Generasi Y pada masa kini, sudah berani untuk mengambil alih tugas di pejabat dari generasi X dan perkara ini amat sukar bagi mereka untuk mengekalkan kerjaya di pejabat.

Ini kerana, mereka yang berada di generasi Y inginkan sesuatu yang baru yang dapat memberikan mereka kepuasan ketika bekerja. Jika kita sering diarah untuk melakukan beberapa perkara yang sama pada setiap hari, kemungkinan ini akan membuatkan kehidupan kita tidak menjadi lebih produktif.

Mengapa? Segala aktiviti yang kita gemari akan menjadi lebih tersekat oleh kerana masa yang tidak mencukupi dengan melakukan pelbagai tugasan yang diberi. Sebagai manusia, kita juga ingin pergi bercuti bersama-sama dengan rakan, serta melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut merupakan beberapa kelebihan apabila anda bekerja di rumah mahupun di pejabat.

 

Kelebihan Berbisnes Di Rumah

 

#1 – Bebas Untuk Dekorasi Pejabat Mengikut Kreativiti

Apabila anda bekerja di rumah, salah satu kelebihan yang didapati adalah anda boleh mereka bentuk suasana kerja mengikut kreativiti yang diinginkan. Tiada siapa yang dapat menghalang anda dari melakukannya asalkan kerja dapat diselesaikan.

Bekerja di rumah juga mampu memberikan  semangat yang positif jika anda mampu membuatkan persekitaran kerja seperti berada di pejabat.

#2 – Lakukan Kerja Di Mana Sahaja Yang Anda Mahu

Mungkin agak bosan bagi anda apabila sering melakukan kerja seharian di rumah. Ambil inisiatif ini sebagai satu persekitaran yang baru buat anda. Iaitu, keluar dari rumah dan mencari tempat yang selesa untuk melakukan kerja.

Sekiranya disediakan WiFi, lebih mudah untuk  melakukan kerja sambil menghirup kopi yang segar dan secara tidak langsung, perkara ini juga turut dapat meningkatkan sikap yang positif dan mampu untuk berfikir dengan baik.

#3 – Mempunyai Masa Kerja Yang Fleksibel

Kebanyakan pekerjaan di pejabat memerlukan anda bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, ataupun lebih dari waktu itu.

Bagi sesetengah individu, mungkin perkara ini sudah tidak produktif lagi buat mereka. Dengan melakukan kerja di rumah, masa anda akan menjadi lebih fleksibel dan produktif. Ini kerana, anda tidak akan disekat oleh waktu pejabat yang mempunyai peraturan serta masa yang telah di tetapkan.

#4 – Masa Untuk Keluarga Dan Rakan-Rakan

Bagaimana anda seimbangkan waktu kerja dan kehidupan seharian?. Mungkin agak sukar untuk anda membahagikan masa antara kerja dan kehidupan semasa bekerja di pejabat. Namun, dengan melakukan kerja di rumah anda mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan rakan-rakan.

Bagi mereka yang telah berumahtangga, masa untuk pasangan dan anak-anak lebih teratur dan dapat memberi perhatian yang sepenuhnya.

Terutamanya bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih kecil ataupun bersekolah, langkah keselamatan buat mereka amat penting supaya tidak berlaku sebarang perkara buruk yang akan berlaku. Namun, jika anda bijak menguruskan masa dengan baik, segala aktiviti sosial dapat dilakukan dengan lebih seronok.

 

Kelebihan Bekerja Di Pejabat

 

#1 – Pengurusan Masa Yang Lebih Teratur

Jika anda bekerja di pejabat, ada beberapa peraturan yang perlu diikuti. Contohnya, waktu anda memasuki pejabat, menghantar tugasan serta menghadiri mesyuarat.

Secara tidak langsung, ianya dapat membuatkan pengurusan masa anda akan lebih teratur dan lebih produktif. Menepati masa merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja dan setiap satu saat masa yang berlalu, tidak akan kembali lagi.

Seorang individu yang melakukan kerja di awal waktu, secara tidak langsung dapat mengubah hidup  mereka ke arah yang lebih produktif serta mempunyai sikap yang berdisipilin. Dengan ini, apabila pulang kerumah anda tidak perlu lagi memikirkan segala tugasan di pejabat setelah bersungguh-sungguh melakukannya.

#2 – Belajar Untuk Jadi Individu Yang Lebih Profesional

Seorang individu yang bijak berkomunikasi dengan baik serta mempunyai kemahiran yang tinggi, dapat membuatkan anda menjadi seorang yang lebih profesional dalam melakukan kerja. Selain dari itu, dari segi berpakaian juga amat dititikberatkan bagi menunjukkan anda menjadi seorang yang lebih berkeyakinan apabila bertemu dengan orang ramai.

Berkeyakinan disini bermaksud, anda mempunyai fizikal yang menarik, sentiasa berpakaian kemas dan tidak menjolok mata, serta bijak untuk berkomunikasi dengan baik. Secara tidak langsung, sikap profesional akan hadir dalam diri anda.

#3 – Berpeluang Untuk Menimba Ilmu Pengetahuan

Dikelilingi oleh orang-orang yang berilmu dan ahli korporat, samada rakan sekerja di pejabat, anda akan sentiasa mempunyai peluang untuk belajar daripada mereka segala ilmu-ilmu yang mereka ada.

Ini kerana, setiap daripada mereka datang dari pelbagai bidang dan ambil kesempatan ini untuk rajin bertanya. Semakin rajin anda bertanya, semakin banyak ilmu yang akan diperolehi. Jelaslah disini bahawa, bekerja di pejabat adalah platform yang terbaik utuk anda menimba lebih banyak ilmu.

