Bowman's Strategy Clock ialah model yang digunakan dalam marketing untuk menganalisa strategi penetapan harga untuk bersaing dengan syarikat yang lain. Ia telah dicipta oleh Cliff Bowman dan David Faulkner. Model ini digunakan untuk syarikat posisikan produk dan brand mereka dalam pasaran yang kompetitif.
Bowman's Strategy Clock posisikan produk berdasarkan harga yang ditetapkan dan juga nilai yang pelanggan akan dapat. Nilai yang pelanggan akan dapat juga boleh didefinisikan dari segi kualiti produk yang ditawarkan serta segmen produk yang disasarkan kepada target pasaran yang tertentu. Ia merupakan tanggapan pelanggan terhadap manfaat yang mereka akan dapat.
Tanggapan pelanggan ini boleh diuruskan oleh syarikat melalui beberapa cara. Cara ini termasuklah kualiti produk yang tinggi dan unik, nama brand yang kukuh serta tahap penerimaan sosial yang tinggi.
Posisi ini fokus kepada memberikan harga yang murah dengan margin untung yang sangat kecil. Tanggapan pelanggan terhadap manfaat yang mereka dapat juga sedikit atau kualiti rendah. Justeru, syarikat lebih mementingkan volume yang tinggi untuk mendapat keuntungan dari margin untung yang kecil.
Dengan cara ini, pelanggan lebih tertarik dengan harga yang murah berbanding nilai yang produk ada. Ini disebut sebagai nilai atau fungsi asas sesuatu produk tanpa sebarang nilai tambah. Syarikat juga perlu memastikan harga yang mereka tawarkan lebih rendah berbanding pesaing yang lain.
Posisi ini fokus kepada memberikan nilai yang setanding dengan pesaing-pesaing lain, namun dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Syarikat mengambil strategi menetapkan harga yang lebih murah berbanding pasaran untuk menarik pelanggan membeli dengan syarikat. Strategi ini mampu dilakukan sekiranya syarikat mempunyai kos operasi yang rendah dan kos beli yang rendah. Dengan cara ini, syarikat mampu bertahan walaupun harga rendah dari pasaran.
Hybrid bermaksud syarikat mampu menetapkan harga yang rendah tapi dengan nilai tambah atau kualiti yang berbeza atau unik berbanding pasaran.
Walaupun tanggapan pelanggan terhadap nilai tambah produk lebih tinggi, namun syarikat mampu menawarkan produk tersebut dengan harga yang rendah.
Harga yang ditetapkan setanding dengan pasaran namun mempunyai kelebihan dengan nilai dan kualiti yang berbeza atau unik.
Syarikat mempunyai kelebihan dengan menawarkan sesuatu produk yang berbeza atau unik berbanding produk yang lain. Namun begitu, harga yang ditawarkan setaraf dengan produk yang lain.
Syarikat mampu menetapkan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran hasil dari nilai produk yang berkualiti tinggi. Ini menyebabkan pelanggan sanggup membayar harga yang mahal kerana tanggapan pelanggan terhadap manfaat yang mereka perolehi lebih tinggi.
Syarikat menentukan margin yang tinggi dan mensasarkan marketing kepada kumpulan pelanggan dengan pendapatan yang tinggi. Selain itu, syarikat perlu ada nama brand yang kukuh untuk menarik golongan berpendapatan tinggi yakin dengan manfaat yang mereka dapat.
Syarikat mampu menetapkan harga yang tinggi untuk produk yang mempunyai nilai yang kompetitif berbanding produk lain di pasaran.
Kebiasaannya syarikat sudah mempunyai nama brand yang kukuh atau distribution channel yang besar yang mampu memasarkan produk secara besar-besaran.
Kedua strategi ini jarang terjadi kerana manfaat yang diperolehi adalah rendah atau hanya mempunyai fungsi asas sesuatu produk. Namun harga yang ditetapkan tidak setaraf.
