Tatkala ramai usahawan takut nak tambah staff bila untung bisnes masih belum banyak, Tuan Hafiz tak teragak-agak untuk ambil staf apabila tahu itu punca utama bisnes beliau tak grow! 

“Keberanian ni datang dengan ilmu,” kata Tuan Hafiz.

Dulu premisnya hanya tempat simpanan jersey-jersey yang tunggu untuk dicetak. Pada ketika itu, beliau sendiri yang keluar untuk pergi cari job. 

Letih dengan situasi untung sekitar RM 4 ribu sahaja sebulan, beliau terus fikir jalan untuk keluar daripada masalah bisnes buat penat. 

Tahu mengenai The Protege melalui rakan seperniagaan, ini yang beliau buat selepas kami bantu nasihati strategi untuk naikkan jualan jersey Ace Sports: 

1. Bina team frontliner

Tuan Hafiz mulakan dengan mencari team sales seramai 3 orang. Mula-mula beliau rasa memang tak yakin, tapi dengan bimbingan, terbukti dengan menambah team sales, sales Ace Sports turut meningkat. 

2. Hebahan iklan

Jenama Ace Sports belanjakan 10% daripada hasil jualan untuk buat iklan di Facebook dan Instagram ads. Kami pastikan beliau target kepada pelanggan sasaran yang tepat supaya duit perbelanjaan iklan berbaloi dengan pulangan.  

3. Tambat jiwa pelanggan

Sebelum ni beliau tak tahu customer happiness ini penting. Dengan tawaran freegift, voucher dan sticker, beliau cuba tambat hati pelanggan supaya ingat jenama Ace Sports.

4. Share kisah kejayaan pemain 

Tuan Hafiz  kongsi sekecil-kecil kejayaan pemain yang menggunakan jersey Ace Sports dan turut menggunakan gambar mereka sebagai bahan iklan.

“Bila buat macam tu, pelanggan suka dan rasa dihargai,” kata Tuan Hafiz. 

Whats-App-Image-2020-08-27-at-10-58-48

Pelanggan Ace Sports sedang meraikan kejayaan

5. Optimum-kan pengalaman pelanggan

Jika sebelum ni ketika Tuan Hafiz bekerja seorang diri, pertanyaan pelanggan sering lambat dijawab. Kami nasihati beliau bina SOP kepada team sales Ace Sports supaya menjawab pertanyaan pelanggan dengan berstruktur dan cepat untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan. 

Alhamdulillah, sales beliau meningkat empat kali ganda. Daripada sales RM 20 ribu sebulan ketika bekerja seorang diri, kini sales meningkat RM 80 ribu sebulan secara konsisten setiap bulan.

Semoga usahawan yang membaca kisah Tuan Hafiz ini juga dapat manfaat dan bertindak berani dengan ilmu seperti beliau. 

Jika anda kenal sesiapa usahawan yang nak kembangkan bisnes macam Tuan Hafiz, ajak mereka klik www.growyourbusiness.my

 

 

 

 

 

 

Penat lelah wanita ini berniaga lima tahun di pasar malam berakhir dua tahun yang lalu ketika dia lihat berniaga online boleh capai sales lagi jauh dengan ilmu yang betul. 

Tapi, salesnya tak konsisten. Paling banyak RM 15 ribu sebulan. Pernah juga hanya dapat RM 4 ribu hingga RM 6 ribu sebulan. 

Puan Marliana mula cari ilmu untuk tingkatkan sales dari seminar Grow Your Business dan terus sign up untuk join The Protege. 

“Cukuplah saya dapat RM 30 ribu sebulan,” kata Puan Marliana kepada kami suatu ketika dahulu. 

Ini antara strategi yang beliau buat untuk tingkatkan jualan pakaian kanak-kanak Baby Adamadelia:

Fokus Instagram ads 

Puan Marliana fokus satu platform untuk jual pakaian kanak-kanaknya iaitu melalui Instagram ads. Beliau meletakkan budget iklan RM 100 sehari untuk capai sales target yang ditetapkan. 

Hire staff

Dari segalanya uruskan seorang diri, Puan Marliana mula hire staff untuk bantu beliau uruskan stok, urusan jual beli online dan menjaga segala urusan butik pakaian kanak-kanak Baby Adamadelia. Kini, beliau dah ada 5 orang staff yang bantu beliau untuk kembangkan lagi bisnes. 

