Siapa yang tidak mahu hidup dalam keadaan yang lebih selesa, sudah tentu setiap individu mengimpikan kehidupan seperti itu. Tetapi, jika anda sering hidup dalam keadaan yang selesa dan tidak mahu keluar dari zon selesa, sudah pasti anda akan terlepas peluang untuk menikmati kehidupan yang agak mencabar.

Namun, jika anda mahu keluar dari kepompong tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk bermula? Ikuti langkah ini.

#1 – Ambil Langkah Pertama

 

Setiap apa yang anda ingin lakukan, pastikan ia bermula dengan mengambil langkah pertama. Kerana, langkah pertama merupakan perkara yang paling penting untuk memulakan sesuatu perkara. Walaupun ia kedengaran seperti agak sukar untuk dilakukan, tetapi jika anda berusaha pasti akan berjaya.

#2 – Mengenal Pasti Ketakutan

Setiap individu pasti mempunyai kelemahan dalam diri, contohnya takut kepada kejayaan atau takut kepada kegagalan. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu keluar dari zon selesa dan mengenal pasti kelemahan dalam diri. Kerana, apabila kita berhadapan dengan masalah, sebenarnya secara tidak langsung anda dapat keluar dari zon selesa. Individu yang berjaya, mereka bijak untuk mengawal segala masalah dan selesaikannya dengan cara yang lebih profesional.

#3 –  Mengubah Cara Pemikiran

 

Untuk menjadi individu yang berjaya, anda harus mengubah bagaimana cara anda berfikir. Anda memerlukan stamina dan dispilin yang kuat. Pastikan setiap apa yang anda lakukan, mempunyai matlamat dan cita-cita yang jelas dan secara tidak langsung, anda tahu apa yang anda sedang lakukan. Jika anda sentiasa berfikiran positif, maka segala perkara yang positif akan meresap dalam diri.

#4 – Percaya Pada Diri Sendiri

Percaya pada diri sendiri adalah aspek yang paling penting, dan supaya diri kita menjadi lebih produktif. Setiap individu mempunyai kemampuan mereka tersendiri. Namun, ada juga individu di luar sana yang masih berfikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri. Jika anda sering berfikiran seperti itu, secara tidak langsung ia akan menyekat segala perjalanan anda untuk lebih berjaya.

Untuk keluar dari zon selesa, anda harus percaya pada diri sendiri yang anda boleh lakukannya. Kerana, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika anda sentiasa berusaha. Dugaan dan rintangan dalam kehidupan pasti ada, namun usaha yang akan membezakan setiap kejayaan individu tersebut.

#5 – Kelilingi Diri Anda Dengan Pelbagai Jenis Manusia

 

Tidak dinafikan, sudah tentu kita mempunyai rakan-rakan yang paling selesa untuk kita berbual dan menceritakan segala masalah. Walau bagaimanapun, bertemu dengan orang yang baru adalah cara yang terbaik untuk mendedahkan diri anda supaya lebih terbuka untuk menerima idea-idea baru.

Untuk anda lebih mengenali orang yang baru, mungkin akan mengambil sedikit masa. Tetapi, perkara itu tidak akan menjadi masalah sekiranya anda sering berfikiran terbuka dan ingin menimba pengalaman serta perspektif yang berbeza dari pelbagai jenis manusia.  Secara tidak langsung, ia akan menjadikan anda sebagai indvidu yang mudah bergaul serta mudah untuk didekati.

#6 – Sukarelawan

Menjadi seorang sukarelawan merupakan pekerjaan yang sangat mulia kerana berpeluang membantu manusia yang lebih memerlukan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk meninmba ilmu pengalaman dan pembelajaran yang tidak akan dapat di mana-mana. Kerana, bukan mudah untuk menjadi seorang sukarelawan, ia memerlukan anda berkorban dari segi masa dan juga tenaga.

#7 – Menggunakan Jalan Yang Berbeza

 

Jika anda sering menggunakan jalan yang sama setiap hari, apa kata anda cuba untuk menggunakan jalan yang berbeza pula. Dengan cara tersebut, anda dapat melihat jalan dan persekitaran yang berbeza. Secara tidak langsung, ia akan memberikan nafas dan juga pengalaman yang baru.

Kita semua ada pilihan. Kita boleh pilih nak bergaya, nak melancong satu dunia, nak nampak bergaya sekarang, tetapi kena kerja sampai mati untuk bayar hutang. Atau kita boleh pilih untuk nampak miskin, tidak bergaya, hidup biasa-biasa tetapi cari ilmu dan melabur secara bijak serta cari ilmu hartanah.

 

Kita kena mula bijak merancang kewangan bermula daripada sekarang. Mereka yang bijak merancang kewangan, akan mendapat hasil yang berbaloi selepas 5-10 tahun.

Kalau nak senang lepas 5-10 tahun, anda kena mula merancang dan melabur dari sekarang. Antara penyebab anak muda tidak boleh berjaya kerana terperangkap dengan hutang. Sebut sahaja tentang hutang, setiap orang memberi tafsiran yang pelbagai terhadap hutang. Ada orang cakap ada hutang baik, ada hutang jahat. Hutang boleh jadi baik, boleh jadi jahat, bergantung atas individu itu sendiri.

Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kepada anda, manakala hutang jahat pula memberi aliran wang negatif. Semua orang pernah berhutang, bagaimana anda kawal hutang tu akan memberi kesan kepada kewangan anda. Ada orang guna kad kredit dan menjadikannya sebagai hutang positif.

Antara 7 langkah untuk menangani hutang :

#1 –  Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya.

#2 –  Senaraikan Jumlah Hutang

Senaraikan semua hutang yang ada anda. Kalau boleh tampal dalam bilik atau letak dalam telefon. Kalau teringin nak beli IPhone 6SE. Boleh sedar diri sikit, hutang dah berlambak.

#3 – Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Yang Tinggi

Kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi. Jika ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

 

#4 – Turunkan Taraf Hidup

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Boleh makan, tak ada salahnya. Tapi, janganlah sampai tak ingat nak bayar hutang. Jadi, berubahlah dan berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal. Minum sahaja air masak. Hilang dahaga juga. Setkan dalam minda, selesaikan hutang terlebih dahulu.

#5 – Segera Bayar Hutang

Bina tabung hutang. Dapat bonus simpan dalam tu. Dapat komisen bayar hutang. Bila dapat gaji, pastikan ada bahagian untuk bayar hutang. Tak mampu bayar banyak, bayar sikit dulu.

#6 – Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai. Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

 

#7 – Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan anda jual barang, anda tolong promote. Kawan anda pulak promote barang anda. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dapat keuntungan. Jadi, duit yang dapat tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang.

***

Ada orang gaji 4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji 2 ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Jika anda gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna juga. Mentaliti kena mantap dulu.

Jika tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu anda menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit untuk makan minum semua.

 

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Sekarang ni hutang tertunggak buatkan anda tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi hutang berlambak. Sebabnya, anda mampu tengok sahaja rumah-rumah tersebut. CCRIS pun teruk. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.

Padahal anda yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, dan DSLR.

Selepas ini, muhasabah sekejap diri tu. Kalau anda hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah untuk mengatasinya. Jangan duduk diam, tak buat apa-apa. Masih belum terlewat untuk memulakan langkah. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Selepas itu, bila masa  nak simpan duit untuk deposit rumahnya?

#1 – Di awal kerjaya dahulu, saya mengalami sedikit masalah pengurusan perbelanjaan bulanan. Pelbagai cara telah  diusahakan tetapi masih gagal untuk saya turuti. Kekangan dari segi pemantauan menjadi punca, sehinggalah saya terbaca akan kaedah penggunaan sampul berwarna oleh seorang ‘financial guru’ pertengahan tahun 2002. Ternyata ianya merubah corak pengurusan perbelanjaan saya

#2 – Namun, saya tidak menggunakan sampul sepertimana yang dicadangkannya sebaliknya, sampul tersebut di gantikan dengan akaun-akaun simpanan di bank.

#3 – Pada ketika saya memulakan kaedah ini, gaji bersihku sudah mula mencecah RM3,000 sebulan dan 50% dari amaun tersebut biasanya akan saya ketepikan untuk pembayaran pinjaman kenderaan, rumah kediaman, kad kredit, premium takaful dan bayaran utiliti. Untuk rekod, simpanan pelaburan dan sumbangan kasih sayang kepada ibu bapa, saya ambil dari lebihan sewa dari unit-unit sewaku tanpa mengusik duit gajiku.

#4 – Dengan jumlah sebanyak RM1,500 itu (50% dari gaji), kemudiannya saya pindahkan ke 4 akaun bank yang berbeza dengan jumlah simpanan yang sama yakni, RM375 bagi setiap akaun.

#5 –  Kenapa 4 akaun bank yang diperlukan?

#6 – Kerana ianya mewakili 4 minggu dalam sebulan dan setiap minggu, hanya maksimum RM375 @ RM53.57 sehari sahaja yang boleh saya gunakan untuk perbelanjaan harian (termasuk makan minum dan pengangkutan).

#7 – Hasilnya, saya mula berdikit. Malah, saya cuba mengurangkan perbelanjaan agar masih terdapat baki pada akaun bank untuk minggu itu. Rasionalnya, agar ada lebihan baki ke minggu yang sama pada bulan hadapan.

#8 – Begitu juga dengan akaun-akaun bank yang mewakili minggu-minggu berikutnya. Alhamdulillah, amalan ini masih lagi saya praktikkan dan ternyata ianya sesuai untuk memantau aliran tunai (cashflow) bulananku dan tidak salah untuk anda mencuba.

Generasi Y pada masa kini, sudah berani untuk mengambil alih tugas di pejabat dari generasi X dan perkara ini amat sukar bagi mereka untuk mengekalkan kerjaya di pejabat.

Ini kerana, mereka yang berada di generasi Y inginkan sesuatu yang baru yang dapat memberikan mereka kepuasan ketika bekerja. Jika kita sering diarah untuk melakukan beberapa perkara yang sama pada setiap hari, kemungkinan ini akan membuatkan kehidupan kita tidak menjadi lebih produktif.

Mengapa? Segala aktiviti yang kita gemari akan menjadi lebih tersekat oleh kerana masa yang tidak mencukupi dengan melakukan pelbagai tugasan yang diberi. Sebagai manusia, kita juga ingin pergi bercuti bersama-sama dengan rakan, serta melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut merupakan beberapa kelebihan apabila anda bekerja di rumah mahupun di pejabat.