#4 – Persaingan Yang Sihat Antara Rakan Sekerja

Mempunyai persaingan yang sihat antara rakan sekerja dapat menimbulkan suasana kerja yang lebih produktif. Ini kerana, apabila salah seorang rakan sekerja anda dapat melakukan kerja dengan baik, ianya juga dapat memberikan impak yang positif dalam diri. Namun, usaha harus selari dengan matlamat dan tidak mudah mengenal erti putus asa.

Salah satu punca kerugian besar dalam aktiviti pengiklanan adalah menyasarkan audiens yang silap. Ibarat anda dalam satu pertandingan larian dan anda lari ke arah yang silap, adakah anda akan berjaya memenangi pertandingan berkenaan? Tentu sekali jawapannya tidak.

Tidak kiralah betapa hebat produk anda, betapa hebat bahan promosi, betapa hebat tawaran harga, betapa hebat jaminan wang dikembalikan, aktiviti marketing anda tetap akan gagal.

Proses percubaan adalah penting untuk mengelakkan kerugian yang besar dalam aktviti pengiklanan. Kos pengiklanan adalah tinggi dan bukan boleh diambil sambil lewa.

#1-Pengalaman Saya Mencuba Pengiklanan Di Akhbar Politik

 

Mematuhi  ajaran sifu, saya sebagai seorang usahawan sentiasa melakukan percubaan dalam skala dan kos yang kecil sebelum melakukan pengiklanan yang lebih besar. Salah satu kesilapan yang saya buat adalah mengiklan sebuah bengkel  untuk pelajar sekolah di sebuah akhbar politik.

Sebab utama saya cuba mengiklan di akhbar politik berkenaan adalah bilangan pembaca yang sangat tinggi. Telahan saya adalah lebih tinggi pembaca, lebih banyak jualan yang saya akan dapat.

Selepas mengiklan untuk 4 kali, respons yang saya terima amat menghampakan. Hanya beberapa panggilan yang saya terima, itupun dari pembaca wanita sedangkan akhbar politik biasanya dibaca oleh lelaki. Nasib baik saya hanya membeli classified ad yang hanya berharga lebih kurang RM100 sahaja.

#2-Kali Kedua, Saya Cuba Iklan di Sebuah Majalah Wanita Pula!

 

Selepas kegagalan iklan di akhbar politik berkenaan, saya cuba pula mengiklan di sebuah majalah wanita. Sambutan untuk kali pertama sahaja sudah memberi sambutan yang memberangsangkan.  Slot untuk kursus saya telah terjual sepenuhnya hanya melalui iklan di majalah tersebut.

Sebagai perbandingan, mungkin anda menulis bahan promosi yang sederhana, dan harga yang kurang kompetitif tetapi disasarkan kepada audiens yang tepat, ia akan membawa hasil yang lebih baik dari bahan promosi yang hebat seperti dinyatakan dalam situasi pertama.

Bukanlah saya menyatakan bahawa anda perlu membuat bahan prmosoi yang lemah. Apa yang kita cuba fokuskan di sini adalah peri pentingnya aktiviti pemasaran disasarkan kepada audiens yang tepat.

#3-Betulkah Kita Boleh Jual Produk Kepada Semua Orang?

 

Apabila saya bertanyakan kepada peniaga tentang siapa prospek sasaran mereka, mereka akan menjawab “semua orang”. Ia kedengaran seperti suatu strategi yang bijak dengan mensasarkan semua orang akan membeli produk berkenaan. Wah, hebatnya produk mereka.

Semua orang bererti kesemua penduduk dunia. Letakkan sahaja keuntungan prdouk berkenaan RM1, maka dengan mudahnya peniaga berkenaan menjadi billionaire. Malangnya ia adalah bukti bahawa usahawan berkenaan tidak melakukan kajian pasaran yang mendalam.

Kata Kunci  Utama Pengiklanan – Kenal & Jual Kepada Pelanggan Yang Betul

Dan Kennedy, seorang pakar pemasaran antarabangsa ternama mengibaratkan situasi di atas seperti “Cuba menembak sasaran yang bergerak, kebarangkalian untuk mengena adalah rendah”

Beliau juga berkata bahawa bahan promosi yang lemah yang ditujukan kepada audiens yang betul mungkin mendapat respons yang kurang menggalakkan. Walaupun begitu, ia adalah jauh lebih baik dari bahan promosi yang mengandungi mesej yang hebat tetapi ditujukan kepada audiens yang salah.

Jika anda seorang pemasar yang sudah berpengalaman dalam bidang ini, sudah pasti anda tahu betapa pentingnya pemasaran dalam media sosial. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa di antara mereka yang seringkali membuat kesilapan.

Seringkali kita mendengar ada beberapa pandangan negatif dari pembaca tentang kesilapan yang dilakukan di dalam media sosial.

Oleh itu, penting buat anda di luar sana yang ingin menceburi bidang ini mengkaji dan mendalami ilmu dan kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pengikut di media sosial.

#1 – Elakkan Bertengkar Dengan Pelanggan

Apabila anda menceburi bidang perniagaan, pasti ayat ini sudah tidak asing lagi didengari di telinga anda, iaitu mengamalkan prinsip “Pelanggan sentiasa betul”. Jika ada di antara pelanggan anda memberi pandangan yang negatif dan tidak berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang di berikan, elakkan untuk bertengkar dengan mereka.

Anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh, serta mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk menambat semula hati pelanggan. Akhirnya, sudah pasti pelanggan anda akan merasa berpuas hati jika diberikan perkhidmatan yang baik buat mereka.

#2 – Sentiasa Menghasilkan Kualiti Yang Terbaik

Ada sebab mengapa pelanggan mengikuti perkembangan produk anda di media sosial, ini kerana sudah pasti mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa dan memperolehi manfaat daripadanya. Namun, adakalanya kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesilapan yang sering kita terlepas pandang.

Jika isi kandungan yang anda lakukan itu tidak ada kaitan dengan pelanggan, sudah tentu mereka akan merasa tidak puas hati. Secara tidak langsung, masalah ini akan menyebabkan anda mungkin akan kehilangan pengikut di media sosial. Anda perlu bijak untuk mengetahui apa yang pelanggan mahukan dalam media sosial.

