Setiap tahun baru pastinya setiap individu  mempunyai azam yang ingin mereka kecapi. Jadikan setiap apa yang anda impikan akan menjadi kenyataan. Salah satu azam yang boleh anda ikuti adalah, menjadikan hari anda dengan lebih produktif.

Secara tidak langsung, ianya  dapat membuatkan anda lebih berkeyakinan pada setiap hari. Walaupun bukan mudah untuk melakukannya, namun jika anda melakukan perkara yang lebih berfaedah ianya akan menunjukkan anda lebih menghargai masa yang ada dari terbuang begitu sahaja.

Berikut merupakan beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan supaya hari-hari anda menjadi lebih produktif.

#1 – Melayari Internet

Melayari internet setiap hari tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah akan menyebabkan anda membuang masa dengan begitu sahaja. Tidak salah untuk  melayari internet, tetapi tetapkan masa yang sepatutnya untuk anda melakukannya.

Mungkin anda boleh menulis beberapa nota tentang  kerja yang perlu dilakukan, kemudian tampalkan di komputer tersebut. Dengan ini, segala kerja yang perlu diselesaikan dapat disiapkan pada awal waktu

#2  – Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa

Ramai orang percaya bahawa melakukan kerja dalam satu masa dapat menunjukkan individu tersebut mahir dalam sesuatu pekerjaan. Penyelidikan saintifik telah mendapati bahawa, hanya 2% sahaja  daripada kita mampu melakukan tugas tersebut.

Namun, bagi sesetengah individu daripada kita tidak dapat melakukan multi-tasking dengan baik. Kerana ianya satu tabiat yang buruk dan dapat menunjukkan seseorang itu tergopoh-gapah apabila melakukan pekerjaan. Selain itu, multi-tasking juga dapat mengurangkan perhatian kita pada satu kerja.

#3 – Periksa E-mel Sepanjang Hari

Tahukah anda bahawa, dengan memeriksa emel sepanjang hari telah membuatkan anda kehilangan 25 minit masa bekerja. Namun, masalah ini bukan sahaja berlaku kepada individu yang tengah bekerja, tetapi  sering berlaku kepada mereka yang menunggu jawapan dari syarikat yang dimohon untuk bekerja.

#4 – Tidak Pentingkan Tugas Yang lebih Sukar

Individu yang sering melakukan tugas yang mudah dan meninggalkan tugas yang sukar buat mereka, individu seperti ini tidak gemar dengan kerja yang lebih mencabar. Ini kerana, mudah bagi mereka untuk pulang dari tempat kerja dengan lebih awal.

Sedar atau tidak, anda telah meletakkan diri anda ke arah kehidupan yang negatif dan gemar melakukakan tugas yang sukar di akhir waktu. Secara tidak langsung, ini dapat menunjukkan bahawa anda seorang yang tidak serius apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

#5 – Terlalu Banyak Hadir Mesyuarat

Menghadirkan diri di mesyuarat bagus untuk anda memberikan idea-idea yang bernas buat syarikat tersebut. Namun, jika kerap anda melakukan sedemikian ianya bukan sahaja akan membuang masa anda, malah waktu orang lain juga akan terjejas.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan selain menghadiri mesyuarat, antaranya adalah dengan menghantar emel, pesanan segera, atau berbual di video juga dapat menjimatkan masa. Sekiranya ada perkara yang lebih penting untuk dibincangkan, lebih baik dilakukan secara peribadi.

#6 – Duduk Sepanjang Hari Tanpa Melakukan Sebarang Aktiviti

Ketika anda berada di pejabat, pastinya kerja yang menimbun membuatkan anda tidak ada masa untuk melakukan aktiviti di luar. Sepanjang hari hanya duduk dan melakukan tugasan. Tidak salah untuk anda keluar sebentar sambil mengambil angin dan menghirup kopi segar untuk kembali kekal aktif.

Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ringan di pejabat untuk elakkan anda berasa mengantuk pada waktu bekerja. Udara yang segar dapat mendorong anda untuk sentiasa kekal segar dan lebih bermotivasi.

#7 – Sukar Untuk Bangun Di Awal Pagi

Bagi individu yang sukar untuk bangun di awal pagi, mereka lebih suka untuk menekan butang snooze di jam mahupun telefon. Jika anda kerap melakukan perkara ini pada setiap pagi masa anda akan terbuang begitu sahaja.

Setiap malam sebelum tidur, niatkan dalam diri yang anda mahu bangun di awal pagi dan latih diri untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Bukan mudah untuk melakukan perkara ini namun, jika setiap hari anda lakukannya, tidak mustahil ianya akan menjadi satu tabiat pada awal pagi.

Individu yang sering tidur di awal waktu, dapat meningkatkan kecergasan otak pada keesokan harinya serta, lebih bijak membuat keputusan.

#8 – Terlalu Banyak Perancangan

Setiap individu mempunyai cita-cita yang tinggi pada setiap hari, iaitu membuat perancangan. Aktiviti ini bagus untuk anda sentiasa lebih menghargai masa. Namun, jika terlalu banyak perancangan yang dilakukan ianya akan lebih membuatkan hari anda tidak teratur.

Pastikan setiap pagi, rancang hari anda dengan lebih baik dan lakukan perkara yang penting dahulu. Selain  itu, rancang waktu yang sesuai untuk anda lakukan tugasan supaya dapat menguruskan masa dengan baik.

#9 – Kerap Menggunakan Telefon Sebelum Tidur

Tahukah anda bahawa, jika anda kerap menggunakan telefon sebelum tidur dapat memberikan kesan yang negatif kepada diri anda. Antaranya adalah, skrin LED telefon pintar, tablet dan juga komputer mengeluarkan cahaya biru yang boleh merosakkan penglihatan serta, dapat menyekat pengeluaran melatonin iaitu hormon yang membantu mengawal kitaran tidur.

Kajian juga mendapati individu yang mempunyai masalah tahap melatonin yang rendah lebih cenderung kepada masalah kemurungan.

