Memang tidak dinafikan, peraturan di tempat kerja adalah perkara paling penting demi meningkatkan persekitaran kerja yang bagus. Namun, ini tidak menunjukkan anda sebagai seorang majikan perlu menjadi diktator kepada pekerja anda.  Sebaliknya, seorang majikan yang baik adalah mereka yang mempunyai kepercayaan terhadap pekerja supaya mereka lebih bermotivasi.

Berikut merupakan beberapa peraturan di tempat kerja yang perlu anda elakkan :

#1 – Menyekat Kehadiran Pekerja

Salah satu peraturan yang utama di tempat kerja adalah, sentiasa tiba awal di tempat kerja anda. Namun, adakalanya bagi sesetengah majikan mereka masih mengharapkan pekerja datang lebih awal pada waktu yang sepatutnya. Selain itu, ada juga pekerja yang sanggup kerja lebih waktu, dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh demi keuntungan syarikat tersebut.

Seorang majikan yang baik sepatutnya lebih mementingkan kebajikan pekerja mereka selain dari menyekat mereka sehingga waktu malam untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

#2 – Menyekat Penggunaan Internet

Adakalanya ketika sedang melayari media sosial, majikan kita akan lalu dan melihat apa yang sedang kita lakukan. Secara tidak langsung, akan memberikan tanggapan yang negatif kepada mereka. Tidak salah jika anda sebagai majikan memberi sedikit kelonggaran buat mereka untuk melayari internet, janji kerja yang diberikan dilakukan dengan terbaik dan menepati masa.

Lihatlah sudut ini dari segi sudut yang positif untuk mereka merehatkan minda dari bebanan kerja setelah seharian melakukan tugasan.

#3 – Tidak Dibenarkan Menggunakan Telefon

Tidak dinafikan telefon memberikan kemudahan kepada kita jika ada sebarang kecemasan.  Namun, ada juga bagi sesetengah pekerja lebih mengutamakan untuk bermain telefon dari membuat kerja mereka. Walau bagaimanapun, dengan menyekat penggunaan telefon di tempat kerja adalah perkara yang tidak sepatunya dilakukan.

Ini kerana, sekiranya terdapat kecemasan mudah bagi ahli keluarga atau rakan-rakan untuk menghubungi mereka.  Secara tidak langsung, ianya juga memudahkan mereka untuk menghantar teks kepada pelanggan jika terdapat temu janji selain dari menghantar e-mel kepada mereka.

#4 – Memerlukan Pakaian Khusus

Selain daripada tanggapan pertama orang ramai terhadap kita, adakah dengan memakai pakaian yang formal akan menyebabkan syarikat berjalan dengan lancar? Sebagai seorang majikan, tidak salah memberikan sedikit kelonggaran buat pekerja dengan memakai pakaian yang selesa buat mereka asalkan sentiasa nampak kemas dan bersih.

Ini juga akan mewujudkan persekitaran di tempat kerja menjadi lebih santai dan pekerja juga merasa seronok dan tidak terikat dengan etika pemaikaian. Melainkan pada hari tersebut terdapat mesyuarat yang perlu dihadiri, masa itulah waktu yang terbaik untuk berpakaian formal.

#5 – Kerap Menilai Prestasi Pekerja

Buat majikan yang sering menekankan prestasi kedudukan pekerja mereka, ini akan menghadkan kreativiti mereka dalam melakukan pekerjaan. Yakni, ada juga majikan yang sering membandingkan  antara pekera yang bagus dan yang kurang bagus. Perkara ini akan menyebabkan konsep pilih kasih, dan pekerja akan merasa kurang berkeyakinan.

Adakalanya, perkara ini akan menjadi tidak adil buat mereka yang sering berfikiran di luar kotak dan setiasa mempunyai pandangan yang berbeza daripada orang lain. Tiada siapa yang suka jika dirinya sering dibandingkan, namun jangan mudah berputus asa. Sentiasa berfikiran terbuka dan mempunyai minda yang sihat untuk mengekalkan prestasi ketika berada di pejabat.

#6 – Mengawal E-mel Pekerja

Jika anda masih ragu-ragu dan tidak percaya kepada pekerja anda, mengapa mengambil mereka bekerja? Ada cara yang lebih baik serta menjimatkan masa untuk memastikan pekerja anda membuat kerja dengan lebih cekap dan pantas, selain dari hanya memantau prestasi kerja mereka melalu e-mel.

Kini, sudah tiba masanya anda sebagai seorang majikan mengambil inisiatif ini untuk mula bersaing dengan dunia luar dan berhenti memandang ke belakang. Jika anda mempunyai sebarang masalah, tidak sepatutnya masalah itu dilemparkan kepada pekerja kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Ambil beberapa langkah untuk menjadi seorang yang lebih profesional dan lebih bermotivasi.

Jika anda seorang pemasar yang sudah berpengalaman dalam bidang ini, sudah pasti anda tahu betapa pentingnya pemasaran dalam media sosial. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa di antara mereka yang seringkali membuat kesilapan.

Seringkali kita mendengar ada beberapa pandangan negatif dari pembaca tentang kesilapan yang dilakukan di dalam media sosial.

Oleh itu, penting buat anda di luar sana yang ingin menceburi bidang ini mengkaji dan mendalami ilmu dan kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pengikut di media sosial.

