Menurut artikel Jack Ma yang dikongsi melalui aplikasi chat Alibaba iaitu Laiwang, beliau sering tertanya-tanya adakah dia mampu untuk membuka perniagaan di pasaran Taobao. Ini kerana, bukan mudah untuk membina perniagaan yang berjaya sehingga boleh diterima oleh orang ramai dan bersaing dengan banyak jenama yang hebat dan lebih berpengalaman dalam dunia perniagaan.
Berikut merupakan beberapa tips yang di kongsikan oleh Jack Ma untuk menjadi seorang usawahan yang berjaya.
#1 – Tetapkan Matlamat Anda
Untuk membina perniagaan yang berjaya, menetapkan matlamat adalah perkara yang paling penting. Setiap hari, catatkan setiap matlamat yang perlu anda kecapi. Dengan ini, mudah untuk anda mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri.
Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak akan berjaya. Tiada istilah putus asa dengan setiap kegagalan yang anda hadapi. Malah, jadikan setiap kegagalan itu sebagai satu semangat untuk anda bangkit semula.
Menurut Jack Ma, orang yang sentiasa berterima kasih dan bersyukur adalah orang yang sentiasa membuka peluang dalam dirinya untuk terus maju ke hadapan. Apa yang paling penting, produk dan perkhidmatan kita dapat menarik hati pelanggan.
#2 – Bina Hubungan Yang Baik Dengan Pelanggan
Setelah anda mempunyai idea apa yang perlu lakukan dalam perniagaan, seterusnya fikirkan pula bagaimana cara terbaik untuk anda melaksanakannya. Yakni, fikirkan bagaimana anda ingin membina hubungan yang baik dengan pelanggan.
Khususnya buat perniagaan kecil, apakah yang membuatkan perniagaan anda berbeza dengan perniagaan lain? Bagaimana anda ingin menjalankan hubungan yang baik dengan pelanggan? Adakah produk anda betul-betul dapat menarik perhatian pelanggan. Produk yang bagus, dapat menarik pelanggan yang akan setia dengan produk kita.
Perniagaan bukan semata-mata hanya membeli dan menjual. Malah, proses membina hubungan dengan pelanggan juga amat dititik beratkan. Mencari dan mempunyai pelanggan yang setia adalah sesuatu yang berharga untuk menjaga kualiti produk kita.
#3 – Sentiasa Memperbaiki Produk Dan Perkhidmatan Anda
Jack Ma juga mempercayai bahawa, setiap usahawan yang berjaya sering merebut peluang yang ada dan juga mendengar pendapat pelanggan dan pekerja mereka.
Apabila berhadapan dengan kegagalan, mereka akan bangkit semula dan tidak mudah mengalah. Segala usaha keras yang di lakukan selama ini dapat membuktikan di mana tahap Alibaba berada sekarang.
Untuk mendapatkan hasil yang luar biasa, anda tidak seharusnya mengambil konsep sambil lewa. Usaha yang luar biasa akan menghasil kan kejayaan yang luar biasa. Contoh yang boleh kita lihat adalah, syarikat Alibaba. Mereka banyak mengorbankan masa siang dan malam untuk mendapat kejayaan seperti hari ini.