Untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu merupakan perkara yang paling utama sekali. Menurut Warren Buffet, beliau sering membaca 500 muka surat pada setiap hari, dan dari membaca juga secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diri kita.
Malah, Warren Buffet juga akan mengabiskan masa sebanyak 80 peratus untuk membaca di tempat kerja. Antara bahan bacaan beliau adalah seperti, jurnal, laporan, surat khabar dan juga buku-buku.
Namun, sedarkah anda bahawa tidak ramai di antara kita yang rajin membaca pada setiap tahun. Semua orang mahu berjaya, tetapi tanpa membaca kita mungkin tidak akan dapat pergi dengan lebih jauh.
Memandangkan Warren Buffet memiliki $ 16 billion saham dalam coca-cola, minuman itu merupakan antara minuman kegemarannya pada setiap hari. Selain coca-cola, burger, stik, coklat dan minuman keras juga merupakan makanan kegemaran beliau. Namun, setelah disahkan sakit kanser prostat, doktor telah memberi dua pilihan kepada, sama ada mahu meneruskan kehidupan yang tidak sihat, ataupun sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Warren Buffet berjaya melawan segala nafsu dan keinginannya. Beliau memilih untuk mengikut kata doktor, dan mengamalkan kehidupan dengan lebih sihat. Melakukan senaman yang ringan merupakan aktiviti beliau pada setiap hari. Dengan ini, Warren Buffet dapat menewaskan kanser prostat pada tahun 2015 dan hidup dengan lebih sihat pada umur 85 tahun.
Walaupun Buffet merupakan individu yang kaya raya, beliau juga merupakan salah satu dermawan terbesar di dunia. Segala wang yang didermakan merupakan salah satu kebajikan yang beliau lakukan, serta Buffet juga telah berjanji untuk memberikan 99 peratus daripada hasil kekayaannya sepanjang hayatnya. Selain itu, beliau juga mengamalkan kehidupan yang lebih sederhana serta tidak membazir.
Selain dari aktiviti di atas yang sering Buffet lakukan, beliau juga gemar bermain permainan yang dapat menguji kesabaran dan juga mindanya. Selain tidak langsung, ianya dapat membantu beliau untuk melihat corak dalam pelaburannya.
Anda ada idea bisnes. Maka, langkah seterusnya ialah validate idea bisnes tersebut. Ini bertujuan menentukan ia memenuhi keperluan pelanggan dan sekaligus meningkatkan kemungkinan idea bisnes itu berjaya. Bagaimana nak lakukan?
Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah buat carian di internet. Atau, WhatsApp saudara dan kawan-kawan. Tanya. Tanya. Tanya.
Cuba tanya, apakah yang telah dilakukan oleh usahawan sebelum ini? Bagaimanakah anda boleh memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada? Apakah unique value proposition atau sesuatu yang menjadikan produk atau perkhidmatan anda berbeza dengan apa yang ada sekarang?
Sekiranya carian anda tidak menemui apa-apa, mungkin elok tanya mengapakah tidak ada. Mungkin ada sebab lain mengapakah tidak ada usahawan melakukan apa yang anda fikirkan itu.
Dapatkan maklumbalas daripada pelbagai pihak. Dengar semua, termasuk yang mengkritik. Apa yang anda perlukan ialah pendapat yang jujur, walaupun panas.
Usah cari cheerleaders yang bersorak dengan idea hebat anda itu. Sesetengah orang, terutama sekali adik-beradik atau kawan-kawan, mungkin memuji idea itu kerana tidak mahu melukakan hati anda. Berhati-hati.
Buat minimum viable product (MVP). Cuba pasarkan produk atau perkhidmatan. Dapatkan pelanggan pertama. Sekiranya ada pelanggan, maka anda tahu ia boleh dipasarkan dengan lebih luas. Sekiranya tidak, anda rugi sedikit dan boleh cari idea lain yang diperlukan oleh pasaran.
Usah habiskan wang dengan membuat produk yang banyak atau membelanjakan wang untuk infrastuktur (pejabat, kenderaan dan lain-lain) sebelum validate idea bisnes itu.
Cukupkah pengetahuan kewangan kita untuk menempuh tahun mencabar ini? Saya yang baru sahaja masuk ke kapal terbang untuk penerbangan balik ke tanah air tertarik dengan tajuk akhbar hari ini setelah diberikan surat khabar oleh pramugara Malaysian Airlines.
Harga minyak jatuh lagi. Apa yang terjadi andai harga minyak terus menjunam? Adakah kerajaan akan “revise” belanjawan negara? Mampukah Petronas bertahan dalam situasi ini? Apa akan jadi dengan matawang negara?
Apakah kerajaan akan meningkatkan lagi cukai? Apakah lebih ramai orang akan dibuang kerja tahun ini? Dan bermacam-macam persoalan lagi yang timbul dalam pemikiran ini sementara “ground crew” membuat persediaan untuk berlepas.
Pada saya, kita beri perhatian pada perkara yang dalam kawalan kita dahulu. Semua persoalan diatas tidak dalam kawalan kita. Apa yang dalam kawalan kita adalah kewangan peribadi kita dan kewangan syarikat kita.
Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman saya tentang kewangan baik untuk peribadi mahupun syarikat sebagai seorang lulusan aktuari dan pengarah urusan untuk syarikat saya.
Kembali pada asas. Apa juga yang berlaku, prinsip asas kewangan masih “Belanja kurang dari pendapatan”. Memang itu sahaja yang diceritakan dalam hampir semua buku kewangan. Memang itu pun diajar dalam semua seminar atau kelas. Kenapa? Kerana memang itu kebenarannya!