#3 – Menghasilkan Iklan Yang Berguna

Ada sebab mengapa pelanggan mengikuti perkembangan produk anda di media sosial, ini kerana sudah pasti mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa dan memperolehi manfaat daripadanya. Namun, adakalanya kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesilapan yang sering kita terlepas pandang.

Jika isi kandungan yang anda lakukan itu tidak ada kaitan dengan pelanggan, sudah tentu mereka akan merasa tidak puas hati. Secara tidak langsung, masalah ini akan menyebabkan anda mungkin akan kehilangan pengikut di media sosial. Anda perlu bijak untuk mengetahui apa yang pelanggan mahukan dalam media sosial.

#4 – Mengkaji Analisis Di Media Sosial

Sebagai seorang pemasaran di media sosial, anda perlu tahu secara purata berapa ramaikah pengikut anda di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Namun, jika anda tidak dapat menjawab soalan ini, seolah-oleh anda tidak belajar tentang analisis tersebut.

Adalah penting untuk anda mengkaji analisis dengan kerap supaya boleh melihat siapakah pengikut dan apakah yang mereka lakukan di media sosial. Dengan cara itu, mudah bagi anda untuk berjaya dalam bidang pemasaran di media sosial.

#5 – Sentiasa Mempelajari Sesuatu Yang Baru

Adakah ilmu yang anda ada sekarang sudah mencukupi? Fikirkan semula. Ini kerana, media sosial sentiasa berubah dan berkembang dari semasa ke semasa. Walau pun anda merasakan ilmu yang ada sudah cukup buat anda untuk pergi dengan lebih jauh, tetapi teknologi yang ada pada masa kini tidak mungkin akan berguna lagi pada tahun 2018 dan seterusnya.

Sentiasa mengambil peluang ini untuk kembangkan lagi idea dan cari peluang yang ada diluar sana serta, fikirkan strategi yang terbaik untuk mengekalkan perniagaan anda dalam media sosial.

#6 – Sentiasa Konsisten

Untuk berjaya dalam pemasaran media sosial, adalah penting buat anda untuk menjadi seorang yang sentiasa konsistent. Ianya bermaksud, sentiasa berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Jika hanya sedikit usaha yang anda lakukan, maka sedikitlah kejayaan yang anda akan terima.

#7 –Platform Yang Digunakan

Anda mungkin pernah mendengar sedikit sebanyak mengenai kepetingan pemasaran di Twitter, Facebook, Pinterest, LinkedIn, Instagram, Snapchat, Tumblr, YouTube, dan pelbagai lagi platform media sosial yang lain.

Jika anda mencuba semua platform yang anda, ianya akan mendatang beberapa masalah. Ini kerana, jika terlalau banyak platfrom yang digunakan ini akan menyebabkan anda tidak dapat fokus kepada perniagaan. Pelanggan juga akan sedikit keliru tentang platform yang manakah yang sedang anda gunakan.

Sebaliknya, fokus kepada beberapa platform yang sering pelanggan gunakan sahaja dalam pasaran anda. Ini juga akan memudahkan semua orang untuk menggunakannya serta dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan pengguna.

#1 – Di awal kerjaya dahulu, saya mengalami sedikit masalah pengurusan perbelanjaan bulanan. Pelbagai cara telah  diusahakan tetapi masih gagal untuk saya turuti. Kekangan dari segi pemantauan menjadi punca, sehinggalah saya terbaca akan kaedah penggunaan sampul berwarna oleh seorang ‘financial guru’ pertengahan tahun 2002. Ternyata ianya merubah corak pengurusan perbelanjaan saya

#2 – Namun, saya tidak menggunakan sampul sepertimana yang dicadangkannya sebaliknya, sampul tersebut di gantikan dengan akaun-akaun simpanan di bank.

#3 – Pada ketika saya memulakan kaedah ini, gaji bersihku sudah mula mencecah RM3,000 sebulan dan 50% dari amaun tersebut biasanya akan saya ketepikan untuk pembayaran pinjaman kenderaan, rumah kediaman, kad kredit, premium takaful dan bayaran utiliti. Untuk rekod, simpanan pelaburan dan sumbangan kasih sayang kepada ibu bapa, saya ambil dari lebihan sewa dari unit-unit sewaku tanpa mengusik duit gajiku.

#4 – Dengan jumlah sebanyak RM1,500 itu (50% dari gaji), kemudiannya saya pindahkan ke 4 akaun bank yang berbeza dengan jumlah simpanan yang sama yakni, RM375 bagi setiap akaun.

#5 –  Kenapa 4 akaun bank yang diperlukan?

#6 – Kerana ianya mewakili 4 minggu dalam sebulan dan setiap minggu, hanya maksimum RM375 @ RM53.57 sehari sahaja yang boleh saya gunakan untuk perbelanjaan harian (termasuk makan minum dan pengangkutan).

#7 – Hasilnya, saya mula berdikit. Malah, saya cuba mengurangkan perbelanjaan agar masih terdapat baki pada akaun bank untuk minggu itu. Rasionalnya, agar ada lebihan baki ke minggu yang sama pada bulan hadapan.

#8 – Begitu juga dengan akaun-akaun bank yang mewakili minggu-minggu berikutnya. Alhamdulillah, amalan ini masih lagi saya praktikkan dan ternyata ianya sesuai untuk memantau aliran tunai (cashflow) bulananku dan tidak salah untuk anda mencuba.

1. Pendapatan Peniaga Tidak Tetap.

Bank suka perkara yang pasti dan konsisten. Jika anda merupakan pekerja biasa yang berpendapatan RM10,000 sebulan, anda patut tiada masalah mendapatkan pinjaman hartanah bernilai RM1 juta. Dengan syarat, hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit, hutang pinjaman kereta tidak banyak komitmennya. 

