August 6, 2020

Baru dua minggu jual perkasam rusa dah capai jualan puluh ribu!

Bisnes cleaning servis Tuan Suhail sangat terkesan ketika PKP yang lepas. Beliau cepat-cepat tukar bisnes dengan memperkenalkan produk Pekasam Daging Rusa Tok Penghulu.

Ajaibnya bisnesnya tu menjadi, tak sampai dua minggu jual perkasam daging rusa dah capai sales RM 80 ribu dengan lebih 3000 pack yang terjual. Sekarang jualannya konsisten RM 60 ribu sebulan. 

Ini yang Tuan Suhail buat yang bantu buatkan bisens barunya tu ‘menjadi’:

Keunikan dan kualiti produk

Keunikan produk Pekasam Daging Rusa Tok Penghulu yang dah bantu bisnesnya naik. Selain itu, beliau sentiasa menjaga kualiti produk untuk capai kepuasan hati pelanggan tahap maksima. Tuan Suhail percaya word of mouth adalah marketing paling power sekali. 

116264802-153024463036224-5958251466930331870-n

Influencer dan Facebook & Instagram ads

Dua strategi marketing ini yang dah bantu lonjakkan sales pekasam Tuan Suhail. Tuan Suhail upah influncer untuk review produknya dan jadikan video dan gambar daripada influencer itu sebagai bahan iklan. Antara lain, kami bimbing untuk set kan Facebook dan Instagram ads supaya tepat kena pada sasaran pelanggan. 

Bina ejen dan stokist

Kata Tuan Suhail nak berniaga cara runcit ni memang agak mencabar sebab nak cari satu per satu sales. Jadi, beliau bina ejen dan stokist untuk bantu pasarkan produk  Pekasam Daging Rusa Tok Penghulu.

Macam mana Tuan Suhail boleh buat magic macamni, buat bisnes terus menjadi?

 Pesannya “Tak kisah lah buat bisnes servis atau produk, kita kena tau keunikan kita punya produk, validate dan paling penting kita kena ada guru”

“Uniknya guru saya Hasbul Brothers ni, bila guru lain asyik tekan kan sales tapi mereka sangat concern dengan cash reserve syarikat dan bina bisnes supaya bertahan lama” katanya lagi. 

Selama dua tahun bersama The Protege, baru beliau tahu tak perlu pun nak bersaing harga dengan pesaing hanya perlu tonjolkan nilai sebab orang tak kisah untuk bayar lebih untuk produk yang berkualiti. 

Kesilapan yang beliau pernah buat adalah terlalu nak kan sales sampai jual murah hingga tak sedar bisnes bukan buat untung tapi hanya buat penat.

Siapa nak kami tunjukkan jalan untuk bisnes baru anda inshaAllah menjadi? 

 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.