Terdapat dua kaedah untuk mencapai matlamat ini: mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Dengan menumpu pada 1 atau kedua-dua aspek ini membolehkan kita untuk membesarkan jurang antara 2 angka ini.
Dan jurang itu adalah tiket kita untuk “kebebasan kewangan” atau “financial freedom”.
Bagaimana untuk tingkatkan pendapatan? Ramai yang akan cakap tiada satu cara umum untuk tingkatkan pendapatan. Benar, sesetengah dari kita dilahirkan dengan DNA usahawan dan sesetengah dari kita berfungsi degan lebih bagus dalam pejabat.
Ada orang yang yang mempunyai kreativiti yang tiada batas, ada sahaja idea dia. Ada orang pula memang tidak kreatif tetapi jika diberi senarai tugas yang banyak, beliau mampu untuk selesaikan semuanya.
Setiap dari kita dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Tidak semestinya menjadi usahawan lebih baik dari yang makan gaji. Ramai sahaja yang berniaga berpuluh tahun tetapi tidak maju berbanding yang makan gaji.
Tetapi jika kita kaji betul-betul, terdapat beberapa perkara umum yang sesiapa sahaja boleh buat tidak kira apa situasi kewangan mereka atau apa pekerjaan mereka untuk menambah pendapatan.
Tidak bermaksud balik ke sekolah. Maksud saya, terus menerus belajar! Belajar perkara baru! Baca buku berkenaan bidang yang anda minati. Ambil peperiksaan profesional atau sambung pembelajaran. Tak kira apa jua yang sedang kita usahakan pasti ada perkara baru yang boleh kita belajar dan pertingkatkan nilai diri kita.
Sentiasa cari cara untuk duit bergolek masuk poket kita dari pelbagai cara. Andai anda suka menulis, anda boleh hantar artikel pada majalah dan ada majalah yang membayar untuk artikal yang berkualiti.
Anda juga boleh tulis ebook. Atau menjadi pemandu Uber. Ia juga sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melakukan 2 pekerjaan. #2kerja. Secara ringkasnya, maksud saya dalam menambah aliran pendapatan ialah jika anda kehilangan pekerjaan anda yang sekarang ini impaknya kurang dan pendapatan keseluruhan anda bertambah.
Saya dulu pernah ambil upah “tolong” fotostatkan buku. Juga pernah ambil upah perbaiki komputer contohnya.
Kita tidak tahu hubungan yang kita bina pada masa lalu mungkin akan membantu kita dimasa depan. Kadang- kadang dari orang yang tidak pernah kita jangka. Oleh itu jika ada orang yang telah lukakan hati kita atau kita terasa berdendam dan terasa mahu cakap buruk tentang orang itu, tahan! Sabar!
Anda akan perasan, saban hari kita akan terserempak dengan orang yang pernah kita kenal. Maka, jangan sekali-kali putuskan mana-mana silatulrahim. Ia tidak membantu. Dan sentiasalah hubungi kawan-kawan lama. Facebook kan ada.
Kebanyakan orang salah anggap antara kesederhaan dengan kedekut. Kesederhanaan bukanlah sehingga memakai pakaian yang lusuh penuh bertampal, bawa kereta cabuk yang boleh mati enjin bila-bila masa atau memakai kasut yang bunganya pun sudah tiada.
Penuhi keperluan, tangguhkan kemahuan. Saya pernah jumpa ramai jutawan senyap yang tidak mewah langsung. Tidak pakai baju berjenama mewah, pakai telefon yang baling orang boleh koma atau beg-beg yang harganya tidak masuk akal.
Namun, wang tunai dalam bank boleh buat anda juling mata mahu kira, hartanah banyak, tidak lemas dengan pinjaman bank dan mereka hidup dalam kehidupan yang berpandukan peraturan mereka.
Berikut adalah cara saya berjimat :
Buat keputusan setiap kali anda berbelanja adakah berbaloi nilai yang anda dapat dengan harga yang anda bayar? Kuncinya adalah, apakah nilai yang anda dapat dengan setiap ringgit yang anda belanjakan.
Contohnya, ada situasi kita yang kita sedar kita ‘tidak berapa perlu perkara itu’ boleh buat keputusan untuk tidak beli atau belilah versi yang murah dahulu untuk tengok keperluan. Jangan takut untuk membeli.
Ramai orang mempunyai rutin membeli latte yang overprice, beli surat khabar yang tidak pernah dibelek atau makan ditempat yang sama setiap hari. Belanja RM 5 lebih sehari pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) jika dicampur-campur akan menjadi RM 1300 setahun.
Itu sudah bayaran bulanan pinjaman rumah untuk kebanyakan orang. Periksa kembali semua perkara yang kita buat setiap hari terutama yang berkaitan dengan wang ringgit. Tanya diri samada itu adalah keperluan atau kemahuan.
Setiap kali mahu membeli barang atau membayar bil berhenti 10 saat dan tanya diri samada kita memang mahu perkara yang kita akan belanjakan duit ini? Contoh, perlukah kita ambil pakej yang unlimited SMS sedangkan sebulan kita mungkin hanya hantar 5 SMS. Teknik ringkas ini akan selalu tunjukkan arah berbelanja kurang.
Kebanyakan masa apabila kita potong perbelanjaan kita, kita tak perasan pun kekurangan itu. Andai kata ada perbelanjaan yang lepas kita potong menyusahkan kita, maknanya ia tidak berbaloi untuk dipotong.
Berjimat tidak boleh disamakan dengan kesusahan, ia cuma bermakna anda potong yang tidak perlu.Saya selalu bersorak gembira andaikata saya tahu saya berjaya untuk berjimat.
