Syarikat e-dagang yang berpangkalan di Malaysia, Aladdin Group of Companies, melabur US$5 juta untuk mewujudkan Aladdinstreet.com.my , iaitu platform beli-belah e-pasaran patuh Syariah dan Halal pertama negara.
Pengasas Bersama Kumpulan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata laman e-dagang itu, yang dijangka dilancarkan pada akhir bulan ini, akan memenuhi keperluan perkhidmatan perbankan dan kewangan, farmaseutikal, fesyen, kosmetik dan kecantikan serta makanan dan minuman.
“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, platform e-dagang itu, dengan sasaran 1,500 peniaga, akan menyediakan 30,000 produk dalam talian”, katanya kepada pemberita selepas pelancaran awal aladdinstreet.com.my oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini Rabu.
Mengenai penyertaan peniaga dalam laman beli-belah secara dalam talian itu, Sheikh Muszaphar, yang juga angkasawan pertama negara, berkata ia adalah melalui jemputan.
Beliau berkata syarikat turut menyasarkan pasaran Islam dan bukan Islam di lebih 30 buah negara di seluruh dunia, termasuk India, Eropah, China, Indonesia dan Timur Tengah.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Aladdin Azizi Meor Ngah berkata syarikat dijangka melabur kira-kira US$100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi aktiviti pemasaran dan promosi di luar pasaran Malaysia.
E-platform antarabangsa, Aladdinstreet.com, yang akan memenuhi keperluan pasaran global, akan dilancarkan pada suku kedua 2016.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.
Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar, kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.
Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.
Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter sahaja untuk ke sana dan ke sini.
Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.
Hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, 4 buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.
Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”.
Mark McCormack, pengarang buku What They Don’t Teach You at Harvard Business School berkata, “Dalam aktiviti jualan, tiada aset yang lebih berharga daripada mendengar”. Hakikatnya apabila klien anda mengetahui anda sedang mendengar, kepercayaan akan terbentuk.
Anda perlu tahu bahawa anda tidak boleh membina kepercayaan di pihak klien jika anda tidak mendengar. Jurujual yang hebat mendengar emosi pelanggan, bukannya fakta.
Komunikasi ibarat aisberg; hanya 20 peratus sahaja yang kelihatan, sementara 80 peratus lagi berada di bawah permukaan.
Apabila anda mendengar berdasarkan fakta, anda mendengar cuma 20 peratus perkara yang klien ingin sampaikan kepada anda. Apabila anda mendengar berdasarkan emosi anda akan memperolehi baki yang 80 peratus itu.
Jika anda hendak mengetahui pendapat seseorang tentang produk anda dan dia menjawab “Bagus” tetapi suaranya mendatar dan kedengaran agak kebosanan, anda akan tahu bahawa itu bukan maksud sebenar beliau.
Anda boleh menggunakan teknik-teknik mendengar berikut sama ada dalam proses jualan, pertemuan bisnes, membina jaringan dan sebagainya.
Definisi: Mengulangi sesetengah perkataan yang digunakan oleh klien semasa anda mendengar mereka bercakap.
Klien anda berkata “Saya makan kek buatan awak dan saya sukakannya”. Anda membalas “Awak makan kek yang saya buat?” sambil menganggukkan kepala sedikit dan teruskan mendengar.
Klien anda berkata “Saya baru beli kereta Perodua yang baru dan saya sukakannya – enjinnya berkuasa”. “Oh, enjinnya berkuasa” anda membalas dan berhenti sekadar itu, membiarkan klien meneruskan percakapan.
Pendengaran reflektif membantu membina hubungan baik melalui tiga cara:
Pendengaran reflektif sangat berguna semasa anda menunggu untuk membincangkan isu sebenar.
Menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang lain untuk menyampaikan perkara yang sama.
Klien: Harga barangan mentah hari ini sangat mahal
Anda: Ya, harganya tinggi
Klien: Prestasi ekonomi kurang baik
Anda: Betul. Prestasi ekonomi merudum.
Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang sedang cuba mencari maklumat daripada anda dengan melontarkan deretan soalan bertalu-talu. Apa yang anda rasa?
“Kosmetik apa yang anda sedang pakai? Berapa lama anda sudah menggunakannya? Ada hadapi apa-apa masalah semasa menggunakannya? Berapa harganya? Kenapa anda memilih jenama berkenaan berbanding jenama-jenama lain?”