#1 – Elakkan Bertengkar Dengan Pelanggan

Apabila anda menceburi bidang perniagaan, pasti ayat ini sudah tidak asing lagi didengari di telinga anda, iaitu mengamalkan prinsip “Pelanggan sentiasa betul”. Jika ada di antara pelanggan anda memberi pandangan yang negatif dan tidak berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang di berikan, elakkan untuk bertengkar dengan mereka.

Anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh, serta mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk menambat semula hati pelanggan. Akhirnya, sudah pasti pelanggan anda akan merasa berpuas hati jika diberikan perkhidmatan yang baik buat mereka.

#2 – Sentiasa Menghasilkan Kualiti Yang Terbaik

Ada sebab mengapa pelanggan mengikuti perkembangan produk anda di media sosial, ini kerana sudah pasti mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa dan memperolehi manfaat daripadanya. Namun, adakalanya kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesilapan yang sering kita terlepas pandang.

Jika isi kandungan yang anda lakukan itu tidak ada kaitan dengan pelanggan, sudah tentu mereka akan merasa tidak puas hati. Secara tidak langsung, masalah ini akan menyebabkan anda mungkin akan kehilangan pengikut di media sosial. Anda perlu bijak untuk mengetahui apa yang pelanggan mahukan dalam media sosial.

#3 – Menghasilkan Iklan Yang Berguna

Ada sebab mengapa pelanggan mengikuti perkembangan produk anda di media sosial, ini kerana sudah pasti mereka mengharapkan sesuatu yang luar biasa dan memperolehi manfaat daripadanya. Namun, adakalanya kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesilapan yang sering kita terlepas pandang.

Jika isi kandungan yang anda lakukan itu tidak ada kaitan dengan pelanggan, sudah tentu mereka akan merasa tidak puas hati. Secara tidak langsung, masalah ini akan menyebabkan anda mungkin akan kehilangan pengikut di media sosial. Anda perlu bijak untuk mengetahui apa yang pelanggan mahukan dalam media sosial.

#4 – Mengkaji Analisis Di Media Sosial

Sebagai seorang pemasaran di media sosial, anda perlu tahu secara purata berapa ramaikah pengikut anda di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Namun, jika anda tidak dapat menjawab soalan ini, seolah-oleh anda tidak belajar tentang analisis tersebut.

Adalah penting untuk anda mengkaji analisis dengan kerap supaya boleh melihat siapakah pengikut dan apakah yang mereka lakukan di media sosial. Dengan cara itu, mudah bagi anda untuk berjaya dalam bidang pemasaran di media sosial.

#5 – Sentiasa Mempelajari Sesuatu Yang Baru

Adakah ilmu yang anda ada sekarang sudah mencukupi? Fikirkan semula. Ini kerana, media sosial sentiasa berubah dan berkembang dari semasa ke semasa. Walau pun anda merasakan ilmu yang ada sudah cukup buat anda untuk pergi dengan lebih jauh, tetapi teknologi yang ada pada masa kini tidak mungkin akan berguna lagi pada tahun 2018 dan seterusnya.

Sentiasa mengambil peluang ini untuk kembangkan lagi idea dan cari peluang yang ada diluar sana serta, fikirkan strategi yang terbaik untuk mengekalkan perniagaan anda dalam media sosial.

#6 – Sentiasa Konsisten

Untuk berjaya dalam pemasaran media sosial, adalah penting buat anda untuk menjadi seorang yang sentiasa konsistent. Ianya bermaksud, sentiasa berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Jika hanya sedikit usaha yang anda lakukan, maka sedikitlah kejayaan yang anda akan terima.

#7 –Platform Yang Digunakan

Anda mungkin pernah mendengar sedikit sebanyak mengenai kepetingan pemasaran di Twitter, Facebook, Pinterest, LinkedIn, Instagram, Snapchat, Tumblr, YouTube, dan pelbagai lagi platform media sosial yang lain.

Jika anda mencuba semua platform yang anda, ianya akan mendatang beberapa masalah. Ini kerana, jika terlalau banyak platfrom yang digunakan ini akan menyebabkan anda tidak dapat fokus kepada perniagaan. Pelanggan juga akan sedikit keliru tentang platform yang manakah yang sedang anda gunakan.

Sebaliknya, fokus kepada beberapa platform yang sering pelanggan gunakan sahaja dalam pasaran anda. Ini juga akan memudahkan semua orang untuk menggunakannya serta dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan pengguna.

Adakalanya, kita masih rasa ragu-ragu untuk menempah penerbangan secara online. Dengan wujudnya internet yang serba canggih dan moden, segelintir daripada kita mungkin terlupa bagaimana caranya untuk mendapatkan tiket penerbangan sebelum wujudnya internet.

Menurut TechInAsia, kira-kira 1 daripada 2 pengguna internet di Singapura telah melakukan peyelidikan dalam pernempahan tiket secara online. Hasil penyelidikan tersebut, ianya merupakan angka yang tertinggi di Asia Tenggara.

Oleh kerana industri pelancongan berkembang dengan pesat, orang ramai lebih mudah menggunakan online sebagai satu platform untuk mereka menempah tiket penerbangan.

Malah, dengan cara ini juga ianya dapat membuktikan bahawa dengan menggunakan pembelian dan pembayaran secara online, secara tidak langsung perjalanan anda akan menjadi dengan lebih mudah.

Jika anda merancang untuk pergi melancong, internet adalah perkara paling penting supaya perjalanan anda menjadi dengan lebih lancar. Menurut artikel daripada Huffington Post pada tahun 2014, sebanyak 60% manusia tidak boleh pergi melancong tanpa WiFI. Manakala sebanyak 94% adalah individu mengatakan WiFi adalah ciri-ciri yang perlu ada ketika membuat tempahan hotel.

