Ini kisah Tuan Affifudin ketika awal-awal bisnes. Penat bisnes tapi wang simpanan dari awal tahun hingga hujung tahun masih jumlah yang sama. 

Tak tahan dengan situasi tu, beliau terus pergi ke Seminar Grow Your Business pada November 2018. 

“Sales dan keuntungan perlu selari barulah bisnes dapat berkembang dengan baik, kalau tak bisnes buat penat sahajalah” - Tuan Hasbul ‘Ariff. 

Kata-kata yang beliau masih ingat sehingga ke hari ini. Beliau tersedar rupa-rupanya margin untung setiap helai tudung yang terjual tu sangat tak relevan untuk tampung kos bisnes beliau!

Balik daripada seminar tu beliau dapat rasa yang bisnes ada perubahan setelah beliau dah mula... 

102405587-3723291291021437-4194403885796892083-o

Tuan Affifudin (berbaju kelabu) bersama Protege Hasbul Brothers yang lain bersama Tuan Hasbul 'Aqill

 

Tonjolkan brand identity

Nak berbisnes tudung ni bukan mudah. Terlalu ramai pesaing. Tuan Affifudin mula cipta identiti brand beliau sendiri dengan gambar dan video yang ditonjolkan agar pelanggan ingat. Beliau juga mula membayar influencer di media sosial untuk perluaskan lagi ingatan orang ramai dengan identiti brand Heejab. 

Perbaiki cost structure (Dah tak takut pesaing main harga)

Tuan Affifudin dulu risau bila pesaing main harga dan beliau terikut-ikut nak jual harga pesaing. Tapi bila fikirkan semula dah setahun bisnes buat penat beliau tak fikirkan pesaing lagi dan fokus perbaiki kualiti produk dan pelbagaikan design. Yang penting, harga yang ditawarkan setimpal dengan kualiti tudung yang beliau jual.  

Grow e-commerce

Dengan pelancaran website Heejab yang baru dibina Mei 2020 yang lalu atas nasihat kami, Tuan Affifudin kata 20% daripada sales datang daripada website itu. Beliau bercadang nak mencuba pelbagai platform e-commerce yang lain supaya pelanggan takda alasan lagi untuk mencari brand Heejab. 

Tuan Affifudin sangat tak sangka hanya dengan seminar semurah RM50 dah bantu perbaiki bisnes beliau dan terus buat keputusan nak join The Protege pada September 2019. 

Syukur banyak perubahan selepas itu apabila jenama beliau jana sales RM 196 ribu, RM 190 ribu, RM 130 ribu dan RM 180 ribu dari bulan Januari hingga April 2020. 

Alhamdulillah. Segala kebaikan hanyalah dari-Nya. 

Nak kami bantu anda pula berjaya seperti pemuda ini? 

 

 

Tekad Berhenti Belajar Bidang Perubatan

Harapan setinggi gunung orang tua gadis ini hancur berderai menjadi debu apabila anak yang sedang belajar dalam jurusan perubatan nekad tak nak lagi teruskan pengajian.

Orang tua mana yang tak kecewa apabila anak gadis harapan terkandas di tengah jalan.

Tapi apa boleh buat, anak gadis mereka tekad nak pilih jalan hidup sendiri tanpa campur tangan ibu bapa kandung. 

Cubaan untuk mengambil hati oleh anak gadisnya tak dipedulikan sama sekali. Masakan yang dimasak tak dijamah, tangan dihulur tak bersambut. 

Sambung Legasi Bisnes Kuih Tat Nenas Ibu Tercinta

Enggan dipandang rendah lagi Puan Soleha Rafiee bangkit dan ambil alih bisnes ibunya. Resipi yang diadun sejak tahun 2000 dianekakan menjadi kuih raya yang premium, homemade dan handmade.

Puan Soleha mula ambil alih pada tahun 2016. Tapi bisnes ibunya dahulu hanya praktikkan sistem jual beli, bukannya bina bisnes yang sebetulnya. 

Ibunya berniaga ambil order dan jual, tiada rekod dan catitan. Tempahan pelanggan hanya tersemat di kepala. 

Beliau terus sambung apa yang dilakukan ibunya hinggalah dua tahun kemudian beliau nekad nak ubah sistem perniagaannya. 

Impiannya besar. Beliau ingin ubah perniagaan kecil ibunya menjadi satu empayar untuk keluarga besarnya dan membuka peluang orang ramai untuk memiliki ‘bisnes’ mereka sendiri satu hari nanti. 

Beliau ikuti seminar Grow Your Business dan terus mendaftar untuk join The Protege.

Bagaimana kami bantu beliau dari bisnes cara kampung boleh berkembang hingga capai  sales RM 564 ribu pada Mei yang lalu?


#Kira kos dengan betul

Selama ni kos barang mentah, kos packaging, upah, kos overhead, kos penghantaran, kos keuntungan semuanya hanya kira-kira di minda Puan Soleha sahaja. Bila dah belajar kira kos dengan betul, barulah beliau sedar sales yang diraih untung atau rugi. Sebelum ini, catit pun tak. Bisnes cara kampung la katakan. 