Syarikat berisiko besar untuk kehilangan pegangan dalam pasaran. Namun begitu, ada situasi tertentu yang membolehkan syarikat mengadaptasi strategi ini. Antaranya, syarikat yang memonopoli pasaran dan tiada pesaing lain menyebabkan pengguna tiada pilihan lain.
Pemahaman yang tepat tentang tanggapan pelanggan terhadap manfaat yang mereka dapat penting supaya syarikat dapat memposisikan brand dan produk dengan lebih efektif. Ini sangat penting supaya dapat menetapkan strategi pemasaran yang berkesan.
Saya percaya ramai usahawan ada impian untuk ada 1 atau lebih bisnes yang capai tahap kejayaan luar biasa. Tapi buntu kenapa bisnes masih terkial-kial tahap sama.
Ia berpunca daripada pemikiran yang tidak berubah. Pemikiran akan mempengaruhi tindakan. Tindakan mempengaruhi keputusan yang anda capai hari ini.
Maka, kali ini saya kongsikan 3 tip untuk anda amalkan untuk membentuk pemikiran orang yang berjaya :
.
.
Sebagai usahawan, jangan pernah takut jika anda tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dalam bisnes.
Apa yang anda boleh buat ialah, berada dalam kalangan rakan-rakan yang mempunyai impian untuk berjaya.
Sebagai contoh, katakan anda mempunyai bisnes. Rutin harian anda hanya ulang alik ke premis setiap hari tanpa pergi belajar. Bertahun-tahun, buat rutin sama tanpa perubahan.
Berbanding dengan seorang lagi usahawan. Bisnes dia sama seperti anda. Bezanya setiap bulan usahawan tersebut akan luangkan sedikit masa untuk berguru, bergaul dengan orang bisnes yang lebih berjaya dan sentiasa cari ruang untuk buat perubahan dan penambahbaikan. Maka sudah tentu tahap pengetahuan dan tindakannya berbeza. Cara dia berfikir juga akan lebih matang.
Jangan pernah bangga andai pengalaman anda dalam bisnes sudah 10 tahun tetapi tiap-tiap hari hanya buat rutin yang sama. Sibuk belum tentu bisnes berkembang.
.
.
Langkah awal untuk kita capai impian kita adalah dengan beranikan diri untuk menulis impian kita yang luar biasa.
Sebagai contoh, anda berada dalam industri fesyen. Cabar diri sendiri..
"Pada tahun 2025, anda mahu capai jualan RM1juta sebulan."
Tulis impian dengan spesifik. Barulah kita berani untuk capai sasaran sendiri.
Bagaimana keberanian itu datang? Ia daripada ilmu, tindakan dan pergaulan kita!
Dan jangan lupa segala kekuatan itu adalah atas izin Allah jua. Sentiasa berdoa agar Allah swt permudahkan urusan kita.
.
.
Gagal dalam bisnes itu perkara yang normal. Pepatah Jepun beritahu, gagal 7 kali, bangkit 8 kali.
Daripada keperitan dan pengalaman bangkit yang anda alami itulah akan menjadi pengalaman yang berharga dalam hidup.
Apabila anda hadapi krisis yang mendatang, anda lebih tenang. Anda juga lebih cepat sesuaikan diri dan pantas cari jalan untuk bangkit kembali.
Saya yakin masih ramai usahawan baru yang masih buntu apakah persiapan yang mereka perlu lakukan di fasa permulaan bisnes untuk elak tersungkur lebih awal.
Kali ini saya kongsikan 3 tip penting :
Untuk usahawan baru, jangan takut jika anda mempunyai modal yang sangat rendah dan idea bisnes yang biasa-biasa sahaja.
Lebih penting ialah :
+ Jelas apa tindakan mahu diambil.
+ Konsisten.
Daripada konsistensi, idea biasa-biasa menjadi luar biasa.
+ Sentiasa tambah baik.
Konsistensi dalam tindakan semata-mata tidak cukup. Ia harus datang bersama penambahbaikan sepanjang perjalanan.
Mana yang tak menjadi, tukar. Mana yang kurang menjadi, ditambah baik.
Kenalpasti di mana sasaran anda berada.