 

Kelebihan Berbisnes Di Rumah

 

#1 – Bebas Untuk Dekorasi Pejabat Mengikut Kreativiti

Apabila anda bekerja di rumah, salah satu kelebihan yang didapati adalah anda boleh mereka bentuk suasana kerja mengikut kreativiti yang diinginkan. Tiada siapa yang dapat menghalang anda dari melakukannya asalkan kerja dapat diselesaikan.

Bekerja di rumah juga mampu memberikan  semangat yang positif jika anda mampu membuatkan persekitaran kerja seperti berada di pejabat.

#2 – Lakukan Kerja Di Mana Sahaja Yang Anda Mahu

Mungkin agak bosan bagi anda apabila sering melakukan kerja seharian di rumah. Ambil inisiatif ini sebagai satu persekitaran yang baru buat anda. Iaitu, keluar dari rumah dan mencari tempat yang selesa untuk melakukan kerja.

Sekiranya disediakan WiFi, lebih mudah untuk  melakukan kerja sambil menghirup kopi yang segar dan secara tidak langsung, perkara ini juga turut dapat meningkatkan sikap yang positif dan mampu untuk berfikir dengan baik.

#3 – Mempunyai Masa Kerja Yang Fleksibel

Kebanyakan pekerjaan di pejabat memerlukan anda bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, ataupun lebih dari waktu itu.

Bagi sesetengah individu, mungkin perkara ini sudah tidak produktif lagi buat mereka. Dengan melakukan kerja di rumah, masa anda akan menjadi lebih fleksibel dan produktif. Ini kerana, anda tidak akan disekat oleh waktu pejabat yang mempunyai peraturan serta masa yang telah di tetapkan.

#4 – Masa Untuk Keluarga Dan Rakan-Rakan

Bagaimana anda seimbangkan waktu kerja dan kehidupan seharian?. Mungkin agak sukar untuk anda membahagikan masa antara kerja dan kehidupan semasa bekerja di pejabat. Namun, dengan melakukan kerja di rumah anda mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan rakan-rakan.

Bagi mereka yang telah berumahtangga, masa untuk pasangan dan anak-anak lebih teratur dan dapat memberi perhatian yang sepenuhnya.

Terutamanya bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih kecil ataupun bersekolah, langkah keselamatan buat mereka amat penting supaya tidak berlaku sebarang perkara buruk yang akan berlaku. Namun, jika anda bijak menguruskan masa dengan baik, segala aktiviti sosial dapat dilakukan dengan lebih seronok.

 

Kelebihan Bekerja Di Pejabat

 

#1 – Pengurusan Masa Yang Lebih Teratur

Jika anda bekerja di pejabat, ada beberapa peraturan yang perlu diikuti. Contohnya, waktu anda memasuki pejabat, menghantar tugasan serta menghadiri mesyuarat.

Secara tidak langsung, ianya dapat membuatkan pengurusan masa anda akan lebih teratur dan lebih produktif. Menepati masa merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja dan setiap satu saat masa yang berlalu, tidak akan kembali lagi.

Seorang individu yang melakukan kerja di awal waktu, secara tidak langsung dapat mengubah hidup  mereka ke arah yang lebih produktif serta mempunyai sikap yang berdisipilin. Dengan ini, apabila pulang kerumah anda tidak perlu lagi memikirkan segala tugasan di pejabat setelah bersungguh-sungguh melakukannya.

#2 – Belajar Untuk Jadi Individu Yang Lebih Profesional

Seorang individu yang bijak berkomunikasi dengan baik serta mempunyai kemahiran yang tinggi, dapat membuatkan anda menjadi seorang yang lebih profesional dalam melakukan kerja. Selain dari itu, dari segi berpakaian juga amat dititikberatkan bagi menunjukkan anda menjadi seorang yang lebih berkeyakinan apabila bertemu dengan orang ramai.

Berkeyakinan disini bermaksud, anda mempunyai fizikal yang menarik, sentiasa berpakaian kemas dan tidak menjolok mata, serta bijak untuk berkomunikasi dengan baik. Secara tidak langsung, sikap profesional akan hadir dalam diri anda.

#3 – Berpeluang Untuk Menimba Ilmu Pengetahuan

Dikelilingi oleh orang-orang yang berilmu dan ahli korporat, samada rakan sekerja di pejabat, anda akan sentiasa mempunyai peluang untuk belajar daripada mereka segala ilmu-ilmu yang mereka ada.

Ini kerana, setiap daripada mereka datang dari pelbagai bidang dan ambil kesempatan ini untuk rajin bertanya. Semakin rajin anda bertanya, semakin banyak ilmu yang akan diperolehi. Jelaslah disini bahawa, bekerja di pejabat adalah platform yang terbaik utuk anda menimba lebih banyak ilmu.

#4 – Persaingan Yang Sihat Antara Rakan Sekerja

Mempunyai persaingan yang sihat antara rakan sekerja dapat menimbulkan suasana kerja yang lebih produktif. Ini kerana, apabila salah seorang rakan sekerja anda dapat melakukan kerja dengan baik, ianya juga dapat memberikan impak yang positif dalam diri. Namun, usaha harus selari dengan matlamat dan tidak mudah mengenal erti putus asa.