Buka kedai untuk pelanggan walk-in

Untuk memenuhi permintaan pelanggan, Puan Marliana akur nasihat kami untuk buka juga kedai kepada pelanggan walk-in untuk membeli belah secara langsung. Alhamdulillah, pengunjung sentiasa bertambah hingga beliau ‘terpaksa’ berpindah dari kedai kecil ke kedai yang lebih besar. 

102371439-3041381509253653-2058933655149589972-o

Kedai pakaian kanak-kanak Baby Adamadelia di Sentul, Kuala Lumpur

Bina dropship

30% hasil jualan pakaian bayi jenama Baby Adamadelia adalah daripada ahli dropship Puan Marliana. Beliau turut iklankan untuk mencari dropship bagi membantu beliau menambah pendapatan jualan. 

Bina cash reserve! 

“Saya tak pernah terfikir nak ada simpanan syarikat sebanyak RM 150 ribu, terima kasih sangatlah Hasbul Brothers atas tunjuk ajar” kata Puan Marliana.

Baru dua tahun berniaga online, beliau dah kumpul cash reserved sebanyak nilai tersebut. 

Syukur, dulu Puan Marliana hanya mengharapkan sales RM 30 ribu sebulan bagi membantu suami.

Tapi kini, beliau boleh jana secara konsisten RM 70 hingga RM 80 ribu sebulan. Paling banyak ketika PKP yang lalu jualannya mencecah RM 200 ribu. 

Nampak tak pentingnya berniaga dengan ilmu? 

Lebih-lebih lagi kini dunia bisnes online yang dah terlampau tepu dengan terlalu banyak produk dan servis. Guna saluran yang betul agar prospek akur dan mengalah untuk memilih anda berbanding pesaing.  

 

 

Membina nama melalui tajaan makanan dan minuman dalam drama Nur I menaikkan nama Popchiz hingga boleh jana sales RM 1.8juta pada tahun pertama. Selepas drama tamat, sales mula suam-suam kuku. 

Daripada 15 pekerja berkurang menjadi 3 orang kerana jualan berkurang. Ketika tu juga, Tuan Edy Faizullah tidak tahu bagaimana nak uruskan team Popchiz.

Beliau mula serah diri bila tengok bisnes makin huru hara. Melalui kenalannya Marimogo yang berada dalam circle The Protege beliau mula mengenali Hasbul Brothers. Ini yang beliau buat untuk bangkit daripada terus berharap hasil jualan Popchiz daripada publisiti dan pengaruh drama sahaja. 

Jaga customer happiness

Meletakkan ejen dan stokist sebagai pelanggannya, akui Tuan Edy selama ini beliau tak pedulikan ejen hingga ramai ejen lari.

Lepas dah belajar, Tuan Edy mula follow up ejen dan stokist dan sentiasa bagi bimbingan dan motivasi kepada mereka supaya produk Popchiz terjual dengan cepat. 

Selain itu, beliau sentiasa bagi giveaway pada ejen dan stokistnya untuk menggembirakan hati mereka. Pernah satu ketika dulu Tuan Edy buat silap kerana HQ Popchiz jual juga secara runcit kepada end customer. 

Tindakan itu mengundang ketidakpuasan hati pelanggannya hingga ramai buat keputusan angkat kaki. 

Bina team marketing

Sebelum ni, Tuan Edy yang buat segala aktiviti marketing. Daripada merancang hingga melaksanakan. Tindakan tu buatkan bisnesnya susah nak berkembang. 

Lepas kami nasihatkan, beliau bina team marketing dan fokus merancang sahaja dan team marketing yang melaksanakan segala-galanya dengan pantauan Tuan Edy. 

Dengan mengagih-agihkan kerja yang selama ini beliau buat sorang-sorang, beliau boleh tumpu kan perhatian bina idea untuk kembangkan bisnes dan pastikan bisnes bertahan dan kekal relevan di pasaran. 

106111589-10157983390273860-1979245135060381393-nBooth Popchiz di Malakat Mall, Cyberjaya

Facebook ads

Selama ini Tuan Edy buat Facebook ads fokus target audience kepada semua lapisan masyarakat. Strategi tu buatkan salesnya sendu.

