Anda ada idea bisnes. Maka, langkah seterusnya ialah validate idea bisnes tersebut. Ini bertujuan menentukan ia memenuhi keperluan pelanggan dan sekaligus meningkatkan kemungkinan idea bisnes itu berjaya. Bagaimana nak lakukan?

#1 – Buat Carian

Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah buat carian di internet. Atau, WhatsApp saudara dan kawan-kawan. Tanya. Tanya. Tanya.

Cuba tanya, apakah yang telah dilakukan oleh usahawan sebelum ini? Bagaimanakah anda boleh memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada? Apakah unique value proposition atau sesuatu yang menjadikan produk atau perkhidmatan anda berbeza dengan apa yang ada sekarang?

Sekiranya carian anda tidak menemui apa-apa, mungkin elok tanya mengapakah tidak ada. Mungkin ada sebab lain mengapakah tidak ada usahawan melakukan apa yang anda fikirkan itu.

#2 – Minta Maklumbalas Dari Pelbagai Pihak

Dapatkan maklumbalas daripada pelbagai pihak. Dengar semua, termasuk yang mengkritik. Apa yang anda perlukan ialah pendapat yang jujur, walaupun panas.

Usah cari cheerleaders yang bersorak dengan idea hebat anda itu. Sesetengah orang, terutama sekali adik-beradik atau kawan-kawan, mungkin memuji idea itu kerana tidak mahu melukakan hati anda. Berhati-hati.

#3 – Buat Jualan Minima

Buat minimum viable product (MVP). Cuba pasarkan produk atau perkhidmatan. Dapatkan pelanggan pertama. Sekiranya ada pelanggan, maka anda tahu ia boleh dipasarkan dengan lebih luas. Sekiranya tidak, anda rugi sedikit dan boleh cari idea lain yang diperlukan oleh pasaran.

Usah habiskan wang dengan membuat produk yang banyak atau membelanjakan wang untuk infrastuktur (pejabat, kenderaan dan lain-lain) sebelum validate idea bisnes itu.

1. Maklumat Semua Outlet Pastikan Dalam Rekod

Semua maklumat termasuk database semua outlet mesti disimpan. Ia termasuk nama pasaraya/kedai/syarikat, alamat lengkap, no telefon, faks, emel, individu yang bertanggungjawab, bahagian Akaun, pembeli. Gambar premis/pasaraya/kedai juga termasuk sekali.

2. Klasifikasikan Outlet Berdasarkan Gred

Outlet perlu ada gred. Gred 1/2/3. Gred dikelaskan mengikut jumlah jualan. Dan juga perlu dikelaskan mengikut jenis. Contoh kedai sejuk beku dan kedai runcit dalam 1 kelas. Pasaraya dalam kelas lain.

3. Sediakan Servis Berdasarkan Kelas Masing – Masing

Apabila dibahagikan dengan kelas, kita akan sediakan servis outlet mengikut kelas masing-masing. Bagi yang cepat mempunyai rekod jualan tinggi, kita akan buat jadual lawatan (visitation) lebih kerap. Bagi outlet kecil dan jualan rendah, masa lawatan servis akan lebih lama sebab mahu beri masa mereka buat jualan. Jika tidak, banyak masa dilaburkan dan kos minyak meningkat.

4. Tentukan Bahan Pemasaran & Pengiklanan Mengikut Kelas

 

Mengikut kelas juga, kita akan tentukan alat pemasaran dan pengiklanan yang kita perlu buat. Contoh bagi outlet Gred 1, kita akan bagi signboard, freezer, banting, banner dan liputan dalam laman web, Facebook mahupun akhbar. Outlet Gred 2, hanya freezer dan banting. Outlet Gred 3, hanya banting dan flyers.

5. Buat Sampling – Untuk Outlet Yang Jualan Tinggi

Bagi outlet yang pelanggannya ramai, kita akan buat sampling. Bagi pelanggan rasa dan beritahu produk kita ada di premis tersebut. Yang ini perlu khidmat promoter.

6. Buat Laporan Jualan Selepas Cukup 30 Hari

Selepas 1 bulan, perlu buat laporan jualan setiap outlet. Ada outlet yang kerap buat pesanan tetapi dalam jumlah yang sikit. Ada outlet jarang buat pesanan, tetapi jumlahnya tinggi. Jadi perlu buat keputusan bagaimana yang buat pesanan kerap tetapi sedikit ini untuk kita tukarkan kepada , buat pesanan banyak walaupun jarang. Hal ini untuk jimatkan masa dan kos penghantaran.

7. Ambil Tahu Outlet Berpotensi

Outlet yang berpotensi, kita kena ambil tahu secara kerap sebab kita kena fikir bagaimana mahu tingkatkan jualan di outlet tersebut.

8. Pengurusan Buku Bil/Invois Mengikut Daerah

Buku bil/invois, satu buku itu untuk satu daerah. Contoh Daerah Kota Bharu, semua bil/invois outlet di Kota Bharu perlu berada dalam satu buku bil. Dan dimuka depan buku bil tersebut, perlu tulis nama outlet masing-masing.