Ramai pemilik perniagaan bercakap tentang budaya syarikat mereka, tetapi hanya segelintir sahaja bercakap di atas realiti sepertimana dipraktikkan pada syarikatnya. Zappos, The Henderson, syarikat yang berasaskan perniagaan kasut dan pakaian peruncit sering dijadikan contoh syarikat yang menerapkan dan menjaga nilai budaya terhadap pelanggan dan pekerjanya.

Dimana syarikat ini berjaya mencatatkan pencapaian yang menakjubkan, yakni 75 peratus pelanggan mereka membuat pesanan lebih daripada sekali.

Syarikat itu telah mendapat perhatian meluas tentang penerapan budaya termasuk media antarabangsa . David “Doc” Vik, individu yang pernah memulakan kerjaya dengan syarikat Zappos.

Dan beliau kini berkerja dengan syarikat-syarikat untuk membantu mereka membina persekitaran syarikat yang berkesan dan motivasi. Beliau berkata terdapat 5 komponen utama untuk membina budaya syarikat yang berjaya.

#1 – Tentukan Visi Anda

Visi adalah sesuatu matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan. Di dalam bukunya, The Culture Secret: How to Empower People and Companies No Matter What You Sell (Greenleaf Book Group, 2013), Vik menjelaskan bahawa, amat penting untuk anda tidak mengehadkan diri bagaimana anda tentukan apa yang anda usahakan sekarang.

#2 – Kenal Pasti Tujuan Anda

Untuk mewujudkan budaya dalam sesebuah syarikat, amat penting untuk anda memahami apa tujuan anda dalam perniagaan. Ini memastikan bahawa apa yang anda lakukan pada hari ini selari pada visi dan misi. Tujuan tidak semestinya atas keuntungan wang semata-mata. Sudah banyak bisnes yang kita lihat, tidak dapat bertahan lama apabila model bisnes berpaksikan duit semata-mata.

Bisnes tidak boleh lari dari konsep menyelesaikan masalah orang ramai, atau lebih tepat menawarkan solusi kepada sesuatu masalah. Kita boleh lihat kemunculan-kemunculan aplikasi mudah alih seperti GrabTaxi, Uber cepat berkembang dan digunakan oleh orang ramai oleh kerana produknya menyelesaikan masalah.

#3 – Tentukan Semula Model Perniagaan Anda

Perniagaan yang dijalankan dalam sesebuah syarikat juga adalah sebahagian daripada budaya syarikat. Untuk mewujudkan sebuah budaya dalam syarikat, usahawan sentiasa perlu berfikiran terbuka dalam memberikan produk dan servis terbaik kepada pelanggan anda.

#4 – Apakah Faktor Wow Bisnes Anda?

Semua orang pasti mahu diberi layanan yang terbaik begitu juga kepada pekerja dan pelanggan anda. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, anda juga perlu mengambil berat apa yang pelanggan anda inginkan.

Fikirkan apakah perkara yang menjadikan bisnes anda istimewa dari pesaing-pesaing lain dan sentiasa berusaha membuat dengan lebih baik.

Jika anda tidak dapat menunjukkan kelebihan yang ada pada bisnes anda, lebih banyak pesaing yang akan bersaing dengan anda, terutamanya melibatkan penawaran harga.

#5 – Tetapkan Nilai Pada Bisnes

Tanpa visi dan tujuan, tidak mungkin kejayaan akan dapat dicapai dalam sesebuah syarikat. Budaya syarikat juga tidak boleh diterapkan jika tiada nilai yang baik ditetapkan. Apakah bentuk nilai yang kita boleh tetapkan dan nilai itu membuatkan pelanggan kita bercerita dan sebarkan jenama kita tanpa dipaksa dan tanpa disuruh?

Jika anda fokus kepada 5 faktor ini dan dapat lihat perbezaan yang ada pada dalam perniagaan anda, mungkin ini dapat membantu supaya lebih fokus di masa akan datang dan tidak mustahil kejayaan bakal menjadi milik anda.

Ada beberapa perkara mengapa anda perlu bangun awal pada setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Xerox Ursula Burns, pengasas dari Virgin Group Richard Branson, beliau mengatakan bahawa jika anda bangun sebelum terbitnya matahari pada setiap hari anda mempunyai masa yang lebih produktif berbanding orang yang sering bangun lewat.

Malah, anda juga mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman untuk mendapatkan badan yang cergas dan otak yang sihat. Malangnya, untuk menjadikan ianya sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Di bawah adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan :

#1 – Ada Matlamat Yang Ingin Dituju

Setiap pagi ketika bangun dari tidur, tetapkan dalam diri  bahawa anda ingin berjaya dan ada matlamat yang ingin dituju. Dengan ini anda akan merasa lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan.

Jadikan waktu pagi sebagai waktu untuk kita berasa teruja untuk melakukan sesuatu. Jika tidak, hari anda akan menjadi sia-sia dengan hanya tidur sepanjang hari. Itulah yang dikatakan oleh Paul DeJoe seorang usahawan yang berjaya.

 

DeJoe berkata lagi, jadikan kebiasaan pada waktu malam dengan menulis perkara yang anda ingin lakukan pada keesokan paginya. Dengan ini, minda sudah diset untuk menyelesaikan beberapa perkara penting pada setiap hari.

Mengambil sarapan pagi juga amat penting untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Dengan megambil makanan yang penuh berkhasiat, anda juga lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Pelbagai perkara  menarik yang boleh anda lakukan sepanjang hari seperti, dengan membaca buku, dan melakukan senaman.

#2 – Tetapkan Waktu Tidur

Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa tidur yang mencukupi dapat membuatkan kita cenderung untuk bangun dengan lebih awal. Tidur yang mencukupi sekitar 8 sehingga 9 jam sehari dapat mengekalkan kecergasan dalam diri.

Untuk mereka yang sukar mendapatkan tidur yang sempurna, jam penggera adalah amat penting untuk anda menetapkan masa pada waktu bila untuk anda bangun dari tidur. Ianya mungkin dapat membantu dan lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dalam diri.

#3 – Minum Segelas Air Sebelum Tidur

Pengguna Quora mengesyorkan bahawa, dengan minum segelas air sebelum tidur dapat membuatkan anda lebih bertenaga pada esok harinya.