Tetapi lain situasi berlaku, di pihak pemilik bisnes yang berpendapatan RM10,000 sebulan belum tentu boleh dapatkan pinjaman RM500,000. Kadang-kadang, mahu dapatkan pinjaman RM 300,000 pun susah.

2. Isytiharkan Pendapatan Tidak Sama Dengan Bank Statement

Biasanya isytiharkan pendapatan tidak cukup dan tidak sama dengan bank ‘statement’. Ramai peniaga yang guna kereta mewah tetapi isytiharkan pendapatan RM4,000 – RM5,000 sebulan sahaja.

3. Duit Peribadi Campur Aduk Dengan Duit Syarikat

Statement bank tidak terurus dengan baik disebabkan selalu campur duit peribadi dan duit syarikat. Kombinasi faktor faktor diatas menyebabkan orang yang berniaga selalunya susah nak dapat loan untuk beli hartanah dan punca kenapa bank tidak suka bagi pinjaman kepada peniaga.

Mereka suka beri pinjaman kepada pekerja kolar putih (banker, doctor, engineer etc) berbanding peniaga.  

Jadi, apa penyelesaian yang boleh digunakan hari ini jika anda berniaga?  Saya galakkan buat 3 benda ini :

1 – Jadikan pendapatan tidak tetap sebagai pendapatan tetap.

Ada satu teknik rahsia, namun teknik ini bukan boleh buat sembarangan dan maaf saya tak boleh kongsikan secara menyeluruh bagaimana cara untuk gunakan teknik ini. Oleh sebab jika saya kongsikan secara umum, barang kali teknik yang saya ajar ini tidak boleh dipakai lagi. Saya biasanya kongsikan dalam forum tertutup seperti Sarjana Hartanah.

2- Isytiharkan cukai pendapatan secara telus.

Jika anda bercadang mahu beli rumah pada tahun 2017, tahun ini anda perlu buat persediaan dan isytiharkan lebih sedikit pun tidak mengapa.

3- Asingkan akaun syarikat dan akaun peribadi.

Juga, saya cadangkan daftar syarikat kategori perkongsian liabiliti terhad (PLT) dan Sendirian Berhad berbanding daftar akaun Enterprise. Jika boleh , elakkan.

Kelebihan Usahawan/Peniaga Dalam Pelaburan Hartanah

1. Pendapatan & Berpotensi Untuk Untung Besar

Apabila peniaga buat untung, mereka berpotensi untuk hasilkan keuntungan besar. Dan jika mereka boleh serius mengumpul simpanan khas untuk hartanah yang dibeli, saya kirakan yang mereka akan habis bayar semua hartanah yang bernilai RM5 juta dalam masa kurang daripada 15 tahun sahaja. 

2. Perbelanjaan Utama Boleh Ditanggung Sepenuhnya Oleh Syarikat

Kalau kita strukturkan perniagaan kita elok-elok, kita boleh jimat banyak perbelanjaan peribadi seperti insurans, makan, kereta, parking, petrol dan banyak lagi. Semua perbelanjaan ini boleh ditanggung sepenuhnya oleh syarikat kalau kita strukturkan secara betul.

Bila banyak perbelanjaan ditanggung oleh syarikat, kita boleh menyimpan lebih.  Kesimpulannya, orang yang berniaga akan mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan hartanah. Yang penting, kita kena ada ilmu untuk atasi kekurangan dan gunakan kelebihan secara maksima untuk capai objektif kewangan kita. Sementara masih muda, kena pandai berjimat, kurangkan perbelanjaan dan guna kesempatan ini untuk melabur awal. 

Sebagai contoh, ada beberapa syarikat yang saya miliki tidak mempunyai premis perniagaan dan saya hanya gunakan ofis servis maya (Virtual ofis/Shared office). Orang lain bayar sewa ofis sehingga RM2,000 – RM 3,000 sebulan untuk setiap premis, saya hanya bayar RM180 sahaja untuk alamat yang sama di WhiteSpace.

Saya boleh pusing balik modal ini untuk pelaburan hartanah atau cepat habiskan bayar hartanah yang sudah dibeli. Bayar sewa ofis tidak akan mengkayakan saya, tapi pelaburan hartanah akan menambahkan harta saya. Lagipun, saya tidak perlu ofis mewah disebabkan sangat jarang orang luar berkunjung ke ofis saya.

Tawaran Istimewa Untuk Pembaca Setia Majalah Niaga!

Faizul Ridzuan akan menganjurkan seminar Sarjana Hartanah 2016 di 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Istimewa untuk pembaca MajalahNiaga.com sahaja, Faizul Ridzuan akan mengadakan sesi khas untuk berkongsi Teknik Confirm Lulus Loan Rumah untuk para peniaga dan mereka yang bekerja sendiri sahaja.

Sesi ini akan diadakan selepas Sarjana Hartanah. Tarikh dan lokasi akan diumumkan untuk mereka yang mendaftar menggunakan kod diskaun ini sahaja.

Bukan itu sahaja. Dengan kod diskaun ini anda juga akan dapat diskaun sebanyak RM150 dari harga biasa.  Harga biasa RM999. Harga istimewa MajalahNiaga RM849 sahaja.

Daftar sekarang ke seminar Sarjana Hartanah melalui link di bawah. Jangan lupa untuk masukkan kod diskaun MNSPECIAL untuk mendapatkan bonus sesi khas Teknik Confirm Lulus Loan Rumah dan diskaun sebanyak RM150 sekarang.

Memang tidak dinafikan, peraturan di tempat kerja adalah perkara paling penting demi meningkatkan persekitaran kerja yang bagus. Namun, ini tidak menunjukkan anda sebagai seorang majikan perlu menjadi diktator kepada pekerja anda.  Sebaliknya, seorang majikan yang baik adalah mereka yang mempunyai kepercayaan terhadap pekerja supaya mereka lebih bermotivasi.