Pada tahun 2014, seorang Ketua Eksekutif yang bernama Dave Kerpen yang juga pengarang kepada “The Art Of People” telah menerima sekeping poskad yang menggambarkan sifat-sifat dan tingkah laku orang yang berjaya dan yang tidak berjaya.

Berikut merupakan perbezaan antara orang yang berjaya dan tidak berjaya yang boleh anda tiru dalam kehidupan seharian :

#1 – Orang Berjaya Inginkan Perubahan, Orang Gagal Sentiasa Takut Untuk Ke Hadapan.

Melakukan perubahan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana, setiap perubahan yang dilakukan haruslah mempunyai matlamat dan semangat yang kuat untuk tidak mudah mengalah.

Dengan wujudnya teknologi yang tinggi, dunia semakin bergerak dengan lebih pantas. Segalanya-galanya sudah di hujung jari dan kita tidak boleh terlalu selesa dan tidak lakukan sebarang perubahan.

Adalah penting untuk kita menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan menyembunyikan perasaan takut yang menguasai diri.

#2 – Orang Berjaya Sentiasa Keluarkan Idea, Orang Gagal Hanya Bercakap Mengenai Orang.

Orang yang berjaya sentiasa memberikan idea yang kreatif dan membincangkan idea tersebut. Malah, berbeza pula dengan orang yang tidak berjaya mereka memilih untuk berfikiran negatif dan bercakap mengenai keburukan orang lain. Individu seperti ini hanya mengharapkan bantuan orang lain tanpa mengeluarkan sebarang idea dan tidak berfikiran dengan lebih jauh.

Namun, sedar atau tidak dengan berkongsi idea, ianya akan menjadikan kerja kita akan lebih bertambah baik. Apabila berkongsi idea setiap individu diberikan peluang untuk bersuara dan dari situ, kita boleh lihat kelemahan dan kekurangan yang kita boleh baiki.

#3 – Orang Berjaya Terima Kegagalan, Orang Gagal Hanya Salahkan Orang Lain

Bagi seorang ahli perniagaan, turun dan naik dalam sesuatu perniagaan adalah perkara yang normal berlaku. Namun, di setiap kegagalan yang mereka hadapi sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus berjaya. Malah, mereka mengambil kegagalan itu sebagai tanggungjawab yang perlu mereka perbaiki untuk terus maju ke hadapan.

Bagi individu yang sering menyalahkan orang lain tentang kesalahan sendiri, individu seperti ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat malah, sentiasa memandang rendah kepada orang sekeliling.

#4 – Orang Berjaya Beri Peluang Kepada Orang Lain, Orang Gagal Sentiasa Lepaskan Peluang

Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat pekerja-pekerja mereka. Beliau sentiasa memantau prestasi pekerja dan memberi peluang kepada mereka untuk berkerja dengan lebih keras dan memberi peluang untuk memberikan idea masing-masing.

Dari sini, setiap pekerja tidak merasa diabaikan serta, sentiasa mengambil peluang yang ada untuk terus mencuba seperti orang lain.

#5 – Orang Berjaya Sentiasa Curahkan Ilmu, Orang Gagal Suka Lihat Kegagalan Orang Lain

Apabila anda berada dalam sebuah organisasi, perlu untuk anda sentiasa letakkan impian untuk mencapai sesuatu kejayaan baru secara berperingkat. Orang yang berjaya sentiasa ingin melihat rakan-rakannya juga berjaya seperti mereka.

Berbeza bagi orang yang tidak berjaya sentiasa kedekut untuk mencurahkan ilmu dan tidak ingin melihat orang lain turut berjaya.

#6 – Orang Berjaya Ingin Terus Belajar, Orang Gagal Hanya Belajar Separuh Jalan

Untuk menjadi seorang yang lebih professional dan sebagai pemimpin yang bijak, anda harus sentiasa meningkatkan ilmu dan belajar sesuatu yang baru. Individu seperti ini tidak akan pernah berhenti belajar walaupun sudah berada di tahap yang lebih tinggi.

Jika anda sentiasa ke hadapan, tidak mustahil suatu hari nanti anda boleh melangkah lebih jauh berbanding dengan pesaing anda. Namun, jika anda memilih untuk berputus asa, peluang untuk anda berjaya mungkin akan jadi penghalang dan anda akan ketinggalan di belakang.

#7 – Orang Berjaya Sentiasa Hulurkan Bantuan, Orang Gagal Hanya Pentingkan Diri Sendiri

Seorang individu yang berjaya tidak akan bertanya “bagaimana anda boleh membantu saya?”. Namun, sebaliknya mereka akan bertanya “bagaimana saya boleh membantu orang ramai untuk terus berjaya?”.

Individu seperti ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diminta untuk melakukan sesuatu. Perbuatan ini juga dapat membuatkan orang lain merasa selesa dengan kita.

#8 – Orang Berjaya Tidak Malu Untuk Bertanya, Orang Gagal Malu Untuk Bertanya

Penolakan dan kegagalan adalah dua perkara yang sering menghantui setiap individu untuk bergerak ke hadapan. Risiko untuk gagal akan menjadi kurang apabila anda selalu bertanya orang yang lebih berpengalaman. Dengan harapan, anda diberikan ‘shortcut’ dan dapat mengelakkan risiko yang boleh membuatkan anda terbakar tangan.