Kuasai 1 hingga 2 platform buat permulaan. Sebagai contoh, pilih Facebook untuk kita kuasai.
Untuk berkembang, boleh tambah platform lain seperti Instagram, Google, Youtube dan lain-lain.
Jangan selesa di 1 platform sahaja.
Bezakan kerja-kerja menaikkan jualan dan kerja-kerja membuat jualan.
Buat permulaan, anda mungkin terpaksa melakukan kedua-dua kerja serentak.
Tiba masa untuk kembangkan bisnes, anda harus mula delegate kerja.
Kerja membuat jualan serah kepada eksekutif jualan yang kita bawa masuk ke dalam syarikat.
Belajar cara hire talent yang bagus. Ia sangat berbaloi.
Apabila anda mula serahkan tugas, anda mempunyai lebih banyak masa untuk kerja-kerja mengembangkan bisnes seperti perancangan masa depan, pemasaran, penjenamaan, kenalpasti individu bagus untuk dibawa masuk bekerja, dan komponen-komponen lain yang menyokong jualan itu untuk naik.
Asas untuk pastikan bisnes dapat berkembang dengan baik ialah anda mestilah kuasai Formula M.O.F terlebih dahulu. M.O.F ini bukannya singkatan bagi Ministry Of Finance. Tetapi, ianya formula asas yang bermula dari Marketing & Sales, Operation dan Finance.
Jadi, disini saya kongsikan bagaimana dengan Formula M.O.F ini dapat membantu anda mengembangkan lagi bisnes kearah yang lebih baik di masa hadapan.
Untuk pastikan bisnes berkembang dengan baik, anda seharusnya melakukan pemasaran secara konsisten. Tidak pernah lagi mana-mana syarikat yang sudah berjaya pada hari ini bercuti dalam melakukan pemasaran. Setiap hari anda mestilah sentiasa melakukan pemasaran supaya anda berjaya menarik lebih ramai pelanggan baru. Pelanggan yang sedia ada, anda haruslah mempunyai cara untuk menjaga mereka supaya mereka menjadi pelanggan yang setia. Yang mana, mereka ini juga akan merekemenkan orang lain unuk turut jadi pengguna.
Bahagian operasi perlu diperkemaskan. Apabila bahagian pemasaran syarikat anda sudahberjaya menarik perhatian pelanggan, bahagian operasi mestilah mampu mengawal pengeluaran produk. Supaya barang yang ditempah oleh pelanggan turut sampai ke tangan mereka dengan baik. Ini untuk mengelakkan pelanggan membuat aduan apabila mereka lambat menerima produk dan juga menjaga dari segi kualiti produk.
Ramai usahawan yang saya jumpa sangat sangat hebat dalam meningkatkan angka jualan syarikat. Tetapi, kualiti produk tidak seindah yang disangka. Tambah lagi mereka tidak jaga bahagian khidmat pelanggan dengan mengabaikan maklumbalas daripada pelanggan. Ini akan memberi persepsi tidak baik terhadap syarikat. Disebabkan itulah, anda harus memastikan bahagian operasi ini dapat beroperasi dengan baik agar pelanggan dapat merasai bahawa produk yang anda keluarkan ini memang mampu menyelesaikan masalah mereka.
Bahagian kewangan syarikat perlu diurus dengan baik. Apabila anda melakukan pemasaran, sudah pasti akan ada aliran wang masuk kedalam akaun syarikat. Anda mestilah tahu cara pengurusan wang syarikat dengan baik agar anda dapat tahu berapakah keuntungan yang syarikat dapat setiap kali hujung bulan. Perkara ini sangat penting kerana bisnes sangat memerlukan keuntungan untuk memastikan bisnes sentiasa dapat berkembang.
Untuk menjadi seorang usahawan, ianya bukan semudah yang disangka. Ianya tidak sama seperti yang kita sering lihat didalam drama Melayu. Realitinya tak seindah yang disangka. Tambah lagi apabila kita tersalah percaturan didalam bisnes. Ini akan menyebabkan kita kerugian beratus ribu ringgit dalam sekelip mata sahaja. Sebab itulah, untuk yang baru ingin berjinak-jinak didalam dunia perniagaan, anda mestilah kuasai 5 ilmu asas ini sebagai persiapan diri.