Apabila anda berjaya meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan, anda akan dapati anda mempunyai lebihan tunai setiap hujung bulan. Lebihan tunai itulah tiket anda kepada kebebasan kewangan.
Lagi banyak anda dapat lagi cepat anda mencapai matlamat. Tetapi! Sentiasa ingat “Penuhi keperluan dan tangguhkan kemahuan”. Gunakan lebihan itu untuk stabilkan masa depan. Apa yang patut dilakukan dengan lebihan tunai itu? Begini caranya…
Diri saya sendiri guna kad kredit seperti wang tunai. Sebab malas bawa tunai banyak ke hulu ke hilir. Tetapi saya tahu ramai yang guna kad kredit untuk berhutang. Selesaikan itu dahulu. Selesaikan kadar faedah yang paling tinggi dahulu kemudian ke kadar faedah yang lebih rendah.
Dana kecemasan ini adalah duit yang disimpankan dalam akaun simpanan yang bertujuan hanya untuk digunakan semasa kecemasan seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan kereta dan macam macam lagi.
Ukur dana kecemasan ikut belanja kehidupan bulanan. Saya cadangkan simpan minimum 6 bulan punya belanjawan kehidupan. Kalau boleh adakan simpanan cukup untuk bertahan 2 tahun untuk selesa. Mahu berhenti kerja dan mula berniaga? Adakan dana ini dahulu.
Jika ada lebihan lagi, melaburlah. Pelaburan bukan kepakaran saya lagi kerana masih mencari rentak dan cuba-cuba, jadi saya tidak mahu tulis banyak.
Kebanyakan orang melihat tujuan semua ini adalah untuk jadi kaya. Semua orang mahu jadi jutawan kan?
Objektifnya begini. Ia bukan untuk menjadi kaya, tetapi ia tentang kebebasan. Kebebasan dari hutang. Kebebasan untuk mencuba perkara baru dalam hidup. Kebebasan masa untuk beribadah. Kebebasan untuk melancong ke mana sahaja yang kita mahu pergi.
Itu yang kebanyakan orang mahu. Sekurang-kurangnya itu yang saya mahu.
Sesi persekolahan 2016 sudah bermula. Mungkin tip ini sesuai untuk tuan puan aplikasikan untuk mendidik anak-anak tentang perancangan kewangan.
Cara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa, termasuk saya dahulu ialah kita beri wang belanja sekolah dan berpesan;
“…ambil duit belanja sekolah ini. Belanja dan kalau ada lebih simpan dalam tabung”.
Ia diasuh sejak hari pertama sekolah. Setiap hari dipesan perkara yang sama;
“… Kalau ada lebih, simpan dalam tabung..”
Anak tadi dari hari pertama darjah satu, hingga masuk darjah dua dipesan perkara sama. Apabila masuk sekolah menengah pun dipesan perkara sama. Apabila masuk universiti pun dipesan perkara sama;
“…ambil duit buat belanja, kalau ada lebih, simpan…”
Lalu, apakah yang kita harapkan kepada anak tadi apabila grad daripada universiti dan mendapat gaji pertama? Mereka akan belanja dahulu, kemudian barulah simpan!
Ya, itu yang akan mereka lakukan sebab itulah yang diajar, diasuh dan dididik sejak dari kecil.
Saya juga diasuh begitu. Cari itu tidaklah salah, tapi ia melahirkan generasi yang mendahulukan berbelanja berbanding menyimpan.
Hasilnya, statistik menunjukkan bahawa hanya sedikit rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi terutama orang Melayu Muslim. Jadi, apa yang kita boleh lakukan?
Kita boleh “mengubah masa hadapan”, dengan mengubah sedikit sahaja tabiat. Sebenarnya, hanya perlu mengubah ayat sahaja, daripada kita berpesan;
“…ambil duit untuk belanja, kemudian kalau lebih boleh simpan dalam tabung…”, kita boleh ubah kepada; “…ambil duit dan simpan, ada lebih baru belanja…”.
Ia tidak sukar, cuma mencabar kebiasaan. Saya pun baru mulakan sejak tahun lepas, dan kadang kala terlepas pandang juga. Tahun lepas hanya seorang anak yang ke sekolah membawa duit belanja, tahun ini bertambah menjadi 3 orang.
Untuk menjadikan ia tabiat harian, wang saku diberikan di rumah bukan apabila sampai di sekolah kerana jika di rumah boleh terus masukkan ke dalam tabung. Saya siap-siap keluarkan wang not RM1 dari bank sebanyak beberapa ratus untuk sebulan dan simpan di rumah.
Setiap pagi sebelum hantar mereka ke sekolah, saya letakkan duit belanja di tabung anak-anak , dan berpesan;
“Kakak, Kak Aika, Abang Ni, ambil duit belanja sekolah dekat tabung. Kemudian simpan seringgit dalam tabung. Yang lebih buat belanja sekolah…” Semoga dengan cara ini dapat melahirkan generasi baru yang lebih mengutamakan simpanan sebelum berbelanja.
Ini perkara biasa, masalah poket kering seminggu selepas terima gaji bagi orang bekerja atau masalah poket kering seminggu selepas terima payment bagi orang bisnes. Dulu sewaktu di Jepun, ada seorang guru tua pernah berpesan kepada saya tip kewangan ini. Moga membantu.
Dalam banyak perkara, kita hanya bijak memberi alasan kepada diri sendiri untuk terus berbelanja tanpa rancangan. Buat senarai perbelanjaan wajib bulanan, potong perbelanjaan yang tidak perlu. Berdisiplin sikit bos, ikut betul-betul rancangan perbelanjaan bulanan yang sudah dirancang tadi. Utamakan bayaran-bayaran wajib dahulu seperti bil-bil utiliti.