Kos margin untung yang cukup sangat penting untuk pastikan aliran tunai syarikat positif bagi menambah-baik produk dan kembangkan bisnes. 

#Bina ejen 

Saluran pengedaran yang terhad kepada orang sekeliling, kenalan dan sanak saudara sebelum ini berjaya dikembangkan dengan bantuan ejen yang dilantik. 

Ejen tu mestilah berkualiti dan tak mudah putus asa barulah boleh jana sales yang terbaik untuk syarikat. 

Kini, Puan Soleha sudah memiliki ejen produknya sendiri di hampir setiap negeri di Malaysia. 

#Branding

Lihat saja package exclusive terbaru dari jenama Puan Soleha ini. Tapi bukan ilmu packaging sahaja kami kongsikan. 

Ilmu brand identity, brand positioning, konten marketing dan banyak lagi untuk pastikan pelanggan ingat akan brand Puan Soleha.

102687970-312463600152624-6091721692231486584-o-1

Dari sistem kampung dah berkembang dengan bersistem

Pelaburan tahunan RM 8,500 Puan Soleha untuk join The Protege ternyata berbaloi-baloi. Tak sampai 4 bulan dah boleh nampak hasil. Daripada jualan empat angka pada September 2019 melonjak naik pada bulan Oktober sebanyak RM 21 ribu.

Bulan November dan Disember jualan kuih raya Puan Soleha berjaya capai RM 32 ribu dan sebanyak RM 62 ribu pada bulan Januari dan Februari 2020.

Yang paling gempar, sales jualan biskutnya ketika Hari Raya PKP pada Mei lalu pecah rekod jualan sebanyak RM 564 ribu.

Puan Soleha dah bertindak, yang tengah membaca ni pula ada hasrat nak kembangkan bisnes tak? 

 

 

Saya nak perkenalkan anak muda ini, ada kemahiran profesional dan impian yang besar. Setelah habiskan ijazah dalam bidang Fisioterapi, beliau nak berbisnes. Biarpun orang tua menghalang, beliau tak putus asa dan terus memujuk bapanya sehingga bapanya bersetuju untuk menghulurkan sedikit modal. Sebelum tu sempat juga beliau makan gaji sekejap.

Baru 3 bulan berbisnes dah rasa seperti nak makan gaji semula

90 hari permulaan bisnes tanpa cuti buatkan pemuda ini lelah. Beliau penat dan rasa seperti nak makan gaji semula. Mana tidak, seminggu hanya dua atau tiga pesakit yang berkunjung ke pusat fisioterapinya.

Whats-App-Image-2020-06-28-at-11-55-39Tuan Wan Zahid ketika mula menapak dalam bisnes

Tuan Wan Zahid ada gajikan ahli fisioterapi dan staff untuk bantu uruskan operasi bisnes. Tapi, apabila pelanggan berkurang, sales yang sendu buatkan beliau tak mampu untuk bayar gaji pekerja.

Terpaksa beliau gunakan wang simpanan peribadi untuk bayar gaji pekerja. Sewa kedai tak usah cakaplah berapa lama tertunggak.

Hari demi hari, wang simpanannya mula menyusut dan cashflow bisnes tak sihat dan tak sama seperti yang beliau idamkan ketika mula-mula nak berbisnes dahulu.

“Bisnes rawatan fisioterapi ini perlukan ramai tenaga pekerja demi menjaga customer happiness. Jadi, saya perlu gajikan lebih ramai ahli fisioterapi,” terang Tuan Wan Zahid panjang lebar.

Bila dah tak buntu beliau hadir ke seminar Grow Your Business dan terus ke The Protege.

Ini antara tiga ilmu yang kami kongsikan kepada Tuan Wan Zahid:

#SOP Untuk Pekerja

Sebelum berguru, staff Tuan Wan Zahid hanya ‘keluar masuk’ sahaja dan bakal pekerja hanya sign satu helai surat tawaran dan keesokan harinya dah boleh mula bekerja.

Setelah beliau laksanakan SOP dalam setiap department bisnes dan menyediakan kontrak pekerjaan yang lebih terperinci yang perlu dibentangkan kepada pekerja sebelum mula berkhidmat barulah pekerja semakin setia untuk berkhidmat lama.

Bila dah ada SOP yang jelas, pekerja mempunyai hala tuju yang jelas tentang fungsi masing-masing di dalam syarikat dan menjadi penggerak dalam bisnes untuk sama-sama majukan syarikat.

# Perbaiki customer experience

Dulu Tuan Wan Zahid tidak ambil peduli khabar pelanggan setelah datang menerima rawatan di pusat fisioterapinya. Lepas dah berguru, beliau dan team mula bertanya pelanggan untuk dapatkan customer feedback dan sentiasa mengenalpasti tahap kepuasan hati pelanggan.

Bila bisnes servis ni , customer experience sangat perlu dititik beratkan. Kami bimbing anak muda ini untuk rawat sambil beli jiwa pesakitnya. Secara tak langsung, bisnes beliau boleh jimat kos iklan kerana pesakit itu boleh menjadi ‘iklan bergerak’.