9. Laporan Jualan Terkumpul Setiap Outlet

Setiap kali balik dari servis outlet, mesti ada borang untuk tunjukkan jualan terkumpul serta laporan harian.

10. Urusan Jadual Lawatan Harian Ke Outlet

 

Perlu tentukan jadual servis lawatan harian outlet. Setiap kali servis , perlu ambil cop kedai. Dalam 1 hari sudah ada dimana dan kemana outlet yang perlu diservis. Perlu tandakan outlet yang sudah pergi dan sebaliknya. Sebab jika tidak, akan berlaku kecuaian. Lagi-lagi, kecuaian akan lebih banyak berlaku jika mempunyai outlet banyak.

11. Pastikan Produk Berada di Paparan Tumpuan

Kedudukan produk dalam outlet juga sangat penting. Perlu tawar-menawar dengan pemilik outlet untuk letakkan produk di kawasan yang mudah dilihat. Ia sangat mempengaruhi sales.

12. Bahan Promosi Di Luar Premis

Di luar premis outlet, perlu ada poster/banting/banner yang memaklumkan pelanggan bahawa produk kita ada disitu. Jika tiada, bersemadilah produk kita disitu..

13. Edar Flyers Kepada Penduduk Setempat

Perlu ada flyers yang memberitahu penduduk setempat bahawa produk kita ada di sesuatu outlet. Juga boleh guna banner, banting, iklan Facebook, akhbar, SMS dan laman web untuk memaklumkan kewujudan produk kita di sesuatu outlet.

14. Buat Penilaian Selepas 6 Bulan

Buat penilaian selepas 6 bulan. Jika produk tidak laku juga, ambil balik produk dan letak di tempat lain. Jika laku, teruskan aktiviti pemasaran untuk jadikan ianya lebih laku. Jika ini berlaku, anda sudah temui outlet berkualiti anda.

15. Buat Penilaian & Kekalkan Outlet Berkualiti

Kekalkan outlet berkualiti dan terus tambah outlet baru. Lakukan penilaian. Lakukan proses ini secara berulang sehinggalah satu masa outlet yang tinggal adalah outlet yang berpotensi sahaja.

Produk  dari negara China telah lama dikaitkan dengan harga murah dan kualiti produk yang boleh dipersoalkan. Dahulu, menjadi satu trend kebiasaan, jika ada produk yang mempunyai label Made In China, orang ramai beranggapan produk itu hanya tidak akan bertahan lama disebab kualiti & jenis bahan berkualiti rendah.

Berbeza sekarang, China berminat untuk meningkatkan imej pembuatannya – dari pembuatan mainan kanak-kanak plastik yang berharga murah dan jenama pakaian-pakaian palsu kepada bahan teknologi seperti drone dan telefon mudah alih.

“Dunia memerlukan jenis-jenis produk yang berpatutan murah. Sekarang kami menakluki pasaran dunia… Dan sekarang kita perlu berani untuk membuat pembaharuan,” kata Justin Lin, seorang profesor di Universiti Peking, pada Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Beliau berkata China boleh mengikuti contoh negara-negara lain dalam meningkatkan reputasi produknya.

“Jepun pada zaman 50-an … mereka juga mempunyai tanggapan kurang baik dan dicop sebagai negara pengeluar berkualiti buruk,” kata Lin.

China telah membuat pelaburan yang besar di universiti-universiti, dimana mereka menggalakkan bakat – bakat mereka untuk bekerja & tinggal di rumah. Dan dalam banyak kes, syarikat China juga telah memperkenalkan gaya kerja baru ini.

“Jika anda melihat WeChat , sebuah aplikasi rangkaian sosial popular dari China, ia bergerak ke hadapan lebih jauh & awal daripada US. Malah saya fikir Facebook juga mengejar pencapaian kami,” kata Amy Wilkinson, seorang pensyarah di Universiti Stanford.

Pembuatan China telah lama dibelenggu oleh kebimbangan mengenai barangan palsu dari dahulu lagi, dan pakar-pakar mengatakan bahawa jika kerajaan berjaya mengawal isu ini, imej “dibuat di China” akan bertambah lebih baik.

Tetapi ia kelihatan seperti perubahan yang perlu bermula dari dalam China sendiri. “Usahawan Cina kini mengadu tentang perkara ini … Mereka mengatakan usahawan Cina yang lain merobek idea mereka, mereka memerlukan perlindungan,” kata Wilkinson.

#1 - Membaca Buku Sekurang-Kurangnya 500 Muka Surat

Untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu merupakan perkara yang paling utama sekali. Menurut Warren Buffet, beliau sering membaca 500 muka surat pada setiap hari, dan dari membaca juga  secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan  dalam diri kita.