Perasan atau tidak ? Selama ini yang mendorong kita berbelanja bukannya keperluan kita, tetapi nafsu kita yang tidak dapat dikawal. Tengok orang beli handbag, kita pun takmau kalah nak beli juga.
Tengok orang tukar perabot, beli kereta, pakai baju mahal, lepak Starbucks, makan mewah semuanya kita mahu ikut untuk apa ? Untuk menyesal selepas berbelanja ? Kita ada banyak pilihan untuk berjimat. Anda tentukan sendiri.
Ini perkara yang tidak perlu dinafikan lagi. Mudahkan rezeki kita mengalir lancar lagi deras dengan berbuat kebaikan. Dalam rezeki kita sudah tentu ada hak untuk orang lain. Jadikan tabiat untuk menyumbang kepada masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan sesiapa yang memerlukan tanpa rasa kesal walau sedikit pun.
Contoh, setiap kali dapat gaji beli sejadah dan letak di surau. Satu tahun sudah 12 sejadah. Jangan takut untuk memberi, more you give more you get back.
Setiap kali terima pendapatan, selepas kita selesaikan belanja wajib. Mohon disiplinkan diri untuk membuat simpanan, buat sendiri tabung yang kita rasakan perlu seperti tabung perubatan, balik kampung, percutian, roadtax dan insurans kenderaan serta banyak lagi.
Boleh rujuk instrumen pelaburan yang patuh syariah dalam pasaran. Beli cincin belah rotan setiap bulan dan simpan. Menyimpan dahulu baru fikir nak berbelanja, bukan nak ajar untuk jadi kedekut, cuma nak kurangkan dahi yang berkerut bila poket sudah kering.
Siang kita bekerja, malam kita buat apa ? Tengok tv atau goyang kaki ? Hijrah diri, lakukan sedikit pengorbanan dalam hidup untuk lebih maju. Cari kerja tambahan yang boleh berikan pendapatan tambahan harian atau bulanan.
Di sebelah malam boleh mengajar anak jiran mengaji, kelas tambahan, kerja di 7Eleven dan sebagainya. Kalau perlu basuh pinggan dan ambil order di kedai makan sekalipun apa salahnya ? Paling penting kerja kita lakukan itu Halal.
Ini bahagian yang paling ramai orang tahu dan angan-angankan. Tetapi biarlah angan kita itu semuanya logik dan mudah dicapai. Disebabkan kita masih bekerja, carilah peluang bisnes yang tidak menuntut modal atau masa yang terlalu besar. Pandai memasak ?
Siapkanlah breakfast box untuk kawan-kawan di pejabat, ambil tempahan sehari awal dengan bayaran penuh. Pandai tukar minyak hitam kereta ? Ambil tempahan servis kereta kawan-kawan di pejabat. Suka menjual secara online ? Jadilah ejen dropship produk kesihatan, kecantikan, gadjet dan sebagainya secara online.
Mudah kan ? Paling penting kena ada target harian, kalau dapat untung sehari RM50 sekalipun siapa yang nak bagi ? Lepas belanja minyak dan tol pun sudah cukup baik di awal usaha ni.
Sudah-sudahlah memberi alasan yang tak sudah-sudah kepada diri sendiri. Jangan hanya pandai menyalahkan orang lain diatas masalah dan kesulitan kita. Jangan hanya pandai mengeluh tanpa usaha. Sekarang masa paling sesuai untuk belajar perkara baru, berkorban masa dan tenaga dan hijrah minda. Mulakan dengan hati yang senang dan lapang dada.
Sudah lama kita hanya pandai merancang dan berfikir, Nak tunggu bila lagi baru nak mula dan berubah ? Pilihan selalu ada di tangan kita, bukan pada orang lain. Tentukanlah sendiri. Salam sukses semua!
Pernahkah anda melihat atau mendengar jenama yang benar-benar berjaya di pasaran, dan pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya sehingga ke peringkat global?
Apple merupakan satu jenama yang kita boleh lihat berjaya sehingga dapat menarik orang ramai untuk membelinya. Pada tahun 2004 sehingga 2014, apa yang kita boleh lihat adalah satu pencapaian yang amat luar biasa bagi syarikat ini.
Ini kerana, mereka berjaya mendapatkan jumlah pendapatan yang sangat tinggi dari 8 billion sehingga 180 billion. Satu pencapaian yang patut di banggakan.
Sehingga kini, kejayaan yang dimiliki oleh Apple bukan sahaja pada keuntungan yang mereka perolehi. Malah ada juga pesaing di luar sana yang cuba untuk mengkritik beberapa produk yang mereka pasarkan. Seperti, iPhone, iPad dan juga Ipod.
Apple juga mencipta sesuatu produk yang membuatkan orang ramai sanggup beratur berjam-jam di hadapan banggunan mereka, demi mendapatkan produk yang diinginkan.
Selain dari itu, memandangkan zaman yang serba canggih dan berteknologi tinggi kini, Apple juga berjaya menarik hati pengguna dengan mencipta produk yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan. Antara sebab -sebab di sebalik kejayaan Apple adalah, mereka mengekalkan reka bentuk dan utiliti.
Dalam artikel ini juga menerangkan kepada anda beberapa strategi pemasaran yang boleh anda gunakan :
Ramai orang berfikir, untuk meningkatkan hasil jualan kita perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk iklankan produk di sosial media seperti Facebook, malah di Google juga.
Tetapi berbeza pula bagi Apple, mereka menggunakan dua strategi yang berbeza iaitu, penempatan produk, dengan menggunakan selebreti dalam rancangan popular dan buzz yang dicipta oleh ulasan dalam media.
