fbpx

“Janji Kau Jual!”- Malas nak ambil tahu hal ejen suatu masa dulu

Bayangkan lepas 6 bulan bina ejen, baru wanita ni create group WhatsApp untuk ejen-ejen produknya. Selama ni beliau ada pemikiran malas nak jawab segala pertanyaan ejen, janji kau jual! 

Kata Puan Norlida, pemikirannya berubah setelah belajar dengan kami. Kenal Hasbul Brothers melalui kenalannya, ini yang beliau buat yang dah bantu naikkan salesnya sebanyak 50% peratus. Sebelum ni, buat bisnes hanya main belasah je. 

1. Circle rakan niaga

Puan Norlida kata circle sangat membantu kalau baru nak mencebur diri dalam bisnes ni. Contohnya ketika PKP lalu, dia yang baru setahun jagung bisnes ni, menggelupur bila kilang kotak tutup, tak kan nak jual togel macam tu saja produk kecantikannya. Tapi dengan ‘loose sales’ produknya laku keras dan boleh sold out dengan teknik yang betul atas nasihat rakan bisnes lain yang dah ada pengalaman. 

2. Jangan sibuk fikir poket orang

Sebelum ni, otak Puan Norlida ligat fikir nak jual murah sebab beliau sibuk fikir poket orang. Lepas ditegur, beliau mula tingkatkan nilai brand daripada tak tahu apa-apa pasal brand. Sebelum ni nama brand Puan Norlida, Spotify Birdnest. Dulu dia ingat kalau namakan produknya nama jenama terkenal, orang akan ingat produknya. Lepas dah belajar, baru Puan Norlida rebranding dan namakan brand barunya LuvLida Birdnest. 

97305597-10222249454329910-8698151060436418560-n

Packaging lama produk Puan Norlida

 

107525641-10222826384432802-3268133342329944307-o

Imej baru selepas rebranding

3. LuvPoint & LuvShare

Untuk jaga stokist dan ejennya supaya kekal setia, beliau memperkenalkan LuvPoint dan LuvShare. Melalui LuvShare setiap stokist yang dapat jual 1 produk akan dapat 1 point. 

LuvShare pula sesiapa stokist atau ejen yang merekrut kawan untuk menjual Luvlida Birdnest, akan dapat ‘income tidur’ sebanyak RM0.50 daripada setiap kotak yang terjual. 

Beliau tak lagi bagi ganjaran kepada stokist yang menjual paling banyak seperti sebelum ni. Semua dilayan sama rata dan dapat ganjaran dari sekecil-kecil dan sebesar-besar ganjaran melalui point yang terkumpul. Selain itu, Puan Norlida berusaha untuk bina hubungan dengan stokistnya supaya ada chemistry. 

Bila jaga stokist dan ejen betul-betul, barulah mereka setia dan komited nak jual Luvlida Birdnest. Puan Norlida pun dah betulkan macam-macam mentaliti karut yang tertanam sejak belajar dengan Hasbul Brothers. Dulu bisnes main belasah la katanya. Anda pernah abaikan stokist atau ejen produk seperti Puan Norlida dulu? Jangan ada fikiran ‘janji kau jual’ tau, sama-sama bimbing mereka untuk berjaya bersama-sama. 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!