#9 – Orang Berjaya Sentiasa Fahami Diri Mereka, Orang Gagal Tidak Fikirkan Tentang Diri Sendiri

Langkah pertama untuk anda mempengaruhi orang lain dan berjaya dalam kehidupan adalah, dengan memahami diri anda dahulu. Khususnya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan berinteraksi dengan orang lain. Dari sini anda dapat mengenali siapa diri anda yang sebenar. Berinteraksi dengan orang lain dapat meningkatkan kemahiran untuk anda bercakap dan berfikir dengan lebih baik.

#10 – Orang Berjaya Sentiasa Mendengar, Orang Gagal Sentiasa Tidak Berhenti Berkata-Kata

Kemahiran yang paling penting dalam perniagaan adalah, dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Sentiasa mendengar dan menerima pendapat daripada orang lain.

Tidak dinafikan, perkara ini agak sugar dilakukan. Ini kerana, apabila kita terlalu banyak idea seringkali kita merasa terlalu teruja untuk berkata-kata. Namun, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menyekat idea orang lain untuk bersuara. Sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik, dan menerima pendapat daripada orang lain adalah lebih baik.

Kunci dalam perniagaan adalah, dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk mereka menyuarakan pendapat. Cara ini dapat menarik perhatian dan memenangi hati mereka.

#11 – Orang Berjaya Sentiasa Bersikap Jujur, Orang Gagal Sering Berahsia

Dalam buku yang ditulis oleh Kerpen sendiri, beliau menulis sejak dari kecil kita sudah mula menangis dan menunjukkan emosi, dan itu menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang kita ada.

Perlu untuk anda sentiasa berlaku jujur dengan semua orang untuk meningkatkan kekuatan dalam diri. Disebabkan ini juga kita dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah tanpa ada sebarang masalah yang akan datang.

Sentiasa terapkan dalam diri, untuk ikhlas bekerja dan kawal emosi dengan bijak. Dengan ini, orang ramai akan lebih mudah untuk bekerjasama dengan anda dan membuang segala kelemahan dalam diri.

#12 – Orang Berjaya Sentiasa Berfikiran Positif, Orang Gagal Sentiasa Berfikiran Negatif.

Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sering meletakkan sikap positif dalam diri. Sikap ini dapat memberi kesan yang positif kepada orang di sekeliling anda.

Jika anda sering terapkan dalam diri dengan nilai-nilai yang positif, secara tidak langsung akan membuatkan orang ramai mudah untuk mendekati anda. Mereka juga mudah untuk berinteraksi dan sentiasa mendapat aura yang positif.

#13 – Orang Berjaya Sentiasa Bersyukur, Orang Gagal Sering Mengeluh.

Antara rahsia orang yang berjaya adalah, sentiasa melayan orang lain dengan baik dan bersyukur dengan segala yang mereka telah perolehi. Berbeza bagi orang yang tidak berjaya pula mereka sering mengeluh tetapi tidak ada sedikit pun usaha yang mereka telah lakukan.

Sebagai contoh, jika anda menjadi seorang ketua dalam sebuah organisasi, tidak salah untuk anda memberikan sedikit penghargaan buat pekerja yang cemerlang. Ini juga dapat meningkat semangat mereka untuk bekerja dengan lebih keras dan berjaya seperti ketua mereka.

Ramai pemilik perniagaan bercakap tentang budaya syarikat mereka, tetapi hanya segelintir sahaja bercakap di atas realiti sepertimana dipraktikkan pada syarikatnya. Zappos, The Henderson, syarikat yang berasaskan perniagaan kasut dan pakaian peruncit sering dijadikan contoh syarikat yang menerapkan dan menjaga nilai budaya terhadap pelanggan dan pekerjanya.

Dimana syarikat ini berjaya mencatatkan pencapaian yang menakjubkan, yakni 75 peratus pelanggan mereka membuat pesanan lebih daripada sekali.

Syarikat itu telah mendapat perhatian meluas tentang penerapan budaya termasuk media antarabangsa . David “Doc” Vik, individu yang pernah memulakan kerjaya dengan syarikat Zappos.

Dan beliau kini berkerja dengan syarikat-syarikat untuk membantu mereka membina persekitaran syarikat yang berkesan dan motivasi. Beliau berkata terdapat 5 komponen utama untuk membina budaya syarikat yang berjaya.

#1 – Tentukan Visi Anda

Visi adalah sesuatu matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan. Di dalam bukunya, The Culture Secret: How to Empower People and Companies No Matter What You Sell (Greenleaf Book Group, 2013), Vik menjelaskan bahawa, amat penting untuk anda tidak mengehadkan diri bagaimana anda tentukan apa yang anda usahakan sekarang.

#2 – Kenal Pasti Tujuan Anda

Untuk mewujudkan budaya dalam sesebuah syarikat, amat penting untuk anda memahami apa tujuan anda dalam perniagaan. Ini memastikan bahawa apa yang anda lakukan pada hari ini selari pada visi dan misi. Tujuan tidak semestinya atas keuntungan wang semata-mata. Sudah banyak bisnes yang kita lihat, tidak dapat bertahan lama apabila model bisnes berpaksikan duit semata-mata.

Bisnes tidak boleh lari dari konsep menyelesaikan masalah orang ramai, atau lebih tepat menawarkan solusi kepada sesuatu masalah. Kita boleh lihat kemunculan-kemunculan aplikasi mudah alih seperti GrabTaxi, Uber cepat berkembang dan digunakan oleh orang ramai oleh kerana produknya menyelesaikan masalah.