Lepas dah belajar target teknik retargetting, beliau nampak hasil daripada fokus satu target market bantu tingkatkan hasil jualan. 

Real video testimoni

Selain daripada screenshot testimoni dan gambar COD kepada pelanggan sahaja, Tuan Edy lazimkan untuk rakam pelanggan makan Popchiz dan nantikan respon daripada mereka sama ada sedap atau tak. Cara tu akan lebih membina kepercayaan pelanggan. 

Konsisten Live

Bila buat Live, kepercayaan pelanggan mudah dibina kerana prospek nampak situasi siaran langsung aktiviti bisnes Popchiz.

Nasihat tentang partnership

Pernah suatu ketika syarikat Tuan Edy dipinang pelabur yang ada nama besar untuk melabur dalam Pophiz. Ketika itu beliau dah kabur mata. Mana tak teruja bila nampak ‘jerung’ pasaran nampak bisnesnya boleh pergi jauh. 

Mujur, kami menerangkan cara betul untuk susun strategi pensyarikatan supaya kerjasama pelabur dan rakan kongsi baru tersebut berjalan dengan lebih baik.

“Saya sangat berterima kasih dan syukur bila dengar nasihat daripada Hasbul Brothers tentang partnership. Saya boleh rugi jutaan ringgit jika saya terus sign agreement tu,” kata Tuan Edy. 

Impaknya bisnes Popchiz mula bina semula jualan daripada sales RM 18 ribu pada Januari yang lalu meningkat beransur-ansur sebanyak RM 42 ribu, RM 54 ribu dan RM 80 ribu pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini. 

Kesimpulannya, pastikan aktiviti bisnes anda fokus untuk pastikan bisnes bertahan dan bukan harapkan publisiti yang bersifat trending dan sementara sahaja bagi memastikan produk sentiasa dapat sambutan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Niat murni usahawan ini untuk mudahkan manusia memahami Al-Quran melalui buku Di Sebalik 114 Nama Surah melancarkan misi pemuda ini untuk kembangkan bisnes. 

Kisah bisnesnya bermula sejak buku Di Sebalik 114 Nama Surah edisi pertama dilancarkan pada Mei 2018. Tapi hasil jualan buku kurang daripada RM 10 ribu sebulan walaupun dah lebih setahun dilancarkan.

Nekad ingin meluaskan manfaat konten bukunya kepada lebih ramai orang, Tuan Hanafi ambil keputusan untuk  hadir ke seminar Grow Your Business pada tahun 2019 dan terus join The Protege.

Ini langkah yang Tuan Hanafi buat untuk tingkatkan jualan buku Di Sebalik 114 Nama Surah dan dalam masa yang sama kembangkan bisnesnya:

Bina ejen dan dropship

Mula bina ejen dan dropship pada Mac 2020, sales buku Di Sebalik 114 Nama Surah mula meningkat sebanyak RM 50 ribu selepas sebulan strategi ini dilaksanakan. Selain itu, Tuan Hanafi turut mendidik ejennya mengutamakan berkat dalam penjualan dan bukan bermotifkan wang dan sales semata-mata. 

Yang bestnya, ejen buku Di Sebalik 114 Nama Surah bukan sahaja dapat komisen jualan buku bahkan mendapat pahala jika pembaca memanfaatkan kandungan buku tersebut. Setakat ini jumlah ejen dan dropship buku Di Sebalik 114 Nama Surah hampir 60 orang. 

Berkongsi konten sentap di sosial media 

Melalui Facebook dan Instagram, Tuan Hanafi mengeluarkan konten sentap untuk menarik pembaca memahami dan mendalami isi Al-Quran tetapi sentiasa memastikan konten nasihat itu berlandaskan agama. 

116804970-713100122573500-3331756820267161039-o

Antara konten sentap yang disajikan di sosial media 

Hadiahkan buku kepada  influencer

Tuan Hanafi hadiahkan buku Di Sebalik 114 Nama Surah kepada pengacara Neelofa dan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Fairuzah untuk mereka review buku tersebut.  

Whats-App-Image-2020-08-14-at-21-59-53

Bina channel Telegram

Tuan Hanafi bina channel Telegram ‘Menangislah Kerana Al-Quran’  dan update konten ekslusif yang tak diupload lagi di sosial media untuk menarik prospek lebih ramai join channel Telegram itu. 