 

Menurut penulis, beliau telah mengamalkan perkara ini pada setiap hari dengan minum 300ml sebelum tidur dapat membuatkan beliau lebih mudah untuk bangun pagi.

#4 – Jadikan Rutin Waktu Malam Adalah Perkara Yang Menyeronokkan

Satu cara untuk menjadikan waktu malam adalah perkara yang menyeronokkan ialah, dengan melakukan beberapa aktiviti seperti membaca buku, dan sebagainya. Dengan cara ini juga mudah untuk membuatkan anda merasa lebih mengantuk pada awal waktu.

Simon Haestoe telah berkongsi pengalamanya selama ini “Selama 15 tahun saya sukar untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Hampir setiap hari saya akan tidur lewat di malam hari kerana sentiasa mencari waktu yang menarik untuk di lakukan”.

Namun, Simon menyedari bahawa banyak aktiviti yang beliau boleh lakukan pada waktu malam seperti menonton filem, mendengar muzik dan sebagainya. Aktiviti ini juga amat membantu untuk membuatkan anda tidur lebih lena pada waktu malam.

#5 – Jangan Tidur Berlebihan

Sekiranya anda kurang mendapatkan tidur pada awal waktu, kemungkinan untuk anda bangun pada awal pagi adalah amat sukar.

 

Kajian mendapati bahawa, tidur yang berlebihan akan membuatkan badan anda menjadi lesu. Ini kerana, waktu tidur yang berlebihan boleh menukar waktu tidur normal anda.

Jeff Smith menceritakan pengalaman beliau bahawa, selama 4 bulan beliau mengalami masalah tidur. Oleh kerana masalah itu sering terjadi, disebabkan itulah dia sering bangun lewat dan akan mengakibatkan tidur yang berlebihan.

Untuk mengelakkan masalah ini sering berlaku, penting untuk anda tahu berapa jumlah waktu tidur badan anda perlukan dalam sehari. Jangan sesekali tidur yang berlebihan walaupun di hujung minggu,

#6 – Lakukan Aktiviti Di Waktu Pagi

Menurut Anita Singh, beliau telah mengamalkan aktiviti yoga seawal jam 6 pagi. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa aktviti di awal pagi, komitmen dan disiplin yang tinggi amat penting. Mungkin ini juga dapat membantu anda untuk lebih bersemangat menunggu hari-hari yang akan datang.

#7 – Mengambil Tanggungjawab Mengejutkan Orang Lain

Mungkin tip ini amat berguna untuk anda cuba. Beritahu kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda bahawa anda akan mengejutkan mereka pada waktu yang sepatutnya. Tip ini juga membuatkan anda lebih rasa bertanggungjawab dan akan lebih mudah untuk bangun pada awal waktu. Selain dari itu, anda tidak akan mensia-sia kan waktu yang ada dengan hanya tidur sepanjang hari.

Sama ada anda baru sahaja membina syarikat startup atau syarikat anda sudah berkembang baik seperti Facebook, mesyuarat adalah salah satu aktiviti tahunan syarikat yang sangat penting. Keputusan keputusan penting yang diputuskan dalam mesyuarat membawa hala tuju syarikat ke arah yang lebih baik serta mencapai target yang mahu dicapai oleh syarikat.

Dalam laman Quora baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer) Facebook Sheryl Sandberg mengatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg , telah melakukan tugas yang benar-benar baik bagi meningkatkan kecekapan mesyuarat di Facebook dengan membuat dua perubahan yang simple tetapi sangat memberi impak yang tinggi.

#1- Hantar Bahan Mesyuarat Terlebih Dahulu

Apa yang Mark Zuckerberg buat adalah dengan menghantar bahan-bahan mesyuarat yang berkaitan terlebih dahulu kepada pihak yang akan hadir, sebelum mesyuarat diadakan.

Ia bagi memastikan tempoh masa mesyuarat dapat diisi dengan perbincangan dan penetapan keputusan yang dimahukan. Ada kalanya jika tidak berbuat demikian,  ahli mesyuarat tidak tahu hala tuju & pengisian mesyuarat, sehinggakan mereka mungkin merasakan diri mereka tidak perlu hadir kerana tidak tahu apa sebab dan fungsi mereka berada di dalam mesyuarat.

#2- Tetapkan Matlamat Ketika Saat Sebelum Bermulanya Mesyuarat

Mesyuarat yang menghabiskan masa terlalu lama biasanya tidak mempunyai agenda & tujuan yang kukuh. Sebagai usaha bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, Zuckerberg akan memastikan pengurus beliau mengumumkan tujuan & agenda setiap mesyuarat ini dari awal lagi. Setiap kali sebelum mesyuarat ,  pengurus akan memulakan agenda dengan soalan, “kita di dalam bilik untuk membuat keputusan atau untuk berbincang?”.

Sandberg berkata poster inspirasi digantung di sekitar kampus Facebook yang membawa nilai-nilai inspirasi seperti “Done is Better than Perfect,” “Move Fast and Break Things,” dan “Fortune Favors the Bold.”

Salah satu poster inspirasi kegemaran beliau adalah “Ruthless Prioritization,” yang menjadi penunjuk kepada bagaimana beliau mengurus masa setiap hari & bagaimana syariket mengendalikan mesyuarat dengan baik sekali!

#1 – Tidur Yang Cukup Sekurang-kurangnya 7 Jam Sehari.

Tidur yang mencukupi amat penting sama juga seperti makan dan minum. Tanpa mengambil serius perkara ini, manusia yang tidak mendapatkan tidur yang secukupnya akan mengalami masalah yang serius yang boleh membawa kepada produktiti kerja terganggu.

The National Sleep Foundation (NSF) telah menjalankan kajian dengan mendedahkan bahawa 40 juta rakyat America mengalami lebih 70 gangguan tidur yang berbeza. Bukan itu sahaja, sebanyak 60 peratus orang dewasa dan 69 peratus kanak-kanak mengalami masalah tidur dalam tempoh  beberapa hari sehingga ada yang melebihi dari seminggu.

Selain itu, lebih daripada 40 peratus orang dewasa mengalami masalah mengantuk di siang hari sehingga menganggu aktiviti harian mereka.

