fbpx

Sendiri jual murah sendiri bingung saving syarikat tak naik-naik

Bila main volume dan jual harga murah, sales bisnes pakaian kanak-kanak beliau masih sekitar RM 40 ribu hingga RM 80 ribu sebulan. Perkara tu buatkan Tuan Farid dan isterinya buntu kenapa sales stuck dan cash reserve tak meningkat.

Bayangkan tiga tahun bisnes, duit simpanan takda walaupun sales banyak. Penat fikir apa punca, beliau hadir ke seminar Grow Your Business pada September 2019. 

Lepas hadir kelas, ini perkara yang beliau perbetulkan dan syukur jenama Deedodoy berjaya pecah rekod sales hingga mencecah RM 200 ribu sebulan. 

Tukar packaging dan branding

Masih kekalkan supplier yang sama tapi dengan ubah packaging dan nama brand, akui Tuan Farid memang agak susah untuk orang nak kenal mula-mula lagi-lagi followers jenama lama beliau iaitu Jual Murah Online (JMO) dah ada ratusan ribu di Facebook. 

Tapi pelanggan lebih senang dan nama itu syukur boleh menang di hati pelanggan. Mungkin kerana nama Deedodoy catchy berbanding JMO. Kesan daripada tukar nama brand dan packaging baru, kata Tuan Farid sales memang naik tapi secara jujurnya taklah sales naik mendadak tapi beliau nampak untung dan ada sedikit duit simpanan bisnes. 

114744267-318989919545048-9111864424425107499-o     Packaging baru Deedodoy    20645352-1263177300478118-5510741862416028144-oCara packaging lama jenama JMO

Baiki cost structure

Mulanya Tuan Farid takut nak naikkan harga, tapi lepas dinasihat sebab banyak kos-kos kecil yang tak diambil kira dek kerana itulah yang buatkan sales bisnesnya stuck. Tuan Farid naikkan harga jualan 30% daripada harga asal dengan menaikkan nilai dari segi branding dan packaging. Atas nasihat Tuan Hasbul ‘Ariff naikkan harga jualan tu bertujuan untuk tengok supaya bisnes tu boleh bina cash reserve atau tak. 

Lepas tiga bulan baiki cost structure, baru beliau nampak rentak dan sales mula bertambah hingga mencecah enam angka sebulan. 

Facebook Ads Marketing

Deedodoy memang tumpukan marketing secara Facebook advertisement sepenuhnya. Jadi, Tuan Farid disiplin dan konsisten spend 15% sahaja daripada jumlah jualan untuk iklankan di Facebook bagi mendapatkan pulangan untung yang berbaloi. 

Cara hire staff

Walaupun hanya ada tiga orang staff sahaja di Deedodoy tapi mereka mampu dan boleh diharap untuk berkhidmat lama. Khidmat pekerja tersebut ketika artikel ini ditulis adalah selama 2 hingga 4 tahun. Seorang tugas buat sales dan lagi dua orang bantu dari buat packaging. 

Rahsianya, beliau hire staff melalui Dope test. Melalui test tu beliau dapat tahu personaliti staff tu macam mana sebelum mula berkhidmat di syarikat. 

“Kalau mereka bertiga takda tak tahulah apa jadi dekat Deedodoy,” kata Tuan Farid mengakhiri perbualan sambil menghargai staffnya. 

Kesimpulannya, usahawan yang asyik nak ‘main volume’ berbanding naikkan value lambat laun akan ada masalah sama macam Tuan Farid ni. Mungkin anda seronok sales banyak, parcel di pos bertimbun tapi anda tak nampak kos-kos tersembunyi yang terpaksa ditanggung syarikat selama ni. Itu yang buatkan bisnes Tuan Farid masih takda simpanan.

Cuit rakan usahawan anda yang kejar volume jualan tu dan ajak mereka baca kisah Tuan Farid ni. Semoga bermanfaat untuk mereka. 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!