Tiada siapa pun suka untuk dipengaruhi dengan cara sedemikian rupa. Pendengaran perkongsian menukar proses mendengar untuk memperolehi maklumat menjadi proses perbualan.
Jadi klien tidak berasa seolah-olah mereka sedang disoal siasat. Klien berasa selesa berkongsi maklumat yang anda perlukan, dan anda memperolehi maklumat dengan cara halus.
Perbualan jurujual dengan pengunjung bilik pameran kenderaan.
Anda: Boleh saya tahu apakah kereta yang tuan sedang gunakan sekarang?
Klien: Hyundai Atoz.
Anda: Ada apa-apa masalah?
Klien: Ada. Sistem ekzos. Lain-lain ok je.
Anda: Tuan tak keseorangan. Saya ada kawan yang pakai Atoz – cantik, tapi selepas 60,000 km kena baiki. Saya pun rasa enjin Atoz kurang power.
Klien: Lebih kurang kereta saya, memang kurang pickup. Saya sedang dalam perancangan nak tukar kereta yang lebih power.
Anda: Oh, Honda City baru memang pickup. Sebarang masalah alat ganti, kereta ni ada jaminan tiga tahun. Jadi tuan boleh bertenang dan tak perlu fikir masalah alat ganti. Semua risikonya pada kami.
Berbual-bual, berbanding bertanya soalan demi soalan, adalah cara yang bagus untuk membuatkan klien mendedahkan maklumat-maklumat penting.
Teknik ini sangat berguna apabila klien enggan bercakap atau memberitahu maklumat. Apabila anda berkongsi perasaan sendiri tentang sesuatu perkara, klien akan berasa lebih selesa dan dia akan berkongsi idea-idea selanjutnya.
Ada yang tanya saya “Gaji saya sekian sekian, boleh ke saya beli rumah harga sekian sekian.” Saya jawab, boleh. Bagi semangat supaya beli rumah banyak dari beli jubah dan tudung mahal alih-alih simpan dalam almari jugak.
Okay, perkara yang anda perlu tahu yang melayakkan anda diluluskan permohonan pinjaman perumahan ada banyak. Antaranya;
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod bayaran pinjaman kita seperti, kereta, kad kredit, peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank meluluskan permohonan pinjaman kita. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia.
CTOS ini sistem informasi rujukan. Pastikan kita juga bebas dari CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. Kadangkala kita tak sedar pun kita kena CTOS disebabkan kita menjadi penjamin pada adik beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS , wajib langsaikan dahulu hutang tertunggak.
DSR ni bukan macam DSLR kamera itu. Debt Service Ratio adalah nisbah hutang kepada pendapatan. Semakin tinggi nisbah dia, semakin tinggilah komitmen. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa Margin Of Financing (MOF) kita layak. Pengiraan DSR ini berlainan tiap bank namun konsep dia tetap sama. Contohnya;
Dan rumah yang mahu dibeli RM130,000 bayaran bulanan dalam RM600, boleh periksa menggunakan aplikasi iMoney.
Jadi RM600/RM2000 X 100% = 30%.
Kebanyakan bank meletak maksimum DSR 60% untuk gaji pokok bawah RM3000. Bawah DSR 60% lagi bagus. Macam contoh di atas DSR 30% layak lah dapat pinjaman perumahan.
Jadi anda sudah faham bagaimana orang gaji rendah boleh beli rumah? Ya. Mereka tiada komitmen kad kredit, pinjaman peribadi dan kereta mewah import.
Hutang bukan dari institusi kewangan tidak dikira sebagai komitmen bulanan oleh pihak bank. DSR ni dijadikan panduan anda layak atau tidak. Kalau suddah mencapai DSR melebihi 60%-70% tu anda sudah tidak layak untuk beli rumah harga itu.
Antara dokumen sokongan untuk naikkan pendapatan kita;
Sesetengah bank sukar untuk memberi pinjaman jika tidak pernah mempunyai apa apa pinjaman. Dengan kata lain tiada rekod CCRIS. Jika umur melebihi 30 tahun pun bank susah nak beri kelulusan.
Akhir kata, anda kena siap sedia daripada sekarang. Kurangkan berhutang tu, tingkatkan pendapatan.