Usahawan di luar sana juga boleh menggunakan pendekatan ini untuk berjaya seperti Apple. Jika anda bijak untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli, mereka akan tertarik dengan setiap pemasaran yang anda lakukan.
Dengan ini, akan mewujudkan pelanggan yang setia dengan produk anda. Justeru sekiranya mereka berpuas hati dengan produk tersebut, mereka mungkin akan menceritakan pengalaman tersebut kepada orang ramai.
Salah satu cara rahsia kejayaan Apple adalah, mereka menawarkan perkhidmatan percuma kepada pelanggan untuk mendapatkan beberapa kesan positif daripada pengguna.
Ramai usahawan percaya bahawa, mereka perlu bersaing dengan harga. Tidak dinafikan, kenyataan ini ada betulnya. Namun, tanpa mereka ketahui, dengan persaingan harga mampu menjejaskan perniagaan anda.
Bagi Apple, persaingan harga ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Namun, apa yang Apple lakukan adalah dengan memberi tumpuan kepada UVP (Unique value proposition). Mereka sentiasa berfikir di luar kotak untuk mendapatkan hasil yang baik.
Justeru, Apple lebih memberi tumpuan kepada produk mereka, bukan pada pesaing. Yakni, mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik perhatian pelanggan yang bakal menggunakan produk mereka. Tidak kira apa jua perniagaan yang anda lakukan, anda juga boleh menggunakan strategi yang sama.
Anda juga boleh mengambil contoh seperti apa yang Apple lakukan. Antaranya adalah, mereka menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berbeza kepada pelanggan.
Contohnya, memberikan peluang kepada pelanggan itu sendiri untuk mencuba dahulu produk tersebut. Komputer riba mereka juga menawarkan skrin yang lebih besar dengan harga yang lebih tinggi.
Oleh kerana teknologi yang sedang meningkat naik, Apple amat memahami kehendak pelanggan mereka. Mereka mengurangkan kekeliruan kepada pengguna yang menggunakan laman web dan menggunakan ayat-ayat yang mudah di fahami serta, dapat menarik perhatian pembaca.
Pendekatan yang mereka lakukan ini dapat membantu mereka melakukan pemasaran dengan baik, malah menghasilkan produk yang mudah digunakan oleh pengguna.
Mereka juga menggunakan falsafah seperti “lebih mudah digunakan, maka produk itu akan lebih baik”. Apple juga sentiasa ingin memudahkan pelanggan mereka dengan mengeluarkan produk yang mudah digunakan dan tidak memaksa mereka dengan banyak pilihan.
Setiap produk yang di paparkan di dalam website, sudah tertulis segala butiran dan spesifikasi bagi memudahkan pelanggan mengakses web tersebut. Ini adalah kerana, Apple sentiasa memahami kehendak pelanggan dan ingin mengenali mereka.
Apple sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun pendapat, mereka sering menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pelanggan.
Ini juga dapat merapatkan hubungan di antara penjual dan pembeli serta, dapat membuatkan pelanggan lebih selesa untuk berinteraksi. Oleh itu, pelanggan tidak akan mudah rasa diabaikan apabila mereka memerlukan pertolongan mahupun pendapat.
Pengalaman yang dimaksud kan disini adalah, dari segi aspek proses pembelian, membandingkan versi produk yang berbeza dan mencuba produk yang di sediakan di kedai tersebut.
Setiap produk baru yang dikeluarkan memerlukan ketelitian yang lebih bagi menghasilkan satu produk yang berkualiti.
Apple juga sanggup menghabiskan jumlah wang yang besar untuk sesuatu produk, serta bagi menguji ketahanan dan reka bentuk. Mereka lakukan sedemikian kerana, ingin memastikan apa yang pelanggan lihat dan bayar, berbaloi dengan apa yang mereka dapat.
Selain daripada itu, Apple juga amat teliti tentang rekabentuk di dalam kedai yang dapat menarik perhatian orang ramai, serta dapat membangkitkan keinginan membeli mahupun mencuba produk yang disediakan.
Emosi adalah kunci kepada kejayaan dalam pemasaran. Jika anda bijak membuat sesuatu iklan seperti video yang dapat meningkat emosi pelanggan untuk membeli produk anda, ini bermakna anda telah berjaya menarik perhatian dan emosi mereka.
Selain itu, kandungan iklan yang positif lebih cenderung untuk membuatkan orang ramai rasa emosi berbanding dengan kandungan yang negatif. Begitu juga dengan emosi yang positif dapat melahirkan tindak balas yang kukuh berbanding negatif.
Setelah beberapa tahun, Apple telah mencipta suatu produk yang amat luar biasa, serta dapat menarik orang ramai untuk menggunakan produk mereka. Apple juga telah menghasilkan jenama yang dapat menandingi banyak pesaing dan sentiasa mudah mesra dengan pelanggan. Ini membuatkan pelanggan mahu tergolong dalam komuniti tersebut.
Apple juga bijak membuat pelanggan percaya bahawa, produk mereka mampu memuaskan hati pelanggan serta, membina komuniti pengguna yang setia kepada produk yang mereka gunakan.
Secara kesimpulannya, salah satu cara untuk anda berjaya dalam perniagaan, jadikan orang yang berjaya sebagai contoh atau mentor untuk anda lebih kehadapan dan berjaya seperti mereka. Apple sering di jadikan contoh oleh produk pintar lain untuk mereka berjaya.
Yang paling penting, sentiasa berfikiran kreatif untuk menghasilkan produk yang kualiti sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Anda juga boleh belajar daripada pesaing anda. Lihat apa yang mereka lakukan, dan sentiasa praktikan untuk melaksanakan sesuatu produk dan membuat pemasaran sendiri.