Malah, Warren Buffet juga akan mengabiskan masa sebanyak 80 peratus untuk membaca di tempat kerja. Antara bahan bacaan beliau adalah seperti, jurnal, laporan, surat khabar dan juga buku-buku.

Namun, sedarkah anda bahawa tidak ramai di antara kita yang rajin membaca pada setiap tahun. Semua orang mahu berjaya, tetapi tanpa membaca kita mungkin tidak akan dapat pergi dengan lebih jauh.

#2 – Melakukan Senaman Ringan

Memandangkan Warren Buffet memiliki $ 16 billion saham dalam coca-cola, minuman itu merupakan antara minuman kegemarannya pada setiap hari. Selain coca-cola, burger, stik, coklat dan minuman keras juga merupakan makanan kegemaran beliau. Namun, setelah disahkan sakit kanser prostat, doktor telah memberi dua pilihan kepada, sama ada mahu meneruskan kehidupan yang tidak sihat, ataupun sebaliknya.

Walau bagaimanapun, Warren Buffet berjaya melawan segala nafsu dan keinginannya. Beliau memilih untuk mengikut kata doktor, dan mengamalkan kehidupan dengan lebih sihat. Melakukan senaman yang ringan merupakan aktiviti beliau pada setiap hari. Dengan ini, Warren Buffet dapat menewaskan kanser prostat pada tahun 2015 dan hidup dengan lebih sihat pada umur 85 tahun.

#3 – Sentiasa Bersyukur Dan Tidak Membazir

Walaupun Buffet merupakan individu yang kaya raya, beliau juga merupakan salah satu dermawan terbesar di dunia. Segala wang yang didermakan merupakan salah satu kebajikan yang beliau lakukan, serta Buffet juga telah berjanji untuk memberikan 99 peratus daripada hasil kekayaannya sepanjang hayatnya. Selain itu, beliau juga mengamalkan kehidupan yang lebih sederhana serta tidak membazir.

#4 – Bermain Permainan Yang Memerlukan Kesabaran

Selain dari aktiviti di atas yang sering Buffet lakukan, beliau juga gemar bermain permainan yang dapat menguji kesabaran dan juga mindanya. Selain tidak langsung, ianya dapat membantu beliau untuk melihat corak dalam pelaburannya.

Bank Simpanan Nasional (BSN) mengakui telah mengeluarkan notis bahawa permohonan pinjaman peribadi dari pekerja bagi Sektor Minyak dan Gas akan ditolak, lapor The Star.

“Ya, ia sebenarnya memo dalaman sahaja,” kata Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar.

Menurut Puspa, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira dari segi operasi, perniagaan dan ianya hanyalah sementara. Dalam masa yang sama, BSN juga akan mengetatkan peraturan terhadap kelulusan pinjaman baru termasuk produk kredit sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ia adalah sebahagian dari prosedur standard kami untuk mengkaji secara konsisten perkembangan dalam sektor kewangan dan ekonomi yang boleh memberikan kesan ke atas perniagaan kami,” katanya.

“Ini termasuk melihat pada industri yang sedang berdepan dengan cabaran seperti keadaan yang dialami oleh industri minyak dan gas pada ketika ini.

“Cadangan memperketatkan lagi kelulusan pinjaman dan kredit merupakan langkah sementara, selaras dengan jangkaan umum untuk pengurusan risiko yang berhemat,” katanya.

Walau bagaimanapun, Puspa menegaskan bahawa memo itu adalah untuk pihak dalamannya sahaja, bukan untuk dihebahkan kepada orang awam. Memo tersebut adalah untuk unit perniagaan dan ekskutif peringkat tinggi.

E-mel notis BSN itu tersebar di media sosial yang menyatakan bahawa semua permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman HP (sewa beli) dari pekerja sektor minyak dan gas akan ditolak terlebih dahulu.

Notis tersebut juga mengarahkan eksekutif jualan BSN menghentikan pemasaran dan menerima permohonan dari pekerja minyak dan gas. Bagaimanapun notis itu tidak terpakai pada pekerja bukan kontrak, Petronas. Namun kelulusan mereka juga tertakluk pada kelulusan daripada ibu pejabat.

Mencari pekerjaan yang baru ada kalanya amat sukar untuk anda. Untuk mengelakkan anda melakukan beberapa tabiat buruk yang akan menyebabkan  nampak tidak professional, artikel ini menerangkan beberapa perkara yang ditulis oleh pakar-pakar yang lebih berpengalaman.

Di bawah adalah beberapa perkara yang ingin kami kongsikan, untuk mengelakkan anda melakukan perkara tersebut :

#1 – Resume Yang Tidak Lengkap

Sebelum anda memohon sesuatu pekerjaan, pastikan resume anda lengkap dan mudah di fahami untuk dinilai oleh pihak bahagian sumber manusia.

Jika semasa sesi temu duga terdapat banyak kesilapan tatabahasa, dan format yang sepatutnya anda ikuti ketika melakukan resume.

