fbpx

11 Tips Pengurusan Aliran Tunai

Pengurusan kewangan sesebuah syarikat tidak lari dari persoalan tentang pengurusan aliran tunai atau cash flow management. Aspek ini sangat penting dalam bisnes untuk memastikan bisnes dapat berjalan dengan lancar.

Kita dapat menjalin hubungan baik dengan pembekal sekiranya bayaran dibuat tepat pada masa. Anda juga tidak akan terkesan sekiranya pembeli lambat membayar kepada anda.

Pengurusan aliran tunai secara asasnya berkisar tentang objektif untuk menangguhkan pembayaran tunai kepada pihak-pihak lain dan menggalakkan sesiapa yang berhutang dengan syarikat untuk membayar secepat mungkin.

Ini adalah penting supaya modal asal dari segi tunai dapat terus berpusing untuk menjana keuntungan syarikat.

Pengurusan bisnes berkisar tentang transaksi dan persetujuan dengan pelanggan dan pembekal. Justeru, sekiranya anda mempunyai masalah aliran tunai, penting untuk anda berbincang dengan pelanggan dan pembekal dahulu.

Ini penting terutama sekiranya bisnes anda terlibat dalam industri yang memerlukan bayaran dibuat oleh pembeli selepas transaksi lengkap.

Pelanggan

1) Minta bayaran deposit dari pelanggan sebelum transaksi perniagaan berlaku

2) Berbincang untuk bayaran secara berperingkat bergantung kepada peratus kerja siap

3) Tawarkan diskaun kepada pelanggan sekiranya mereka membayar lebih awal

Pembekal

4) Bincang dengan pembekal untuk pembelian secara kredit atau terma pembayaran yang lebih lama

5) Buang atau tangguhkan perbelanjaan yang tidak perlu

Selain itu, syarikat boleh juga menetapkan beberapa strategi bisnes untuk menguruskan aliran tunai dengan efisien.

6) Buat bisnes model secara pre-order, pelanggan bayar dahulu sebelum setiap order disiapkan

7) Bisnes model secara subscription-based bermakna pelanggan membeli secara berkala atau berjadual namun bayaran lebih awal

8) Jual atau sewakan peralatan bisnes yang jarang digunakan supaya syarikat dapat meningkatkan keuntungan

9) Sistem pengurusan stok yang efektif dengan membuat unjuran jualan dan melakukan pembelian stok laju secara berjadual dan kurangkan pembelian stok perlahan

Sekiranya syarikat memerlukan lebih tunai, salah satu cara lain ialah dengan mendapatkan bantuan dari pihak bank. Namun begitu, perlu diingat pinjaman bank ini ialah hutang yang perlu dilangsaikan.

Hati-hati sebelum buat keputusan untuk dapatkan bantuan pihak bank. Pastikan syarikat mempunyai jualan yang stabil sebelum buat pinjaman bank.

10) Syarikat boleh menggunakan fasiliti kad kredit sebagai alat untuk membuat pembayaran dengan lebih cepat kepada pembekal

11) Ambil pinjaman jangka pendek dengan pihak bank sekiranya jualan syarikat agak stabil

Pengurusan aliran tunai sangat penting untuk menjaga hubungan baik dengan semua pihak, membolehkan syarikat membayar pembekal tepat pada masa.

Sekiranya hubungan baik dengan pembekal sangat baik, berkemungkinan pembelian seterusnya ada diskaun atau kemudahan pembayaran yang lebih baik. Syarikat akan lebih berdaya saing dan juga aliran tunai lebihan boleh digunakan untuk memajukan lagi bisnes.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!