#3 – Tentukan Semula Model Perniagaan Anda

Perniagaan yang dijalankan dalam sesebuah syarikat juga adalah sebahagian daripada budaya syarikat. Untuk mewujudkan sebuah budaya dalam syarikat, usahawan sentiasa perlu berfikiran terbuka dalam memberikan produk dan servis terbaik kepada pelanggan anda.

#4 – Apakah Faktor Wow Bisnes Anda?

Semua orang pasti mahu diberi layanan yang terbaik begitu juga kepada pekerja dan pelanggan anda. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, anda juga perlu mengambil berat apa yang pelanggan anda inginkan.

Fikirkan apakah perkara yang menjadikan bisnes anda istimewa dari pesaing-pesaing lain dan sentiasa berusaha membuat dengan lebih baik.

Jika anda tidak dapat menunjukkan kelebihan yang ada pada bisnes anda, lebih banyak pesaing yang akan bersaing dengan anda, terutamanya melibatkan penawaran harga.

#5 – Tetapkan Nilai Pada Bisnes

Tanpa visi dan tujuan, tidak mungkin kejayaan akan dapat dicapai dalam sesebuah syarikat. Budaya syarikat juga tidak boleh diterapkan jika tiada nilai yang baik ditetapkan. Apakah bentuk nilai yang kita boleh tetapkan dan nilai itu membuatkan pelanggan kita bercerita dan sebarkan jenama kita tanpa dipaksa dan tanpa disuruh?

Jika anda fokus kepada 5 faktor ini dan dapat lihat perbezaan yang ada pada dalam perniagaan anda, mungkin ini dapat membantu supaya lebih fokus di masa akan datang dan tidak mustahil kejayaan bakal menjadi milik anda.

Saya banyak terima aduan daripada pembeli rumah yang pemaju tidak membaiki kerosakan rumah mereka sebagaimana yang diharapkan, walaupun sudah banyak kali mereka melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju.

Disini saya nyatakan antara 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah anda.

#1 – Aduan Tidak Sempurna

Aduan kerosakan yang dibuat oleh pembeli tidak terperinci. Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar.

#2 – Terlalu Bergantung Pada Borang Sedia Ada

Kebanyakan pembeli menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju. Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju.

#3 – Mengelirukan Pemaju Akibat Maklumat Kurang Jelas

Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan. Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak dapat dibaiki dengan betul.

#4 – Proses Urusan Yang Tidak Profesional

Pembeli menggunakan pendekatan berlawan atau berkeras dengan pemaju seolah-olah pembeli sahaja yang betul. Sudah lah aduan kerosakan tidak jelas dan mengelirukan, lepas tu cakap kasar pulak dengan pemaju. Akhirnya pemaju fed-up hendak layan kerenah pembeli. Ingat! pemaju juga manusia biasa.

#5 – Pembeli Tidak Ambil Serius Bab Undang – Undang

Pembeli tidak tahu undang-undang dan tidak tahu hak mereka berkenaan dengan tempoh liability kecacatan. Kebanyakan pembeli tidak pernah baca SNP. Bila hendak membuat aduan kerosakan mereka tidak faham prosedur membuat aduan. Akhirnya aduan dibuat tidak mengikut peruntukan dan prosedur undang-undang yang sebenar.

#6 – Pembeli Tak Tahu Menahu Tempoh Baiki Kerosakan

Pembeli tidak tahu tempoh yang sewajarnya untuk Pemaju baiki kerosakan. Mereka tidak follow up mengikut tempoh yang sepatutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP. Ada yang terlalu kerap sangat follow up sehingga pemaju naik bosan. Akhirnya, aduan tidak dapat dibaiki oleh pemaju dengan sempurna.

#7 – Cepat Putus Asa & Mudah Menyampah

Pembeli cepat putus asa dan frust kalau pemaju tak baiki atau lambat baiki. Mereka tidak tahu apakah steps seterusnya yang mereka harus lakukan jika pemaju tidak baiki kerosakan tersebut. Akhirnya mereka tidak lagi mahu ambil peduli tentang aduan tersebut dan mula fed-up.

#8 – Kedekut Tidak Bertempat

Pembeli kedekut untuk dapatkan nasihat peguam hartanah secara berbayar untuk guide dan advice mereka tentang urusan tuntutan kerosakan dengan pemaju. Mereka lebih sanggup ikut kepala sendiri dan melakukan sesuatu tindakan ikut suka hati mereka berbanding hendak ikut undang-undang atau dapatkan nasihat berbayar daripada peguam. Kebanyakannya hendak kan nasihat percuma daripada peguam.

#9 – Berharap Pada Peguam Di Sebelah Pihak

Pembeli hanya mengharapkan nasihat daripada peguam pemaju berkenaan dengan urusan kerosakan. Ingat! Peguam pemaju sudah pastinya akan berpihak kepada pemaju. Sebaliknya lantiklah peguam bebas dan mahir tentang urusan tuntutan kerosakan rumah untuk membantu anda.

