Niat murni usahawan ini untuk mudahkan manusia memahami Al-Quran melalui buku Di Sebalik 114 Nama Surah melancarkan misi pemuda ini untuk kembangkan bisnes.
Kisah bisnesnya bermula sejak buku Di Sebalik 114 Nama Surah edisi pertama dilancarkan pada Mei 2018. Tapi hasil jualan buku kurang daripada RM 10 ribu sebulan walaupun dah lebih setahun dilancarkan.
Nekad ingin meluaskan manfaat konten bukunya kepada lebih ramai orang, Tuan Hanafi ambil keputusan untuk hadir ke seminar Grow Your Business pada tahun 2019 dan terus join The Protege.
Ini langkah yang Tuan Hanafi buat untuk tingkatkan jualan buku Di Sebalik 114 Nama Surah dan dalam masa yang sama kembangkan bisnesnya:
Bina ejen dan dropship
Mula bina ejen dan dropship pada Mac 2020, sales buku Di Sebalik 114 Nama Surah mula meningkat sebanyak RM 50 ribu selepas sebulan strategi ini dilaksanakan. Selain itu, Tuan Hanafi turut mendidik ejennya mengutamakan berkat dalam penjualan dan bukan bermotifkan wang dan sales semata-mata.
Yang bestnya, ejen buku Di Sebalik 114 Nama Surah bukan sahaja dapat komisen jualan buku bahkan mendapat pahala jika pembaca memanfaatkan kandungan buku tersebut. Setakat ini jumlah ejen dan dropship buku Di Sebalik 114 Nama Surah hampir 60 orang.
Berkongsi konten sentap di sosial media
Melalui Facebook dan Instagram, Tuan Hanafi mengeluarkan konten sentap untuk menarik pembaca memahami dan mendalami isi Al-Quran tetapi sentiasa memastikan konten nasihat itu berlandaskan agama.
Antara konten sentap yang disajikan di sosial media
Hadiahkan buku kepada influencer
Tuan Hanafi hadiahkan buku Di Sebalik 114 Nama Surah kepada pengacara Neelofa dan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Fairuzah untuk mereka review buku tersebut.
Bina channel Telegram
Tuan Hanafi bina channel Telegram ‘Menangislah Kerana Al-Quran’ dan update konten ekslusif yang tak diupload lagi di sosial media untuk menarik prospek lebih ramai join channel Telegram itu.
Antara tujuan lain, channel Telegram tersebut adalah untuk nurture atau asuh pembaca untuk memahami konteks buku Di Sebalik 114 Nama Surah.
Hire staff
“Nak naikkkan jualan perlu naikkan jumlah staff” - Hasbul Brothers
Kata-kata itu yang buatkan Tuan Hanafi terus hire tiga orang staff untuk bantu beliau uruskan sales, operasi dan menjaga ejen.
Syukur, dengan apply ilmu yang dipelajari daripada Hasbul Brothers jualan buku Di Sebalik 114 Nama Surah berjaya capai sales sebanyak RM 60 ribu sebulan pada bulan April 2020 dan konsisten capai RM40 ribu sebulan pada bulan-bulan seterusnya.
Semoga pembaca buku tersebut lebih mudah memahami isi Al-Quran dan terpalit manfaatnya kepada Tuan Hanafi dan teamnya.
InshaAllah kami doakan Tuan Hanafi lebih berjaya dan buku Di Sebalik 114 Nama Surah menjadi buku terlaris suatu hari nanti.