Berikut merupakan beberapa peraturan di tempat kerja yang perlu anda elakkan :

#1 – Menyekat Kehadiran Pekerja

Salah satu peraturan yang utama di tempat kerja adalah, sentiasa tiba awal di tempat kerja anda. Namun, adakalanya bagi sesetengah majikan mereka masih mengharapkan pekerja datang lebih awal pada waktu yang sepatutnya. Selain itu, ada juga pekerja yang sanggup kerja lebih waktu, dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh demi keuntungan syarikat tersebut.

Seorang majikan yang baik sepatutnya lebih mementingkan kebajikan pekerja mereka selain dari menyekat mereka sehingga waktu malam untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

#2 – Menyekat Penggunaan Internet

Adakalanya ketika sedang melayari media sosial, majikan kita akan lalu dan melihat apa yang sedang kita lakukan. Secara tidak langsung, akan memberikan tanggapan yang negatif kepada mereka. Tidak salah jika anda sebagai majikan memberi sedikit kelonggaran buat mereka untuk melayari internet, janji kerja yang diberikan dilakukan dengan terbaik dan menepati masa.

Lihatlah sudut ini dari segi sudut yang positif untuk mereka merehatkan minda dari bebanan kerja setelah seharian melakukan tugasan.

#3 – Tidak Dibenarkan Menggunakan Telefon

Tidak dinafikan telefon memberikan kemudahan kepada kita jika ada sebarang kecemasan.  Namun, ada juga bagi sesetengah pekerja lebih mengutamakan untuk bermain telefon dari membuat kerja mereka. Walau bagaimanapun, dengan menyekat penggunaan telefon di tempat kerja adalah perkara yang tidak sepatunya dilakukan.

Ini kerana, sekiranya terdapat kecemasan mudah bagi ahli keluarga atau rakan-rakan untuk menghubungi mereka.  Secara tidak langsung, ianya juga memudahkan mereka untuk menghantar teks kepada pelanggan jika terdapat temu janji selain dari menghantar e-mel kepada mereka.

#4 – Memerlukan Pakaian Khusus

Selain daripada tanggapan pertama orang ramai terhadap kita, adakah dengan memakai pakaian yang formal akan menyebabkan syarikat berjalan dengan lancar? Sebagai seorang majikan, tidak salah memberikan sedikit kelonggaran buat pekerja dengan memakai pakaian yang selesa buat mereka asalkan sentiasa nampak kemas dan bersih.

Ini juga akan mewujudkan persekitaran di tempat kerja menjadi lebih santai dan pekerja juga merasa seronok dan tidak terikat dengan etika pemaikaian. Melainkan pada hari tersebut terdapat mesyuarat yang perlu dihadiri, masa itulah waktu yang terbaik untuk berpakaian formal.

#5 – Kerap Menilai Prestasi Pekerja

Buat majikan yang sering menekankan prestasi kedudukan pekerja mereka, ini akan menghadkan kreativiti mereka dalam melakukan pekerjaan. Yakni, ada juga majikan yang sering membandingkan  antara pekera yang bagus dan yang kurang bagus. Perkara ini akan menyebabkan konsep pilih kasih, dan pekerja akan merasa kurang berkeyakinan.

Adakalanya, perkara ini akan menjadi tidak adil buat mereka yang sering berfikiran di luar kotak dan setiasa mempunyai pandangan yang berbeza daripada orang lain. Tiada siapa yang suka jika dirinya sering dibandingkan, namun jangan mudah berputus asa. Sentiasa berfikiran terbuka dan mempunyai minda yang sihat untuk mengekalkan prestasi ketika berada di pejabat.

#6 – Mengawal E-mel Pekerja

Jika anda masih ragu-ragu dan tidak percaya kepada pekerja anda, mengapa mengambil mereka bekerja? Ada cara yang lebih baik serta menjimatkan masa untuk memastikan pekerja anda membuat kerja dengan lebih cekap dan pantas, selain dari hanya memantau prestasi kerja mereka melalu e-mel.

Kini, sudah tiba masanya anda sebagai seorang majikan mengambil inisiatif ini untuk mula bersaing dengan dunia luar dan berhenti memandang ke belakang. Jika anda mempunyai sebarang masalah, tidak sepatutnya masalah itu dilemparkan kepada pekerja kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Ambil beberapa langkah untuk menjadi seorang yang lebih profesional dan lebih bermotivasi.

Kita semua ada pilihan. Kita boleh pilih nak bergaya, nak melancong satu dunia, nak nampak bergaya sekarang, tetapi kena kerja sampai mati untuk bayar hutang. Atau kita boleh pilih untuk nampak miskin, tidak bergaya, hidup biasa-biasa tetapi cari ilmu dan melabur secara bijak serta cari ilmu hartanah.

 

Kita kena mula bijak merancang kewangan bermula daripada sekarang. Mereka yang bijak merancang kewangan, akan mendapat hasil yang berbaloi selepas 5-10 tahun.

Kalau nak senang lepas 5-10 tahun, anda kena mula merancang dan melabur dari sekarang. Antara penyebab anak muda tidak boleh berjaya kerana terperangkap dengan hutang. Sebut sahaja tentang hutang, setiap orang memberi tafsiran yang pelbagai terhadap hutang. Ada orang cakap ada hutang baik, ada hutang jahat. Hutang boleh jadi baik, boleh jadi jahat, bergantung atas individu itu sendiri.

Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kepada anda, manakala hutang jahat pula memberi aliran wang negatif. Semua orang pernah berhutang, bagaimana anda kawal hutang tu akan memberi kesan kepada kewangan anda. Ada orang guna kad kredit dan menjadikannya sebagai hutang positif.

Antara 7 langkah untuk menangani hutang :

#1 –  Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya.