Antara tujuan lain, channel Telegram tersebut adalah untuk nurture atau asuh pembaca untuk memahami konteks buku Di Sebalik 114 Nama Surah.

Hire staff

“Nak naikkkan jualan perlu naikkan jumlah staff” - Hasbul Brothers

 

Kata-kata itu yang buatkan Tuan Hanafi terus hire tiga orang staff untuk bantu beliau uruskan sales, operasi dan menjaga ejen.

Syukur, dengan apply ilmu yang dipelajari daripada Hasbul Brothers jualan buku Di Sebalik 114 Nama Surah berjaya capai sales sebanyak RM 60 ribu sebulan pada bulan April 2020  dan konsisten capai RM40 ribu sebulan pada bulan-bulan seterusnya.  

Semoga pembaca buku tersebut lebih mudah memahami isi Al-Quran dan terpalit manfaatnya kepada Tuan Hanafi dan teamnya. 

InshaAllah kami doakan Tuan Hanafi lebih berjaya dan buku Di Sebalik 114 Nama Surah menjadi buku terlaris suatu hari nanti.

Bekas jurutera ni hampa dengan nasib bisnes yang jatuh merudum dan terpaksa jual rumah untuk bantu bangunkan semula bisnesnya. 

Bukannya sales tu takda, ada tapi duit tu tak dapat nak merasa apatah lagi nak saving sikit untuk syarikat.  

Lagipun, dengan jumlah sales sekitar RM 22 ribu sebulan tak cukup nak tampung gaji pekerja, sewa kedai,kos bahan mentah dan macam-macam lagi. 

Duit terakhir hasil jualan rumahnya tu, beliau nekad nak guna untuk join The Protege selepas hadir ke seminar Marketing Luar Biasa pada tahun 2018. 

Syukur sales bisnes meningkat 5 kali ganda selepas 6 bulan join The Protege. Tuan Taufik Latif kongsikan apa yang beliau buat:

Tukar nama kedai

Daripada nama Kedai Kek Bangi, atas nasihat kami Tuan Taufik tukar nama kedai kepada Zetty Butterscotch Cake Bakery atau ZBCBakery. Nama kedai mainkan peranan penting dan haruslah mudah untuk diingati pelanggan dan prospek. 

Fokus jual dua kek sahaja

ZBC Bakery fokus jual dua kek sahaja untuk menjaga kualiti produknya. Anda juga boleh contohi apa yang Tuan Taufik ni buat. Pentingkan kualiti daripada kuantiti. Lagi satu, Tuan Taufik tak fokus nak hasilkan kek cantik tapi komited nak jual kek yang sedap. 

Konsisten buat Facebook ads

Cara marketing ZBC Bakery adalah dengan buat iklan di Facebook ads. Setakat ini, strategi tu dah berjaya bantu bisnesnya capai sales dengan konsisten sebanyak RM 140 ribu sebulan. Prospek daripada iklan itu akan diuruskan oleh team sales ZBC Bakery untuk prosedur seterusnya iaitu close sales. 

Jaga kos

Tuan Taufik melantik konsultan akaun untuk jaga duit keluar masuk syarikatnya. Barulah beliau nampak duit, sebelum ni sales ada tapi duit tak nampak sebab beliau sendiri yang uruskan. 

Tambah team sales

Dengan tambahkan team sales, sales ZBC Bakery makin bertambah. Team sales ZBC Bakery gunakan database sedia ada untuk pastikan pelanggan tak bosan membeli lagi dan lagi.

Kami percaya ramai usahawan bisnes kecil yang masih takut nak buat perubahan macam Tuan Taufik ni. 

Apa kata kami bantu anda? 

Bisnes cleaning servis Tuan Suhail sangat terkesan ketika PKP yang lepas. Beliau cepat-cepat tukar bisnes dengan memperkenalkan produk Pekasam Daging Rusa Tok Penghulu.

Ajaibnya bisnesnya tu menjadi, tak sampai dua minggu jual perkasam daging rusa dah capai sales RM 80 ribu dengan lebih 3000 pack yang terjual. Sekarang jualannya konsisten RM 60 ribu sebulan. 