Tidur yang mencukupi akan lebih terdedah kepada :

  • Meningkatkan daya ingatan yang kuat.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Meningkatkan kreativiti.
  • Mengurangkan rasa tekanan.
  • Mengurangkan risiko kemurungan.

#2 – Doa Dan Meditasi Untuk Fokus Dengan Lebih Jelas

Selepas bangun dari tidur yang sempurna, doa dan meditasi adalah penting untuk memotivasikan diri kita ke arah yang lebih positif.

Apabila kita rasa bersyukur, pemikiran kita akan menjadi lebih luas. Dengan izin Tuhan, rezeki lebih terbentang luas dan urusan harian akan menjadi lebih mudah.

Apabila anda bersyukur dengan apa yang anda ada, anda akan menarik lebih ramai manusia dengan sifat-sifat yang positif. Bersyukur juga boleh menjadi kunci yang paling penting dalam kejayaan.

#3 – Aktiviti Fizikal Yang Sihat

Hanya satu pertiga daripada lelaki Amerika dan wanita yang berumur antara 25 hingga 64 tahun melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan kerap mengikuti Pusat Kawalan Kesihatan Kebangsaan.

Jika anda ingin menjadi seorang yang sihat, gembira, dan produktif, anda perlu libatkan diri dengan  aktiviti yang sihat seperti senaman. Ramai orang pergi ke gim untuk mendapatkan badan yang sihat. Kami telah mendapati bahawa melakukan aktiviti fizikal di pagi hari dapat meningkatkan inspirasi dalam diri seseorang.

Apapun yang anda lakukan, pastikan tubuh anda berada dalam keadaan yang sihat. Dengan adanya senaman yang sihat, anda juga dapat mengurangkan risiko kemurungan, kebimbangan yang tidak menentu, dan tekanan. Jika anda tidak mengambil berat tentang badan anda, setiap aspek dalam kehidupan anda akan menjadi lebih tertekan.

#4 – Mengambil 30 Gram Protein

Donald Layman, professor emeritus pemakanan di University of Illinois, mencadangkan pengambilan makanan sekurang-kurangnya 30 gram protein untuk sarapan pagi. Begitu juga Tim Ferris, dalam bukunya, The 4 Hour Body juga mencadangkan 30 gram protein 30 minit selepas bangun dari tidur.

Menurut Tim, bapanya telah melakukan perkara ini dan telah kehilangan sebanyak 19 pounds dalam tempoh satu bulan.

Makanan yang kaya dengan protein membuatkan anda kenyang lebih lama daripada makanan lain kerana ia  mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dalam perut. Selain itu protein juga menyimpan tahap gula darah yang stabil.

#5 – Mandi Dengan Air Yang Sejuk

Rendaman air sejuk dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan juga mental. Apabila aktiviti ini kerap dilakukan pada waktu pagi, ia akan memberi kesan positif pada imun, limfa dan peredaran darah  dalam badan anda. Serta meningkatkan penghadaman  dan juga berat badan kerana ia meningkatkan metabolisme anda.

Satu kajian penyelidikan pada tahun 2007 mendapati bahawa  mandi dengan air sejuk secara kerap boleh membantu gejala kemurungan dengan lebih berkesan berbanding ubat-ubatan. Ini kerana air sejuk mencetuskan gelombang mood neurochemicals dalam badan dan membuatkan  seseorang itu jadi lebih gembira.

#6 – Membaca Bahan Ilmiah

Ia adalah satu kebiasaan  bagi orang-orang yang berjaya dengan membaca sekurang-kurangnya satu buku dalam satu minggu.

Orang – orang berjaya percaya dengan mengambil masa 15  minit sehingga 30 minit dengan membaca buku dapat meningkatkan semangat dalam diri anda.

Dalam tempoh jangka masa yang panjang, anda berpotensi untuk menghabiskan beratus-ratus buku dan anda akan dapat pengetahuan yang luas tentang beberapa topik. Dari situ, anda berpeluang untuk melihat dunia dengan cara dan sudut pandang yang berbeza.

#7 – Mengenal Pasti Visi Hidup Anda

Setiap matlamat yang anda perolehi haruslah di tulis sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Dengan hanya mengambil masa beberapa minit untuk membaca visi, anda akan meletakkan diri  ke arah yang lebih positif.

Dengan membaca matlamat jangka masa  panjang  setiap hari anda akan sentiasa mengambil serius setiap hari. Dengan mengambil serius tentang matlamat anda setiap hari anda akan secara tidak sengaja anda akan melaburkan masa dan tenaga kepada aktiviti-aktiviti yang dekatkan diri dengan matlamat kejayaan anda!

Mungkin ramai sudah baca mengenai bagaimana menggunakan Trust Deed atau Surat Ikatan Pemeganag Amanah untuk ‘pindahkan’ harta kepada nama anak-anak semasa kita masih hidup.

Sebenarnya, tujuan saya tulis Trust Deed tu ada kaitannya dengan penjualan dan pemilikan lot banglo yang dijual oleh sesetengah pemaju tanah kepada orang ramai.

Trust Deed ni digunakan untuk mengikat pembeli dan penjual tanah lot banglo tersebut. Dalam hal jual-beli lot banglo ini, penjual dinamakan sebagai Pemegang Amanah dan pembeli dinamakan sebagai Beneficiary.

Pembeli bukanlah penama berdaftar di dalam geran tersebut. Itu namanya geran kongsi. Selagi pemaju tanah tersebut tidak menyempurnakan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan dan proses pecah sempadan dan seterusnya mendapatkan geran individu untuk dipindahmilik kepada pembeli, selagi itulah pembeli-pembeli itu berkongsi geran.

Bila berkongsi geran ni akan timbul banyak masalah daripada pelbagai segi antaranya pinjaman bank, perkongsian bayaran cukai tanah, sempadan dan utiliti. Kalau sudah meninggal, lagi panjang cerita isu pusaka.

Asalnya, trust deed di pejabat tanah digunakan untuk ‘memindahkan’ nama daripada ibubapa kepada anak-anak sahaja. Dalam trust deed hanya ada 3 klausa sahaja.