#2 –  Senaraikan Jumlah Hutang

Senaraikan semua hutang yang ada anda. Kalau boleh tampal dalam bilik atau letak dalam telefon. Kalau teringin nak beli IPhone 6SE. Boleh sedar diri sikit, hutang dah berlambak.

#3 – Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Yang Tinggi

Kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi. Jika ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

 

#4 – Turunkan Taraf Hidup

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Boleh makan, tak ada salahnya. Tapi, janganlah sampai tak ingat nak bayar hutang. Jadi, berubahlah dan berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal. Minum sahaja air masak. Hilang dahaga juga. Setkan dalam minda, selesaikan hutang terlebih dahulu.

#5 – Segera Bayar Hutang

Bina tabung hutang. Dapat bonus simpan dalam tu. Dapat komisen bayar hutang. Bila dapat gaji, pastikan ada bahagian untuk bayar hutang. Tak mampu bayar banyak, bayar sikit dulu.

#6 – Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai. Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

 

#7 – Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan anda jual barang, anda tolong promote. Kawan anda pulak promote barang anda. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dapat keuntungan. Jadi, duit yang dapat tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang.

***

Ada orang gaji 4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji 2 ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Jika anda gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna juga. Mentaliti kena mantap dulu.

Jika tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu anda menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit untuk makan minum semua.

 

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Sekarang ni hutang tertunggak buatkan anda tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi hutang berlambak. Sebabnya, anda mampu tengok sahaja rumah-rumah tersebut. CCRIS pun teruk. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.

Padahal anda yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, dan DSLR.

Selepas ini, muhasabah sekejap diri tu. Kalau anda hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah untuk mengatasinya. Jangan duduk diam, tak buat apa-apa. Masih belum terlewat untuk memulakan langkah. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Selepas itu, bila masa  nak simpan duit untuk deposit rumahnya?

Generasi Y pada masa kini seringkali dikaitkan dengan tiada pekerjaan dan masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai buat mereka. Namun, walaupun pasaran kerja sangat kompetitif generasi pada masa kini amat mengambil berat tentang budaya kerja, persekitaran pejabat, pembinaan pasukan dan lain-lain lagi.

Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa platform buat anak muda di luar sana yang masih mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka :

#1 – ReferJobs.my

ReferJobs.my merupakan platform buat anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data mereka khusus  buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Perkara yang paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan mendapat ganjaran kewangan.

Pada asasnya, anda akan mendapat ganjaran di antara RM500 hingga RM1500, bergantung kepada kekosongan itu. Walaupun platform ini masih baru, namun permintaan mereka semakin meningkat untuk memenuhi permintaan buat mereka yang masih mencari kerja.

#2 – JobStreet

JobStreet merupakan laman web sumber kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan online yang terbesar di Southesast Asia. Bagi graduan baru yang masih mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet merupakan platform yang terbaik buat anda. Menurut kajian dari JobStreet.com, lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan peluang pekerjaan pada tahun 2014.

#3 – Wobb.my

Wobb.my atau Wobb (Working On Bean Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum menghantar permohonon tersebut.

Pada awal tahun ini, pasukan ini telah mengeluarkan satu aplikasi mudah alih. Antara fungsi aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari kerja di mana sahaja. Perkara ini amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan. Namun, dengan aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.

#4 – Scoot

Scoot merupakan platform dimana mereka mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan baru di Malaysia. Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot, namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Iaitu membuat resume secara ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali tentang latar belakang anda.

Platfrom ini adalah salah satu kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.

#5 – JOBi

Jobi adalah satu platform yang memberi peluang kepada anda untuk mencari pekerjaan dengan lebih baik dan mudah. Mereka menawarkan tiga jenis pekerjaan, seperti Part Time, Internship dan sukarelawan. Platform ini juga merupakan mesra pengguna dan setiap kerja menyediakan maklumat yang khusus seperti gaji setiap jam atau bulanan dan juga waktu bekerja. Supaya mereka yang sedang mencari pekerjaan tahu pada waktu bila yang sesuai untuk mencari kerja.

#6 – TribeHired

TribeHired merupakan platfrom dimana syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat dan yang terbaik. Pada setiap minggu, TribeHired mencari seramai 100 orang yang berbakat untuk bekerja. Majikan juga boleh memainkan video daripada data mereka yang mempunyai peluang yang cerah dan berpotensi untuk diterima kerja. Selain itu, mereka yang masih mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat dan mengambil mana-mana tawaran yang ditawarkan untuk hadir ke sesi temu duga.

#7 – Startup Jobs Asia

Startup Jobs Asia merupakan salah satu platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.

Jika anda berminat untuk menyertai cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform terbaik untuk anda.

#8 – Wowintro

Wowintro adalah online platform dimana, mereka yang sedang mencari kerja akan mempamerkan diri mereka melalui video selama 30 saat. Perkara ini sangat berbeza dengan syarikat-syarikat yang lain yang masih menggunakn resume. Ini merupakan satu kelebihan mereka diberi peluang untuk mempamerkan kekuatan dan kemahiran berkomunikasi sebelum mengambil mereka untuk bekerja. Dengan adanya Wowintro, anda tidak perlu lagi risau untuk mencari berpuluh-puluh pekerjaan, kerana disini terdapat peluang yang luas buat anda.

#9 – Intern.my

Intern.my merupakan salah satu peluang yang terdapat di Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar. Platform ini adalah sesuai untuk pelajar di luar sana yang sedang mencari peluang untuk praktikal sebelum melakukan pekerjaan sepenuh masa. Namun, setiap pekerjaan yang diberikan akan diberi elaun bulanan kepada anda.

Siapa yang tidak mahu hidup dalam keadaan yang lebih selesa, sudah tentu setiap individu mengimpikan kehidupan seperti itu. Tetapi, jika anda sering hidup dalam keadaan yang selesa dan tidak mahu keluar dari zon selesa, sudah pasti anda akan terlepas peluang untuk menikmati kehidupan yang agak mencabar.