 

# Bina cash reserve

Walaupun baru dua tahun berbisnes beliau dah berjaya kumpul cash reserve syarikat sebanyak RM 100,000. Beliau simpan pulangan untung bisnes sedikit demi sedikit dan sentiasa ingat hari mendatang.

Dalam perancangannya untuk kembangkan bisnes, beliau bercadang akan buka cawangan baru di Kuantan pada Januari 2021 nanti.

“Tuan Hasbul ‘Ariff sentiasa berpesan untuk bisnes bertahan lama dan berkembang perlu ada cash reserve yang stabil,” kata Tuan Wan Zahid.

Pegangan itu yang sentiasa beliau semat di dada dan atas sebab itu beliau masih mengambil gaji RM 1,600 sebulan dan menggunakan kereta lama untuk memberi laluan aktiviti pengembangan bisnesnya dahulu.

Bila ahli fisioterapi dah mula bertambah, barulah beliau ada masa untuk buat marketing untuk memperkenalkan bisnesnya kepada lebih banyak networking di hospital atau klinik berkaitan.

Selain itu, beliau ada lebih masa untuk mencari idea dan belajar perihal bisnes bersama gurunya.

Jadi, tugas-tugas di pusat fisioterapi dah boleh diambil alih oleh pekerjanya. Takdalah Tuan Wan Zahid buat segala-galanya sendiri lagi.

Bisnes mula ada perubahan ketara

Sebelum berguru, sales yang diraih syarikatnya sekitar RM 30 ribu sebulan tapi setelah dibimbing oleh Hasbul Brothers, salesnya berjaya melonjak naik hingga RM70 ribu sebulan.

Whats-App-Image-2020-06-28-at-11-56-08
Tuan Wan Zahid bersama barisan team Flex Physiotherapy

Syukur, kami bangga dengan pencapaian anak muda ini.

 

 

Bulan September tahun 2019 tanggal yang tak boleh dilupakan oleh wanita ini. Setelah berbincang dengan staff, Puan Rohana bersepakat dan pasrah untuk tutup bisnes yang berusia tiga tahun itu. Ini kerana sales yang diraih sangat sedikit dan tak mampu nak tanggung kos sewa kedai, gaji pekerja dan sebagainya. 

Malam pada hari yang sama keputusan nak tutup kedai dibuat, beliau yang sedang asyik melayari internet terkesan dengan satu video kisah usahawan pemilik Imanina Butik. 

Beliau sangat terinspirasi bagaimana pasangan itu bangun daripada jatuh terduduk dan kembali bina bisnes dari zero. Sudahlah kedai terbakar hingga nilai kerugian mencecah RM 2juta. 

Anda juga boleh tonton di SINI 

Dari situ beliau bangkit dan terus hadir ke seminar Grow Your Business pada bulan yang sama. 

Kami bantu bongkarkan kesalahan beliau secara tak langsung ketika beliau hadir ke seminar tersebut dan ini antara kesilapan yang Puan Rohana kongsikan dengan kami: 

# Cara marketing salah

Dek kerana ada pengalaman selama enam tahun buat bisnes kosmetik beliau anggap bisnes signboard-nya boleh buat cara marketing yang sama sahaja.

Beliau sendiri buat iklan di Facebook tanpa ada ilmu dan bimbingan. Setelah Tuan Hasbul ‘Aqill nasihatkan untuk buat Google advertisement barulah sales mula masuk kerana kebiasaannya peniaga akan mencari servis beliau di Google berbanding di Facebook. 

Dulu buat sendiri tapi bila dinasihat untuk mengupah orang yang ada kemahiran yang pakar untuk buat iklan di Facebook dan Google barulah Puan Rohana nampak kesan apabila serahkan tugas kepada yang benar-benar ahli. 

Beliau juga semakin giat  memperbaiki customer happiness. Antara usaha Puan Rohana adalah memberikan flyers secara percuma dan bantu menyenaraikan  kontraktor yang boleh membantu pelanggan beliau untuk pasang billboard jualannya. Puan Rohana juga ikut nasihat kami untuk gabungkan marketing secara online dan offline. 

# Costing ‘ke laut’

Puan Rohana tak sedar sebenarnya sebiji skru itu pun adalah kos. Selama ini beliau tak ambil kisah kos kecil-kecil. 

Sedar-sedar bila dah dikira semula kos jualan satu signboard sebenarnya untung yang diambil sangat sedikit iaitu hanya RM 11. Tak hairanlah kedai hampir bungkus! 

# Tak pantau team

Terlalu ‘lepaskan’ team tanpa pantauan juga adalah salah satu kesilapan Puan Rohana. Beliau percaya dengan konsep 'tak kisah asalkan kerja siap' dan hanya jenguk kedai sekali sekala sahaja. Tapi bila dah belajar, beliau lebih teliti dan turun padang dan pantau segala aktiviti bisnes.