Namun trust deed yang sama telah digunakan oleh pemaju tanah untuk penjualan lot banglo menggunakan konsep yang sama iaitu penjual sebagai Pemegang Amanah dan ditambahkan lagi beberapa klausa mengikut persetujan pembeli dan penjual lot banglo berkenaan.

Berikut saya kongsikan langkah mudah bagaimana untuk memindahkan nama anak sebagai pemilik tanah atau rumah sewaktu kita masih hidup ini.

#1 –  Dapatkan Surat Ikatan Pemegang Amanah di Pejabat Tanah

Boleh dapatkannya di Pejabat Tanah. Apa antara kegunaan Trust Deed ini ? Gunakanlah ia untuk kita ‘memindahkan’ tanah/rumah kita kepada anak-anak atau orang yang kita pilih, walaupun semasa kita hidup.

#2 – Isi Borang & Hantar Borang ke Unit Pendaftaran

Katakan kita ada tanah 1 ekar. Kita ada anak 4 orang. Kita nak anak kita setiap seorang dapat ¼ bahagian untuk tanah 1 ekar tersebut. Isi borang trust deed ni. Namakan setiap anak kita dan bahagian yang diberikan kepada setiap anak tersebut di dalam borang Trust Deed. Hantar ke Pejabat Tanah (Unit Pendaftaran).

Maklumkan yang kita nak daftar Trust Deed ni dalam rekod Pejabat Tanah dan nak daftarkan nama anak dan bahagian-bahagian anak ke dalam geran tanah. Nama anda akan dibatalkan sebagai pemilik di dalam geran. Sebaliknya akan didaftarkan sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak anda.

#3 – Selepas Kematian, Anak Akan Membuat Tuntutan Pusaka

Selepas kematian anda, anak-anak akan membuat tuntutan pusaka ke Pejabat Pusaka (jika harta bawah RM2juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta atas RM2 juta) sebagai bukti pemberian bahagian tanah telah dilaksanakan sebelum ini di Pejabat Tanah secara bertulis melalui Trust Deed.

Selepas penghakiman, anak-anak perlu bawa perintah penghakiman tersebut ke Pejabat Tanah dan nama anak-anak akan didaftarkan di dalam geran sebagai pemilik mengikut bahagian masing-masing.

Sebab Apa Tidak Disarankan Pindah Milik?

Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A? Sebab bila pindahhakmilik guna 14A, kita bukan lagi pemilik berdaftar harta berkenaan. Ada kemungkinan anak-anak akan menghalau kita atau menjual hartanah berkenaan kerana dihasut oleh pihak ketiga.

Salah seorang jutawan yang paling kaya dan misteri, Ingvar Kampard mempunyai hasil kekayaan yang amat luar biasa. Ianya bermula dari sebuah ladang keluarga Elmtaryd di Selatan Sweden tempat beliau dilahirkan. Kamprad, yang berumur 90 tahun pada Mac ini, mempunyai nilai bersih sebanyak $ 39.3 bilion.

Bermula Pada Usia 17 Tahun Dengan Jual Bingkai Gambar

Menurut Business Insider, Kamprad mula membina kekayaannya pada seawal usia 5 tahun. Namun, 5 tahun kemudian beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan mula menjual kad krismas, pensel, dan ikan di sekitar kawasan kejiranan.

Beliau menubuhkan IKEA pada tahun 1943 pasa usia 17 tahun selepas bapanya memberi ganjaran kepadanya kerana mempunyai prestasi yang baik ketika berada di sekolah.

Beliau  memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual barang-barang seperti bingkai gambar sebelum memperkenalkan perabot pada tahun 1948 yang dihantar menggunakan trak susu.

Nama IKEA berasal dari singkatan pertama dan terakhir, dan keluarga beliau dilahirkan berhampiran dengan perkampungan Agunnaryd, di wilayah Sweden Smalanda.

IKEA juga membenarkan pembeli dan memberi kebebasan kepada mereka dengan memasang perabot mereka sendiri. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kos kepada pengguna. Oleh itu, dengan wujudnya produk yang berpatutan, berfungsi dengan baik dapat menarik hati pelanggan.

Kini, IKEA Berjaya Meluaskan Cawangan Ke 47 Buah Negara

Setelah hampir beberapa tahun beroperasi, IKEA sudah berkembang di seluruh Sweden, Norway, Denmark, dan seluruh dunia di 47 buah negara dengan lebih daripada 300 kedai yang beroperasi. Apabila IKEA dapat berkembang dengan maju, kehidupan Kamprad juga berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang jutawan

Walaupun telah menjadi seorang jutawan, namun Kamprad masih hidup dalam keadaan yang sederhana. Menurut Daily Mail, beliau lebih gemar untuk makan bebola daging yang dijual di kedai beliau sendiri.

Namun begitu, dia juga lebih selesa untuk mengekalkan imej seorang rakyat biasa dan tidak terlalu mewah. Beliau juga memberitahu majalah Sweden, sebab mengapa dia masih membeli pakaian yang tidak berjenama :

“Ini bermakna bahawa saya masih mahu memberikan contoh yang baik kepada semua oRang dan sentiasa berjimat cermat serta tidak mengamalkan sikap yang terlalu boros”

Kamprad juga sering mempunyai sikap yang merendah diri dan tidak terlalu menunjuk. Walaupun beliau masih mampu untuk membeli sebuah jet peribadi, namun beliau masih berkeras dan masih berkeras untuk terbang menggunakan kelas ekonomi.

Tiada Jet Peribadi, Lebih Gemar Dengan Hidup Seperti Orang Kebiasaan

Apabila Kamprad ingin melawat  kedai-kedai IKEA yang baru dibuka, beliau memilih untuk tinggal di hotel yang lebih murah dan masih memandu Volvo lama miliknya selama dua dekad.

Kamprad juga adalah seorang duda selepas kematian isterinya pada tahun 2011. Beliau juga mempunyai seorang anak angkat, serta tiga anak kandung. Salah seorang anaknya iaitu Mathias, telah mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan IKEA dan terus menjadi pengurusi IKEA Holding SA pada tahun 2013.