#10 – Kerja ‘Last’ Minit Sentiasa Membawa Kerugian

Pembeli suka buat aduan kerosakan last-last minit kepada pemaju, ie; dekat-dekat hendak habis tempoh liability kerosakan. Ini menyebabkan pemaju buat sambil lewa kerana mereka beranggapan tempoh liability akan tamat tidak lama lagi. Dan selepas itu mereka selamat kerana pembeli tidak lagi boleh membuat aduan.

Ini antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh pembeli. Bukan niat saya untuk semata-mata mencari kesilapan sesiapa tetapi sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat untuk jadi lebih baik dan peka terhadap undang-undang.

Justeru saya sarankan lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman untuk bantu anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk tujuan defects inspection dan proper legal advice tentang defects, boleh pm saya dan berhubung dengan saya secara peribadi, insyaalah.

Ingat! Jangan sayang duit jika hendak dapat nasihat dan hasil yang terbaik. Akhir kata, be smart, dan fahamilah hak anda mengikut undang-undang.

Untuk menjadi seorang pekerja yang di sayangi oleh majikan, memenangi hati bos tidak akan menjadi satu halangan buat anda. Sekiranya anda tahu cara-caranya, pasti ianya mudah untuk dilakukan. Namun, anda harus bijak untuk merancang beberapa strategi supaya menjadi seorang pekerja yang disenangi oleh majikan.

Artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tip yang mudah untuk anda ikuti. Ianya juga hasil dari penyelidikan saintifik dan pendapat daripada pakar.

 

#1 – Hadir Ke Pejabat Tepat Pada Waktunya

Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Michael G.Foster, dari Sekolah Perniagaan di Universiti Washington. Beliau mengatakan bahawa, pekerja yang sering tiba di pejabat tepat pada waktunya dianggap mempunyai prestasi kerja yang baik, jika dibandingkan dengan mereka yang sering datang lambat.

Namun, jika anda merasakan bahawa anda akan menjadi lebih produktif sekiranya bekerja dari waktu 10 pagi sehingga 6 petang, berbanding dengan pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Apa kata anda berbincang dahulu dengan majikan tentang perkara ini. Mungkin dengan cara ini, majikan akan menganggap anda seorang pekerja yang jujur.

#2 – Rajinkan Diri Untuk Mendapatkan Nasihat

Tidak semua individu yang berani untuk meminta nasihat daripada majikan mereka, dan mungkin mereka lebih berhati-hati untuk bertanya. Anda juga mungkin ingin tahu bagaimana mereka boleh berjaya sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan, serta apakah strategi yang sering digunakan oleh mereka untuk berjaya.

Kajian dari Harvard Business School menunjukkan bahawa, sekiranya anda meminta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman, ini tidak bermakna anda seorang yang kurang bijak. Malah, ia boleh membuatkan  anda menjadi seorang yang lebih berwibawa serta ingin mempelajari sesuatu yang baru.

Para penyelidik menjelaskan bahawa, apabila anda sering meminta nasihat mahupun pendapat perkara tersebut akan menyebabkan mereka lebih selesa untuk berkongsi segala ilmu yang ada.

#3 – Jadikan Majikan Sebagai Mentor

Ianya adalah satu istilah dimana, anda harus peka dan tahu apakah yang membuatkan bos anda suka dan sering mengambil berat tentang sesuatu perkara. Menurut Dave Kerpen seorang pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau memberitahu, seorang majikan sudah tentu ingin kelihatan hebat kepada majikan di atas mereka.

Dengan itu, majikan anda sentiasa ingin melakukan yang terbaik buat diri mereka dan juga syarikat. Secara tidak langsung, segala kesan positif pada mereka akan memberikan impak yang positif juga buat anda untuk mengambil mereka sebagai mentor untuk berjaya.

#4 – Pergi Bercuti

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Oxford Ekonomi, pekerja yang mengambil cuti untuk pergi bercuti sebanyak 6.5% lebih cenderung untuk mendapatkan minda dan pemikiran yang lebih meluas. Ini kerana, apabila pulang sahaja dari bercuti, secara tidak langsung anda mempunyai pemikiran yang lebih segar serta lebih produktif. Seorang majikan yang baik, tidak mungkin akan menghalang anda untuk pergi bercuti demi merehatkan minda dari kesibukan bekerja.

#5 – Sering Menyuarakan Pendapat

Jika anda mempunyai sebarang pendapat, elakkan dari berdiam diri sahaja tetapi segeralah bersuara. Ini kerana, sebagai seorang pekerja anda juga mempunyai hak untuk memberikan pendapat. Menurut Jenna Lyons, seorang presiden dan pengarah eksekutif dari J.Crew Grop Inc. Beliau mendapati bahawa, agak mustahil seseorang individu untuk memahami apa yang mereka inginkan sekiranya mereka tidak memberikan sebarang pendapat.

Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, jangan jadikan kekurangan tersebut sebagai satu halangan buat anda malu untuk bersuara. Sebaliknya, setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk bersuara serta memberikan pendapat yang dapat membina untuk kebaikan bersama.

Cuba anda fikirkan orang yang paling berjaya yang anda tahu. Sekurang-kurangnya 2-3 orang yang paling anda rapat. Sekarang fikirkan beberapa perkataan yang paling menggambarkan orang itu.

Apa yang terlintas di fikiran? Pintar? Sangat terurus? Yakin? Berdisiplin? Sentiasa berinspirasi?

Jika anda seperti orang kebanyakan, anda mungkin gambarkan sebahagian besarnya mempunyai sikap yakin, berdisiplin dan sentiasa memberi inspirasi.