Dalam masa sama, beliau sangat menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan kemudahan medical card, bayar gaji tepat pada masanya dan sering buat aktiviti bersama agar team dan leader mempunyai hubungan yang lebih erat dan mudah bekerjasama. 

Bila mereka ubah semuanya, tak sampai sebulan selepas hadir ke seminar, bisnes terus boleh jana sales luar biasa dan segala hutang-piutang dah mampu dilangsaikan.

Meskipun menaikkan jualan harga kerana kos jualan sebelum ini hanya menanggung rugi, bisnes Puan Rohana makin mendapat sambutan hari demi hari. 

Tak sampai setahun pun iaitu pada Jun 2020 Puan Rohana dah capai angka sales RM 1 juta yang pertama. 

Itupun ada yang terpaksa tolak ‘job’ kerana tak menang tangan.

Syukur, alhamdulillah.

Anda ada masalah yang buatkan anda hampir nak tutup kedai macam Puan Rohana dulu? 

Atau kenal rakan-rakan usahawan yang ada masalah sama?

Ajak mereka baca artikel ini. 

 

 

Ini kisah Tuan Shukran yang kini dah jadi master stokist negeri Kedah untuk produk bayi, Mayyababy. Bermula sebagai ejen sahaja tapi tak sampai dua minggu dah jadi stokis. 

Nak tahu kenapa Tuan Shukran berani ambil tindakan untuk terus jadi stokis? Mudah, beliau berani kerana ada ilmu. 

Mulakan perjalanan bersama Hasbul Brothers sejak dua tahun yang lalu akuinya adalah keputusan yang terbaik yang beliau buat ketika mula-mula berbisnes.

Whats-App-Image-2020-07-10-at-14-58-51

Tuan Shukran ketika menjadi ejen Mayyababy

Berhasrat nak gandakan pendapatan sepenuh masa dengan menjadi ejen produk, beliau hadiri ke Seminar Marketing Luar Biasa pada tahun 2018 dan terus nekad nak join The Protege. 

Apa tindakan Tuan Shukran sehingga berjaya capai sales daripada 5 angka melonjak naik 6 angka secara konsisten setelah belajar dengan kami? 

#  Rukun Marketing S.M.S

Tertib marketing yang sering dilangkau sesuka hati oleh ramai usahawan mula dititik beratkan oleh Tuan Shukran iaitu rukun marketing S.M.S. S.M.S adalah sasaran pelanggan, mesej dan saluran. Sejak amalkan tertib ni aktiviti marketing Tuan Shukran lebih efektif dan mendapat sambutan kerana beliau dah tak buat marketing secara membabi buta tanpa tahu sasaran pelanggan dan mesej yang ingin disampaikan.  

# Formula G.K.G (Get Keep Grow)

Tuan Shukran juga mempraktikkan formula Get, Keep, Grow iaitu teknik yang bukan sahaja fokus untuk dapatkan pelanggan baru, tapi beliau keep dan grow pelanggan baru sekaligus dengan pelanggan sedia anda untuk pastikan mereka setia dengan jenama Mayyababy. 

# Roadmap

Setelah menjadi stokist dan menjaga ejen seramai 20 orang beliau memerlukan hala tuju bisnes yang jelas untuk bantu bimbing ejen beliau untuk komited menjual produk Mayyababy. Dengan bantuan ilmu roadmap yang kami ajar sales yang dijana beliau semakin hari semakin meningkat.

“Sistem ejen ni bukan berniaga sorang-sorang. Tapi berniaga sama-sama. Besar tanggungjawab leader untuk pastikan sekurang-kurangnya team capai minimum KPI. Lagi besar target dan matlamat, lagi besar tanggungjawab,” kata Tuan Shukran panjang lebar. 

Nasihat beliau kepada usahawan yang tercari-cari konten padu, katanya lagi “Memang terbaiklah belajar dengan Hasbul Brothers!” 

Siapa kata jadi stokis produk ni pendapatan sampingan sahaja. Tuan Shukran ni berbisnes sepenuh masa tau. 

Nak tak kami tunjukkan kepada anda pula bagaimana nak jadi stokis berjaya seperti beliau? 

 

Dah Selesa Makan Gaji Majikan Pula Suruh Berhenti

Setelah 15 tahun menabur bakti dan khidmat di syarikat oil and gas, digesa pula untuk meletakkan jawatan merupakan satu tamparan hebat buat insan ini. Runsing beliau fikirkan bagaimana nak sara keluarga setelah hilang satu-satunya sumber mata pencarian. 

Tapi hidup masih perlu diteruskan. Beliau terus melangkah arus dugaan hidup dengan menjadi pemandu Uber. Namun pendapatan diraih tak cukup untuk menampung kos sara hidup keluarganya di tengah kota.

Isterinya, Puan Nur Shafinaz cuba nak bantu suaminya dengan mulakan bisnes kecil-kecilan. Tapi pasangan ini capai kata sepakat merasakan mereka tak boleh teruskan hidup seperti ini. 