Secara tidak langsung mereka akan memandang anda seperti tidak serius ketika melakukan kerja. Ini kerana, semasa sesi temuduga adalah waktu yang terbaik untuk mereka menilai diri anda yang sebenarnya.

#2 – Tidak Melakukan Ulangkaji Tentang Syarikat Tersebut

Jika anda telah dipanggil untuk di temuduga, pastikan anda ulangkaji dahulu tentang syarikat tersebut. Contohnya, apakah latar belakang syarikat itu, berapakah gaji yang ditawarkan, dan sebagainya.

Justeru, jika anda telah memilih untuk bekerja di syarikat tersebut, ini menunjukkan bahawa anda telah menerima syarat-syarat yang di tetapkan oleh mereka. Malah, jika anda mengambil sikap sambil lewa, ini akan menujukkan bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaaan tersebut amat nipis.

#3 – Terlalu Menarik Perhatian

Jika anda ingin mendapatkan resume yang bagus, isi kandungan dan format yang kemas dan tepat adalah yang terbaik. Walaupun menggunakan kertas yang berwarna, atau menggunakan fon, tidak dinafikan resume anda akan dapat menarik perhatian. Tetapi, itu bukanlah resume yang menepati ciri-ciri untuk anda memohon pekerjaan.

#4 – Menghisap Rokok

Semasa anda sedang menunggu giliran untuk dipanggil temuduga, elakkan sama sekali untuk menghisap rokok. Ini kerana, ianya akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan buat semua orang yang berada di situ mahupun kepada penemuduga tersebut.

Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan prestasi anda sebagai calon temuduga akan dinilai dengan sikap negatif.

#5 = Tidak Mementingkan Kebersihan

Pastikan diri anda sentiasa kemas dan wangi ketika hadir di sesi temuduga. Penampilan yang menarik dapat memberikan aura yang positif dalam diri, mahupun kepada orang sekeliling.

Ini kerana, pandangan pertama yang akan dilihat oleh majikan adalah, bagaimana cara kita berinteraksi dengan mereka. Cuba anda bayangkan, jika terdapat bau yang kurang menyenangkan, adakah anda dapat berkomunikasi dengan baik? tentu sekali tidak.

#6 – Lambat Hadirkan Diri Pada Sesi Temuduga

Individu yang sering tepati dan menghargai masa adalah individu yang berjaya. Namun, bagaimana untuk berjaya jika hari pertama sesi temuduga anda sudah lewat untuk hadirkan diri.

Jika anda lewat, ini akan menujukkan bahawa, anda tidak bertanggungjawab dengan peluang yang diberi, tidak menghormati masa dan tidak mengambil hal ini dengan serius. Majikan pula sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu anda.

Pastikan anda tiba di lokasi sekurang-kurangnya 15 minit awal sebelum bermula sesi temuduga. Kelebihan yang anda dapat jika tiba awal adalah, anda tidak akan tergesa-gesa untuk mengejar masa, dan lebih banyak masa untuk anda menyesuaikan diri di lokasi tersebut.

#7 – Kerap Menggunakan Telefon

Tiba awal semasa sesi temuduga adalah bagus, tetapi jika anda kerap bermain dengan telefon akan menujukkan yang anda sering tidak bersedia untuk ditemuduga. Sentiasa berhati-hati dengan segala tingkah laku yang anda lakukan. Selain itu, banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan selain bermain dengan telefon. Ambil peluang dan masa yang ada untuk membaca bahan ilmiah yang disediakan untuk mengelakkan anda kebosanan apabila menunggu.

#8 – Membawa Barang Yang Tidak Diperlukan

Elakkan membawa barang yang tidak penting semasa sesi temuduga. Apa yang penting adalah, anda perlu membawa resume dan portfolio sahaja. Barang yang tidak penting adalah seperti, telefon bimbit dan botol air yang akan menyebabkan anda sukar untuk bergerak. Jika anda ingin membawa telefon bimbit, pastikan ianya dalam keadaan mood senyap atau matikan sahaja supaya tidak menganggu semasa sesi temuduga sedang dijalankan.

#9 – Berpakaian Tidak Formal

Perkara ini tidak asing lagi bagi kita yang sudah menjadi kebiasaan apabila mengadiri temuduga. Sebelum hadirkan diri, pastikan anda tahu apakah jenis pekerjaan yang anda mohon.

Jika ada memohon untuk bekerja di dalam pejabat, adalah amat penting jika anda berpakaian formal dan kemas. Pandangan pertama daripada majikan amat penting untuk menilai anda dari segi perwatakkan.

#10 – Bercakap Tanpa Berfikir

Tidak kira dimana anda berada, sentiasa berfikir dahulu ketika mahu mulakan perbualan. Ini adalah kerana, supaya tidak memberikan tanggapan yang negatif buat orang lain.