Ilmu yang paling utama anda kena tahu ialah bagaimana ingin mengenal pasti segmen pelanggan. Sebagai contoh, anda ingin memilih segmen pelanggan yang mempunyai masalah ingin mendidik anak membaca. Jadi, anda boleh keluarkan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Apabila sudah ada produk, anda kena tahu teknik berkesan untuk menarik perhatian segmen pelanggan ini. Andaikata anda sudah mempunyai produk yang bagus tetapi anda tidak tahu cara yang menarik untuk tarik minat pelanggan. Ianya ibarat sia-sia. Anda haruslah pandai mencari cara bagaimana ingin timbulkan minat pelanggan untuk tahu lebih lanjut mengenai produk anda.
Apabila anda sudah berjaya menarik perhatian pelanggan, anda kena tahu macam mana cara nak buatkan pelanggan agar menggunakan produk atau servis anda. Jika anda berjaya menunjukkan bagaimana produk anda sememangnya mampu menyelesaikan masalah pelanggan, maka, pelanggan tersebut akan percaya dan mula membeli produk atau servis anda.
Anda harus kuasai ilmu asas kira-kira didalam bisnes untuk pastikan sama ada bisnes anda ini membawa keuntungan atau tidak kepada syarikat. Antara kos yang anda perlu ambil kira ialah kos produk, harga jualan dan juga berapa keuntungan yang anda akan dapat. Anda juga harus ambil kira mengenai kos-kos yang lain seperti kos pengangkutan, penghantaran, komisyen staf jika ada dan sebagainya.
Kenalpasti platform yang manakah paling sesuai untuk memasarkan produk anda. Antara platform yang anda boleh gunakan untuk menjual secara atas talian ialah Facebook, Instagram, Website, Blog dan sebagainya. Anda kena tahu platform mana yang anda ingin gunakan terlebih dahulu. Andaikata anda ingin menggabungkan terus platform Facebook, Instagram dan Website, anda harus tahu bagaimana cara yang berkesan untuk menguruskannya secara serentak.
Disebabkan oleh penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan, World Health Organization (WHO) telah mengklasifikasikan situasi ini dibawah kategori pandemik pada 12 Mac 2020. Istilah pandemik ini sebenarnya merujuk kepada kejadian wabak yang akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan juga seluruh dunia jika tidak mampu di kawal. Penularan COVID-19 ini telah menyebabkan gangguan ekonomi diseluruh negara termasuk negara kita sendiri, Malaysia.
Tambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan. Sudah pasti ramai rakan usahawan yang mengalami keperitan dan kesusahan akibat krisis COVID-19. Dalam situasi ini, usahawan perlu bijak mencari cara untuk menanangi isu ini untuk pastikan kewangan syarikat masih stabil. Jom kita lihat 5 tips yang boleh dipraktikkan untuk mengawal kewangan syarikat semasa tempoh COVID-19 ini.
Ini adalah perkara pertama yang perlu dibuat oleh usahawan. Segera ubah pelan pemasaran mengikut keadaan semasa. Bincang bersama-sama team, staf dan juga ahli lembaga pengarah yang lain mengenai strategi pemasaran terbaharu untuk pastikan bisnes tetap bertahan lama. Apakah idea pemasaran yang boleh di laksanakan pada waktu ini supaya aliran wang tetap masuk kedalam akaun syarikat. Andaikata sebelum ini anda mempunyai restoran. Jadi, kali ini, cuba fokus kepada servis penghantaran makanan pula memandangkan servis ini mendapat permintaan yang tinggi semasa COVID-19 ini.