Melakukan kerja seharian di pejabat akan menyebabkan kita akan merasa mudah bosan oleh kerana persekitaran yang kurang menarik perhatian. Kini, anda tidak perlu lagi risau tentang masalah tersebut. Tahukah anda terdapat beberapa tempat kerja yang mempunyai persekitaran yang menarik yang berada di lembah Klang.
Di bawah ini terdapat beberapa tempat kerja yang menyediakan ruang bekerja yang terbaik serta membuatkan kita rasa lebih selesa.
White Space adalah satu tempat di mana sesuai buat mereka yang mementingkan privasi semasa melakukan kerja seperti, golongan korporat. White Space juga mempunyai 4 cawangan di sekitar Lembah Klang dan pada setiap lokasi, terdapat perbezaan dari segi ruang, reka bentuk, dan juga fungsi. Antara 4 lokasi tersebut adalah, Bangsar, Solaris Mont Kiara, Puchong dan juga Qliq Damansara.
Bagi cawangan di Bangsar, mereka menyediakan kerusi hitam dan meja yang panjang amat sesuai untuk melakukan kerja. Jika anda ingin melakukan mesyuarat kecil tetapi memerlukan lokasi yang lebih privasi, anda boleh memilih untuk ke Solaris Mont Kiara.
Di mana, mereka juga mempunyai kawasan yang amat selesa untuk anda merehatkan minda sambil menonton televisyen yang turut disediakan.
Selain dari itu, jika anda inginkan suasana yang lebih kasual dan pemandangan yang lebih berwarna warni di Qliq Damansara adalah pilihan yang terbaik. Lokasi ini juga memberikan anda ketenangan serta dapat mewujudkan idea-idea yang kreatif dan dapat mengurangkan tekanan kerja.
Manakala, buat mereka yang mempunyai syarikat yang besar, cawangan di Puchong adalah lokasi yang lebih sesuai. Ini kerana, mereka menyediakan bilik eksekutif untuk bermesyuarat dan melakukan perbincangan.
Impact Hub merupakan ruang bekerja yang sesuai buat anda yang mementingkan suasana kerja yang segar serta, kerap menjadi tuan rumah dalam pelbagai majlis. Lokasi ini juga sangat memberikan inspirasi buat mereka ini kerana, Galeri Impact mempamerkan kepada mereka kerja-kerja seperti usahawan sosial, pereka dan juga artis.
Apabila anda memasuki ruang masuk di lokasi ini, anda akan dapat melihat suasana dan persekitaran yang berwarna-warni. Tujuannya adalah untuk sentiasa memberi inspirasi buat mereka yang hadir ke Impact Hub dan akan mencetuskan kreativiti kepada mereka yang memilih untuk bekerja di lokasi tersebut.
Ruang bekerja yang disediakan memberikan kemudahan buat mereka yang datang ke situ. Anda boleh memilih mana-mana ruang yang selesa untuk anda melakukan kerja, mesyuarat ataupun sebagainya.
Fluent Space merupakan tuan rumah kepada dua lokasi iaitu, yang bertempat di Plaza Taragon dan kedua di TTDI. Di TTDI, lokasi ni lebih tertumpu kepada ruangan yang kreatif dan mempunyai sifat yang memberi sumber insprasi buat anda.
Lokasi ini juga mempunyai beberapa penyewa utama termasuk B.L.A.M dan juga The Weeknd. Selain mempunyai ruang kerja yang kreatif, fluent space juga mempunyai kawasan yang lengkap dengan pokok serta kawasan yang serba kehijauan. Perserkitaran yang nyaman ini juga dapat memberikan mereka fikiran yang tenang.
Ruang kerja ini juga menawarkan bilik mesyuarat atau bilik persidangan dan juga beberapa acara yang dilakukan.
Salah satu kemudahan yang disediakan adalah, mereka bebas untuk menggunakan alat-alat yang terdapat di situ, tetapi haruslah tertakluk kepada peraturan yang disediakan. Skrin projektor dan juga perkhidmatan percetakan akan disediakan jika terdapat beberapa permintaan daripada pelanggan mereka.
Makespace menggambarkan diri mereka sebagai sebuah taman permainan. Ini kerana, ruang yang disediakan dapat mewujudkan keseronokkan ketika bekerja. Selain itu, mereka juga menyediakan ruang buat mereka yang ingin membuat bengkel tarian, ceramah dan juga beberapa bengkel yang lain.
