Disebabkan oleh penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan, World Health Organization (WHO) telah mengklasifikasikan situasi ini dibawah kategori pandemik pada 12 Mac 2020. Istilah pandemik ini sebenarnya merujuk kepada kejadian wabak yang akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan juga seluruh dunia jika tidak mampu di kawal. Penularan COVID-19 ini telah menyebabkan gangguan ekonomi diseluruh negara termasuk negara kita sendiri, Malaysia.
Tambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan. Sudah pasti ramai rakan usahawan yang mengalami keperitan dan kesusahan akibat krisis COVID-19. Dalam situasi ini, usahawan perlu bijak mencari cara untuk menanangi isu ini untuk pastikan kewangan syarikat masih stabil. Jom kita lihat 5 tips yang boleh dipraktikkan untuk mengawal kewangan syarikat semasa tempoh COVID-19 ini.
1#- Ubah pelan pemasaran
Ini adalah perkara pertama yang perlu dibuat oleh usahawan. Segera ubah pelan pemasaran mengikut keadaan semasa. Bincang bersama-sama team, staf dan juga ahli lembaga pengarah yang lain mengenai strategi pemasaran terbaharu untuk pastikan bisnes tetap bertahan lama. Apakah idea pemasaran yang boleh di laksanakan pada waktu ini supaya aliran wang tetap masuk kedalam akaun syarikat. Andaikata sebelum ini anda mempunyai restoran. Jadi, kali ini, cuba fokus kepada servis penghantaran makanan pula memandangkan servis ini mendapat permintaan yang tinggi semasa COVID-19 ini.
2#- Kurangkan kos operasi tetap (fixed operating cost)
Disebabkan premis perniagaan tidak dapat beroperasi, maka, anda dapat mengurangkan kos dalam pembayaran bil eketrik dan air bagi usahawan yang mempunyai premis. Selain itu, anda juga boleh berunding dengan pemilik bangunan dengan cara meminta penangguhan bayaran sewa ke suatu masa ataupun membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah sewa terlebih dahulu. Cara ini akan dapat membantu anda untuk mengawal kewangan dalam jangka masa pendek sepanjang krisis ekonomi ini.
3#- Sediakan bajet mengikut sasaran jualan
Di saat genting ini, setiap duit yang keluar dari syarikat amat dititikberatkan oleh pemilik bisnes diluar sana. Jadi, amat penting untuk kita mengawal kewangan syarikat dengan cara meletakkan bajet yang sesuai dengan strategi dan perancangan baru. Elakkan pembelanjaan pada barang atau kegunaan yang tidak dapat mendatangkan jualan kepada syarikat seperti pembukaan cawangan baru dan ubahsuai kedai.
4#- Minta budi bicara pembekal tentang bayaran
Pada waktu syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa, amat penting untuk kita mengawal setiap perbelanjaan syarikat termasuk pembayaran kepada pembekal. Jika bisnes anda mempunyai krisis kewangan, anda boleh berunding dengan pembekal untuk menangguhkan pembayaran. Anda juga boleh berunding dengan agensi kewangan atau bank untuk urusan penangguhan bayaran ansurans bisnes jika ada.
5#- Manfaatkan insentif kerajaan
Seperti mana yang kita tahu, pelbagai insentif yang kerajaan telah beri semasa situasi krisis ini. Sebagai contoh, Pakej Prihatin Perusahaan Kecil & Sederhana (Tambahan) yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pemilik syarikat SME. Anda sebagai majikan seharusnya perlu ambil tahu tentang perkara ini kerana ia mungkin akan memberi manfaat pada syarikat anda dan dapat membantu staf anda semasa kemelut kewangan.