Disebabkan premis perniagaan tidak dapat beroperasi, maka, anda dapat mengurangkan kos dalam pembayaran bil eketrik dan air bagi usahawan yang mempunyai premis. Selain itu, anda juga boleh berunding dengan pemilik bangunan dengan cara meminta penangguhan bayaran sewa ke suatu masa ataupun membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah sewa terlebih dahulu. Cara ini akan dapat membantu anda untuk mengawal kewangan dalam jangka masa pendek sepanjang krisis ekonomi ini.
Di saat genting ini, setiap duit yang keluar dari syarikat amat dititikberatkan oleh pemilik bisnes diluar sana. Jadi, amat penting untuk kita mengawal kewangan syarikat dengan cara meletakkan bajet yang sesuai dengan strategi dan perancangan baru. Elakkan pembelanjaan pada barang atau kegunaan yang tidak dapat mendatangkan jualan kepada syarikat seperti pembukaan cawangan baru dan ubahsuai kedai.
Pada waktu syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa, amat penting untuk kita mengawal setiap perbelanjaan syarikat termasuk pembayaran kepada pembekal. Jika bisnes anda mempunyai krisis kewangan, anda boleh berunding dengan pembekal untuk menangguhkan pembayaran. Anda juga boleh berunding dengan agensi kewangan atau bank untuk urusan penangguhan bayaran ansurans bisnes jika ada.
Seperti mana yang kita tahu, pelbagai insentif yang kerajaan telah beri semasa situasi krisis ini. Sebagai contoh, Pakej Prihatin Perusahaan Kecil & Sederhana (Tambahan) yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pemilik syarikat SME. Anda sebagai majikan seharusnya perlu ambil tahu tentang perkara ini kerana ia mungkin akan memberi manfaat pada syarikat anda dan dapat membantu staf anda semasa kemelut kewangan.
"Stay at home and protect yourself and your family. “
Itulah dialog yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Beliau menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami agar masyarakat diluar sana faham dan dapat patuh pada arahan yang diberikan. Sebagai rakyat yang menyokong usaha kerajaan untuk memberhentikan rantaian penularan wabak Covid-19, saya mengajak anda untuk tidak keluar ke mana-mana melainkan terdapat hal-hal yang penting sahaja.
Tidak terkecuali bisnes owner yang mempunyai premis perniagaan. Jika bisnes yang dijalankan tidak termasuk dalam ‘Essential Services’ yang dinyatakan oleh Perdana Menteri maka premis berkenaan harus ditutup. Premis sahaja yang ditutup, bisnes masih lagi boleh beroperasi. Jadi, staf dibenarkan untuk ‘work from home’. Persoalannya, macam mana pula nak kekalkan produktiviti staf kalau kerja dari rumah? Teruskan bacaan sehingga habis.
Anda harus manfaatkan medium online yang ada untuk dijadikan alat komunikasi diantara majikan dan staf. Antara aplikasi yang anda boleh gunakan ialah Whatsapp, Telegram, Zoom dan Discort untuk berkomunikasi dan berdiskusi tentang tugas yang perlu staf selesaikan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja dari rumah. Selain itu, pastikan anda adakan perjumpaan secara virtual setiap pagi dan petang untuk mereka update daily task serta progress kerja.
Dari sini anda boleh pastikan yang setiap staf jelas dengan tugas masing-masing mengikut waktu kerja yang sama. Pastikan anda lakukan dengan konsisten supaya momentum dapat dikekalkan dan staf sentiasa semangat untuk lakukan tugas dan bukan hanya mahu berehat-rehat atas katil.
Ketika inilah majikan memainkan peranan yang besar untuk menjelaskan tentang perancangan dan tindakan syarikat bagi menghadapi situasi ini. Berterus-terang tentang realiti situasi syarikat dan berikan dorongan kepada mereka untuk terus bekerja mengikut perancangan dan strategi yang telah disusun. Bila kita dah tetapkan target, pastikan mereka tahu jangkaan kita supaya goal kita dan mereka sejajar. Setiap hari pastikan setiap staf membuat senarai kerja yang ingin mereka siapkan pada hari tersebut.