Ke Sana Ke Sini Pergi Kelas Bisnes

Berbekalkan duit pampasan yang Tuan Rizalman dapat mereka berdua gigih ikuti kelas untuk mulakan bisnes. Merata pasangan ini pergi kelas bisnes guru-guru bisnes yang beliau jumpa di Facebook. 

Tapi malangnya takda hasil. Pasangan ini sangat berharap ada sinar harapan di hujung terowong kerana duit pampasan yang Tuan Rizalman perolehi banyak dibelanjakan untuk belajar bisnes sampai beliau hampir ketandusan wang. 

Hinggalah pasangan ini ditakdirkan untuk bertemu dengan Hasbul Brothers pada bulan September, empat tahun yang lepas. Isterinya, Puan Shafinaz dapat rasakan bahawa Hasbul Brothers adalah orang yang boleh bantu orang seperti mereka.

Mula Bisnes Daripada Zero

Selepas ikuti kelas selama tiga hari bersama Hasbul Brothers pasangan suami isteri ni mulakan bisnes di rumah dengan menjual pakaian kanak-kanak dengan bermodalkan RM 400.

Jom kami kongsikan kepada anda ilmu yang kami share untuk bantu pasangan ini jana sales luar biasa: 

# Teknik Facebook Advertisement yang berkesan

Teknik yang betul dah bantu untuk raih sales pertama mereka sebanyak RM 1,000 hanya dalam masa 10 hari! Bulan seterusnya mereka belanjakan peruntukan kos iklan sebanyak RM 1,700 dan dengan nilai serendah itu mereka berjaya capai sales RM 11 ribu. Bulan berikutnya, sales jenama mereka Chikuchak meningkat naik sebanyak RM 25 ribu.

Kemudian, sales bisnes mereka konsisten RM 50 hingga RM 60 ribu sebulan . Pasangan ini akui mereka sendiri tak sangka mereka boleh capai sales sebanyak tu. 

Mana tidak, dulu pasangan ini rasakan bisnes yang mereka nak bina ni sekadar untuk tampung kos sara hidup sahaja.

#Mencari talent untuk majukan syarikat

Kami nasihatkan Tuan Rizalman untuk mula mencari talent bagi bantu beliau uruskan operasi syarikat supaya beliau boleh fokus untuk mencari idea bagi menambah baik produk dan menambah ilmu. 

Dah terbiasa makan gaji, hal pengurusan sumber manusia ini agak sukar untuk beliau laksanakan tanpa bimbingan. Kami nasihatkan juga tips untuk mencari staff yang bukan sekadar nak makan gaji tapi bekerja dengan passion.

Tuan Rizalman dibimbing untuk menerangkan hala tuju syarikat yang jelas kepada staff supaya staff komited dan fokus untuk sama-sama berusaha mencapai matlamat syarikat. 

#Bina Jenama 

Ketika artikel ini ditulis jenama Chikuchak sudah mempunyai 68 ribu pengikut di Facebook setelah empat tahun berbisnes. Jenama beliau semakin kuat saban hari dengan tujuan memberi pengalaman yang terbaik dan keyakinan kepada pelanggan agar sentiasa mengingati jenama Chikuchak.

Paling penting, brand bukan sekadar logo, tagline dan slogan tapi brand adalah adalah janji usahawan kepada pelanggan. 

Capai Sales RM 200 ribu ketika Hari Raya PKP 

Setelah empat tahun bertapak di dunia bisnes online dan branding Chikucak semakin kuat, hari raya PKP yang lalu umpama durian runtuh buat mereka. Chikucak berjaya capai sales RM200 ribu. Alhamdulillah. 

Kami di Hasbul Brothers berbangga dengan pencapaian Tuan Rizalman dan Puan Shafinaz dan akan sentiasa mendoakan bisnes Chikucak semakin maju dan berkembang. 

Kami juga bersyukur yuran The Protege yang mereka laburkan sebanyak RM 10,500 setahun tertanya mendapat pulangan yang berbaloi-baloi dan bermanfaat untuk bisnes dan keluarga mereka. 

 

Jadi, jika pasangan usahawan ini dah berjaya, bila pula giliran anda? 

Ramai orang salah faham dan fikir bila seseorang tu terkenal di sosial media, apa yang dijual pasti ramai peminat beli dan produk laku keras.

Kenyataan ini disangkal oleh seorang insan yang ada pengaruhnya sendiri, Puan Zahirah yang ketika artikel ini ditulis bilangan followers beliau 127 ribu di Instagram.

Beliau yang juga seorang penulis keluarkan produk buku pada awalnya dan edarkan di kedai buku dengan harapan pengikutnya akan sokong beliau tapi sangkaannya meleset sama sekali. 

Bila produk dah sendu dan tak laku beliau terus cari ilmu dan nak berguru. Setelah dinasihati terus beliau tukar produk yang lebih mudah untuk tarik perhatian pengikutnya iaitu dengan mengeluarkan produk t-shirt jersey muslimah dengan usaha sama suaminya, Tuan Arifuddin. 