Ini yang Tuan Suhail buat yang bantu buatkan bisens barunya tu ‘menjadi’:

Keunikan dan kualiti produk

Keunikan produk Pekasam Daging Rusa Tok Penghulu yang dah bantu bisnesnya naik. Selain itu, beliau sentiasa menjaga kualiti produk untuk capai kepuasan hati pelanggan tahap maksima. Tuan Suhail percaya word of mouth adalah marketing paling power sekali. 

116264802-153024463036224-5958251466930331870-n

Influencer dan Facebook & Instagram ads

Dua strategi marketing ini yang dah bantu lonjakkan sales pekasam Tuan Suhail. Tuan Suhail upah influncer untuk review produknya dan jadikan video dan gambar daripada influencer itu sebagai bahan iklan. Antara lain, kami bimbing untuk set kan Facebook dan Instagram ads supaya tepat kena pada sasaran pelanggan. 

Bina ejen dan stokist

Kata Tuan Suhail nak berniaga cara runcit ni memang agak mencabar sebab nak cari satu per satu sales. Jadi, beliau bina ejen dan stokist untuk bantu pasarkan produk  Pekasam Daging Rusa Tok Penghulu.

Macam mana Tuan Suhail boleh buat magic macamni, buat bisnes terus menjadi?

 Pesannya “Tak kisah lah buat bisnes servis atau produk, kita kena tau keunikan kita punya produk, validate dan paling penting kita kena ada guru”

“Uniknya guru saya Hasbul Brothers ni, bila guru lain asyik tekan kan sales tapi mereka sangat concern dengan cash reserve syarikat dan bina bisnes supaya bertahan lama” katanya lagi. 

Selama dua tahun bersama The Protege, baru beliau tahu tak perlu pun nak bersaing harga dengan pesaing hanya perlu tonjolkan nilai sebab orang tak kisah untuk bayar lebih untuk produk yang berkualiti. 

Kesilapan yang beliau pernah buat adalah terlalu nak kan sales sampai jual murah hingga tak sedar bisnes bukan buat untung tapi hanya buat penat.

Siapa nak kami tunjukkan jalan untuk bisnes baru anda inshaAllah menjadi? 

 

“Saya takda kesusahan dalam bisnes Mutyara, Alhamdulillah bisnes saya smooth je, sales memang lumrah dunia ada masa turun ada masa naik,” kata Puan Mastura Mamat.

Lelah jual macam-macam sebelum ni seperti batik, radio digital dan macam-macam lagi sebab pensyarah ini memang cenderung ke arah perniagaan. Bila berniaga macam-macam memang dapat untung tapi tak boleh menyimpan. 

Mana tidak, duit bisnes campur dengan duit susu pampers anak katanya. Beliau taknak lagi bisnes tanpa bimbingan dan keluar mencari guru untuk buat bisnes betul-betul bukan sekadar nak duit poket sahaja. 

Setia bersama The Protege selama hampir 3 tahun, ini yang beliau buat hingga jana RM 140 ribu dengan jual kacang je. 

Fokus pelanggan sasaran

Ketika mula-mula join kelas Hasbul Brothers, Puan Mastura nak jual kacang untuk semua lapisan masyarakat. Lepas diajar untuk fokuskan sasaran pelanggan, beliau buat kaji selidik sendiri dan dapat idea nak fokuskan sasaran pelanggan kepada ibu mengandung yang suka menguyah maka wujudnya jenama Mutyara yang menjual Preggy Nuts dan snek sihat untuk ibu mengandung. Bila sasaran pelanggan dah tepat, baru senang dan mudah nak rangka kampen marketing. 

SOP pengambilan staff

Percaya tak Puan Mastura masuk office seminggu sekali je. Beliau pasang CCTV untuk pantau staff-nya. Masih cinta untuk mendidik anak bangsa, pensyarah ini masih bekerja dan  ada dua orang staff yang uruskan bisnesnya. Yang bestnya dapat majikan macam Puan Mastura ni, beliau tak kisah staff nya tergolek atau terlentang di pejabat, janji kerja siap dan capai Key Performance Index (KPI). Alhamdullilah, dengan prosedur pengambilan staff yang betul kedua-dua staff Puan Mastura dah berkhidmat hampir dua tahun. 

