM 400 ribu sebulan, sebelum ni sekitar RM 100 ribu hingga RM 150 ribu sahaja sebulan. Ejen dan stokist pun makin berkembang mencecah 120 orang. Ya 120 sahaja! Tidak ramai tapi berkualiti! Ini pentingnya grow ejen dengan ada ilmu.  

Ambil iktibar dari kisah Puan Adilla ni khusus untuk usahawan yang sibuk dengan personal branding tu. Jangan terlalu fokus kenalkan diri hingga bisnes tak berkembang. Semoga bermanfaat!

 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.