Berikut merupakan bagaimana WiFi telah mengubah hidup anda ketika pergi melancong :

#1 –  Sebelum : Membeli Poskad. Selepas : Update Di Instagram

Geotagging adalah applikasi pertama yang diviralkan daripada FourSquare telah digunakan oleh orang-orang yang menggunakan Facebook, Instagram, dan Snapchat. Applikasi ini boleh digunakan sekiranya anda berada di lokasi percutian.

Dahulu, sebelum wujudnya Instagram orang ramai lebih gemar menggunakan poskad. Yakni, menunjukkan mereka sudah merasaai pengalaman ketika melancong serta membeli poskad tersebut sebagai tanda kenangan.

Namun, berbeza pula pada Instagram. Disebabkan oleh teknologi yang semakin canggih dengan wujudnya internet tanpa had, orang ramai lebih suka menggunakan Instagram sebagai applikasi untuk mereka berkongsi gambar sebagai tanda kenangan.

#2 – Sebelum : Peta & Kompas. Selepas : Peta Goggle

Menggunakan peta dan kompas adalah agak sukar berbanding menggunakan peta google dan Citymapper. Ini kerana, peta dan kompas memerlukan kepakaran anda untuk menggunakannya. Malah, peta google pula anda hanya perlu muat turun applikasi tersebut, dengan adanya internet anda boleh terus menggunakannya dengan hanya menaip kemana destinasi yang ingin ditujui.

Walaubagaimanapun, jika anda lebih gemar menggunakan peta ini menujukkan kepada orang ramai bahawa anda adalah seorang pelancong. Secara tidak langsung, tidak mustahil anda akan ditipu oleh sindiket penipuan ataupun pencuri. Maka, dengan wujudnya peta aplikasi ini, bukan sahaja anda lebih selamat malah memudahkan perjalanan ke destinasi.

#3 – Sebelum : Michelin Guide. Selepas : TripAdvisor

Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Michelin guide adalah sebuah buku memberikan maklumat yang berguna kepada pelancong  seperti peta, hotel, dan juga stesen minyak. Ini adalah kerana, untuk membantu pelancong mendapatkan maklumat yang mereka perlukan. Namun, selang beberapa tahun selepas Michelin diterbitkan, kita boleh melihat beberapa perubahan seperti wujudnya aplikasi yang baru sepeti TripAdvisor dan Foodspotting mengamalkan konsep yang sama.

Walaubagaimanapun, TripAdvisor juga memberi maklumat kepada pelancong seperti mana-mana restoran, penginapan serta tempat tarikan pelancong. Malah, aplikasi ini lebih mudah digunakan kerana internet sekarang berada di hujung jari sahaja dan mudah dibawa kemana-mana.

#4 – Sebelum : Bas pelancongan. Selepas : Uber

Jika anda pergi melancong ke luar negara, anda mungkin akan bergantung kepada kumpulan dan bas pelancongan semata-mata. Namun, bagi meraka yang inginkan kelainan dan ingin berdikari ketika melancong uber adalah pengangkutan yang sesuai buat anda. Ini kerana, bas pelancongan selalunya sudah menetapkan masa pada pukul berapa mereka patut bergerak dan anda harus mengikuti jadual tersebut.

Namun, berbeza pula dengan pengangkutan uber. Dengan ini, kita boleh merancang perjalanan kita sendiri tanpa perlu bergantung kepada bas perlancongan. Selain dari itu, anda juga tidak akan terikat dengan waktu yang telah di jadual kan kerana semuanya terletak di tangan anda sendiri.

 

#5 – Sebelum: Folder tiket, risalah, dan maklumat tempahan. Sekarang: Google Docs / Evernote

Masihkan anda ingat untuk mencetak semua tempahan tiket dan meletakkan ke dalam folder yang besar? Malah sebelum itu, anda telahpun menulis beberapa butiran seperti tempahan, number telefon jika terkandas di tengah jalan. Namun, dengan wujudnya aplikasi seperti Evernote dan Google Docs yang dapat membantu anda untuk mengakses semua number telefon tersebut ke mana-mana dekstop. Apa yang anda perlukan adalah wifi dan kata laluan.

Sama ada anda baru sahaja membina syarikat startup atau syarikat anda sudah berkembang baik seperti Facebook, mesyuarat adalah salah satu aktiviti tahunan syarikat yang sangat penting. Keputusan keputusan penting yang diputuskan dalam mesyuarat membawa hala tuju syarikat ke arah yang lebih baik serta mencapai target yang mahu dicapai oleh syarikat.

Dalam laman Quora baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer) Facebook Sheryl Sandberg mengatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg , telah melakukan tugas yang benar-benar baik bagi meningkatkan kecekapan mesyuarat di Facebook dengan membuat dua perubahan yang simple tetapi sangat memberi impak yang tinggi.

#1- Hantar Bahan Mesyuarat Terlebih Dahulu

Apa yang Mark Zuckerberg buat adalah dengan menghantar bahan-bahan mesyuarat yang berkaitan terlebih dahulu kepada pihak yang akan hadir, sebelum mesyuarat diadakan.

Ia bagi memastikan tempoh masa mesyuarat dapat diisi dengan perbincangan dan penetapan keputusan yang dimahukan. Ada kalanya jika tidak berbuat demikian,  ahli mesyuarat tidak tahu hala tuju & pengisian mesyuarat, sehinggakan mereka mungkin merasakan diri mereka tidak perlu hadir kerana tidak tahu apa sebab dan fungsi mereka berada di dalam mesyuarat.