Namun, jika anda mahu keluar dari kepompong tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula? Ikuti langkah ini.

#1 – Ambil Langkah Pertama

 

Setiap apa yang anda ingin lakukan, pastikan ia bermula dengan mengambil langkah pertama. Kerana, langkah pertama merupakan perkara yang paling penting untuk memulakan sesuatu perkara. Walaupun ia kedengaran seperti agak sukar untuk dilakukan, tetapi jika anda berusaha pasti akan berjaya.

#2 – Mengenal Pasti Ketakutan

Setiap individu pasti mempunyai kelemahan dalam diri, contohnya takut kepada kejayaan atau takut kepada kegagalan. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu keluar dari zon selesa dan mengenal pasti kelemahan dalam diri. Kerana, apabila kita berhadapan dengan masalah, sebenarnya secara tidak langsung anda dapat keluar dari zon selesa. Individu yang berjaya, mereka bijak untuk mengawal segala masalah dan selesaikannya dengan cara yang lebih profesional.

#3 –  Mengubah Cara Pemikiran

 

Untuk menjadi individu yang berjaya, anda harus mengubah bagaimana cara anda berfikir. Anda memerlukan stamina dan dispilin yang kuat. Pastikan setiap apa yang anda lakukan, mempunyai matlamat dan cita-cita yang jelas dan secara tidak langsung, anda tahu apa yang anda sedang lakukan. Jika anda sentiasa berfikiran positif, maka segala perkara yang positif akan meresap dalam diri.

#4 – Percaya Pada Diri Sendiri

Percaya pada diri sendiri adalah aspek yang paling penting, dan supaya diri kita menjadi lebih produktif. Setiap individu mempunyai kemampuan mereka tersendiri. Namun, ada juga individu di luar sana yang masih berfikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri. Jika anda sering berfikiran seperti itu, secara tidak langsung ia akan menyekat segala perjalanan anda untuk lebih berjaya.

Untuk keluar dari zon selesa, anda harus percaya pada diri sendiri yang anda boleh lakukannya. Kerana, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika anda sentiasa berusaha. Dugaan dan rintangan dalam kehidupan pasti ada, namun usaha yang akan membezakan setiap kejayaan individu tersebut.

#5 – Kelilingi Diri Anda Dengan Pelbagai Jenis Manusia

 

Tidak dinafikan, sudah tentu kita mempunyai rakan-rakan yang paling selesa untuk kita berbual dan menceritakan segala masalah. Walau bagaimanapun, bertemu dengan orang yang baru adalah cara yang terbaik untuk mendedahkan diri anda supaya lebih terbuka untuk menerima idea-idea baru.

Untuk anda lebih mengenali orang yang baru, mungkin akan mengambil sedikit masa. Tetapi, perkara itu tidak akan menjadi masalah sekiranya anda sering berfikiran terbuka dan ingin menimba pengalaman serta perspektif yang berbeza dari pelbagai jenis manusia.  Secara tidak langsung, ia akan menjadikan anda sebagai indvidu yang mudah bergaul serta mudah untuk didekati.

#6 – Sukarelawan

Menjadi seorang sukarelawan merupakan pekerjaan yang sangat mulia kerana berpeluang membantu manusia yang lebih memerlukan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk meninmba ilmu pengalaman dan pembelajaran yang tidak akan dapat di mana-mana. Kerana, bukan mudah untuk menjadi seorang sukarelawan, ia memerlukan anda berkorban dari segi masa dan juga tenaga.

#7 – Menggunakan Jalan Yang Berbeza

 

Jika anda sering menggunakan jalan yang sama setiap hari, apa kata anda cuba untuk menggunakan jalan yang berbeza pula. Dengan cara tersebut, anda dapat melihat jalan dan persekitaran yang berbeza. Secara tidak langsung, ia akan memberikan nafas dan juga pengalaman yang baru.

Melakukan kerja seharian di pejabat akan menyebabkan kita akan merasa mudah bosan oleh kerana persekitaran yang kurang menarik perhatian. Kini, anda tidak perlu lagi risau tentang masalah tersebut. Tahukah anda terdapat beberapa tempat kerja yang mempunyai persekitaran yang menarik yang berada di lembah Klang.

Di bawah ini terdapat beberapa tempat kerja yang menyediakan ruang bekerja yang terbaik serta membuatkan kita rasa lebih selesa.

#1 – White Space

 

White Space adalah satu tempat di mana sesuai buat mereka yang mementingkan privasi semasa melakukan kerja seperti, golongan korporat. White Space juga mempunyai 4 cawangan di sekitar  Lembah Klang dan pada setiap lokasi, terdapat perbezaan dari segi ruang, reka bentuk, dan juga fungsi. Antara 4 lokasi tersebut adalah, Bangsar, Solaris Mont Kiara, Puchong dan juga Qliq Damansara.

Bagi cawangan di Bangsar, mereka menyediakan kerusi hitam dan meja yang panjang amat sesuai untuk melakukan kerja. Jika anda ingin melakukan mesyuarat kecil tetapi memerlukan lokasi yang lebih privasi, anda boleh memilih untuk ke Solaris Mont Kiara.

Di mana, mereka juga mempunyai kawasan yang amat selesa untuk anda merehatkan minda sambil menonton televisyen yang turut disediakan.

Selain dari itu, jika anda inginkan suasana yang lebih kasual dan pemandangan yang lebih berwarna warni di Qliq Damansara adalah pilihan yang terbaik. Lokasi ini juga memberikan anda ketenangan serta dapat mewujudkan idea-idea yang kreatif dan dapat mengurangkan  tekanan kerja.

Manakala, buat mereka yang mempunyai syarikat yang besar, cawangan di Puchong adalah lokasi yang lebih sesuai. Ini kerana, mereka menyediakan  bilik eksekutif untuk bermesyuarat dan melakukan perbincangan.