Semasa situasi genting seperti ini saya percaya ramai yang berasa risau dan gundah-gelana apabila memikirkan masa depan. Lagi-lagi buat mereka yang mempunyai tanggungan dan komitmen yang tinggi setiap bulan. Staf pasti mula tertanya-tanya apa kedudukan mereka dalam syarikat. Adakah perkhidmatan mereka masih diperlukan?
Bagaimana dengan skop kerja sepanjang tempoh krisis? Adakah majikan akan berikan cuti tanpa gaji atau tidak? Banyak persoalan bermain dalam fikiran mereka pada waktu ini. Jadi, sebagai majikan anda perlu kekal tenang dan bijak untuk mengurus situasi seperti ini. Pertama sekali jangan panik. Terus beri galakkan dan suntikkan kata-kata semangat kepada staf.
Untuk lakukan mesyuarat secara virtual ada langkah yang sendiri. Antara perkara yang anda boleh bersedia sebelum memulakan mesyuarat secara virtual ialah:
Ini bukan sahaja bertujuan untuk kita tampil kemas walaupun berada di rumah. Tapi dalam masa yang sama kita perlu wujudkan aura seolah-olah kita sedang bekerja di pejabat.
Perkara ini penting untuk meletakkan kita di tempat yang selesa untuk melakukan kerja. Elakkan bekerja di dalam bilik tidur kerana ia akan menjadikan kita tidak produktif.
Zaman sekarang pelbagai aplikasi yang memudahkan anda untuk melakukan mesyuarat secara virtual dengan mudah. Cari sahaja di Google akan keluar pelbagai jenis aplikasi dan website. Tinggal untuk anda pilih dan gunakan.
Apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, saya yakin banyak bisnes yang terkesan. Terutamanya yang mempunyai ratusan staff. Perintah Kawalan Pergerakan ini bertujuan sebagai salah satu langkah kawalan pergerakan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Disebabkan itu, banyak syarikat terutama syarikat kecil yang terkesan dalam situasi ini. Jadi, kali ini saya akan kongsikan 3 perkara pemilik bisnes wajib tahu tahu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Dalam situasi sebegini, anda sebagai majikan syarikat adalah sangat penting untuk kekal tenang. Position kan diri anda sebagai seoarang ketua yang bagus dan tidak mudah panik. Ini kerana, apabila anda sendiri sebagai majikan tidak mampu kekal tenang dalam situasi sebegini, ini akan menyebabkan staf juga risau dengan kedudukan mereka di dalam syarikat. Perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk mengawal keadaan adalah berkomunikasi dengan cara baik bersama staf. Kumpulkan semua staf dan terangkan satu-persatu keadaan sebenar yang berlaku.
Di dalam situasi krisis ini saya nasihatkan agar pemilik bisnes perlu berterus-terang pada diri sendiri dan juga staf tentang situasi sebenar dan apa tindakan yang syarikat boleh lakukan. Apakah perancangan dan tindakan sesuai yang boleh dilaksanakan. Di sinilah tahap cara pemikiran anda secara kritikal akan diuji. Majikan adalah pemikir dalam syarikat tetapi staf adalah penggerak syarikat. Jadi, anda perlu kepercayaan yang tinggi kepada staf agar staff juga percaya kepada kredibiliti anda sebagai seorang ketua.
Isu Covid-19 ini telah memberi impak kepada ekonomi negara sekaligus menyebabkan bisnes ada krisis kewangan. Oleh itu, anda perlu tahu cara pengurusan risiko yang betul. Dari sudut pengurusan HR, kewangan dan juga cara pemasaran sesuai untuk pastikan bisnes mampu survive. Disarankan untuk anda fokus pada perkara yang boleh dikawal seperti tugas-tugas yang boleh dilakukan staf. Disebabkan itulah saya menyarankan majikan untuk bersikap lebih terbuka kepada staf dengan memberitahu perancangan syarikat dalam jangka masa panjang dan pendek supaya mereka juga peka dengan apa yang mereka boleh lakukan.