Walau bagaimanapun, Mathias mengawal dan menyelia operasi francais IKEA di seluruh dunia. Kamprad juga merupakan penasihat kanan dan ketua pembuat keputusan pada 72 tahun yang lalu.

Sejujurnya, tidak semua kerja-kerja pemasaran boleh dilakukan dengan kos yang ciput atau hampir tiada kos langsung. Namun, terdapat beberapa cara biasa yang boleh kita gunakan untuk membantu kerja-kerja pemasaran tanpa modal besar. Saya cuba sampaikan apa yang pernah dilakukan untuk Tudia Char Koey Teow.

1. Gunakan Platform Facebook Sepenuhnya.

Jadikan facebook peribadi sebagai tempat untuk bercerita tentang apa sahaja yang kita buat berkaitan bisnes. Tapi dengan syarat jumlah rakan Facebook mesti ramai. Jangan tulis perkara negatif seperti luahan masalah, maki hamun dan sebagaiya.

Orang lari dan takmau baca. Buat Facebook Pages dan penuhkan dengan gambar produk atau perkhidmatan. Hari ini di facebook, cerita panjang-panjang pun orang sanggup baca asalkan menarik dan bermanfaat. Belajar bagaimana teknik bercerita boleh menarik ramai orang membaca. Rujuk wall sahabat saya Tuan Al Irfan Jani dan Tuan Aqif Azizan.

2.Perbanyakkan Orang Yang Tolong Syorkan (Referral)

Setiap pelanggan datang menjamu selera di warung bahagia kami, saya akan bertanya ” Makan ok tak bang ? Ada apa yang terkurang bagitau ya ?”. Bila mereka beri maklum balas , ” Semua ok bang, sedap! “. Kita kena cepat cakap, ” Kalau sedap boleh bagitau kawan-kawan dan datang sini lagi bang “.

Berikan intensif untuk pelanggan sedia ada yang memperkenalkan kita kepada orang lain. Referral menjimatkan kos dan peratusan untuk pelanggan baru membeli lebih tinggi. Kena rajin buat follow up kepada pelanggan sedia ada.” Kak, kalau ada kawan-kawan yang nak beli penapis air Coway bagitau la kepada saya. Ada upah untuk akak nanti!”.

3. Kenali Siapa Pelanggan Anda Sebenarnya

Kita mahu sasarkan pelanggan yang bagaimana ? Jawab dahulu soalan ini baru mudah untuk kita buat kerja pemasaran. Sebagai contoh, Tudia Char Kuey Teow sasarkan mereka yang berumur 18-40 tahun, tinggal dalam 10 kilometer radius dari Putra Heights, Subang Jaya.

Mereka sibuk bekerja tak sempat masak di rumah, Mereka orang bisnes yang suka lepak santai di warung. Mereka ketua keluarga yang suka bawa anak isteri makan di warung dan paling penting mereka ini kebanyakannya Food Hunter yang menggemari menu Char Kuey Teow.

4. Tukar Pelanggan Jadi Peminat.

Mengumpul peminat lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru. Tawarkan apa yang benar-benar mereka mahu dan suka. Di Tudia Char Kuey Teow, kami tukar pelanggan kepada Fans dengan meletakkan seekor ketam segar di atas sepinggan Char Kuey Teow.

Maka lahirlah ramai fans Ketam! Peminat mahu selalu dekat dengan apa yang mereka suka, peminat mahu dihargai. Kami belanja minum percuma kepada peminat yang selalu datang ke warung kami. Jangan berkira dengan peminat. Peminat tetap akan datang singgah di warung walaupun mereka tidak makan.

5. Berikan Apa Sahaja Asalkan Ia Percuma.

Semua orang suka benda free. Dulu sewaktu awal pembukaan warung Tudia Char Kuey Teow, kami banyak tawarkan makan percuma. Bagi makan percuma kepada 100 orang setiap minggu. Tetapkan masa sesuai dan ajak ramai orang datang makan.

Orang kata ini kerja gila, setiap minggu bagi makan Percuma. Depa taktau hasilnya nanti lagi gila-gila. Nak hasil gila-gila memang kena buat kerja gila. Ada bran ? Bayangkan beratus orang yang makan Free itu balik bercakap kepada 2 orang yang lain. Apa jadi agaknya ya ??

6. Libatkan Diri Dalam Aktiviti Masyarakat.

Orang berniaga kena bijak bersosial. Jangan jadi katak bawah tempurung, bukan asyik duduk dalam dunia kita sahaja. Keluar dan beraktiviti bersama masyarakat, di mana ramai orang beraktiviti, di situ kita mesti wujud dan boleh dilihat.

Sebagai contoh, cari mana-mana badan sosial yang selalu buat aktiviti, hubungi mereka untuk turut serta dan bekerjasama. Cari ruang untuk menaja apa sahaja asalkan jenama kita boleh dilihat. Network dapat, pahala dapat, branding pun dapat. Hubungi sahabat saya, Pengasas Kindness Muhammad Bin Kamarulazizi untuk join program mereka.

Pemasaran bukan sekadar teori, malah ia harus dijiwai. Pepatah Banjar menyebut, ” Marketing is not a department, Marketing is an attitude “. Kerja-kerja begini tidak boleh dibuat-buat, memang tak menjadi. Ia mesti lahir tulus dari hati. InshaAllah lama-lama mesti menjadi.

 

Pernahkah anda melihat atau mendengar jenama yang benar-benar berjaya di pasaran, dan pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya sehingga ke peringkat global?

Apple merupakan satu jenama yang kita boleh lihat berjaya sehingga dapat menarik orang ramai untuk membelinya. Pada tahun 2004 sehingga 2014, apa yang kita boleh lihat adalah satu pencapaian yang amat luar biasa bagi syarikat ini.

Ini kerana, mereka berjaya mendapatkan jumlah pendapatan yang sangat tinggi dari 8 billion sehingga 180 billion. Satu pencapaian yang patut di banggakan.

Sehingga kini, kejayaan yang dimiliki oleh Apple bukan sahaja pada keuntungan yang mereka perolehi. Malah ada juga pesaing di luar sana yang cuba untuk mengkritik beberapa produk yang mereka pasarkan. Seperti, iPhone, iPad dan juga Ipod.

