fbpx

6 Peraturan Biasa Ditetapkan Majikan Yang Kurang Digemari Pekerja

Memang tidak dinafikan, peraturan di tempat kerja adalah perkara paling penting demi meningkatkan persekitaran kerja yang bagus. Namun, ini tidak menunjukkan anda sebagai seorang majikan perlu menjadi diktator kepada pekerja anda.  Sebaliknya, seorang majikan yang baik adalah mereka yang mempunyai kepercayaan terhadap pekerja supaya mereka lebih bermotivasi.

Berikut merupakan beberapa peraturan di tempat kerja yang perlu anda elakkan :

#1 – Menyekat Kehadiran Pekerja

Salah satu peraturan yang utama di tempat kerja adalah, sentiasa tiba awal di tempat kerja anda. Namun, adakalanya bagi sesetengah majikan mereka masih mengharapkan pekerja datang lebih awal pada waktu yang sepatutnya. Selain itu, ada juga pekerja yang sanggup kerja lebih waktu, dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh demi keuntungan syarikat tersebut.

Seorang majikan yang baik sepatutnya lebih mementingkan kebajikan pekerja mereka selain dari menyekat mereka sehingga waktu malam untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

#2 – Menyekat Penggunaan Internet

Adakalanya ketika sedang melayari media sosial, majikan kita akan lalu dan melihat apa yang sedang kita lakukan. Secara tidak langsung, akan memberikan tanggapan yang negatif kepada mereka. Tidak salah jika anda sebagai majikan memberi sedikit kelonggaran buat mereka untuk melayari internet, janji kerja yang diberikan dilakukan dengan terbaik dan menepati masa.

Lihatlah sudut ini dari segi sudut yang positif untuk mereka merehatkan minda dari bebanan kerja setelah seharian melakukan tugasan.

#3 – Tidak Dibenarkan Menggunakan Telefon

Tidak dinafikan telefon memberikan kemudahan kepada kita jika ada sebarang kecemasan.  Namun, ada juga bagi sesetengah pekerja lebih mengutamakan untuk bermain telefon dari membuat kerja mereka. Walau bagaimanapun, dengan menyekat penggunaan telefon di tempat kerja adalah perkara yang tidak sepatunya dilakukan.

Ini kerana, sekiranya terdapat kecemasan mudah bagi ahli keluarga atau rakan-rakan untuk menghubungi mereka.  Secara tidak langsung, ianya juga memudahkan mereka untuk menghantar teks kepada pelanggan jika terdapat temu janji selain dari menghantar e-mel kepada mereka.

#4 – Memerlukan Pakaian Khusus

Selain daripada tanggapan pertama orang ramai terhadap kita, adakah dengan memakai pakaian yang formal akan menyebabkan syarikat berjalan dengan lancar? Sebagai seorang majikan, tidak salah memberikan sedikit kelonggaran buat pekerja dengan memakai pakaian yang selesa buat mereka asalkan sentiasa nampak kemas dan bersih.

Ini juga akan mewujudkan persekitaran di tempat kerja menjadi lebih santai dan pekerja juga merasa seronok dan tidak terikat dengan etika pemaikaian. Melainkan pada hari tersebut terdapat mesyuarat yang perlu dihadiri, masa itulah waktu yang terbaik untuk berpakaian formal.

#5 – Kerap Menilai Prestasi Pekerja

Buat majikan yang sering menekankan prestasi kedudukan pekerja mereka, ini akan menghadkan kreativiti mereka dalam melakukan pekerjaan. Yakni, ada juga majikan yang sering membandingkan  antara pekera yang bagus dan yang kurang bagus. Perkara ini akan menyebabkan konsep pilih kasih, dan pekerja akan merasa kurang berkeyakinan.

Adakalanya, perkara ini akan menjadi tidak adil buat mereka yang sering berfikiran di luar kotak dan setiasa mempunyai pandangan yang berbeza daripada orang lain. Tiada siapa yang suka jika dirinya sering dibandingkan, namun jangan mudah berputus asa. Sentiasa berfikiran terbuka dan mempunyai minda yang sihat untuk mengekalkan prestasi ketika berada di pejabat.

#6 – Mengawal E-mel Pekerja

Jika anda masih ragu-ragu dan tidak percaya kepada pekerja anda, mengapa mengambil mereka bekerja? Ada cara yang lebih baik serta menjimatkan masa untuk memastikan pekerja anda membuat kerja dengan lebih cekap dan pantas, selain dari hanya memantau prestasi kerja mereka melalu e-mel.

Kini, sudah tiba masanya anda sebagai seorang majikan mengambil inisiatif ini untuk mula bersaing dengan dunia luar dan berhenti memandang ke belakang. Jika anda mempunyai sebarang masalah, tidak sepatutnya masalah itu dilemparkan kepada pekerja kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Ambil beberapa langkah untuk menjadi seorang yang lebih profesional dan lebih bermotivasi.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!