#2- Tetapkan Matlamat Ketika Saat Sebelum Bermulanya Mesyuarat

Mesyuarat yang menghabiskan masa terlalu lama biasanya tidak mempunyai agenda & tujuan yang kukuh. Sebagai usaha bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, Zuckerberg akan memastikan pengurus beliau mengumumkan tujuan & agenda setiap mesyuarat ini dari awal lagi. Setiap kali sebelum mesyuarat ,  pengurus akan memulakan agenda dengan soalan, “kita di dalam bilik untuk membuat keputusan atau untuk berbincang?”.

Sandberg berkata poster inspirasi digantung di sekitar kampus Facebook yang membawa nilai-nilai inspirasi seperti “Done is Better than Perfect,” “Move Fast and Break Things,” dan “Fortune Favors the Bold.”

Salah satu poster inspirasi kegemaran beliau adalah “Ruthless Prioritization,” yang menjadi penunjuk kepada bagaimana beliau mengurus masa setiap hari & bagaimana syariket mengendalikan mesyuarat dengan baik sekali!

Setiap tahun baru pastinya setiap individu  mempunyai azam yang ingin mereka kecapi. Jadikan setiap apa yang anda impikan akan menjadi kenyataan. Salah satu azam yang boleh anda ikuti adalah, menjadikan hari anda dengan lebih produktif.

Secara tidak langsung, ianya  dapat membuatkan anda lebih berkeyakinan pada setiap hari. Walaupun bukan mudah untuk melakukannya, namun jika anda melakukan perkara yang lebih berfaedah ianya akan menunjukkan anda lebih menghargai masa yang ada dari terbuang begitu sahaja.

Berikut merupakan beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan supaya hari-hari anda menjadi lebih produktif.

#1 – Melayari Internet

Melayari internet setiap hari tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah akan menyebabkan anda membuang masa dengan begitu sahaja. Tidak salah untuk  melayari internet, tetapi tetapkan masa yang sepatutnya untuk anda melakukannya.

Mungkin anda boleh menulis beberapa nota tentang  kerja yang perlu dilakukan, kemudian tampalkan di komputer tersebut. Dengan ini, segala kerja yang perlu diselesaikan dapat disiapkan pada awal waktu

#2  – Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa

Ramai orang percaya bahawa melakukan kerja dalam satu masa dapat menunjukkan individu tersebut mahir dalam sesuatu pekerjaan. Penyelidikan saintifik telah mendapati bahawa, hanya 2% sahaja  daripada kita mampu melakukan tugas tersebut.

Namun, bagi sesetengah individu daripada kita tidak dapat melakukan multi-tasking dengan baik. Kerana ianya satu tabiat yang buruk dan dapat menunjukkan seseorang itu tergopoh-gapah apabila melakukan pekerjaan. Selain itu, multi-tasking juga dapat mengurangkan perhatian kita pada satu kerja.

#3 – Periksa E-mel Sepanjang Hari

Tahukah anda bahawa, dengan memeriksa emel sepanjang hari telah membuatkan anda kehilangan 25 minit masa bekerja. Namun, masalah ini bukan sahaja berlaku kepada individu yang tengah bekerja, tetapi  sering berlaku kepada mereka yang menunggu jawapan dari syarikat yang dimohon untuk bekerja.

#4 – Tidak Pentingkan Tugas Yang lebih Sukar

Individu yang sering melakukan tugas yang mudah dan meninggalkan tugas yang sukar buat mereka, individu seperti ini tidak gemar dengan kerja yang lebih mencabar. Ini kerana, mudah bagi mereka untuk pulang dari tempat kerja dengan lebih awal.

Sedar atau tidak, anda telah meletakkan diri anda ke arah kehidupan yang negatif dan gemar melakukakan tugas yang sukar di akhir waktu. Secara tidak langsung, ini dapat menunjukkan bahawa anda seorang yang tidak serius apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

#5 – Terlalu Banyak Hadir Mesyuarat

Menghadirkan diri di mesyuarat bagus untuk anda memberikan idea-idea yang bernas buat syarikat tersebut. Namun, jika kerap anda melakukan sedemikian ianya bukan sahaja akan membuang masa anda, malah waktu orang lain juga akan terjejas.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan selain menghadiri mesyuarat, antaranya adalah dengan menghantar emel, pesanan segera, atau berbual di video juga dapat menjimatkan masa. Sekiranya ada perkara yang lebih penting untuk dibincangkan, lebih baik dilakukan secara peribadi.

#6 – Duduk Sepanjang Hari Tanpa Melakukan Sebarang Aktiviti

Ketika anda berada di pejabat, pastinya kerja yang menimbun membuatkan anda tidak ada masa untuk melakukan aktiviti di luar. Sepanjang hari hanya duduk dan melakukan tugasan. Tidak salah untuk anda keluar sebentar sambil mengambil angin dan menghirup kopi segar untuk kembali kekal aktif.

Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ringan di pejabat untuk elakkan anda berasa mengantuk pada waktu bekerja. Udara yang segar dapat mendorong anda untuk sentiasa kekal segar dan lebih bermotivasi.

#7 – Sukar Untuk Bangun Di Awal Pagi

Bagi individu yang sukar untuk bangun di awal pagi, mereka lebih suka untuk menekan butang snooze di jam mahupun telefon. Jika anda kerap melakukan perkara ini pada setiap pagi masa anda akan terbuang begitu sahaja.

