fbpx

Produk laku bila tengah trending sahaja

Membina nama melalui tajaan makanan dan minuman dalam drama Nur I menaikkan nama Popchiz hingga boleh jana sales RM 1.8juta pada tahun pertama. Selepas drama tamat, sales mula suam-suam kuku. 

Daripada 15 pekerja berkurang menjadi 3 orang kerana jualan berkurang. Ketika tu juga, Tuan Edy Faizullah tidak tahu bagaimana nak uruskan team Popchiz.

Beliau mula serah diri bila tengok bisnes makin huru hara. Melalui kenalannya Marimogo yang berada dalam circle The Protege beliau mula mengenali Hasbul Brothers. Ini yang beliau buat untuk bangkit daripada terus berharap hasil jualan Popchiz daripada publisiti dan pengaruh drama sahaja. 

Jaga customer happiness

Meletakkan ejen dan stokist sebagai pelanggannya, akui Tuan Edy selama ini beliau tak pedulikan ejen hingga ramai ejen lari.

Lepas dah belajar, Tuan Edy mula follow up ejen dan stokist dan sentiasa bagi bimbingan dan motivasi kepada mereka supaya produk Popchiz terjual dengan cepat. 

Selain itu, beliau sentiasa bagi giveaway pada ejen dan stokistnya untuk menggembirakan hati mereka. Pernah satu ketika dulu Tuan Edy buat silap kerana HQ Popchiz jual juga secara runcit kepada end customer. 

Tindakan itu mengundang ketidakpuasan hati pelanggannya hingga ramai buat keputusan angkat kaki. 

Bina team marketing

Sebelum ni, Tuan Edy yang buat segala aktiviti marketing. Daripada merancang hingga melaksanakan. Tindakan tu buatkan bisnesnya susah nak berkembang. 

Lepas kami nasihatkan, beliau bina team marketing dan fokus merancang sahaja dan team marketing yang melaksanakan segala-galanya dengan pantauan Tuan Edy. 

Dengan mengagih-agihkan kerja yang selama ini beliau buat sorang-sorang, beliau boleh tumpu kan perhatian bina idea untuk kembangkan bisnes dan pastikan bisnes bertahan dan kekal relevan di pasaran. 

106111589-10157983390273860-1979245135060381393-nBooth Popchiz di Malakat Mall, Cyberjaya

Facebook ads

Selama ini Tuan Edy buat Facebook ads fokus target audience kepada semua lapisan masyarakat. Strategi tu buatkan salesnya sendu.

Lepas dah belajar target teknik retargetting, beliau nampak hasil daripada fokus satu target market bantu tingkatkan hasil jualan. 

Real video testimoni

Selain daripada screenshot testimoni dan gambar COD kepada pelanggan sahaja, Tuan Edy lazimkan untuk rakam pelanggan makan Popchiz dan nantikan respon daripada mereka sama ada sedap atau tak. Cara tu akan lebih membina kepercayaan pelanggan. 

Konsisten Live

Bila buat Live, kepercayaan pelanggan mudah dibina kerana prospek nampak situasi siaran langsung aktiviti bisnes Popchiz.

Nasihat tentang partnership

Pernah suatu ketika syarikat Tuan Edy dipinang pelabur yang ada nama besar untuk melabur dalam Pophiz. Ketika itu beliau dah kabur mata. Mana tak teruja bila nampak ‘jerung’ pasaran nampak bisnesnya boleh pergi jauh. 

Mujur, kami menerangkan cara betul untuk susun strategi pensyarikatan supaya kerjasama pelabur dan rakan kongsi baru tersebut berjalan dengan lebih baik.

“Saya sangat berterima kasih dan syukur bila dengar nasihat daripada Hasbul Brothers tentang partnership. Saya boleh rugi jutaan ringgit jika saya terus sign agreement tu,” kata Tuan Edy. 

Impaknya bisnes Popchiz mula bina semula jualan daripada sales RM 18 ribu pada Januari yang lalu meningkat beransur-ansur sebanyak RM 42 ribu, RM 54 ribu dan RM 80 ribu pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini. 

Kesimpulannya, pastikan aktiviti bisnes anda fokus untuk pastikan bisnes bertahan dan bukan harapkan publisiti yang bersifat trending dan sementara sahaja bagi memastikan produk sentiasa dapat sambutan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!