Sejujurnya, tidak semua kerja-kerja pemasaran boleh dilakukan dengan kos yang ciput atau hampir tiada kos langsung. Namun, terdapat beberapa cara biasa yang boleh kita gunakan untuk membantu kerja-kerja pemasaran tanpa modal besar. Saya cuba sampaikan apa yang pernah dilakukan untuk Tudia Char Koey Teow.
Jadikan facebook peribadi sebagai tempat untuk bercerita tentang apa sahaja yang kita buat berkaitan bisnes. Tapi dengan syarat jumlah rakan Facebook mesti ramai. Jangan tulis perkara negatif seperti luahan masalah, maki hamun dan sebagaiya.
Orang lari dan takmau baca. Buat Facebook Pages dan penuhkan dengan gambar produk atau perkhidmatan. Hari ini di facebook, cerita panjang-panjang pun orang sanggup baca asalkan menarik dan bermanfaat. Belajar bagaimana teknik bercerita boleh menarik ramai orang membaca. Rujuk wall sahabat saya Tuan Al Irfan Jani dan Tuan Aqif Azizan.
Setiap pelanggan datang menjamu selera di warung bahagia kami, saya akan bertanya ” Makan ok tak bang ? Ada apa yang terkurang bagitau ya ?”. Bila mereka beri maklum balas , ” Semua ok bang, sedap! “. Kita kena cepat cakap, ” Kalau sedap boleh bagitau kawan-kawan dan datang sini lagi bang “.
Berikan intensif untuk pelanggan sedia ada yang memperkenalkan kita kepada orang lain. Referral menjimatkan kos dan peratusan untuk pelanggan baru membeli lebih tinggi. Kena rajin buat follow up kepada pelanggan sedia ada.” Kak, kalau ada kawan-kawan yang nak beli penapis air Coway bagitau la kepada saya. Ada upah untuk akak nanti!”.
Kita mahu sasarkan pelanggan yang bagaimana ? Jawab dahulu soalan ini baru mudah untuk kita buat kerja pemasaran. Sebagai contoh, Tudia Char Kuey Teow sasarkan mereka yang berumur 18-40 tahun, tinggal dalam 10 kilometer radius dari Putra Heights, Subang Jaya.
Mereka sibuk bekerja tak sempat masak di rumah, Mereka orang bisnes yang suka lepak santai di warung. Mereka ketua keluarga yang suka bawa anak isteri makan di warung dan paling penting mereka ini kebanyakannya Food Hunter yang menggemari menu Char Kuey Teow.
Mengumpul peminat lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru. Tawarkan apa yang benar-benar mereka mahu dan suka. Di Tudia Char Kuey Teow, kami tukar pelanggan kepada Fans dengan meletakkan seekor ketam segar di atas sepinggan Char Kuey Teow.
Maka lahirlah ramai fans Ketam! Peminat mahu selalu dekat dengan apa yang mereka suka, peminat mahu dihargai. Kami belanja minum percuma kepada peminat yang selalu datang ke warung kami. Jangan berkira dengan peminat. Peminat tetap akan datang singgah di warung walaupun mereka tidak makan.
Semua orang suka benda free. Dulu sewaktu awal pembukaan warung Tudia Char Kuey Teow, kami banyak tawarkan makan percuma. Bagi makan percuma kepada 100 orang setiap minggu. Tetapkan masa sesuai dan ajak ramai orang datang makan.
Orang kata ini kerja gila, setiap minggu bagi makan Percuma. Depa taktau hasilnya nanti lagi gila-gila. Nak hasil gila-gila memang kena buat kerja gila. Ada bran ? Bayangkan beratus orang yang makan Free itu balik bercakap kepada 2 orang yang lain. Apa jadi agaknya ya ??
Orang berniaga kena bijak bersosial. Jangan jadi katak bawah tempurung, bukan asyik duduk dalam dunia kita sahaja. Keluar dan beraktiviti bersama masyarakat, di mana ramai orang beraktiviti, di situ kita mesti wujud dan boleh dilihat.
Sebagai contoh, cari mana-mana badan sosial yang selalu buat aktiviti, hubungi mereka untuk turut serta dan bekerjasama. Cari ruang untuk menaja apa sahaja asalkan jenama kita boleh dilihat. Network dapat, pahala dapat, branding pun dapat. Hubungi sahabat saya, Pengasas Kindness Muhammad Bin Kamarulazizi untuk join program mereka.
Pemasaran bukan sekadar teori, malah ia harus dijiwai. Pepatah Banjar menyebut, ” Marketing is not a department, Marketing is an attitude “. Kerja-kerja begini tidak boleh dibuat-buat, memang tak menjadi. Ia mesti lahir tulus dari hati. InshaAllah lama-lama mesti menjadi.
Salah seorang jutawan yang paling kaya dan misteri, Ingvar Kampard mempunyai hasil kekayaan yang amat luar biasa. Ianya bermula dari sebuah ladang keluarga Elmtaryd di Selatan Sweden tempat beliau dilahirkan. Kamprad, yang berumur 90 tahun pada Mac ini, mempunyai nilai bersih sebanyak $ 39.3 bilion.
Menurut Business Insider, Kamprad mula membina kekayaannya pada seawal usia 5 tahun. Namun, 5 tahun kemudian beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan mula menjual kad krismas, pensel, dan ikan di sekitar kawasan kejiranan.
Beliau menubuhkan IKEA pada tahun 1943 pasa usia 17 tahun selepas bapanya memberi ganjaran kepadanya kerana mempunyai prestasi yang baik ketika berada di sekolah.
Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual barang-barang seperti bingkai gambar sebelum memperkenalkan perabot pada tahun 1948 yang dihantar menggunakan trak susu.
Nama IKEA berasal dari singkatan pertama dan terakhir, dan keluarga beliau dilahirkan berhampiran dengan perkampungan Agunnaryd, di wilayah Sweden Smalanda.
IKEA juga membenarkan pembeli dan memberi kebebasan kepada mereka dengan memasang perabot mereka sendiri. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kos kepada pengguna. Oleh itu, dengan wujudnya produk yang berpatutan, berfungsi dengan baik dapat menarik hati pelanggan.
Setelah hampir beberapa tahun beroperasi, IKEA sudah berkembang di seluruh Sweden, Norway, Denmark, dan seluruh dunia di 47 buah negara dengan lebih daripada 300 kedai yang beroperasi. Apabila IKEA dapat berkembang dengan maju, kehidupan Kamprad juga berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang jutawan
Walaupun telah menjadi seorang jutawan, namun Kamprad masih hidup dalam keadaan yang sederhana. Menurut Daily Mail, beliau lebih gemar untuk makan bebola daging yang dijual di kedai beliau sendiri.
Namun begitu, dia juga lebih selesa untuk mengekalkan imej seorang rakyat biasa dan tidak terlalu mewah. Beliau juga memberitahu majalah Sweden, sebab mengapa dia masih membeli pakaian yang tidak berjenama :
“Ini bermakna bahawa saya masih mahu memberikan contoh yang baik kepada semua oRang dan sentiasa berjimat cermat serta tidak mengamalkan sikap yang terlalu boros”
Kamprad juga sering mempunyai sikap yang merendah diri dan tidak terlalu menunjuk. Walaupun beliau masih mampu untuk membeli sebuah jet peribadi, namun beliau masih berkeras dan masih berkeras untuk terbang menggunakan kelas ekonomi.
Apabila Kamprad ingin melawat kedai-kedai IKEA yang baru dibuka, beliau memilih untuk tinggal di hotel yang lebih murah dan masih memandu Volvo lama miliknya selama dua dekad.
Kamprad juga adalah seorang duda selepas kematian isterinya pada tahun 2011. Beliau juga mempunyai seorang anak angkat, serta tiga anak kandung. Salah seorang anaknya iaitu Mathias, telah mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan IKEA dan terus menjadi pengurusi IKEA Holding SA pada tahun 2013.
Walau bagaimanapun, Mathias mengawal dan menyelia operasi francais IKEA di seluruh dunia. Kamprad juga merupakan penasihat kanan dan ketua pembuat keputusan pada 72 tahun yang lalu.
Mungkin ramai sudah baca mengenai bagaimana menggunakan Trust Deed atau Surat Ikatan Pemeganag Amanah untuk ‘pindahkan’ harta kepada nama anak-anak semasa kita masih hidup.
Sebenarnya, tujuan saya tulis Trust Deed tu ada kaitannya dengan penjualan dan pemilikan lot banglo yang dijual oleh sesetengah pemaju tanah kepada orang ramai.
Trust Deed ni digunakan untuk mengikat pembeli dan penjual tanah lot banglo tersebut. Dalam hal jual-beli lot banglo ini, penjual dinamakan sebagai Pemegang Amanah dan pembeli dinamakan sebagai Beneficiary.
Pembeli bukanlah penama berdaftar di dalam geran tersebut. Itu namanya geran kongsi. Selagi pemaju tanah tersebut tidak menyempurnakan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan dan proses pecah sempadan dan seterusnya mendapatkan geran individu untuk dipindahmilik kepada pembeli, selagi itulah pembeli-pembeli itu berkongsi geran.
Bila berkongsi geran ni akan timbul banyak masalah daripada pelbagai segi antaranya pinjaman bank, perkongsian bayaran cukai tanah, sempadan dan utiliti. Kalau sudah meninggal, lagi panjang cerita isu pusaka.
Asalnya, trust deed di pejabat tanah digunakan untuk ‘memindahkan’ nama daripada ibubapa kepada anak-anak sahaja. Dalam trust deed hanya ada 3 klausa sahaja.
Namun trust deed yang sama telah digunakan oleh pemaju tanah untuk penjualan lot banglo menggunakan konsep yang sama iaitu penjual sebagai Pemegang Amanah dan ditambahkan lagi beberapa klausa mengikut persetujan pembeli dan penjual lot banglo berkenaan.
Berikut saya kongsikan langkah mudah bagaimana untuk memindahkan nama anak sebagai pemilik tanah atau rumah sewaktu kita masih hidup ini.
Boleh dapatkannya di Pejabat Tanah. Apa antara kegunaan Trust Deed ini ? Gunakanlah ia untuk kita ‘memindahkan’ tanah/rumah kita kepada anak-anak atau orang yang kita pilih, walaupun semasa kita hidup.
Katakan kita ada tanah 1 ekar. Kita ada anak 4 orang. Kita nak anak kita setiap seorang dapat ¼ bahagian untuk tanah 1 ekar tersebut. Isi borang trust deed ni. Namakan setiap anak kita dan bahagian yang diberikan kepada setiap anak tersebut di dalam borang Trust Deed. Hantar ke Pejabat Tanah (Unit Pendaftaran).
Maklumkan yang kita nak daftar Trust Deed ni dalam rekod Pejabat Tanah dan nak daftarkan nama anak dan bahagian-bahagian anak ke dalam geran tanah. Nama anda akan dibatalkan sebagai pemilik di dalam geran. Sebaliknya akan didaftarkan sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak anda.