Apple juga mencipta sesuatu produk yang membuatkan orang ramai sanggup beratur berjam-jam di hadapan banggunan mereka, demi mendapatkan produk yang diinginkan.

Selain dari itu, memandangkan zaman yang serba canggih dan berteknologi tinggi kini, Apple juga berjaya menarik hati pengguna dengan mencipta produk yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan. Antara sebab -sebab di sebalik kejayaan Apple adalah, mereka mengekalkan reka bentuk dan utiliti.

Dalam artikel ini juga menerangkan kepada anda beberapa strategi pemasaran yang boleh anda gunakan :

#1 – Fikirkan Bagaimana Cara Untuk Iklan Produk

Ramai orang berfikir, untuk meningkatkan hasil jualan kita perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk iklankan produk di sosial media seperti Facebook, malah di Google juga.

Tetapi berbeza pula bagi Apple, mereka  menggunakan dua strategi yang berbeza iaitu, penempatan produk, dengan menggunakan selebreti dalam rancangan popular dan buzz yang dicipta oleh ulasan dalam media.

Usahawan di luar sana juga boleh menggunakan pendekatan ini untuk berjaya seperti Apple. Jika anda bijak untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli, mereka akan tertarik dengan setiap pemasaran yang anda lakukan.

Dengan ini, akan mewujudkan pelanggan yang setia dengan produk anda. Justeru sekiranya mereka berpuas hati dengan produk tersebut, mereka mungkin akan menceritakan pengalaman tersebut kepada orang ramai.

Salah satu cara rahsia kejayaan Apple adalah, mereka menawarkan perkhidmatan percuma kepada pelanggan untuk mendapatkan beberapa kesan positif daripada pengguna.

#2 – Elakkan Persaingan Harga

Ramai usahawan percaya bahawa, mereka perlu bersaing dengan harga. Tidak dinafikan, kenyataan ini ada betulnya. Namun, tanpa mereka ketahui, dengan persaingan harga mampu menjejaskan perniagaan anda.

Bagi Apple, persaingan harga ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Namun, apa yang Apple lakukan adalah dengan memberi tumpuan kepada UVP (Unique value proposition). Mereka sentiasa berfikir di luar kotak untuk mendapatkan hasil yang baik.

Justeru, Apple lebih memberi tumpuan kepada produk mereka, bukan pada pesaing. Yakni, mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk  menarik perhatian pelanggan yang bakal menggunakan produk mereka. Tidak kira apa jua perniagaan yang anda lakukan, anda juga boleh menggunakan strategi yang sama.

Anda juga boleh mengambil contoh seperti apa yang Apple lakukan. Antaranya adalah, mereka menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berbeza kepada pelanggan.

Contohnya, memberikan peluang kepada pelanggan itu sendiri untuk mencuba dahulu produk tersebut. Komputer riba mereka juga menawarkan skrin yang lebih besar dengan harga yang lebih tinggi.

#3 – Lakukan Pemasaran Dan Produk Yang Mudah Digunakan

Oleh kerana teknologi yang sedang meningkat naik, Apple amat memahami kehendak pelanggan mereka. Mereka mengurangkan kekeliruan kepada pengguna yang menggunakan laman web dan menggunakan ayat-ayat yang mudah di fahami serta, dapat menarik perhatian pembaca.

Pendekatan yang mereka lakukan ini dapat membantu mereka melakukan pemasaran dengan baik, malah menghasilkan produk yang mudah digunakan oleh pengguna.

Mereka juga menggunakan falsafah seperti “lebih mudah digunakan, maka produk itu akan lebih baik”. Apple juga sentiasa ingin memudahkan pelanggan mereka dengan mengeluarkan produk yang mudah digunakan dan tidak memaksa mereka dengan banyak pilihan.

#4 – Kenal Pelanggan Anda Dan Sentiasa Memahami Kehendak Mereka

Setiap produk yang di paparkan di dalam website, sudah tertulis segala butiran dan spesifikasi bagi memudahkan pelanggan mengakses web tersebut. Ini adalah kerana, Apple sentiasa memahami kehendak pelanggan dan ingin mengenali mereka.

Apple sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun pendapat, mereka sering  menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pelanggan.

Ini juga dapat merapatkan hubungan di antara penjual dan pembeli serta, dapat membuatkan pelanggan lebih selesa untuk berinteraksi. Oleh itu, pelanggan tidak akan mudah rasa diabaikan apabila mereka memerlukan pertolongan mahupun pendapat.

#5 – Rekabentuk Mengikut Pengalaman Pelanggan

Pengalaman yang dimaksud kan disini adalah, dari segi aspek proses pembelian, membandingkan versi produk yang berbeza dan mencuba produk yang di sediakan di kedai tersebut.

Setiap produk baru yang dikeluarkan memerlukan ketelitian yang lebih  bagi menghasilkan satu produk yang berkualiti.

Apple juga sanggup menghabiskan jumlah wang yang besar untuk sesuatu produk, serta bagi menguji ketahanan dan reka bentuk. Mereka lakukan sedemikian kerana, ingin memastikan apa yang pelanggan lihat dan bayar, berbaloi dengan apa yang mereka dapat.

Selain daripada itu, Apple juga amat teliti tentang rekabentuk di dalam kedai yang dapat menarik perhatian orang ramai, serta dapat membangkitkan keinginan membeli mahupun mencuba produk yang disediakan.

#6 – Tetapkan Emosi Pelanggan Anda

Emosi adalah kunci kepada kejayaan dalam pemasaran. Jika anda bijak membuat sesuatu iklan seperti video yang dapat meningkat emosi pelanggan  untuk membeli produk anda, ini bermakna anda telah berjaya menarik perhatian dan emosi mereka.

Selain itu, kandungan iklan yang positif lebih cenderung untuk membuatkan orang ramai rasa emosi berbanding dengan kandungan yang negatif. Begitu juga dengan emosi yang positif dapat melahirkan tindak balas yang kukuh berbanding negatif.