Hasbul Brothers sendiri turut mengalami perkara yang sama dimana pihak kami perlu menangguhkan Seminar GYB yang telah didaftar oleh 900 orang peserta. Jadi, itu tidak bermakna pihak saya perlu menutup atau menghentikan segala operasi syarikat semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Sebaliknya, saya fokus kepada inisiatif lain seperti mengadakan kelas di atas talian.
Buat sementara waktu ini tiada arahan yang jelas daripada Jabatan Tenaga Kerja tentang kedudukan staf di dalam syarikat. Ia tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci sama ada syarikat perlu beri cuti tanpa gaji, pengurangan gaji atau sebagainya. Saya percaya ramai pemilik bisnes yang buntu memikirkan isu pemberian gaji kepada staf memandangkan operasi bisnes sedang tergendala.
Salah satu cara yang saya boleh sarankan adalah berbincang dengan staf untuk mereka mohon cuti tanpa gaji secara sukarela. Saya tekankan sekali lagi ianya perlu dilakukan dengan sukarela bukan memaksa. Itu semua atas budi bicara majikan dengan staf dan juga cara majikan negotiate dengan mereka. Di dalam Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 juga ada menyatakan langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan pemberhentian pekerja. Antara langkah-langkah yang wajar diambil ialah:
2 perkara ini juga harus dilakukan dengan kaedah perbincangan bersama staf agar hubungan antara majikan dan staf kekal harmoni dan tiada salah faham yang akan berlaku.
Cara terakhir yang boleh dilakukan adalah mengurangkan jumlah pekerja. Cara ini khusus kepada syarikat yang sedang mengalami kemerosotan dalam perniagaan. Sebolehnya kita elakkan pembuangan pekerja kerana ia akan jatuhkan prestasi syarikat secara tidak langsung. Jika tindakan ini terpaksa diambil maka ia harus dilakukan dengan cara yang betul. Majikan boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja yang boleh diperolehi di laman sesawang JTKSM iaitu http://jtksm.mohr.gov.my
Membina pelanggan yang setia adalah salah satu strategi untuk pastikan produk anda kekal lama di pasaran. Dengan adanya pelanggan yang setia lah, mereka akan menjadi duta secara tidak rasmi yang akan memperkenal kan produk anda kepada yang lain. Tetapi, untuk membina pelanggan yang setia, ianya tak semudah yang di sangka. Jadi kali ini saya akan kongsi kan 3 prinsip penting untuk membina pelanggan yang setia.
Benda pertama yang anda harus buat ialah ubah mindset yang ada dalam diri. Kalau dahulu, anda selalu layan pelanggan sebab nak duit dari mereka, cuba tukar kepada mindset anda layan pelanggan disebabkan nak bagi mereka kehidupan yang lebih baik. Mindset ni sangatlah penting sebab anda akan rasa penat untuk bina pelanggan yang setia kalau asyik fikir nak dapat kan duit yang cepat.
Ini adalah antara strategi bisnes yang diguna pakai oleh jenama yang dah berada lama di pasaran. Jenama mereka kekal lama di pasaran di sebabkan mereka mempunyai sekumpulan pelanggan setia yang turut membantu menaikkan jenama mereka kepada orang lain. Disebab kan itulah, membina pelanggan yang setia ni termasuk di dalam aktiviti strategi bisnes dalam jangka masa panjang.
Ianya sangat mudah untuk membina pelanggan yang setia bila pelanggan ada cara untuk berkomunikasi dengan anda. Apabila anda mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan pelanggan, anda akan dapat tahu maklum balas mereka mengenai produk. Ini juga akan memudahkan anda untuk mengenali pelanggan dengan lebih baik lagi.
Sebagai contoh, anda boleh lah memberi borang maklum balas kepada pelanggan apabila mereka membeli produk dengan anda. Dengan cara ini, anda juga akan dapat idea apa penambah baikan yang boleh di buat di dalam produk. Apabila anda memberi peluang kepada pelanggan untuk berkomunikasi, ianya akan menjadi lebih mudah untuk membina pelanggan yang setia. Ini kerana pelanggan sangat suka kepada jenama yang sangat prihatin tentang pengalaman mereka selepas menggunakan sesuatu produk.