Whats-App-Image-2020-07-02-at-07-23-40Stok buku yang tak terjual

Dengan teknik yang betul, design jersey muslimah pertama yang dilancarkan oleh mereka berjaya mendapat kutipan pre-order sebanyak 1,500 helai. Mulanya, target pasangan ini hanya 500 helai sahaja. 

Whats-App-Image-2020-07-02-at-07-15-29Jualan produk jersey muslimah yang dah ready untuk dipos kepada pelanggan

Baca teknik yang kami kongsikan kepada pasangan ini:

# Strategi Launching Yang Betul

Sebelum ini pasangan ini rasakan perlu ada produk dahulu kemudian baru cari pembeli tanpa perlu cari ready buyer. Selepas dinasihat dan tahu teknik launching yang betul barulah produk pre-order pun berpusu-pusu orang tempah.

# Bina engagement dengan prospek melalui emel dan SMS

Bila dah ada prospek yang berminat nak membeli produk kita jangan lepaskan begitu sahaja. ‘Belai’ mereka di mana-mana yang mereka mudah untuk  ‘lihat’ produk kita melalui e-mail dan sms contohnya. 

# Validate Produk Menggunakan Strategi Pre-order

Validate ini penting supaya mengurangkan risiko kerugian akibat tak laku. Memandangkan ini kali pertama, sudah pasti perlu kenalpasti sejauhmana permintaan dalam pasaran.

Dengan itu, puan Zahirah mulakan projek ini dengan preorder. Teknik ni penting supaya stok produk tak tinggi tak terjual sampai ke siling. Macam produk buku keluaran Puan Zahirah awal-awal tu. Walaupun terkenal anda perlu sedar diri untuk validate produk yang bersesuai dengan kehendak pengikut.

# Be A People Behind The Brand

Kami kongsikan dengan Puan Zahirah untuk menjadi jurucakap produknya sendiri, kerana seorang yang berpengaruh atau influencer adalah founder produknya sendiri. Jika beliau sendiri tak yakin dengan produk sendiri bagaimana followers akan terpengaruh untuk membeli kan. 

# Penetapan Harga Dengan Betul.

Kenapa penting tetapkan harga dengan betul? Sebab margin untung produk yang sikit dan tak berbaloi sukar untuk anda perbaiki dan labur semula bagi menambah baik produk sedia ada.

Kes letak harga salah ni juga menyebabkan ramai bisnes owner tak mampu dapat keuntungan dari hasil jualan.

Itu yang jadi bisnes dah lama, tapi gagal bina simpanan!

Puan Zahirah dan Tuan Arifuddin bersyukur dengan strategi ni beliau berjaya capai sales RM 50 ribu walaupun baru melancarkan keluaran yang pertama. 

Apabila ditambah baik teknik yang dah belajar, launching t-shirt muslimah yang kedua berjaya mendapat kutipan pre-order sebanyak 800 helai pada hari pertama dilancarkan.

Alhamdulillah, semoga terus sukses hendak-Nya bersama kami di Hasbul Brothers. 

 

 

Penuh di dada akhbar online dan offline banyak jenama besar yang buat keputusan drastik untuk shut down beberapa premis mereka rentetan daripada virus COVID-19 yang tak diketahui bila akan reda. Apabila big player dalam pasaran dah ambil langkah ini demi kestabilan bisnes mereka, apa usahawan kecil dan sederhana yang mempunyai kedai perlu tahu?

 

1. Pelanggan liat nak ke kedai

Norma baru yang menggalakkan rakyat #StayAtHome mengurangkan kadar pengunjung untuk ke kedai. Ramai orang masih takut untuk keluar rumah dan mereka sememangnya agak ‘liat’ untuk ke kedai. Jadi, apa anda boleh buat? 
Pasarkan produk atau servis anda secara online. Tak dinafikan, memang agak sukar bisnes anda nak timbul di kalangan lambakan usahawan online baru yang muncul tapi jika anda konsisten lakukan promosi dengan ilmu yang betul, sudah pasti bisnes anda akan terbina dan diingati. 
Kemudian, usahawan perlu cari inisiatif agar pelanggan mudah mendapatkan produk atau servis anda. Sediakan servis penghantaran dan beli jiwa pelanggan untuk pastikan pelanggan anda tak lari kepada pesaing dengan menghadiahkan survival kit COVID-19 seperti mask dan sanitizer yang murah dan mudah didapati sekarang.

 

2. Sasaran pelanggan anda dah tak sama

Tempat hiburan kanak-kanak misalnya di pusat membeli belah yang bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak tidak lagi relevan sementara menunggu pembangunan vaksin COVID-19. 
Antara lain, servis mesin urut turut terkesan. Orang ramai akan menjauhkan diri daripada servis yang mereka terpaksa berkongsi untuk mengurangkan risiko terdedah kepada virus. 
Jadi anda perlu tahu sasaran pelanggan anda dah berubah. Golongan berusia dan anak kecil yang lebih mudah dijangkiti virus ini akan berkurangan berkunjung ke kedai anda. 
Sasaran anda sekarang adalah golongan yang berumur 12 tahun hingga 45 tahun. Selain itu,  fokus kepada  pelanggan yang bekerja dalam sektor kerajaan berbanding sektor swasta. Ini kerana, banyak sektor swasta tertentu yang tidak stabil sekarang. 
Anda juga boleh tukar bisnes anda kepada bisnes makanan. Sejujurnya, bisnes makanan kurang terkesan buat masa sekarang untuk kesemua golongan tersebut.
Sepanjang tempoh berkurung mereka mungkin sudah bosan dengan masakan sendiri. Anda boleh tukar bisnes anda yang tidak relevan buat masa sekarang dan cuba penuhi kehendak semasa walaupun terpaksa.

