Pemilik bisnes WAJIB ambil tahu tentang pengurusan duit. Betul, keutamaan kita adalah pada aktiviti mencari pendapatan, tapi bila dah sales banyak sekalipun akhir bulan tak tahu duit pergi mana, maknanya pengurusan kewangan kita masih lemah.
Ilmu urus duit keluar masuk kita panggil budgeting. Jika kita target untung bersih 20%, dengan ilmu budgeting pemilik bisnes perlu pastikan jumlah perbelanjaan maksima 80%.
Rancang dan asingkan kos jualan, kos marketing, kos pekerja dan kos operasi supaya tidak melebihi maksima. Apabila tiada lagi kebocoran kewangan, tak menjadi masalah untuk capai target untung bersih syarikat.
BAGAIMANA NAK RANCANG KEWANGAN?
Dalam struktur kewangan ada 4 bahagian penting yang perlu diberi fokus oleh pemilik bisnes supaya jelas berapa untung bersih yang akan diperolehi.
Formula Anggaran Untung Bersih :
Anggaran Jumlah Jualan - Anggaran Kos Jualan - Anggaran Kos Operasi - Anggaran Kos Marketing = Anggaran Untung Bersih
Daripada formula diatas, mari kita lihat perincian bagi setiap elemen yang terlibat.
1. Anggaran Jumlah Jualan
Untuk permulaan bisnes masih sukar untuk mengira anggaran jualan, lebih mudah jika sudah nampak rentak sejak tahun pertama.
Contoh tahun pertama capai RM 500,000. Tahun kedua lebih jelas berapa untuk capai.
Jualan wajib direkod supaya jelas dengan progress pencapaian bisnes. Anda boleh memilih untuk rekod jualan secara harian,bulanan atau tahunan dan dibandingkan dengan target yang telah ditetapkan.
2. Anggaran Kos Jualan
Kos jualan adalah kos yang terlibat secara langsung untuk menghasilkan produk atau servis..
Dalam kos jualan,antara kos yang kita perlu ambil kira ialah :
i) Kos produk
ii) Kos upah
iii) Kos penghantaran
iv) Kos packaging
Kos jualan berbeza bagi setiap bisnes. Dapatkan nasihat konsultan kewangan untuk pengiraan yang lebih jelas.
Berdasarkan jumlah jualan dan kos jualan anda akan dapat anggarkan untung kasar. Berikut adalah formula anggaran untung kasar:
Jumlah jualan - Kos Jualan = Untung Kasar
3. Anggaran Kos Operasi
Kos Operasi adalah kos tetap yang perlu dikeluarkan setiap bulan bagi memenuhi keperluan operasi bisnes kita. Contoh kos operasi:
i) Kos iklan
ii) Gaji
iii) KSWP / SOCSO
iv) Sewa
v) Utilities
vi) Maintenance
Ada banyak cara untuk menjimatkan kos operasi. Misalnya, usahawan boleh mengawal kos untuk menggaji staf, kos sewaan, dan pastikan anda dapat tawaran terbaik dari supplier.
4. Anggaran Kos Marketing
Sesetengah syarikat lebih suka untuk asingkan kos marketing dari kos operasi. Dalam anggaran kos marketing, usahawan perlu buat set berapa bajet marketing yang akan digunakan, berapa kos pengiklanan online dan juga offline. Anggaran kos kempen pemasaran boleh dikira berdasarkan berapa kos untuk mendapatkan satu pelanggan.
Setelah ditolak jumlah jualan dengan ketiga-tiga anggaran kos maka kita akan dapat anggaran untung bersih.
Untung bersih inilah yang akan kita guna pakai untuk simpanan, cukai, zakat dan pelaburan syarikat.
Dalam merancang kewangan syarikat, tujuan utama syarikat ialah menaikkan jualan untuk menambah untung bersih agar jumlah cash reserve dapat ditingkatkan. Selain itu, sebagai seorang Muslim, adalah menjadi satu kepuasan jika kita mampu untuk menyumbang lebih banyak kepada ummah melalui zakat.
.
.
Nota penting : Anda dah jelas cara-cara untuk rancang kewangan? Kami nak berikan template cost projection, anda cuma isikan maklumat, template ini akan automatik kirakan untung bersih anda.Anda berminat?
Dapatkan template PERCUMA cost projection disini. Tawaran terhad untuk 100 orang pertama sahaja dan akan tamat bila-bila masa. KLIK LINK