Setiap malam sebelum tidur, niatkan dalam diri yang anda mahu bangun di awal pagi dan latih diri untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Bukan mudah untuk melakukan perkara ini namun, jika setiap hari anda lakukannya, tidak mustahil ianya akan menjadi satu tabiat pada awal pagi.

Individu yang sering tidur di awal waktu, dapat meningkatkan kecergasan otak pada keesokan harinya serta, lebih bijak membuat keputusan.

#8 – Terlalu Banyak Perancangan

Setiap individu mempunyai cita-cita yang tinggi pada setiap hari, iaitu membuat perancangan. Aktiviti ini bagus untuk anda sentiasa lebih menghargai masa. Namun, jika terlalu banyak perancangan yang dilakukan ianya akan lebih membuatkan hari anda tidak teratur.

Pastikan setiap pagi, rancang hari anda dengan lebih baik dan lakukan perkara yang penting dahulu. Selain  itu, rancang waktu yang sesuai untuk anda lakukan tugasan supaya dapat menguruskan masa dengan baik.

#9 – Kerap Menggunakan Telefon Sebelum Tidur

Tahukah anda bahawa, jika anda kerap menggunakan telefon sebelum tidur dapat memberikan kesan yang negatif kepada diri anda. Antaranya adalah, skrin LED telefon pintar, tablet dan juga komputer mengeluarkan cahaya biru yang boleh merosakkan penglihatan serta, dapat menyekat pengeluaran melatonin iaitu hormon yang membantu mengawal kitaran tidur.

Kajian juga mendapati individu yang mempunyai masalah tahap melatonin yang rendah lebih cenderung kepada masalah kemurungan.

#1 –  Salah Kira Harga Kos & Untung

Ini kesilapan paling besar. Ramai orang buat bisnes hanya kira harga kos produk dan kos pos sahaja. Tapi tidak ambil kira sekali kos tersembunyi yang terlibat seperti kos minyak pergi pejabat pos, kos kertas &  dakwat , kos pekerja & sewa pejabat. Hujung bulan mesti akaun ada masalah & tidak mendapat keuntungan seperti disangka.

Pengajaran: Perlu masukkan margin kos tersembunyi anda. Juga perlu tahu berapa kos pemasaran yang perlu dibelanja untuk mendapat 1 jualan.

#2 – Database Pelanggan Tidak Terurus Dengan Rapi

Kesilapan ini membuat ramai orang rugi besar sebab tidak dapat follow up pelanggan yang beritahu mahu buat bayaran serta tidak dapat guna untuk promosi seterusnya selepas jualan terhasil.

Pengajaran: Paling minima, nama, nombor telefon & email pelanggan anda wajib simpan.

#3 – Tiada Sistem Inventori & Prestasi Jualan

Stok yang tinggal tidak pernah dikira. Berapa yang sudah terjual pun tidak ambil tahu. Hanya tahu jual sahaja. Kesannya, stok habis tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah & tuduh menipu. Mahu restockpula ambil masa seminggu.

Pengajaran: Sangat penting ada sistem supaya tahu berapa stok yang terjual, berapa stok yang tinggal. Jadi anda boleh tempah awal-awal. Juga perlu tahu prestasi jualan produk yang laju, hari jualan tertinggi dan sebagainya.

#4 – Bazir Masa Buat Kerja Pengurusan Admin

Sebab mahu jimat, ramai yang buat semua kerja. Dari A-Z. Buat marketing, periksa jualan, layan pelanggan, urus akaun Facebook Page, follow-up pelanggan, periksa stok, pembungkusan produk, sehinggalah penghantaran ke pejabat pos. Lama kelamaan, setiap hari masa dihabiskan hanya berkisar pada kerja pengurusan admin. Masa untuk marketing sudah tiada. Jualan merudum!

Pengajaran: Leverage! Jangan mahu jadi hero buat semua. Pemilik bisnes wajib fokuskan masa pada bahagian pemasaran.

#5 – Pengurusan Cashflow ‘Ke Laut’!

Cashflow setiap hujung bulan jangan main hentam sahaja. Rujuk semula resit-resit yang dikumpul, kadang-kadang lupa apa yang sudah dibeli. Selalunya akaun sentiasa tidak sempurna. Banyak duit keluar dari untung yang masuk.

Pengajaran: Catatkan berapa pendapatan yang masuk, berapa perbelanjaan yang keluar. Kumpul resit serta catatkan perbelanjaan itu supaya sistem pengurusan cashflow sentiasa terurus dan bersistem.

Menurut Carol Kinsey Goman, seorang pakar bahasa badan dan pengarang buku “Kelebihan bukan lisan: Rahsia dan Sains Bahasa Badan di Tempat Kerja”.

Menurut beliau, bahasa badan merupakan faktor yang paling penting ketika sedang bermesyuarat, salah satunya adalah hubungan mata apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain. Ini menunjukkan sama ada anda seorang individu yang profesional atau pun tidak.

Setiap perbuatan  yang anda lakukan ketika

 hadir di bilik mesyuarat, mata orang lain akan menjadi penonton walaupun anda tidak menyedarinya.

Berikut merupakan empat kesilapan yang sering dilakukan oleh individu ketika sedang bermesyuarat :

#1 – Membungkukkan Diri Di Tempat Duduk

Di mana sahaja anda berada, terutama sedang mesyuarat postur yang baik adalah penting bagi memastikan orang disekeliling merasa selesa dan hormat kepada anda. Namun, jika mesyuarat tersebut mengambil masa yang agak panjang, sudah pasti akan menyebabkan anda merasa bosan mahupun letih. Jangan sesekali membungkukkan diri anda, kerana akan timbul rasa kurang hormat kepada orang yang sedang bercakap dihadapan.