#2 – Impact Hub

Impact Hub merupakan ruang bekerja yang sesuai buat anda yang mementingkan suasana kerja yang segar serta, kerap menjadi tuan rumah dalam pelbagai majlis. Lokasi ini juga sangat memberikan inspirasi buat mereka ini kerana, Galeri Impact mempamerkan kepada mereka kerja-kerja seperti usahawan sosial, pereka dan juga artis.

Apabila anda memasuki ruang masuk di lokasi ini, anda akan dapat melihat suasana dan persekitaran yang berwarna-warni. Tujuannya adalah untuk sentiasa memberi inspirasi buat mereka yang hadir ke Impact Hub dan akan mencetuskan kreativiti kepada mereka yang memilih untuk bekerja di lokasi tersebut.

Ruang bekerja yang disediakan memberikan kemudahan buat mereka yang datang ke situ. Anda boleh memilih mana-mana ruang yang selesa untuk anda melakukan kerja, mesyuarat ataupun sebagainya.

#3 – Fluent Space

Fluent Space merupakan tuan rumah kepada dua lokasi iaitu, yang bertempat di Plaza Taragon dan kedua di TTDI.  Di TTDI, lokasi ni lebih tertumpu kepada ruangan yang kreatif dan mempunyai sifat yang memberi sumber insprasi buat anda.

Lokasi ini juga mempunyai beberapa penyewa utama termasuk B.L.A.M dan juga The Weeknd. Selain mempunyai ruang kerja yang kreatif, fluent space juga mempunyai kawasan yang lengkap dengan pokok serta kawasan yang serba kehijauan. Perserkitaran yang nyaman ini juga dapat memberikan mereka fikiran yang tenang.

Ruang kerja ini juga menawarkan bilik mesyuarat atau bilik persidangan dan juga beberapa acara yang dilakukan.

Salah satu kemudahan yang disediakan adalah, mereka bebas untuk menggunakan alat-alat yang terdapat di situ, tetapi haruslah tertakluk kepada peraturan yang disediakan. Skrin projektor dan juga perkhidmatan percetakan akan disediakan jika terdapat beberapa permintaan daripada pelanggan mereka.

#4 – Makespace

Makespace menggambarkan diri mereka sebagai sebuah taman permainan. Ini kerana, ruang yang disediakan dapat mewujudkan keseronokkan ketika bekerja. Selain itu, mereka juga menyediakan ruang buat mereka yang ingin membuat bengkel tarian, ceramah dan juga beberapa bengkel yang lain.

Oleh kerana mempunyai ruang yang lebih luas, Makespace adalah satu lokasi yang amat sesuai buat syarikat-syarikat yang lebih besar untuk melakukan mesyuarat ataupun sebagainya.

#5 – Paper + Toast

Paper +Toast yang terletak di bangunan MaGIC mempunyai konsep mereka yang tersendiri. Mereka juga mempunyai bilik mesyuarat yang disediakan. Sesuai dengan namanya sendiri, mereka juga ada menyediakan pelbagai makanan dan minuman mengikut citarasa masing-masing. Antara syarikat yang telah mencuba di lokasi ini adalah, Petronas dan juga Hong Leong.

Manakala, Paper + Toast juga amat sesuai buat bakal usahawan yang masih tidak mempunyai ruang pejabat mereka sendiri. Tetapi, mereka mempunyai impian untuk membuka perniagaan dan menempa nama mereka sendiri.

#6 – The Co.

Ruang bekerja yang seterunya adalah The Co. pada dasarnya ianya adalah sebuah banglo dan sudah ditukar kepada ruang kerja.  Beberapa acara yang diadakan adalah, majlis bersama ahli korporat dan teknologi ataupun beberapa aktiviti yang dapat menyihatkan badan sepeti kelas yoga. Sebahagian syarikat yang telah bermula di lokasi ini adalah Zomato dan ServisHero.

Salah satu ruang yang agak menonjol di sini adalah, anda boleh bekerja sambil duduk di tingkap sambil menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang memberi keselesaan.

#7 – The Canvas Network

The Canvas Network adalah satu ruang dimana anda boleh bermain sambil melakukan kerja. Lokasi ini juga amat kreatif bagi membentuk persekitaran yang produktif antaranya adalah, mereka menggunakan paip sebagai satu hiasan dalaman. Malah, mereka juga menyediakan alat permainan sebagai ping pong  dan juga snuker sebagai alat untuk bermain sambil merehatkan minda.

Selain dari itu, banyak ruang yang luas turut disediakan buat anda ketika ingin melakukan beberapa bengkel korporat mahupun latihan. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa majlis, lokasi ini juga amat sesuai buat anda.

#8 – H Space

H Space merupakan ruang kerja yang agak baru tetapi mereka telah menembusi pasaran yang baik dengan menyediakan ruang yang bersih dan profesionalisme. Lokasi ini terletak di Menara Mitraland. Kota Damansara. Matlamat H Space adalah untuk menjalinkan hubungan dengan perniagaan kecil di luar sana.

#9 – InCube8

Incube8 adalah ruang yang memberikan kemudahan yang terbaik buat anda. Antaranya adalah, pejabat perkhidmatan, dan juga bilik mesyuarat. Selain dari tu juga, mereka menawarkan pekerjaan seperti admin, perakaunan, dan perkhidmatan setiausaha. Pada asalnya, mereka memasarkan diri mereka sebagai alternatif yang lebih murah untuk mereka yang mahu menyewa pejabat mahupun membeli.

#10 – Unit.my

Selain dari mempunyai ruang kerja yang luas, mereka juga ada menyediakan gymnasium, dan kolam renang buat anda. Lokasi ini juga sesuai buat mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin menyewa tempat ini sebagai pejabat mereka. Dengan wujudnya persekitaran yang lebih tenang dan menarik, secara tidak langsung ianya dapat memberikan sumber inspirasi dan motivasi buat anda.

Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.