Selepas kematian anda, anak-anak akan membuat tuntutan pusaka ke Pejabat Pusaka (jika harta bawah RM2juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta atas RM2 juta) sebagai bukti pemberian bahagian tanah telah dilaksanakan sebelum ini di Pejabat Tanah secara bertulis melalui Trust Deed.
Selepas penghakiman, anak-anak perlu bawa perintah penghakiman tersebut ke Pejabat Tanah dan nama anak-anak akan didaftarkan di dalam geran sebagai pemilik mengikut bahagian masing-masing.
Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A? Sebab bila pindahhakmilik guna 14A, kita bukan lagi pemilik berdaftar harta berkenaan. Ada kemungkinan anak-anak akan menghalau kita atau menjual hartanah berkenaan kerana dihasut oleh pihak ketiga.
Tidur yang mencukupi amat penting sama juga seperti makan dan minum. Tanpa mengambil serius perkara ini, manusia yang tidak mendapatkan tidur yang secukupnya akan mengalami masalah yang serius yang boleh membawa kepada produktiti kerja terganggu.
The National Sleep Foundation (NSF) telah menjalankan kajian dengan mendedahkan bahawa 40 juta rakyat America mengalami lebih 70 gangguan tidur yang berbeza. Bukan itu sahaja, sebanyak 60 peratus orang dewasa dan 69 peratus kanak-kanak mengalami masalah tidur dalam tempoh beberapa hari sehingga ada yang melebihi dari seminggu.
Selain itu, lebih daripada 40 peratus orang dewasa mengalami masalah mengantuk di siang hari sehingga menganggu aktiviti harian mereka.
Tidur yang mencukupi akan lebih terdedah kepada :
Selepas bangun dari tidur yang sempurna, doa dan meditasi adalah penting untuk memotivasikan diri kita ke arah yang lebih positif.
Apabila kita rasa bersyukur, pemikiran kita akan menjadi lebih luas. Dengan izin Tuhan, rezeki lebih terbentang luas dan urusan harian akan menjadi lebih mudah.
Apabila anda bersyukur dengan apa yang anda ada, anda akan menarik lebih ramai manusia dengan sifat-sifat yang positif. Bersyukur juga boleh menjadi kunci yang paling penting dalam kejayaan.
Hanya satu pertiga daripada lelaki Amerika dan wanita yang berumur antara 25 hingga 64 tahun melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan kerap mengikuti Pusat Kawalan Kesihatan Kebangsaan.
Jika anda ingin menjadi seorang yang sihat, gembira, dan produktif, anda perlu libatkan diri dengan aktiviti yang sihat seperti senaman. Ramai orang pergi ke gim untuk mendapatkan badan yang sihat. Kami telah mendapati bahawa melakukan aktiviti fizikal di pagi hari dapat meningkatkan inspirasi dalam diri seseorang.
Apapun yang anda lakukan, pastikan tubuh anda berada dalam keadaan yang sihat. Dengan adanya senaman yang sihat, anda juga dapat mengurangkan risiko kemurungan, kebimbangan yang tidak menentu, dan tekanan. Jika anda tidak mengambil berat tentang badan anda, setiap aspek dalam kehidupan anda akan menjadi lebih tertekan.
Donald Layman, professor emeritus pemakanan di University of Illinois, mencadangkan pengambilan makanan sekurang-kurangnya 30 gram protein untuk sarapan pagi. Begitu juga Tim Ferris, dalam bukunya, The 4 Hour Body juga mencadangkan 30 gram protein 30 minit selepas bangun dari tidur.
Menurut Tim, bapanya telah melakukan perkara ini dan telah kehilangan sebanyak 19 pounds dalam tempoh satu bulan.
Makanan yang kaya dengan protein membuatkan anda kenyang lebih lama daripada makanan lain kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dalam perut. Selain itu protein juga menyimpan tahap gula darah yang stabil.
Rendaman air sejuk dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan juga mental. Apabila aktiviti ini kerap dilakukan pada waktu pagi, ia akan memberi kesan positif pada imun, limfa dan peredaran darah dalam badan anda. Serta meningkatkan penghadaman dan juga berat badan kerana ia meningkatkan metabolisme anda.
Satu kajian penyelidikan pada tahun 2007 mendapati bahawa mandi dengan air sejuk secara kerap boleh membantu gejala kemurungan dengan lebih berkesan berbanding ubat-ubatan. Ini kerana air sejuk mencetuskan gelombang mood neurochemicals dalam badan dan membuatkan seseorang itu jadi lebih gembira.
Ia adalah satu kebiasaan bagi orang-orang yang berjaya dengan membaca sekurang-kurangnya satu buku dalam satu minggu.
Orang – orang berjaya percaya dengan mengambil masa 15 minit sehingga 30 minit dengan membaca buku dapat meningkatkan semangat dalam diri anda.
Dalam tempoh jangka masa yang panjang, anda berpotensi untuk menghabiskan beratus-ratus buku dan anda akan dapat pengetahuan yang luas tentang beberapa topik. Dari situ, anda berpeluang untuk melihat dunia dengan cara dan sudut pandang yang berbeza.
Setiap matlamat yang anda perolehi haruslah di tulis sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Dengan hanya mengambil masa beberapa minit untuk membaca visi, anda akan meletakkan diri ke arah yang lebih positif.
Dengan membaca matlamat jangka masa panjang setiap hari anda akan sentiasa mengambil serius setiap hari. Dengan mengambil serius tentang matlamat anda setiap hari anda akan secara tidak sengaja anda akan melaburkan masa dan tenaga kepada aktiviti-aktiviti yang dekatkan diri dengan matlamat kejayaan anda!