#2 – Sering Bermain Dengan Telefon

Apabila anda sedang berada di bilik mesyuarat, adalah amat penting untuk meletakkan telefon dalam mood senyap ataupun matikan telefon anda. Ini kerana, untuk mengelakkan daripada menganggu orang yang berada di sekililing.

Namun, jika anda kerap bermain dengan telefon semasa mesyuarat sedang dijalankan, sama ada menghantar mesej mahupun emel. Perbuatan ini akan menujukkan anda tidak memberi perhatian yang sepenuhnya ketika mesyuarat sedang berlangsung. Elakkan perkara ini kerap berlaku supaya anda tidak dipandang sinis oleh individu yang sedang bercakap.

#3 – Tidak Mempunyai Hubungan Mata Dengan Baik

Goman mengatakan bahawa, apabila anda tidak mempunyai hubungan mata yang baik dengan penonton atau  dengan individu yang sedang bercakap di hadapan, ianya sama seperti anda bermain dengan telefon dan tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selain itu, ianya juga adalah satu kesilapan yang besar kerana tidak mengambil perhatian dengan apa yang sedang dibincangkan oleh mereka.

#4 – Tidak Memberikan Pendapat

Dalam mana-mana perbincangan ataupun mesyuarat, setiap individu digalakkan untuk memberikan pendapat masing-masing. Tiada istilah ada perasaan malu atau sebagainya kerana, apabila anda bekerja dalam satu kumpulan, elakkan menjadi terlalu pendiam tanpa sebarang pendapat. Mereka memerlukan pendapat masing-masing untuk sentiasa menambah baik jika terdapat sebarang kekurangan dalam kerja.

Syarikat Loob Holding Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa Chatime ke Malaysia. Selain Chatime, syarikat ini juga turut mengasaskan sebuah restoran Jepun iaitu Hacha Mecha yang terletak di Kuala Lumpur, bar wisky Ikki, Spanish yogurt Llao Llao, dan terakhir sekali adalah wafel Grid & Go.

Bryan Loo merupakan pengasas dan juga pengarah, telah memenangi beberapa anugerah iaitu, Best Master Franchisor pada tahun 2012 dan ‘Emerging Entrepreneur of the Year’ di Ernst & Young Entrepreneur pada tahun 2013.

Sebelum melangkah ke dunia usahawan, beliau merupakan seorang pelajar dari Monash University berkelulusan dalam bidang Bioteknologi, dan seterusnya bekerja dalam syarikat sel stem. Selepas 2 tahun bekerja dalam bidang tersebut, beliau telah bertukar angin dan ingin  memulakan perniagaan dalam F & B franchais bersama-sama dengan bapanya.

Akhirnya, Loo berjaya mencipta produk minumannya sendiri iaitu Chatime, dan yang paling membanggakan produk tersebut berjaya menambat hati pelanggan yang membelinya. Kini, Chatime telah mempunyai 150 cawangan di seluruh negara.

Di sini, terdapat beberapa hasil perkongsian beliau dan juga nasihat yang boleh kita semua ikuti.

 

#1 – Bijak Mencari Peluang

Bapa muda kepada dua orang anak perempuan ini berkata, “Jika anda ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu bijak untuk mencari dan merebut peluang yang ada” . Ini kerana, jika anda sentiasa melengah-lengahkan usaha, peluang tersebut tidak akan datang kembali.

#2 – Mendapatkan Sokongan

Untuk menjadi seorang usawahan yang berjaya, tidak semestinya anda mempunyai idea-idea yang hebat. Apa yang paling penting adalah, mempunyai individu yang sering bersama-sama dengan kita sewaktu susah ataupun senang. Keluarga dan rakan-rakan antara orang yang paling dekat dengan kita, merekalah yang sentiasa memberi dorongan dan galakan untuk terus berjaya. Bagi Loo, tanpa mereka beliau tidak mungkin akan dapat berjaya sehingga ke tahap sekarang.

Kini, beliau mempunyai 15 orang rakan-rakan yang dikenalinya sejak zaman kanak-kanak, dan telah bekerja dengannya dalam perniagaan ini serta memegang jawatan yang penting dalam syarikat.

#3 – Membina Jiwa

Pasaran global pada masa kini sentiasa berubah-rubah, pengguna lebih bijak untuk menilai tentang produk yang mereka gunakan. Maka, anda perlu membina jiwa dalam sesuatu produk supaya lebih ramai pengguna yang membelinya. Visi dan misi dalam syarikat juga penting untuk anda tahu supaya matlamat yang dituju lebih jelas.

#4 – Mewujudkan Kegagalan

Loo sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa, perasaan takut untuk mengadapi kegagalan tidak sepatutnya wujud dalam kamus hidup seorang usahawan. Menurut beliau lagi, sebelum ini pasukannya telah banyak kali gagal dan dari kegagalan itulah yang menjadikan pengajaran kepada mereka supaya berusaha dengan lebih gigih sehingga ke peringkat yang seterusnya.

Sebelum beliau menubuhkan Chatime, beliau mempunyai idea untuk menceburi perniagaan teh. Kemudian, Loo telah terbang ke Taiwan dengan harapan dapat membawa balik mana-mana jenama utama francais teh ke Malaysia. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana mereka telah memberi tumpuan kepada pasaran Cina. Kerana, mereka tidak berminat dengan pasaran yang ada di Malaysia.