Minta survey daripada pelanggan

Berdasarkan pengalaman Puan Mastura, input survey daripada pelanggan adalah bahan iklan yang efektif. Beliau sentiasa tanya pendapat dan kaji selidik pelanggan untuk menambah-baik produk Mutyara. 

Cara betul setting Facebook ads

Puan Mastura takda stokist dan ejen. Beliau fokus pasarkan produk melalui Facebook ads sahaja. Dengan bimbingan kami, awal-awal berbisnes beliau hanya belanjakan RM 200+ dan boleh raih sales dari RM 4000 hingga RM 6000 sebulan. Sekarang dengan belanjakan iklan sebanyak RM 3500++ sebulan, produknya boleh jana sales secara konsisten RM 50 hingga RM 60 ribu sebulan. Ketika PKP haritu, produknya paling laris terjual hingga capai RM 140 ribu sebulan. 

“Sebelum ni dah buat business macam-macam tapi tak menjadi, bila buat bisnes dan berguru baru menjadi. Jadi pentingnya bimbingan guru tu” nasihat Puan Mastura kepada usahawan di luar sana. 

Siapa yang tengah makan gaji tu, nak berjaya macam pensyarah dan usahawan seperti Puan Mastura ni? 

Sambil berkerjaya boleh bina bisnes dengan bantuan staff untuk jalankan operasi. Dengan bimbingan, jual kacang jer pun boleh berjaya tau!

Terinspirasi? 

Mulakan dengan daftar ke seminar online Grow Your Business pada 17 Oktober 2020 ini.

Yuran kelas hanya RM20 saja. Klik www.growyourbusiness.my

 

 

 

 

Bayangkan lepas 6 bulan bina ejen, baru wanita ni create group WhatsApp untuk ejen-ejen produknya. Selama ni beliau ada pemikiran malas nak jawab segala pertanyaan ejen, janji kau jual! 

Kata Puan Norlida, pemikirannya berubah setelah belajar dengan kami. Kenal Hasbul Brothers melalui kenalannya, ini yang beliau buat yang dah bantu naikkan salesnya sebanyak 50% peratus. Sebelum ni, buat bisnes hanya main belasah je. 

1. Circle rakan niaga

Puan Norlida kata circle sangat membantu kalau baru nak mencebur diri dalam bisnes ni. Contohnya ketika PKP lalu, dia yang baru setahun jagung bisnes ni, menggelupur bila kilang kotak tutup, tak kan nak jual togel macam tu saja produk kecantikannya. Tapi dengan ‘loose sales’ produknya laku keras dan boleh sold out dengan teknik yang betul atas nasihat rakan bisnes lain yang dah ada pengalaman. 

2. Jangan sibuk fikir poket orang

Sebelum ni, otak Puan Norlida ligat fikir nak jual murah sebab beliau sibuk fikir poket orang. Lepas ditegur, beliau mula tingkatkan nilai brand daripada tak tahu apa-apa pasal brand. Sebelum ni nama brand Puan Norlida, Spotify Birdnest. Dulu dia ingat kalau namakan produknya nama jenama terkenal, orang akan ingat produknya. Lepas dah belajar, baru Puan Norlida rebranding dan namakan brand barunya LuvLida Birdnest. 

97305597-10222249454329910-8698151060436418560-n
Packaging lama produk Puan Norlida

 

107525641-10222826384432802-3268133342329944307-o
Imej baru selepas rebranding

3. LuvPoint & LuvShare

Untuk jaga stokist dan ejennya supaya kekal setia, beliau memperkenalkan LuvPoint dan LuvShare. Melalui LuvShare setiap stokist yang dapat jual 1 produk akan dapat 1 point. 

LuvShare pula sesiapa stokist atau ejen yang merekrut kawan untuk menjual Luvlida Birdnest, akan dapat ‘income tidur’ sebanyak RM0.50 daripada setiap kotak yang terjual. 

Beliau tak lagi bagi ganjaran kepada stokist yang menjual paling banyak seperti sebelum ni. Semua dilayan sama rata dan dapat ganjaran dari sekecil-kecil dan sebesar-besar ganjaran melalui point yang terkumpul. Selain itu, Puan Norlida berusaha untuk bina hubungan dengan stokistnya supaya ada chemistry. 