Semasa sesi temuduga sedang dijalankan, ketika anda di tanya oleh majikan beberapa soalan yang agar sukar, adalah amat penting jika anda berfikir dahulu. Kata-kata yang baik adalah datangnya dari berfikir dengan bijak. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda tidak boleh hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa dan mengharapkan panggilan daripada pelanggan. Anda perlu menjadi seorang yang produktif dan sentiasa bergerak pantas untuk merebut peluang yang ada.

Dalam usaha anda untuk mendapatkan kejayaan, penting untuk anda tahu bagaimana cara yang berkesan untuk menarik perhatian pelanggan. Seterusnya menjadikan mereka sebagai pelanggan yang setia terhadap produk yang anda jual. Berikut merupakan beberapa cara yang berkesan supaya pelanggan setia dengan anda.

#1 – Menepati Masa

Sebagai seorang usahawan, penting untuk anda sentiasa menghargai masa yang ada, kerana sudah tentu masa yang terluang akan diisi dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan.

Jadilah seorang individu yang bijak menguruskan masa dengan baik untuk menujukkan anda seorang yang sangat profesional. Jika anda berjanji untuk bertemu dengan pelanggan pada waktu yang telah ditetapkan, pastikan anda bersedia dan hadir lebih awal untuk mengelakkan pelanggan menunggu dengan lebih lama.

#2 – Mengenal Pasti Masalah Pelanggan

Untuk mendapatkan hubungan yang baik antara pelanggan, penting untuk anda mengenal pasti dahulu apakah jenis masalah yang dihadapi oleh mereka, dan terangkan bagaimana anda akan menyelesaikan masalah tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan lebih merasa selesa untuk berkomunikasi.

Namun, anda perlu lebih berhati-hati apabila ingin memulakan perbualan kerana pelanggan ini banyak ragamnya. Komunikasi yang baik dapat memberi kesan dan impak yang positif untuk menarik perhatian pelanggan. Selain itu, terangkan kepada mereka cara-cara yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

#3 – Bijak Mengurus Rintangan

Bukan mudah untuk berurusan dengan pelanggan jika anda tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk memulakan perbualan. Tetapi, ianya tidak akan menjadi satu perkara yang mustahil sekiranya anda bijak untuk memulakannya.

Namun, anda tidak boleh menganggap semua pelanggan mempunyai sikap yang sama. Rintangan dalam perniagaan pasti ada, tetapi ianya bergantung kepada diri anda sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya.

Walau bagaimanapun, jika anda sudah memulakan perbualan, tetapi pelanggan seperti tidak berminat anda boleh menggunakan kaedah yang lain.

Antaranya adalah, dengan bertanyakan mungkin mereka ada beberapa soalan yang hendak dikatakan ataupun, dengan memahami kehendak mereka. Kata kunci untuk mengelakkan rintangan dalam perbualan adalah, anda harus bijak berkata-kata.

#4 – Senyum Selalu

Sudah terbukti dengan memberikan senyuman akan membuatkan orang lain senang untuk berinteraksi dengan kita. Ia merupakan satu cara yang paling mudah untuk membuatkan pelanggan merasa selesa untuk berkomunikasi dan secara tidak langsung, mereka  juga akan melihat anda sebagai seorang individu yang mudah didekati.

#5 – Pendengar Yang Baik

Sekiranya anda mahu mereka menjadi pelanggan yang setia kepada anda, anda seharusnya menjadi seorang pendengar yang baik kepada mereka. Dengan mendengar masalah, dan kehendak mereka secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan anda dengan pelanggan menjadi semakin rapat dan senang untuk melakukan transaksi jual beli.

#6 – Menyebut Nama Pelanggan

Ingin mendapatkan perhatian pelanggan anda? Panggil nama mereka dengan kerap. Salah satu bunyi yang paling menyenangkan seseorang adalah dengan mendegar nama mereka sendiri. Dengan menggunakan nama pelanggan anda apabila anda bercakap dengan mereka, akan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan kepada apa yang anda katakan.

#7 – Memberi Mesej Yang Bermanfaat

Apabila anda berurusan dengan pelanggan, anda perlu menyampaikan mesej yang bermanfaat dan yang mudah unuk difahami oleh mereka. Selain itu, jika anda sudah mempunyai jenama yang kukuh ia dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda serta dapat bersaing dengan pelanggan anda.

Kecerdasan emosi mampu meningkatkan kemahiran sosial dalam diri kita. Apa yang anda perlu lakukan adalah, sentiasa berfikiran positif supaya kemahiran sosial yang ada pada diri dapat diwujudkan.

Artikel kali ini kami akan kongsikan 7 kemahiran sosial yang akan dapat membantu anda tidak kira berada di dalam pejabat mahupun bersama rakan-rakan anda yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

#1 – Menjalin Komunikasi Dengan Mata

 

Bagi sesetengah individu, perkara ini mungkin mudah bagi mereka, tetapi dalam komunikasi mata memainkan peranan yang penting. Ini kerana, ianya dapat mewujudkan keserasian dan keyakinan terhadap individu tersebut.