#7 – Bina Komuniti Pengguna Atau Pelanggan

Setelah beberapa tahun, Apple telah mencipta suatu produk yang amat luar biasa, serta dapat menarik orang ramai untuk menggunakan produk mereka. Apple juga telah menghasilkan jenama yang dapat menandingi banyak pesaing dan sentiasa mudah mesra dengan pelanggan. Ini membuatkan pelanggan mahu tergolong dalam komuniti tersebut.

Apple juga bijak membuat pelanggan percaya bahawa, produk mereka mampu memuaskan hati pelanggan serta, membina komuniti pengguna yang setia kepada produk yang mereka gunakan.

Secara kesimpulannya, salah satu cara untuk anda berjaya dalam perniagaan, jadikan orang yang berjaya sebagai  contoh atau mentor untuk anda lebih kehadapan dan berjaya seperti mereka. Apple sering di jadikan contoh oleh produk pintar lain untuk mereka berjaya.

Yang paling penting, sentiasa berfikiran kreatif untuk menghasilkan produk yang kualiti sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Anda juga boleh belajar daripada pesaing anda. Lihat apa yang mereka lakukan, dan sentiasa praktikan untuk  melaksanakan sesuatu produk dan membuat pemasaran sendiri.

Ini perkara biasa, masalah poket kering seminggu selepas terima gaji bagi orang bekerja atau masalah poket kering seminggu selepas terima payment bagi orang bisnes. Dulu sewaktu di Jepun, ada seorang guru tua pernah berpesan kepada saya tip kewangan ini. Moga membantu.

1. Rancang Perbelanjaan Dari Awal

Dalam banyak perkara, kita hanya bijak memberi alasan kepada diri sendiri untuk terus berbelanja tanpa rancangan. Buat senarai perbelanjaan wajib bulanan, potong perbelanjaan yang tidak perlu. Berdisiplin sikit bos, ikut betul-betul rancangan perbelanjaan bulanan yang sudah dirancang tadi. Utamakan bayaran-bayaran wajib dahulu seperti bil-bil utiliti.

2. Jauhi Tabiat Berbelanja Ikut Nafsu

Perasan atau tidak ? Selama ini yang mendorong kita berbelanja bukannya keperluan kita, tetapi nafsu kita yang tidak dapat dikawal. Tengok orang beli handbag, kita pun takmau kalah nak beli juga.

Tengok orang tukar perabot, beli kereta, pakai baju mahal, lepak Starbucks, makan mewah semuanya kita mahu ikut untuk apa ? Untuk menyesal selepas berbelanja ? Kita ada banyak pilihan untuk berjimat. Anda tentukan sendiri.

3. Gandakan Sedekah & Banyak Memberi

Ini perkara yang tidak perlu dinafikan lagi. Mudahkan rezeki kita mengalir lancar lagi deras dengan berbuat kebaikan. Dalam rezeki kita sudah tentu ada hak untuk orang lain. Jadikan tabiat untuk menyumbang kepada masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan sesiapa yang memerlukan tanpa rasa kesal walau sedikit pun.

Contoh, setiap kali dapat gaji beli sejadah dan letak di surau. Satu tahun sudah 12 sejadah. Jangan takut untuk memberi, more you give more you get back.

4. Bina Simpanan Dari Sekarang

Setiap kali terima pendapatan, selepas kita selesaikan belanja wajib. Mohon disiplinkan diri untuk membuat simpanan, buat sendiri tabung yang kita rasakan perlu seperti tabung perubatan, balik kampung, percutian, roadtax dan insurans kenderaan serta banyak lagi.

Boleh rujuk instrumen pelaburan yang patuh syariah dalam pasaran. Beli cincin belah rotan setiap bulan dan simpan. Menyimpan dahulu baru fikir nak berbelanja, bukan nak ajar untuk jadi kedekut, cuma nak kurangkan dahi yang berkerut bila poket sudah kering.

5. Ikhtiar Kerja Tambahan Yang Masyuk

Siang kita bekerja, malam kita buat apa ? Tengok tv atau goyang kaki ? Hijrah diri, lakukan sedikit pengorbanan dalam hidup untuk lebih maju. Cari kerja tambahan yang boleh berikan pendapatan tambahan harian atau bulanan.

Di sebelah malam boleh mengajar anak jiran mengaji, kelas tambahan, kerja di 7Eleven dan sebagainya. Kalau perlu basuh pinggan dan ambil order di kedai makan sekalipun apa salahnya ? Paling penting kerja kita lakukan itu Halal.

6. Mulakan Bisnes Yang Boleh Beri Tunai Harian

Ini bahagian yang paling ramai orang tahu dan angan-angankan. Tetapi biarlah angan kita itu semuanya logik dan mudah dicapai. Disebabkan kita masih bekerja, carilah peluang bisnes yang tidak menuntut modal atau masa yang terlalu besar. Pandai memasak ?

Siapkanlah breakfast box untuk kawan-kawan di pejabat, ambil tempahan sehari awal dengan bayaran penuh. Pandai tukar minyak hitam kereta ? Ambil tempahan servis kereta kawan-kawan di pejabat. Suka menjual secara online ? Jadilah ejen dropship produk kesihatan, kecantikan, gadjet dan sebagainya secara online.

Mudah kan ? Paling penting kena ada target harian, kalau dapat untung sehari RM50 sekalipun siapa yang nak bagi ? Lepas belanja minyak dan tol pun sudah cukup baik di awal usaha ni.

Berhenti Beralasan. Mulakan Tabiat Baru Bermula Sekarang!

Sudah-sudahlah memberi alasan yang tak sudah-sudah kepada diri sendiri. Jangan hanya pandai menyalahkan orang lain diatas masalah dan kesulitan kita. Jangan hanya pandai mengeluh tanpa usaha. Sekarang masa paling sesuai untuk belajar perkara baru, berkorban masa dan tenaga dan hijrah minda. Mulakan dengan hati yang senang dan lapang dada.

Sudah lama kita hanya pandai merancang dan berfikir, Nak tunggu bila lagi baru nak mula dan berubah ? Pilihan selalu ada di tangan kita, bukan pada orang lain. Tentukanlah sendiri. Salam sukses semua!

Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.