Oleh kerana mempunyai ruang yang lebih luas, Makespace adalah satu lokasi yang amat sesuai buat syarikat-syarikat yang lebih besar untuk melakukan mesyuarat ataupun sebagainya.
Paper +Toast yang terletak di bangunan MaGIC mempunyai konsep mereka yang tersendiri. Mereka juga mempunyai bilik mesyuarat yang disediakan. Sesuai dengan namanya sendiri, mereka juga ada menyediakan pelbagai makanan dan minuman mengikut citarasa masing-masing. Antara syarikat yang telah mencuba di lokasi ini adalah, Petronas dan juga Hong Leong.
Manakala, Paper + Toast juga amat sesuai buat bakal usahawan yang masih tidak mempunyai ruang pejabat mereka sendiri. Tetapi, mereka mempunyai impian untuk membuka perniagaan dan menempa nama mereka sendiri.
Ruang bekerja yang seterunya adalah The Co. pada dasarnya ianya adalah sebuah banglo dan sudah ditukar kepada ruang kerja. Beberapa acara yang diadakan adalah, majlis bersama ahli korporat dan teknologi ataupun beberapa aktiviti yang dapat menyihatkan badan sepeti kelas yoga. Sebahagian syarikat yang telah bermula di lokasi ini adalah Zomato dan ServisHero.
Salah satu ruang yang agak menonjol di sini adalah, anda boleh bekerja sambil duduk di tingkap sambil menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang memberi keselesaan.
The Canvas Network adalah satu ruang dimana anda boleh bermain sambil melakukan kerja. Lokasi ini juga amat kreatif bagi membentuk persekitaran yang produktif antaranya adalah, mereka menggunakan paip sebagai satu hiasan dalaman. Malah, mereka juga menyediakan alat permainan sebagai ping pong dan juga snuker sebagai alat untuk bermain sambil merehatkan minda.
Selain dari itu, banyak ruang yang luas turut disediakan buat anda ketika ingin melakukan beberapa bengkel korporat mahupun latihan. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa majlis, lokasi ini juga amat sesuai buat anda.
H Space merupakan ruang kerja yang agak baru tetapi mereka telah menembusi pasaran yang baik dengan menyediakan ruang yang bersih dan profesionalisme. Lokasi ini terletak di Menara Mitraland. Kota Damansara. Matlamat H Space adalah untuk menjalinkan hubungan dengan perniagaan kecil di luar sana.
Incube8 adalah ruang yang memberikan kemudahan yang terbaik buat anda. Antaranya adalah, pejabat perkhidmatan, dan juga bilik mesyuarat. Selain dari tu juga, mereka menawarkan pekerjaan seperti admin, perakaunan, dan perkhidmatan setiausaha. Pada asalnya, mereka memasarkan diri mereka sebagai alternatif yang lebih murah untuk mereka yang mahu menyewa pejabat mahupun membeli.
Selain dari mempunyai ruang kerja yang luas, mereka juga ada menyediakan gymnasium, dan kolam renang buat anda. Lokasi ini juga sesuai buat mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin menyewa tempat ini sebagai pejabat mereka. Dengan wujudnya persekitaran yang lebih tenang dan menarik, secara tidak langsung ianya dapat memberikan sumber inspirasi dan motivasi buat anda.
Generasi Y pada masa kini seringkali dikaitkan dengan tiada pekerjaan dan masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai buat mereka. Namun, walaupun pasaran kerja sangat kompetitif generasi pada masa kini amat mengambil berat tentang budaya kerja, persekitaran pejabat, pembinaan pasukan dan lain-lain lagi.
Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa platform buat anak muda di luar sana yang masih mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka :
ReferJobs.my merupakan platform buat anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data mereka khusus buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Perkara yang paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan mendapat ganjaran kewangan.
Pada asasnya, anda akan mendapat ganjaran di antara RM500 hingga RM1500, bergantung kepada kekosongan itu. Walaupun platform ini masih baru, namun permintaan mereka semakin meningkat untuk memenuhi permintaan buat mereka yang masih mencari kerja.
JobStreet merupakan laman web sumber kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan online yang terbesar di Southesast Asia. Bagi graduan baru yang masih mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet merupakan platform yang terbaik buat anda. Menurut kajian dari JobStreet.com, lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan peluang pekerjaan pada tahun 2014.
Wobb.my atau Wobb (Working On Bean Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum menghantar permohonon tersebut.