Malah, keyakinan adalah salah satu kualiti yang dapat menarik orang ramai untuk lebih mengenali siapa diri anda. Tingkah laku yang positif, dapat memberikan individu tersebut menggunakan peranan mata dengan baik.

Masih belum terlambat buat anda untuk melakukannya. Ini kerana, perkara ini tidak memerlukan sebarang kemahiran malah, memerlukan komitmen yang ada dalam diri dan juga pandangan individu ketika memulakan perbualan.

#2 – Letakkan Telefon Pintar Ketika Sedang Berbual

Ketika anda di dalam mesyuarat mahupun sedang berbual bersama rakan-rakan, lebih elok jika letakkan ketepi dahulu telefon pintar anda. Pastikan beri perhatian sepenuhnya pada mereka untuk mengelakkan gangguan yang akan berlaku. Tabiat ini tidak memerlukan sebarang kemahiran mahupun usaha namun, ianya salah satu kemahiran sosial yang perlu ada pada setiap individu.

#3 – Panggil Dengan Nama Sebenar

 

Memberikan layanan yang baik mampu membuatkan orang lain selesa dengan kehadiran kita. Salah satunya adalah dengan memanggil mereka dengan nama, secara tidak langsung individu tersebut dapat memberikan aura yang positif dalam diri. Selain dari itu, memberikan layanan yang baik kepada pekerja baru juga dapat membuatkan individu tersebut berasa selasa dan tidak rasa dipinggirkan.

#4 – Sentiasa Memberikan Senyuman

Sentiasa memberikan senyuman adalah salah satu kemahiran sosial yang perlu wujud dalam diri kita. Selain ianya salah satu amalan sedekah, senyuman juga mampu membuatkan individu tersebut mudah didekati. Namun, jika anda mahu lebih disenangi dan didekati, bahasa tubuh memainkan peranan yang penting dalam membentuk satu kumpulan yang sentiasa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

#5 – Berjabat Tangan

 

Kajian menunjukkan bahawa, mereka yang berjabat tangan apabila bertemu dengan orang lain dapat memberikan kesan yang positif dalam diri seseorang. Malah, ianya juga dapat mewujudkan individu tersebut mempunyai postur tubuh yang baik serta mudah untuk didekati.

#6 – Menjadi Pendengar Yang Baik

Jika anda mampu untuk menjadi pendengar yang baik, secara tidak langsung orang ramai mudah untuk meluahkan perasaan mereka terhadap anda. Mendengar adalah lebih baik daripada anda berkata-kata dan sekiranya terdapat idea-idea yang bernas diberikan oleh setiap individu, adalah lebih baik untuk anda mendegar dahulu daripada bersuara.

#7 – Mendengar Dan Memberi Pendapat

 

Mendengar dan memberi pendapat adalah satu kaedah yang boleh kita gunaka ketika sedang menghadiri mesyuarat mahupun berbual bersama rakan-rakan anda. Apabila anda dapat mendengar dengan baik, cuba untuk memberi pendapat yang baik pula. Ini kerana, segala pendapat anda mungkin dapat digunakan pada masa akan datang. Idea yang bernas dapat memberikan kesan yang positif dalam organisasi anda.

Syarikat Loob Holding Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa Chatime ke Malaysia. Selain Chatime, syarikat ini juga turut mengasaskan sebuah restoran Jepun iaitu Hacha Mecha yang terletak di Kuala Lumpur, bar wisky Ikki, Spanish yogurt Llao Llao, dan terakhir sekali adalah wafel Grid & Go.

Bryan Loo merupakan pengasas dan juga pengarah, telah memenangi beberapa anugerah iaitu, Best Master Franchisor pada tahun 2012 dan ‘Emerging Entrepreneur of the Year’ di Ernst & Young Entrepreneur pada tahun 2013.

Sebelum melangkah ke dunia usahawan, beliau merupakan seorang pelajar dari Monash University berkelulusan dalam bidang Bioteknologi, dan seterusnya bekerja dalam syarikat sel stem. Selepas 2 tahun bekerja dalam bidang tersebut, beliau telah bertukar angin dan ingin  memulakan perniagaan dalam F & B franchais bersama-sama dengan bapanya.

Akhirnya, Loo berjaya mencipta produk minumannya sendiri iaitu Chatime, dan yang paling membanggakan produk tersebut berjaya menambat hati pelanggan yang membelinya. Kini, Chatime telah mempunyai 150 cawangan di seluruh negara.

Di sini, terdapat beberapa hasil perkongsian beliau dan juga nasihat yang boleh kita semua ikuti.

 

#1 – Bijak Mencari Peluang

Bapa muda kepada dua orang anak perempuan ini berkata, “Jika anda ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu bijak untuk mencari dan merebut peluang yang ada” . Ini kerana, jika anda sentiasa melengah-lengahkan usaha, peluang tersebut tidak akan datang kembali.

