Setahun Tuan Izrol jual produk krim pemutih, Masheface dengan strategi mencari pelanggan baru melalui Facebook dan Instagram ads.
Beliau yang dah lama kenal kami sejak Majalah Niaga lagi mula akur nak datang belajar bila beliau sedar Masheface stuck dengan masalah marketing. Katanya, hari demi hari kos iklan semakin mahal.
“Saya tak tahu macam mana nak urus database,” kata Tuan Izrol ketika coaching bersama kami.
Lantas kami nasihatkan beberapa perkara sebelum cashflow bisnes beliau terus tercekik:
Tukar testimoni kepada honest review
Perkataan testimoni buatkan pelanggan rasa bosan dan skeptikal. Tapi bila feedback ditulis honest review, pelanggan akan lagi mudah percaya.
Antara sebab lain, setahun asyik mencari pelanggan baru dah buatkan Tuan Izrol resah bila lihat cashflow bisnesnya. Duit sales memang cepat masuk tapi terlebih keluar untuk bayar kos iklan.
Jadi, beliau lebih kerap update feedback pengguna Masheface untuk menarik pelanggan tanpa fokus mencari pelanggan baru.
Lagi satu, beliau sentiasa follow up pengguna yang dah guna Masheface lepas kami dah tekankan tentang customer happiness. Selama ni, hai hai bye bye je. Langsung tak dipeduli masalah pelanggan dapat diselesaikan ataupun tak. Janji produk aku terjual!
Teliti punca duit tak naik
Pn Syahira, Pengarah Human Resource & Finance Hasbul Brothers teliti kenapa punca duit sales Masheface tak naik.
Lepas dikaji cashflow Masheface, faktor utamanya adalah kerana terlebih belanja duit untuk iklan di Facebook dan Instagram sehingga 40% daripada hasil jualan.
Lagi satu adalah ‘overstaff’. Bayangkan dengan jualan sekitar RM 50 ribu sebulan ketika itu staff Masheface ada 10 orang staff. Bila dah kurangkan staff menjadi 5 orang, sales meningkat pula hingga RM 90 ribu .
Jadi, staff yang tak capai KPI disingkirkan kerana wang syarikat terbazir dengan membayar gaji mereka.
Bila dah betulkan cost structure, sales melonjak naik 55% daripada sebelum ini iaitu RM 90 ribu, RM 71 ribu dan RM111 ribu pada bulan Mei, Jun dan Julai berbanding sebelum ini hanya bermain di lingkungan RM50 ribu sebulan.
Nampak tak hebatnya penangan feedback. Tapi, feedback itu perlu dipersembahkan dengan cara yang mampu mempengaruhi pelanggan.
Kos iklan pun hanya 30% daripada jualan, sebelum ni 40%. Tuan Izrol sedar beliau terlalu ghairah nak kan duit sales masuk cepat hingga tak sedar dah ‘overspend’ dan ‘overstaff’.
Paling penting, setiap tindakan Tuan Izrol disantuni dengan ilmu untuk dapatkan hasil yang luar biasa. Kami di Hasbul Brothers doakan semoga Masheface makin maju dan laku!