Pada awal tahun ini, pasukan ini telah mengeluarkan satu aplikasi mudah alih. Antara fungsi aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari kerja di mana sahaja. Perkara ini amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan. Namun, dengan aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.
Scoot merupakan platform dimana mereka mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan baru di Malaysia. Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot, namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Iaitu membuat resume secara ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali tentang latar belakang anda.
Platfrom ini adalah salah satu kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.
Jobi adalah satu platform yang memberi peluang kepada anda untuk mencari pekerjaan dengan lebih baik dan mudah. Mereka menawarkan tiga jenis pekerjaan, seperti Part Time, Internship dan sukarelawan. Platform ini juga merupakan mesra pengguna dan setiap kerja menyediakan maklumat yang khusus seperti gaji setiap jam atau bulanan dan juga waktu bekerja. Supaya mereka yang sedang mencari pekerjaan tahu pada waktu bila yang sesuai untuk mencari kerja.
TribeHired merupakan platfrom dimana syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat dan yang terbaik. Pada setiap minggu, TribeHired mencari seramai 100 orang yang berbakat untuk bekerja. Majikan juga boleh memainkan video daripada data mereka yang mempunyai peluang yang cerah dan berpotensi untuk diterima kerja. Selain itu, mereka yang masih mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat dan mengambil mana-mana tawaran yang ditawarkan untuk hadir ke sesi temu duga.
Startup Jobs Asia merupakan salah satu platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.
Jika anda berminat untuk menyertai cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform terbaik untuk anda.
Wowintro adalah online platform dimana, mereka yang sedang mencari kerja akan mempamerkan diri mereka melalui video selama 30 saat. Perkara ini sangat berbeza dengan syarikat-syarikat yang lain yang masih menggunakn resume. Ini merupakan satu kelebihan mereka diberi peluang untuk mempamerkan kekuatan dan kemahiran berkomunikasi sebelum mengambil mereka untuk bekerja. Dengan adanya Wowintro, anda tidak perlu lagi risau untuk mencari berpuluh-puluh pekerjaan, kerana disini terdapat peluang yang luas buat anda.
Intern.my merupakan salah satu peluang yang terdapat di Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar. Platform ini adalah sesuai untuk pelajar di luar sana yang sedang mencari peluang untuk praktikal sebelum melakukan pekerjaan sepenuh masa. Namun, setiap pekerjaan yang diberikan akan diberi elaun bulanan kepada anda.
Bank suka perkara yang pasti dan konsisten. Jika anda merupakan pekerja biasa yang berpendapatan RM10,000 sebulan, anda patut tiada masalah mendapatkan pinjaman hartanah bernilai RM1 juta. Dengan syarat, hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit, hutang pinjaman kereta tidak banyak komitmennya.
Tetapi lain situasi berlaku, di pihak pemilik bisnes yang berpendapatan RM10,000 sebulan belum tentu boleh dapatkan pinjaman RM500,000. Kadang-kadang, mahu dapatkan pinjaman RM 300,000 pun susah.
Biasanya isytiharkan pendapatan tidak cukup dan tidak sama dengan bank ‘statement’. Ramai peniaga yang guna kereta mewah tetapi isytiharkan pendapatan RM4,000 – RM5,000 sebulan sahaja.
Statement bank tidak terurus dengan baik disebabkan selalu campur duit peribadi dan duit syarikat. Kombinasi faktor faktor diatas menyebabkan orang yang berniaga selalunya susah nak dapat loan untuk beli hartanah dan punca kenapa bank tidak suka bagi pinjaman kepada peniaga.
Mereka suka beri pinjaman kepada pekerja kolar putih (banker, doctor, engineer etc) berbanding peniaga.
Jadi, apa penyelesaian yang boleh digunakan hari ini jika anda berniaga? Saya galakkan buat 3 benda ini :
Ada satu teknik rahsia, namun teknik ini bukan boleh buat sembarangan dan maaf saya tak boleh kongsikan secara menyeluruh bagaimana cara untuk gunakan teknik ini. Oleh sebab jika saya kongsikan secara umum, barang kali teknik yang saya ajar ini tidak boleh dipakai lagi. Saya biasanya kongsikan dalam forum tertutup seperti Sarjana Hartanah.
Jika anda bercadang mahu beli rumah pada tahun 2017, tahun ini anda perlu buat persediaan dan isytiharkan lebih sedikit pun tidak mengapa.