Akhirnya, Loo pulang ke Malaysia dengan tangan yang kosong. Kemudian, sepupu beliau telah memberi idea supaya membuka bisnes minuman iatu Chatime. Oleh kerana itulah, Loo telah didorong untuk memulakan perniagaan yang baru.

#5 – Membina Perniagaan

Menurut Loo, membina perniagaan sendiri membolehkan anda untuk mencipta jenama dalam tempoh yang singkat. Beliau menjelaskan bahawa, apabila seseorang membuka perniagaan, pasti ia menggunakan sistem dan prosedur yang sama. Justeru, lebih banyak anda akan mewujudkan jenama yang lebih berbeza daripada jenama lain.

#6 – Mempunyai Mentor

Walaupun Loo telah berjaya dalam perniagannya, namun dia juga menggunakan mentor untuk membimbing beliau dalam perniagaan. Mentor tersebut tidak lain dan tidak bukan, adalah bapanya sendiri. Bapanya merupakan individu yang sering memberi galakkan untuk beliau meneruskan impian, dan percaya bahawa anaknya pasti akan berjaya.

#7 – Berani Mengambil Risiko

Usahawan yang berjaya, mereka tidak takut akan kegagalan dan berani untuk mengambil risiko. Begitu juga dengan Loo, beliau telah mencuba pelbagai risiko dalam peniagaan tetapi, orang ramai menganggap perbuatannya merupakan satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali. Namun, kata-kata itu tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau. Kerana, tiada apa yang mustahil jika kita ingin berjaya.

#8 – Mengembangkan Bakat

Jika anda mempunyai bakat dalam sesuatu bidang, apa kata anda menggunakan bakat tersebut. Belum cuba, belum tahu. Seperti Loo, walaupun beliau lahir dalam jurusan yang berbeza namun beliau mempunyai bakat yang sangat hebat dalam dunia perniagaan. Kerana itulah, wujudnya produk minuman Chatime.

#9 – Usaha Yang Berterusan

Menurut Loo, beliau sentiasa berusaha untuk memastikan usahanya sentiasa berterusan. Tetapi, bukan sahaja dalam perniagaan malah sentiasa konsisten untuk menjaga kualiti produk supaya dapat menarik ramai pelanggan.

#10 – Memberi Penghargaan

Usahawan muda yang berusia 29 tahun ini berkata, beliau sentiasa memberikan penghargaan kepada bapanya yakni seorang individu yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaannya. Bapanya juga telah banyak mengajaranya erti kehidupan yang sebenar supaya menjadi usahawan yang berjaya.

Rahsia kejayaan seorang usahawan, bukan terletak kepada berapa banyak nilai keuntungan, dan jualan yang anda perolehi. Tetapi apa yang paling penting adalah, individu yang sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai.

Mencari pekerjaan yang baru ada kalanya amat sukar untuk anda. Untuk mengelakkan anda melakukan beberapa tabiat buruk yang akan menyebabkan  nampak tidak professional, artikel ini menerangkan beberapa perkara yang ditulis oleh pakar-pakar yang lebih berpengalaman.

Di bawah adalah beberapa perkara yang ingin kami kongsikan, untuk mengelakkan anda melakukan perkara tersebut :

#1 – Resume Yang Tidak Lengkap

Sebelum anda memohon sesuatu pekerjaan, pastikan resume anda lengkap dan mudah di fahami untuk dinilai oleh pihak bahagian sumber manusia.

Jika semasa sesi temu duga terdapat banyak kesilapan tatabahasa, dan format yang sepatutnya anda ikuti ketika melakukan resume.

Secara tidak langsung mereka akan memandang anda seperti tidak serius ketika melakukan kerja. Ini kerana, semasa sesi temuduga adalah waktu yang terbaik untuk mereka menilai diri anda yang sebenarnya.

#2 – Tidak Melakukan Ulangkaji Tentang Syarikat Tersebut

Jika anda telah dipanggil untuk di temuduga, pastikan anda ulangkaji dahulu tentang syarikat tersebut. Contohnya, apakah latar belakang syarikat itu, berapakah gaji yang ditawarkan, dan sebagainya.

Justeru, jika anda telah memilih untuk bekerja di syarikat tersebut, ini menunjukkan bahawa anda telah menerima syarat-syarat yang di tetapkan oleh mereka. Malah, jika anda mengambil sikap sambil lewa, ini akan menujukkan bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaaan tersebut amat nipis.

#3 – Terlalu Menarik Perhatian

Jika anda ingin mendapatkan resume yang bagus, isi kandungan dan format yang kemas dan tepat adalah yang terbaik. Walaupun menggunakan kertas yang berwarna, atau menggunakan fon, tidak dinafikan resume anda akan dapat menarik perhatian. Tetapi, itu bukanlah resume yang menepati ciri-ciri untuk anda memohon pekerjaan.

#4 – Menghisap Rokok

Semasa anda sedang menunggu giliran untuk dipanggil temuduga, elakkan sama sekali untuk menghisap rokok. Ini kerana, ianya akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan buat semua orang yang berada di situ mahupun kepada penemuduga tersebut.

Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan prestasi anda sebagai calon temuduga akan dinilai dengan sikap negatif.

#5 = Tidak Mementingkan Kebersihan

Pastikan diri anda sentiasa kemas dan wangi ketika hadir di sesi temuduga. Penampilan yang menarik dapat memberikan aura yang positif dalam diri, mahupun kepada orang sekeliling.