Pastikan team anda sangat terlatih untuk berikan customer service yang bagus kepada pelanggan. Jika anda mempunyai agen, stokis atau pun dropship, sangat disarankan agar anda mempunyai satu modul khas SOP melayan pelanggan supaya standard customer service yang pelanggan dapat itu bagus. Ini bertujuan untuk pastikan pelanggan mendapat kualiti layanan yang sama dan sama seperti dari HQ. Layanan yang diberikan kepada pelanggan after sales service akan mempengaruhi persepsi pelanggan terhadap jenama yang kita bawa.
Apabila anda nak buat bisnes, anda mesti lah membuat persediaan yang rapi terlebih dahulu. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, ianya tak semudah yang disangka. Anda sentiasa lihat usahawan selalu nya orang yang sentiasa berduit. Tetapi, anda tak pernah tahu apa dugaan yang dihadapi oleh mereka.
Berapa keuntungan yang mereka selalu dapat tiap kali hujung bulan. Berapa banyak jumlah kerugian yang mereka telah alami. Jadi, kali ni saya akan kongsi kan 5 perkara penting yang wajib anda bersedia sebelum memulakan perniagaan sendiri.
Tidak kira lah betapa unik nya idea bisnes anda, anda kena sentiasa tahu siapakah pesaing yang berada di dalam industri yang sama dengan bisnes anda. Hanya disebabkan anda mempunyai idea bisnes yang bagus, tidak bermaksud orang lain juga tidak mempunyai idea yang sama.
Untuk sentiasa kekal di pasaran, anda kena tahu apa tawaran yang anda boleh berikan kepada pelanggan yang lebih baik berbanding pesaing. Di sebab kan itulah, validasi pasaran terlebih dahulu adalah antara perkara utama yang anda kena bersedia sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Fasa permulaan dalam perniagaan memerlukan duit yang sangat banyak. Kebanyakan usahawan memulakan perniagaan dengan modal yang sangat terhad. Ini merupakan halangan yang besar kepada banyak pihak. Walaubagaimana pun, banyak pilihan yang ada bagi pemilik bisnes jika tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Biasanya, mereka akan meminjam terlebih dahulu daripada ahli keluarga atau kenalan yang terdekat. Jika jumlah yang di inginkan tidak mencukupi, mereka anda meminta dana daripada pelabur.
Sesuatu bisnes akan muncul bila ada masalah yang nak diselesaikan. Fokus kepada siapa pelanggan anda. Apa masalah mereka yang anda boleh selesaikan dan juga bagaimana produk anda boleh memberi impak positif di dalam hidup mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat kenal pasti di mana keunikan produk anda yang akan dapat menarik minat pelanggan untuk membeli.
Untuk permulaan bisnes yang baru, sudah pasti akan ada risiko yang tersendiri. Membuat pengiraan, memahami dan merancang cara untuk mengatasi risiko merupakan langkah penting yang patut di ambil sebelum anda memulakan perniagaan. Ini bermaksud, anda menilai sendiri sebarang risiko di dalam industri bisnes sebelum ianya bergerak maju ke hadapan.
Sebagai contoh, akauntan anda sudah pasti akan menimbangkan mengenai perlindungan liabiliti professional sekiranya pihak klien memfailkan tuntutan mahkamah ataupun mendakwa apabila terdapat kesilapan di dalam pemulangan cukai mereka. Pemilik restoran lebih memerlukan liabiliti am untuk kemalangan dan liabiliti insurans yang boleh membayar untuk tindakan undang-undang.
Kebiasannya, proses pemilihan nama syarikat akan mengambil masa yang agak panjang. Sudah pasti sebagai usahawan, anda ingin memilih nama yang akan merangkumi kedua-dua dan nilai dan ciri-ciri syarikat anda. Apabila anda sudah mempunyai pilihan nama untuk syarikat, firma penamaan akan bertanya anda lebih lagi soalan. Ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya syarikat yang anda ingin bawa kan dan juga keunikan nama syarikat yang anda pilih.