#2 – Mendapatkan Sokongan

Untuk menjadi seorang usawahan yang berjaya, tidak semestinya anda mempunyai idea-idea yang hebat. Apa yang paling penting adalah, mempunyai individu yang sering bersama-sama dengan kita sewaktu susah ataupun senang. Keluarga dan rakan-rakan antara orang yang paling dekat dengan kita, merekalah yang sentiasa memberi dorongan dan galakan untuk terus berjaya. Bagi Loo, tanpa mereka beliau tidak mungkin akan dapat berjaya sehingga ke tahap sekarang.

Kini, beliau mempunyai 15 orang rakan-rakan yang dikenalinya sejak zaman kanak-kanak, dan telah bekerja dengannya dalam perniagaan ini serta memegang jawatan yang penting dalam syarikat.

#3 – Membina Jiwa

Pasaran global pada masa kini sentiasa berubah-rubah, pengguna lebih bijak untuk menilai tentang produk yang mereka gunakan. Maka, anda perlu membina jiwa dalam sesuatu produk supaya lebih ramai pengguna yang membelinya. Visi dan misi dalam syarikat juga penting untuk anda tahu supaya matlamat yang dituju lebih jelas.

#4 – Mewujudkan Kegagalan

Loo sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa, perasaan takut untuk mengadapi kegagalan tidak sepatutnya wujud dalam kamus hidup seorang usahawan. Menurut beliau lagi, sebelum ini pasukannya telah banyak kali gagal dan dari kegagalan itulah yang menjadikan pengajaran kepada mereka supaya berusaha dengan lebih gigih sehingga ke peringkat yang seterusnya.

Sebelum beliau menubuhkan Chatime, beliau mempunyai idea untuk menceburi perniagaan teh. Kemudian, Loo telah terbang ke Taiwan dengan harapan dapat membawa balik mana-mana jenama utama francais teh ke Malaysia. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana mereka telah memberi tumpuan kepada pasaran Cina. Kerana, mereka tidak berminat dengan pasaran yang ada di Malaysia.

Akhirnya, Loo pulang ke Malaysia dengan tangan yang kosong. Kemudian, sepupu beliau telah memberi idea supaya membuka bisnes minuman iatu Chatime. Oleh kerana itulah, Loo telah didorong untuk memulakan perniagaan yang baru.

#5 – Membina Perniagaan

Menurut Loo, membina perniagaan sendiri membolehkan anda untuk mencipta jenama dalam tempoh yang singkat. Beliau menjelaskan bahawa, apabila seseorang membuka perniagaan, pasti ia menggunakan sistem dan prosedur yang sama. Justeru, lebih banyak anda akan mewujudkan jenama yang lebih berbeza daripada jenama lain.

#6 – Mempunyai Mentor

Walaupun Loo telah berjaya dalam perniagannya, namun dia juga menggunakan mentor untuk membimbing beliau dalam perniagaan. Mentor tersebut tidak lain dan tidak bukan, adalah bapanya sendiri. Bapanya merupakan individu yang sering memberi galakkan untuk beliau meneruskan impian, dan percaya bahawa anaknya pasti akan berjaya.

#7 – Berani Mengambil Risiko

Usahawan yang berjaya, mereka tidak takut akan kegagalan dan berani untuk mengambil risiko. Begitu juga dengan Loo, beliau telah mencuba pelbagai risiko dalam peniagaan tetapi, orang ramai menganggap perbuatannya merupakan satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali. Namun, kata-kata itu tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau. Kerana, tiada apa yang mustahil jika kita ingin berjaya.

#8 – Mengembangkan Bakat

Jika anda mempunyai bakat dalam sesuatu bidang, apa kata anda menggunakan bakat tersebut. Belum cuba, belum tahu. Seperti Loo, walaupun beliau lahir dalam jurusan yang berbeza namun beliau mempunyai bakat yang sangat hebat dalam dunia perniagaan. Kerana itulah, wujudnya produk minuman Chatime.

#9 – Usaha Yang Berterusan

Menurut Loo, beliau sentiasa berusaha untuk memastikan usahanya sentiasa berterusan. Tetapi, bukan sahaja dalam perniagaan malah sentiasa konsisten untuk menjaga kualiti produk supaya dapat menarik ramai pelanggan.

#10 – Memberi Penghargaan

Usahawan muda yang berusia 29 tahun ini berkata, beliau sentiasa memberikan penghargaan kepada bapanya yakni seorang individu yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaannya. Bapanya juga telah banyak mengajaranya erti kehidupan yang sebenar supaya menjadi usahawan yang berjaya.

Rahsia kejayaan seorang usahawan, bukan terletak kepada berapa banyak nilai keuntungan, dan jualan yang anda perolehi. Tetapi apa yang paling penting adalah, individu yang sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai.

Cuba anda fikirkan orang yang paling berjaya yang anda tahu. Sekurang-kurangnya 2-3 orang yang paling anda rapat. Sekarang fikirkan beberapa perkataan yang paling menggambarkan orang itu.

Apa yang terlintas di fikiran? Pintar? Sangat terurus? Yakin? Berdisiplin? Sentiasa berinspirasi?