Ini kerana, pandangan pertama yang akan dilihat oleh majikan adalah, bagaimana cara kita berinteraksi dengan mereka. Cuba anda bayangkan, jika terdapat bau yang kurang menyenangkan, adakah anda dapat berkomunikasi dengan baik? tentu sekali tidak.

#6 – Lambat Hadirkan Diri Pada Sesi Temuduga

Individu yang sering tepati dan menghargai masa adalah individu yang berjaya. Namun, bagaimana untuk berjaya jika hari pertama sesi temuduga anda sudah lewat untuk hadirkan diri.

Jika anda lewat, ini akan menujukkan bahawa, anda tidak bertanggungjawab dengan peluang yang diberi, tidak menghormati masa dan tidak mengambil hal ini dengan serius. Majikan pula sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu anda.

Pastikan anda tiba di lokasi sekurang-kurangnya 15 minit awal sebelum bermula sesi temuduga. Kelebihan yang anda dapat jika tiba awal adalah, anda tidak akan tergesa-gesa untuk mengejar masa, dan lebih banyak masa untuk anda menyesuaikan diri di lokasi tersebut.

#7 – Kerap Menggunakan Telefon

Tiba awal semasa sesi temuduga adalah bagus, tetapi jika anda kerap bermain dengan telefon akan menujukkan yang anda sering tidak bersedia untuk ditemuduga. Sentiasa berhati-hati dengan segala tingkah laku yang anda lakukan. Selain itu, banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan selain bermain dengan telefon. Ambil peluang dan masa yang ada untuk membaca bahan ilmiah yang disediakan untuk mengelakkan anda kebosanan apabila menunggu.

#8 – Membawa Barang Yang Tidak Diperlukan

Elakkan membawa barang yang tidak penting semasa sesi temuduga. Apa yang penting adalah, anda perlu membawa resume dan portfolio sahaja. Barang yang tidak penting adalah seperti, telefon bimbit dan botol air yang akan menyebabkan anda sukar untuk bergerak. Jika anda ingin membawa telefon bimbit, pastikan ianya dalam keadaan mood senyap atau matikan sahaja supaya tidak menganggu semasa sesi temuduga sedang dijalankan.

#9 – Berpakaian Tidak Formal

Perkara ini tidak asing lagi bagi kita yang sudah menjadi kebiasaan apabila mengadiri temuduga. Sebelum hadirkan diri, pastikan anda tahu apakah jenis pekerjaan yang anda mohon.

Jika ada memohon untuk bekerja di dalam pejabat, adalah amat penting jika anda berpakaian formal dan kemas. Pandangan pertama daripada majikan amat penting untuk menilai anda dari segi perwatakkan.

#10 – Bercakap Tanpa Berfikir

Tidak kira dimana anda berada, sentiasa berfikir dahulu ketika mahu mulakan perbualan. Ini adalah kerana, supaya tidak memberikan tanggapan yang negatif buat orang lain.

Semasa sesi temuduga sedang dijalankan, ketika anda di tanya oleh majikan beberapa soalan yang agar sukar, adalah amat penting jika anda berfikir dahulu. Kata-kata yang baik adalah datangnya dari berfikir dengan bijak. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi.

Produk  dari negara China telah lama dikaitkan dengan harga murah dan kualiti produk yang boleh dipersoalkan. Dahulu, menjadi satu trend kebiasaan, jika ada produk yang mempunyai label Made In China, orang ramai beranggapan produk itu hanya tidak akan bertahan lama disebab kualiti & jenis bahan berkualiti rendah.

Berbeza sekarang, China berminat untuk meningkatkan imej pembuatannya – dari pembuatan mainan kanak-kanak plastik yang berharga murah dan jenama pakaian-pakaian palsu kepada bahan teknologi seperti drone dan telefon mudah alih.

“Dunia memerlukan jenis-jenis produk yang berpatutan murah. Sekarang kami menakluki pasaran dunia… Dan sekarang kita perlu berani untuk membuat pembaharuan,” kata Justin Lin, seorang profesor di Universiti Peking, pada Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Beliau berkata China boleh mengikuti contoh negara-negara lain dalam meningkatkan reputasi produknya.

“Jepun pada zaman 50-an … mereka juga mempunyai tanggapan kurang baik dan dicop sebagai negara pengeluar berkualiti buruk,” kata Lin.

China telah membuat pelaburan yang besar di universiti-universiti, dimana mereka menggalakkan bakat – bakat mereka untuk bekerja & tinggal di rumah. Dan dalam banyak kes, syarikat China juga telah memperkenalkan gaya kerja baru ini.

“Jika anda melihat WeChat , sebuah aplikasi rangkaian sosial popular dari China, ia bergerak ke hadapan lebih jauh & awal daripada US. Malah saya fikir Facebook juga mengejar pencapaian kami,” kata Amy Wilkinson, seorang pensyarah di Universiti Stanford.

Pembuatan China telah lama dibelenggu oleh kebimbangan mengenai barangan palsu dari dahulu lagi, dan pakar-pakar mengatakan bahawa jika kerajaan berjaya mengawal isu ini, imej “dibuat di China” akan bertambah lebih baik.

Tetapi ia kelihatan seperti perubahan yang perlu bermula dari dalam China sendiri. “Usahawan Cina kini mengadu tentang perkara ini … Mereka mengatakan usahawan Cina yang lain merobek idea mereka, mereka memerlukan perlindungan,” kata Wilkinson.

Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.