 

3. Pelanggan lebih pentingkan keperluan daripada kehendak

Kehendak manusia untuk berjalan-jalan sekadar untuk leisure di pusat membeli belah atau ke kedai sememangnya dan terbukti berkurangan sekarang. Malah, dengan ramai yang kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka akan lebih mementingkan keperluan asas seperti barang dapur. 
Antara lain, orang yang mempunyai income yang tak stabil akan menahan dahulu kehendak hati mereka. Jadi, ini masa sesuai dan terbaik untuk anda nurture mereka dengan berkongsi nilai produk anda. Jangan paksa pelanggan membeli buat masa ini. Ambil database mereka yang berkunjung ke kedai anda dan mulakan proses nurture.
Contohnya anda jual jamu, kongsikan apa kebaikan yang mereka bakal peroleh dengan memakan jamu tanpa menjual untuk elakkan mereka terus block anda. Slowly but surely inshaAllah. 
Dapat sesuatu?

1-09-1

4 Kuadran yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki. Kita melihat kuadran itu sebagai satu status atau mindset?

Kenapakah saya lihat ia sebagai mindset?

Baca sampai habis!

#1 - Dua kuadran yang kita perlu ambil perhatian :

+ Self Employed
+ Business Owner

#2 - Majoriti pemain baru dalam bisnes berada di kuadran Self Employed, iaitu bekerja sendiri, juga small business owners.

Ketika ini kita masih bekerja 'in the business, not on the business'. Pendek kata, business owns you, not you own the business. Bisnes kita bergantung kepada batang tubuh kita. Tiada kita, maka hayat bisnes juga tamat.

#3 - Self Employed mempunyai isu lebih kurang sama dengan kuadran Employee (pekerja makan gaji) iaitu, apabila kita tidak bekerja, kita tidak dapat income.

Cuma yang beza, kita jadi bos kepada diri kita sendiri.

Majoriti bermula di kuadran ini. Tidak penting di mana kita bermula. Tidak salah dan tidak perlu malu pun berada di kuadran ini.

#4 - Sebelum mengulas lanjut, saya kongsikan dahulu apa pula maksud Business Owner (B).

Pendapatan bukan lagi bergantung kepada berapa jam bekerja, ia bergantung kepada sistem yang dibina.

Leverage masa, tenaga, kemahiran, fikiran berlaku di tahap ini.

#5 - Kesimpulannya...

Self Employed - Bekerja sendiri.

Business Owner - Own the system and people work for you.

1-09-10

#6 - Bagaimana kita mahu berpindah daripada kuadran S ke kuadran B dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang?

Kita tidak dapat berpindah!

Apa yang kita dapat buat ialah bergerak. Bergerak setangga demi setangga sehingga kita dan seluruh organisasi kita berada di kuadran B.

Di sini baru boleh dikaitkan dengan Mindset.

#7 - Walaupun kita dan bisnes kita berada di kuadran Self-Employed....

+ Mindset kita sudah sampai di kuadran B. Kita sudah berfikir seperti B.

+ Sistem dan cara kita bekerja sudah tiru apa yang B buat. Kita buat dalam skala bisnes kecil kita.

#8 - Apa yang tidak betul, kita berada di kuadran S, tapi mindset dan cara kerja kita juga berada di S. Lebih teruk, mindset kita sebenarnya masih berada di Employee (E).

#9 - Apa yang lazimnya pemilik bisnes yang berada di S bermindset B buat:

+ Kita belajar, berfikir dan bertindak melaksanakan strategi jangka panjang pembangunan bisnes dan syarikat.

Samada dari sudut pengurusan atau strategi pemasaran.

+ Polisi dan SOP dibangunkan walaupun staf baru ada seorang.

+ Pengurusan kewangan syarikat diuruskan mengikut Polisi dan SOP yang betul.

Kita asingkan duit syarikat dan duit peribadi.

+ Kita belajar dan bertindak bagaimana mahu menambah ahli pasukan mengikut perkembangan bisnes kita.

Kita belajar ambil staf pertama, kemudian kita tambah dan tambah.

+ Kita belajar memilih rakan kongsi dan belajar skil bekerjasama dalam kumpulan.

+ Kita belajar dan bertindak membuat keputusan mengikut data dan fakta.

+ Kita bangunkan budaya korporat dalam organisasi kecil kita walaupun baru ada 3 orang.

+ Kita belajar dan bertindak cara efektif mendelegasi kerja kepada ahli pasukan.