Bila jaga stokist dan ejen betul-betul, barulah mereka setia dan komited nak jual Luvlida Birdnest. Puan Norlida pun dah betulkan macam-macam mentaliti karut yang tertanam sejak belajar dengan Hasbul Brothers. Dulu bisnes main belasah la katanya. Anda pernah abaikan stokist atau ejen produk seperti Puan Norlida dulu? Jangan ada fikiran ‘janji kau jual’ tau, sama-sama bimbing mereka untuk berjaya bersama-sama. 

 

 

 

 

 

 

 

Terlalu promote diri sampai makan bisnes sendiri. Ini yang terjadi kepada Puan Adilla Azizan dua tahun yang lalu. Beliau terlalu fokus personal branding dan hanya tersentak bila lihat jumlah sales makin drop dan sales kaku tak bergerak, hanya sekitar jumlah yang sama je dek kerana terlalu yakin pengaruh dibina dapat bantu beliau jana sales power. 

“Adilla, awak kena cari guru untuk kembangkan bisnes bukan personal branding lagi,” kata gurunya yang dah merubah segalanya.

Dijodohkan bersama kami dalam The Protege selama hampir tiga tahun, ini yang Puan Adilla buat yang bantu naikkan sales beliau dan bina simpanan tunai RM 400 ribu lepas dua tahun berniaga:

Customer happiness

Melalui produknya Puretox, Puan Adilla sentiasa menjaga customer happiness. Beliau sentiasa pancing hati pelanggan yang dah beli untuk beli lagi. Antara strateginya adalah tawaran redeem satu botol percuma untuk pelanggan yang dah beli 5 botol produk Puretox. Selain itu, beliau akan reward pelanggan yang membeli paling banyak produk Puretox dalam setahun. 

Video marketing

Akui Puan Adilla video marketing sebelum dan selepas pengguna Puretox  sangat membantu untuk menaikkan sales. Bukan setakat screenshot sahaja seperti pesaing lain. Contohi Puan Adilla ni, cuba main game lain sikit daripada pesaing. 

Fokus jual

Sebelum bersama Hasbul Brothers, Puan Adilla dan team jual 33 produk, kami nasihatkan untuk kurangkan produk. Dan beliau hanya fokus pasarkan 6 produk sahaja. Terlalu banyak produk menyebabkan aliran tunai tercekik sebab duit banyak terbenam pada stok tidak laku.

Bina saluran Telegram

Bila ada saluran Telegram, pengikut Puan Adilla Azizan lebih rasa dekat, produk pun mudah dijual dan selalu laku keras. Beliau tarik prospek untuk ke chanel Telegramnya melalui sharing Live di Facebook dan Instagram story. 

Tambah staff

Dari bekerja sorang-sorang, beliau dah mula bina staff untuk bantu uruskan operasi syarikat. Jadi, beliau boleh fokus tugas founder sepatutnya dan bukan buat kerja ‘execute’ lagi. 

Selepas berguru beliau beliau mula nampak perubahan dalam bisnes. Sebelum ini simpanan syarikat beliau sentiasa kering kontang. Founder pun tak dapat menyimpan, apatah lagi stokis dan ejen! 

Kini simpanan tunai syarikat capai 400k. Malah stokis dan ejen beliau pun ada yang dapat menyimpan melebihi 100k. Sales juga meningkat hingga capai RM 400 ribu sebulan, sebelum ni sekitar RM 100 ribu hingga RM 150 ribu sahaja sebulan. Ejen dan stokist pun makin berkembang mencecah 120 orang. Ya 120 sahaja! Tidak ramai tapi berkualiti! Ini pentingnya grow ejen dengan ada ilmu.  

Ambil iktibar dari kisah Puan Adilla ni khusus untuk usahawan yang sibuk dengan personal branding tu. Jangan terlalu fokus kenalkan diri hingga bisnes tak berkembang. Semoga bermanfaat!

 

Ramai usahawan terjun dalam bisnes tetapi mereka tak tahu bisnes wujud sebab apa.

Mereka tak tahu kenapa manusia membeli, mereka tak tahu apa maksud sebenar marketing dan mereka juga tak tahu yang mana patut mereka fokuskan dahulu.

Ada tak dalam senarai diatas sama dengan situasi anda?