Juga, saya cadangkan daftar syarikat kategori perkongsian liabiliti terhad (PLT) dan Sendirian Berhad berbanding daftar akaun Enterprise. Jika boleh , elakkan.
Apabila peniaga buat untung, mereka berpotensi untuk hasilkan keuntungan besar. Dan jika mereka boleh serius mengumpul simpanan khas untuk hartanah yang dibeli, saya kirakan yang mereka akan habis bayar semua hartanah yang bernilai RM5 juta dalam masa kurang daripada 15 tahun sahaja.
Kalau kita strukturkan perniagaan kita elok-elok, kita boleh jimat banyak perbelanjaan peribadi seperti insurans, makan, kereta, parking, petrol dan banyak lagi. Semua perbelanjaan ini boleh ditanggung sepenuhnya oleh syarikat kalau kita strukturkan secara betul.
Bila banyak perbelanjaan ditanggung oleh syarikat, kita boleh menyimpan lebih. Kesimpulannya, orang yang berniaga akan mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan hartanah. Yang penting, kita kena ada ilmu untuk atasi kekurangan dan gunakan kelebihan secara maksima untuk capai objektif kewangan kita. Sementara masih muda, kena pandai berjimat, kurangkan perbelanjaan dan guna kesempatan ini untuk melabur awal.
Sebagai contoh, ada beberapa syarikat yang saya miliki tidak mempunyai premis perniagaan dan saya hanya gunakan ofis servis maya (Virtual ofis/Shared office). Orang lain bayar sewa ofis sehingga RM2,000 – RM 3,000 sebulan untuk setiap premis, saya hanya bayar RM180 sahaja untuk alamat yang sama di WhiteSpace.
Saya boleh pusing balik modal ini untuk pelaburan hartanah atau cepat habiskan bayar hartanah yang sudah dibeli. Bayar sewa ofis tidak akan mengkayakan saya, tapi pelaburan hartanah akan menambahkan harta saya. Lagipun, saya tidak perlu ofis mewah disebabkan sangat jarang orang luar berkunjung ke ofis saya.
Faizul Ridzuan akan menganjurkan seminar Sarjana Hartanah 2016 di 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Istimewa untuk pembaca MajalahNiaga.com sahaja, Faizul Ridzuan akan mengadakan sesi khas untuk berkongsi Teknik Confirm Lulus Loan Rumah untuk para peniaga dan mereka yang bekerja sendiri sahaja.
Sesi ini akan diadakan selepas Sarjana Hartanah. Tarikh dan lokasi akan diumumkan untuk mereka yang mendaftar menggunakan kod diskaun ini sahaja.
Bukan itu sahaja. Dengan kod diskaun ini anda juga akan dapat diskaun sebanyak RM150 dari harga biasa. Harga biasa RM999. Harga istimewa MajalahNiaga RM849 sahaja.
Daftar sekarang ke seminar Sarjana Hartanah melalui link di bawah. Jangan lupa untuk masukkan kod diskaun MNSPECIAL untuk mendapatkan bonus sesi khas Teknik Confirm Lulus Loan Rumah dan diskaun sebanyak RM150 sekarang.
Salah satu punca kerugian besar dalam aktiviti pengiklanan adalah menyasarkan audiens yang silap. Ibarat anda dalam satu pertandingan larian dan anda lari ke arah yang silap, adakah anda akan berjaya memenangi pertandingan berkenaan? Tentu sekali jawapannya tidak.
Tidak kiralah betapa hebat produk anda, betapa hebat bahan promosi, betapa hebat tawaran harga, betapa hebat jaminan wang dikembalikan, aktiviti marketing anda tetap akan gagal.
Proses percubaan adalah penting untuk mengelakkan kerugian yang besar dalam aktviti pengiklanan. Kos pengiklanan adalah tinggi dan bukan boleh diambil sambil lewa.
Mematuhi ajaran sifu, saya sebagai seorang usahawan sentiasa melakukan percubaan dalam skala dan kos yang kecil sebelum melakukan pengiklanan yang lebih besar. Salah satu kesilapan yang saya buat adalah mengiklan sebuah bengkel untuk pelajar sekolah di sebuah akhbar politik.
Sebab utama saya cuba mengiklan di akhbar politik berkenaan adalah bilangan pembaca yang sangat tinggi. Telahan saya adalah lebih tinggi pembaca, lebih banyak jualan yang saya akan dapat.