+ Kita belajar serah kuasa.

+ Kita belajar dan bertindak untuk fokus kepada aktiviti hakiki yang business owner perlu buat.

+ Kita mula hire orang yang lebih pintar daripada kita untuk membawa bisnes kecil kita ke tahap lebih tinggi.

+ Kita labur duit keuntungan untuk membeli sistem-sistem yang melicinkan operasi syarikat.

#10 - Kesimpulannya, biarpun kita bermula di kuadran S, MINDSET dan SISTEM KERJA kita yang sampai dulu di B, dalam skala bisnes kita.

Barulah lama-lama kita dan seluruh organisasi kita secara REALnya akan betul-betul berada di B. InshaAllah.

Ketika ini bisnes kita sudah besar, rakan kongsi dan ahli pasukan juga bertambah ramai, anak syarikat pun sudah beranak-pinak.

Kita sudah mempunyai satu department besar yang tugasnya mengira duit dan merancang pelaburan syarikat!

Keterpaksaan untuk belajar secara online dalam norma baharu ini buatkan pelajar dan bisnes yang bermodulkan education & training contohnya perlu akur dengan arahan kerajaan.Tiada lagi himpunan di sekolah, pusat pendidikan atau pusat latihan secara beramai-ramai yang akan memudahkan virus tersebar. 

 

Selaras dengan itu, banyak pusat dan bisnes pendidikan yang ambil inisiatif untuk laksanakan kelas online sehingga virus ini reda. Tak kurang juga banyak sesi webinar dan live dijalankan bagi memastikan proses pembelajaran tetap berlangsung dengan sempurna. 

 

Tapi, kelas online di rumah bertemankan keempukan tilam dalam kamar peribadi akan mendorong pelajar atau peserta lena dibuai mimpi diselimuti pula dengan gangguan sosial media pasti mudah untuk diri hanyut dibuai keronokan abadi hingga lupa matlamat dan goal yang dah lama dihajati. 

 

Malah, mereka juga susah nak fokus kerana terlalu banyak gangguan dari isi rumah yang menyebabkan ilmu disampaikan tidak dapat diserap dengan baik. 

 

Kesannya, ilmu tak dapat diapply dengan efektif di dalam ujian, bisnes, kehidupan dan sebagainya. 

 

Rugi betul bila dah diberi kemudahan untuk belajar dari rumah tanpa perlu keluarkan wang untuk transportation tapi disia-siakan oleh hawa nafsu sendiri! Nak pastikan anda terus fokus dan tak mudah ‘terbabas’ dalam kelas online? Anda wajib ikuti 7 tips ini!

photo6291671032288881293

1.Switch off gadget dan notification sosial media anda

 

Manusia sekarang ketagih scroll gadget. Leka scroll sosial media hingga sedar-sedar dah berjam-jam lamanya. Nak fokus belajar secara online? Tutup notification sosial media atau nak lagi fokus switch off terus gadget anda tu.

 

2. Set matlamat harian dan matlamat long term. Buat jadual dan tetapkan dateline
If you fail to plan, you are planning to fail! Atau bahasa melayunya jika anda gagal merancang anda sedang merancang untuk gagal. Jadi, set kan apa matlamat harian dan long term goal anda. Tetapkan dateline bila sepatutnya anda capai goal yang anda dah set kan tu. Buat jadual untuk paksa anda disiplin kan diri. 

 

 

3. Reward diri jika anda dah berjaya capai sesuatu goal!
Bila dah buat jadual, dan setkan matlamat harian dan long term goal mesti anda rasa sangat puas bila satu goal anda dah tercapai kan. So, it’s time to reward yourself! Ingat, we are only human. You deserve it!

 

 

4. Create study group secara online untuk beri motivasi and support sesama sendiri
Cari rakan-rakan yang komited untuk belajar untuk buat study group sesama sendiri. Jangan lupa, circle yang bagus dan berkualiti akan bantu anda untuk sama-sama bersaing secara sihat untuk berjaya. 

 

5. Beritahu rakan apa goal anda jadi mereka boleh bantu untuk remind anda dari terus bertangguh!
Ceritakan kepada study mate anda untuk terus remind kan apa goal anda. Takpa, ceritakan sahaja. Rakan yang baik tidak akan sesekali merendah-rendahkan rakan lain. Mereka akan terus bagi support untuk sama-sama berjaya!

 

6. Kuncikan diri di dalam bilik dan letak papan tanda ‘Do Not Disturb’
Sebelum buat step di atas, terangkan kepada semua isi rumah anda sedang hadir kelas online. InshaAllah, jika anda terangkan dengan jelas ahli keluarga atau rakan-rakan anda pasti akan faham dan tak ganggu anda. 

 

7. Siapkan kudap-kudapan dan have a coffee break!
Asyik menguap hingga mengalir air mata? Siapkan kudap-kudapan di sisi anda dan have a coffee break! Buat senaman ringan untuk pastikan anda kekal segar.

 

 

Pastikan anda lakukan 7 perkara ini sebelum dan semasa kelas online anda. 
Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat! 
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.