Rasa macam dah lama buat bisnes tapi cash reserve masih bertelur, bisnes tak berkembang, berpusing ditahap sama. Mana silapnya?

Saya nak kongsikan salah satu strategi berfikir dan membuat keputusan dalam bisnes supaya kita lebih fokus.

Dalam bisnes kita ada 4 terma penting. Vision, Strategy, Tacticals dan Technical.

Terma ni saya akan huraikan secara spesifik dalam ruang lingkup marketing supaya mudah untuk faham.

VISION

Kenapa kita berbisnes?

Apa misi dan visi syarikat? Di tahap mana syarikat kita dalam masa 10 tahun akan datang?

Visi berkisar tentang siapa kita di masa hadapan. Misi ialah apa yang kita perlu fokus sekarang untuk capai visi kita.
.
.
STRATEGI

Apabila kita bercakap tentang strategi, usahawan perlu berfikir bagaimana caranya untuk capai impian yang telah digariskan dalam pelan syarikat.

Bila dan siapa yang terlibat untuk jayakan visi dan misi kita?

Dalam merangka strategi marketing, kenalpasti perkara seperti kenapa manusia membeli, dimana tempat pelanggan berkumpul dan kita juga bertanggungjawab menentukan harga yang sesuai.

Marketing bukan setakat mewar-warkan kewujudan bisnes kita. Objektif sebenar marketing ialah membina jambatan kepercayaan.

Sebuah perjalanan menukarkan seorang stranger menjadi pelanggan peringkat demi peringkat.

Bagaimana nak menarik leads, bagaimana nak meningkatkan jualan, ini kerja-kerja usahawan bisnes kecil perlu fikirkan.

Saya cadangkan usahawan teliti dalam merangka pelan strategik bisnes. Ambil kira perkara ini :

1. Pengalaman Lepas

Strategi mana yang membuahkan hasil? Apa yang tak jadi? Dari sini, tentukan mana yang kita boleh guna untuk kembangkan bisnes dengan lebih jauh.

2. Belajar Daripada Pesaing

Tengok dan perhatikan pesaing kita, terutamanya mereka yang lebih berjaya. Apa yang boleh kita belajar dari kejayaan dan kegagalan mereka? Cari inspirasi dari cara kebangkitan mereka.

3. Letakkan Role Model

Jika kita dah jelas nilai yang kita ingin bawa dalam syarikat, kita boleh lihat bisnes-bisnes di sekeliling yang pegang nilai yang sama. Lihat cara mereka tonjolkan nilai.
.
.
TAKTIKAL

A strategy is the broad approach you take. A tactic is the specific process you follow.

Taktik dalam bisnes menjawab persoalan spesifik bagaimana nak laksanakan strategi yang sudah kita rancang. Taktik marketing yang efektif wajib mendokong strategi marketing kita.

Antara yang terkandung dalam perancangan taktikal ialah :
1. Menulis copywriting yang menarik minat prospek.
2. Skrip closing pelanggan kurang dari 10 minit.
3. SOP handle rejection pelanggan.
4. Offer untuk pelanggan lebih cepat serah duit.

74-20-3

TEKNIKAL

Teknikal adalah segala proses yang terlibat dalam merealisasikan perancangan taktikal bisnes kita.

Usahawan sebagai pemilik bisnes perlu belajar serahkan urusan teknikal kepada pekerja yang ada kemahiran.

Dengan ini, kita dapat mengelak daripada leka membetulkan setting-setting dalam bahagian teknikal dan membazir masa yang seharusnya digunakan untuk merancang strategi.

Skil yang terlibat dalam teknikal marketing termasuklah:
1. Setting iklan platform fb ads
2. Pemilihan fonts, warna, design untuk flyers
3. Set up media sosial
4. Graphic design untuk bunting dan banner yang tarik perhatian.

Usahawan yang faham apa kerja STRATEGI, TAKTIKAL & TEKNIKAL akan nampak lebih jelas perbezaan tahap kerja dalam menambahbaik bisnes.

Bisnes dapat berkembang apabila ketuanya tahu menyusun dan mengambil pekerja mengikut level-level ini.

Yang paling penting, kita tak mahu menjadi chief everything officer. Segala kerja strategi, taktikal dan teknikal kita buat.

Belajar sesuatu?

Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.