Selepas mengiklan untuk 4 kali, respons yang saya terima amat menghampakan. Hanya beberapa panggilan yang saya terima, itupun dari pembaca wanita sedangkan akhbar politik biasanya dibaca oleh lelaki. Nasib baik saya hanya membeli classified ad yang hanya berharga lebih kurang RM100 sahaja.
Selepas kegagalan iklan di akhbar politik berkenaan, saya cuba pula mengiklan di sebuah majalah wanita. Sambutan untuk kali pertama sahaja sudah memberi sambutan yang memberangsangkan. Slot untuk kursus saya telah terjual sepenuhnya hanya melalui iklan di majalah tersebut.
Sebagai perbandingan, mungkin anda menulis bahan promosi yang sederhana, dan harga yang kurang kompetitif tetapi disasarkan kepada audiens yang tepat, ia akan membawa hasil yang lebih baik dari bahan promosi yang hebat seperti dinyatakan dalam situasi pertama.
Bukanlah saya menyatakan bahawa anda perlu membuat bahan prmosoi yang lemah. Apa yang kita cuba fokuskan di sini adalah peri pentingnya aktiviti pemasaran disasarkan kepada audiens yang tepat.
Apabila saya bertanyakan kepada peniaga tentang siapa prospek sasaran mereka, mereka akan menjawab “semua orang”. Ia kedengaran seperti suatu strategi yang bijak dengan mensasarkan semua orang akan membeli produk berkenaan. Wah, hebatnya produk mereka.
Semua orang bererti kesemua penduduk dunia. Letakkan sahaja keuntungan prdouk berkenaan RM1, maka dengan mudahnya peniaga berkenaan menjadi billionaire. Malangnya ia adalah bukti bahawa usahawan berkenaan tidak melakukan kajian pasaran yang mendalam.
Dan Kennedy, seorang pakar pemasaran antarabangsa ternama mengibaratkan situasi di atas seperti “Cuba menembak sasaran yang bergerak, kebarangkalian untuk mengena adalah rendah”
Beliau juga berkata bahawa bahan promosi yang lemah yang ditujukan kepada audiens yang betul mungkin mendapat respons yang kurang menggalakkan. Walaupun begitu, ia adalah jauh lebih baik dari bahan promosi yang mengandungi mesej yang hebat tetapi ditujukan kepada audiens yang salah.
Petronas merancang untuk memotong sebanyak RM50 bilion bagi perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh empat tahun, lapor Reuters yang memetik The Wall Street Journal.
Syarikat minyak negara, yang menyumbang separuh pendapatan minyak Malaysia, akan menunda beberapa projek, lapor portal itu yang memetik memo dalaman syarikat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Sementara itu Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ia telah mengedarkan risalah komunikasi dalaman sebagai sebahagian usaha mengoptimumkan kos dalam berdepan impak kejatuhan harga minyak mentah.
Bagaimanapun ia enggan mendedahkan kandungan memo berkenaan dan sebarang makluman lanjut akan diumumkan pada satu masa yang ditetapkan.
Petronas berdepan kelemahan harga minyak yang jatuh terendah sejak 2003 pada Isnin. Harga jatuh lebih 70 peratus sejak 18 bulan lepas selepas pengeluar terus meningkatkan pengeluaran meskipun kelemahan permintaan.
Wan Zulkiflee dalam temubual bersama Bloomberg baru baru ini menegaskan syarikat berdepan tempoh mencabar bagi tempoh dua ke tiga tahun, namun yakin harga minyak akan pulih meskipun tidak berkongsi tempoh sebenar pemulihan.
Pada Februari tahun lepas, Petronas berkata ia merancang memotong modal perbelanjaan sebanyak 10 peratus dan perbelanjaan operasi sebanyak 30 peratus pada 2015.
Ia juga berkata pada ketika itu, bahawa syarikat bakal memotong modal perbelanjaan 2016 sebanyak 15 peratus.
Ada beberapa perkara mengapa anda perlu bangun awal pada setiap hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Xerox Ursula Burns, pengasas dari Virgin Group Richard Branson, beliau mengatakan bahawa jika anda bangun sebelum terbitnya matahari pada setiap hari anda mempunyai masa yang lebih produktif berbanding orang yang sering bangun lewat.