Jika anda seperti orang kebanyakan, anda mungkin gambarkan sebahagian besarnya mempunyai sikap yakin, berdisiplin dan sentiasa memberi inspirasi.

Dalam erti kata lain, sifatnya lebih terarah kepada sikap, tabiat orang itu, daripada pengetahuan atau kemahiran mereka yang mereka ada. Lain-lain perkataan yang memberi maksud yang lebih kurang sama adalah termasuk rajin, berani, merendah diri, dan punyai berpengaruh yang tinggi.

Kisah Program Latihan Dale Carnegie Yang Dihadiri Oleh Warren Buffet

Latihan ini adalah salah satu daripada beberapa siri sesi preview yang diadakan oleh Dale Carnegie di dalam program “Skill for Success” di bandar New York . Kursus ini adalah salah satu daripada beberapa program latihan Dale Carnegie yang ditawarkan di seluruh dunia,. Buat anda yang mungkin tidak tahu , Dale Carnegie merupakan seorang penulis buku ‘bestseller’  “How to Win Friends and Influence People.”

Warren Buffett berkata beliau telah menghadiri kelas Dale Carnegie ini ketika dia masih kecil, dan ia mengubah hidupnya & mengatasi rasa takut pada pengucapan awam.

Bersama dengan kira-kira 40 peserta yang lain, beliau menghadiri sesi preview “Skill for Success”. Salah satu ilmu yang beliau bawa pulang adalah bahawa pentingnya sikap yang betul untuk anda hadapi cabaran hidup dan bisnes setiap hari, lebih penting dari apa kelayakan anda di atas kertas (sijil) dan kemahiran anda.

Untuk menggambarkan perkara ini, pengajar latihan Dale Carnegie iaitu Marc Fowler, membacakan senarai 21 objek secara rawak, beliau kemudiannya memberitahu awal-awal bahawa setiap objek yang melambangkan maksud yang berbeza-beza. Dan beliau meminta peserta yang lain dapat membaca senarai yang disebutkan tadi tanpa ada kesilapan!

Malangnya, seperti dijangkakan, tiada siapa yang angkat tangan, dan berani untuk menawarkan diri!

Your Attitude Is Holding You Back,” Kata Fowler

Beliau kemudian menerangkan maksud setiap 21 objek tersebut dan meminta kami mengingati objek dan maksudnya secara berpasangan. Hampir setiap pasangan membuktikan prestasi mereka meningkat dengan pantas dari kali pertama mereka akan cuba. Malah ada 2-3 pasangan tampil ke hadapan untuk menerangkan setiap objek dan maksudnya dengan betul! Dan mereka dapat terangkan dengan penuh yakin.

Jelas sekali, disini kita tahu, tidak semua cabaran begitu mudah untuk diatasi. Tetapi melalui latihan ini, ia mengajar kita, sekurang-kurangnya, mengatakan “Ya, saya boleh”! Cuba dahulu, dan ‘adjust’ kemudian!

Fowler tidak pernah memberi tahu secara khusus bahawa kita tidak boleh bekerja secara berpasangan,  mendengar semula senarai itu, atau meneka. Jika kita akan mempunyai sikap yang lebih positif, kita mungkin telah menyedari bahawa strategi ini boleh menjadi laluan untuk kejayaan – kegagalan yang tidak dapat dielakkan.

Sikap & Tabiat Dalam Hidup Lebih Penting Dari Pengetahuan & Kemahiran Yang Anda Ada

Pengajaran ini juga mempunyai beberapa implikasi penting di  tempat kerja. Fowler juga berkata kepada kami, sesetengah majikan sering mengutamakan pekerja berdasarkan pengetahuan serta kemahiran yang mereka ada. Mereka lebih mengutamakan calon pekerja yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup, serta kemahiran yang boleh memenuhi apa yang dimahukan oleh syarikat.

Tetapi mereka lupa, dengan mempunyai sikap yang betul juga membantu pekerja untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran, setelah bekerja dengan kita. Namun begitu, tidaklah dinafikan pengetahuan dan kemahiran juga penting.

Malah, Fowler memberitahu, “Semangat (sikap) yang dimanfaatkan dengan cara yang salah boleh menjadi sia-sia. Kunci kepada kejayaan, katanya, adalah sikap, kemahiran yang betul serta pengetahuan.

Berbalik kepada cerita latihan tadi, jika kita mencuba dengan melulu tanpa usul periksa, kemungkinan kita akan menjawab dengan salah. Namun selepas itu, kita boleh rancang sesuatu strategi , mungkin dengan bekerja dalam satu pasukan, adakan sesi visualisasi boleh atasi masalah. Sehinggalah kita dapat menjawab kesemuanya dengan betul.

Kata kuncinya, cuba dahulu! Andaikata masih kurang tepat, kita rancang strategi bagaimana untuk kurang kesilapan sehinggalah berjaya menjawab dengan betul!

Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.