Malah, anda juga mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman untuk mendapatkan badan yang cergas dan otak yang sihat. Malangnya, untuk menjadikan ianya sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.
Di bawah adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan :
Setiap pagi ketika bangun dari tidur, tetapkan dalam diri bahawa anda ingin berjaya dan ada matlamat yang ingin dituju. Dengan ini anda akan merasa lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan.
Jadikan waktu pagi sebagai waktu untuk kita berasa teruja untuk melakukan sesuatu. Jika tidak, hari anda akan menjadi sia-sia dengan hanya tidur sepanjang hari. Itulah yang dikatakan oleh Paul DeJoe seorang usahawan yang berjaya.
DeJoe berkata lagi, jadikan kebiasaan pada waktu malam dengan menulis perkara yang anda ingin lakukan pada keesokan paginya. Dengan ini, minda sudah diset untuk menyelesaikan beberapa perkara penting pada setiap hari.
Mengambil sarapan pagi juga amat penting untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Dengan megambil makanan yang penuh berkhasiat, anda juga lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Pelbagai perkara menarik yang boleh anda lakukan sepanjang hari seperti, dengan membaca buku, dan melakukan senaman.
Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa tidur yang mencukupi dapat membuatkan kita cenderung untuk bangun dengan lebih awal. Tidur yang mencukupi sekitar 8 sehingga 9 jam sehari dapat mengekalkan kecergasan dalam diri.
Untuk mereka yang sukar mendapatkan tidur yang sempurna, jam penggera adalah amat penting untuk anda menetapkan masa pada waktu bila untuk anda bangun dari tidur. Ianya mungkin dapat membantu dan lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dalam diri.
Pengguna Quora mengesyorkan bahawa, dengan minum segelas air sebelum tidur dapat membuatkan anda lebih bertenaga pada esok harinya.
Menurut penulis, beliau telah mengamalkan perkara ini pada setiap hari dengan minum 300ml sebelum tidur dapat membuatkan beliau lebih mudah untuk bangun pagi.
Satu cara untuk menjadikan waktu malam adalah perkara yang menyeronokkan ialah, dengan melakukan beberapa aktiviti seperti membaca buku, dan sebagainya. Dengan cara ini juga mudah untuk membuatkan anda merasa lebih mengantuk pada awal waktu.
Simon Haestoe telah berkongsi pengalamanya selama ini “Selama 15 tahun saya sukar untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Hampir setiap hari saya akan tidur lewat di malam hari kerana sentiasa mencari waktu yang menarik untuk di lakukan”.
Namun, Simon menyedari bahawa banyak aktiviti yang beliau boleh lakukan pada waktu malam seperti menonton filem, mendengar muzik dan sebagainya. Aktiviti ini juga amat membantu untuk membuatkan anda tidur lebih lena pada waktu malam.
Sekiranya anda kurang mendapatkan tidur pada awal waktu, kemungkinan untuk anda bangun pada awal pagi adalah amat sukar.
Kajian mendapati bahawa, tidur yang berlebihan akan membuatkan badan anda menjadi lesu. Ini kerana, waktu tidur yang berlebihan boleh menukar waktu tidur normal anda.
Jeff Smith menceritakan pengalaman beliau bahawa, selama 4 bulan beliau mengalami masalah tidur. Oleh kerana masalah itu sering terjadi, disebabkan itulah dia sering bangun lewat dan akan mengakibatkan tidur yang berlebihan.
Untuk mengelakkan masalah ini sering berlaku, penting untuk anda tahu berapa jumlah waktu tidur badan anda perlukan dalam sehari. Jangan sesekali tidur yang berlebihan walaupun di hujung minggu,
Menurut Anita Singh, beliau telah mengamalkan aktiviti yoga seawal jam 6 pagi. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa aktviti di awal pagi, komitmen dan disiplin yang tinggi amat penting. Mungkin ini juga dapat membantu anda untuk lebih bersemangat menunggu hari-hari yang akan datang.
Mungkin tip ini amat berguna untuk anda cuba. Beritahu kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda bahawa anda akan mengejutkan mereka pada waktu yang sepatutnya. Tip ini juga membuatkan anda lebih rasa bertanggungjawab dan akan lebih mudah untuk bangun pada awal waktu. Selain dari itu, anda tidak akan mensia-sia kan waktu yang ada dengan hanya tidur sepanjang hari.