Dalam erti kata lain, sifatnya lebih terarah kepada sikap, tabiat orang itu, daripada pengetahuan atau kemahiran mereka yang mereka ada. Lain-lain perkataan yang memberi maksud yang lebih kurang sama adalah termasuk rajin, berani, merendah diri, dan punyai berpengaruh yang tinggi.

Kisah Program Latihan Dale Carnegie Yang Dihadiri Oleh Warren Buffet

Latihan ini adalah salah satu daripada beberapa siri sesi preview yang diadakan oleh Dale Carnegie di dalam program “Skill for Success” di bandar New York . Kursus ini adalah salah satu daripada beberapa program latihan Dale Carnegie yang ditawarkan di seluruh dunia,. Buat anda yang mungkin tidak tahu , Dale Carnegie merupakan seorang penulis buku ‘bestseller’  “How to Win Friends and Influence People.”

Warren Buffett berkata beliau telah menghadiri kelas Dale Carnegie ini ketika dia masih kecil, dan ia mengubah hidupnya & mengatasi rasa takut pada pengucapan awam.

Bersama dengan kira-kira 40 peserta yang lain, beliau menghadiri sesi preview “Skill for Success”. Salah satu ilmu yang beliau bawa pulang adalah bahawa pentingnya sikap yang betul untuk anda hadapi cabaran hidup dan bisnes setiap hari, lebih penting dari apa kelayakan anda di atas kertas (sijil) dan kemahiran anda.

Untuk menggambarkan perkara ini, pengajar latihan Dale Carnegie iaitu Marc Fowler, membacakan senarai 21 objek secara rawak, beliau kemudiannya memberitahu awal-awal bahawa setiap objek yang melambangkan maksud yang berbeza-beza. Dan beliau meminta peserta yang lain dapat membaca senarai yang disebutkan tadi tanpa ada kesilapan!

Malangnya, seperti dijangkakan, tiada siapa yang angkat tangan, dan berani untuk menawarkan diri!

Your Attitude Is Holding You Back,” Kata Fowler

Beliau kemudian menerangkan maksud setiap 21 objek tersebut dan meminta kami mengingati objek dan maksudnya secara berpasangan. Hampir setiap pasangan membuktikan prestasi mereka meningkat dengan pantas dari kali pertama mereka akan cuba. Malah ada 2-3 pasangan tampil ke hadapan untuk menerangkan setiap objek dan maksudnya dengan betul! Dan mereka dapat terangkan dengan penuh yakin.

Jelas sekali, disini kita tahu, tidak semua cabaran begitu mudah untuk diatasi. Tetapi melalui latihan ini, ia mengajar kita, sekurang-kurangnya, mengatakan “Ya, saya boleh”! Cuba dahulu, dan ‘adjust’ kemudian!

Fowler tidak pernah memberi tahu secara khusus bahawa kita tidak boleh bekerja secara berpasangan,  mendengar semula senarai itu, atau meneka. Jika kita akan mempunyai sikap yang lebih positif, kita mungkin telah menyedari bahawa strategi ini boleh menjadi laluan untuk kejayaan – kegagalan yang tidak dapat dielakkan.

Sikap & Tabiat Dalam Hidup Lebih Penting Dari Pengetahuan & Kemahiran Yang Anda Ada

Pengajaran ini juga mempunyai beberapa implikasi penting di  tempat kerja. Fowler juga berkata kepada kami, sesetengah majikan sering mengutamakan pekerja berdasarkan pengetahuan serta kemahiran yang mereka ada. Mereka lebih mengutamakan calon pekerja yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup, serta kemahiran yang boleh memenuhi apa yang dimahukan oleh syarikat.

Tetapi mereka lupa, dengan mempunyai sikap yang betul juga membantu pekerja untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran, setelah bekerja dengan kita. Namun begitu, tidaklah dinafikan pengetahuan dan kemahiran juga penting.

Malah, Fowler memberitahu, “Semangat (sikap) yang dimanfaatkan dengan cara yang salah boleh menjadi sia-sia. Kunci kepada kejayaan, katanya, adalah sikap, kemahiran yang betul serta pengetahuan.

Berbalik kepada cerita latihan tadi, jika kita mencuba dengan melulu tanpa usul periksa, kemungkinan kita akan menjawab dengan salah. Namun selepas itu, kita boleh rancang sesuatu strategi , mungkin dengan bekerja dalam satu pasukan, adakan sesi visualisasi boleh atasi masalah. Sehinggalah kita dapat menjawab kesemuanya dengan betul.

Kata kuncinya, cuba dahulu! Andaikata masih kurang tepat, kita rancang strategi bagaimana untuk kurang kesilapan sehinggalah berjaya menjawab dengan betul!

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda tidak boleh hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa dan mengharapkan panggilan daripada pelanggan. Anda perlu menjadi seorang yang produktif dan sentiasa bergerak pantas untuk merebut peluang yang ada.

Dalam usaha anda untuk mendapatkan kejayaan, penting untuk anda tahu bagaimana cara yang berkesan untuk menarik perhatian pelanggan. Seterusnya menjadikan mereka sebagai pelanggan yang setia terhadap produk yang anda jual. Berikut merupakan beberapa cara yang berkesan supaya pelanggan setia dengan anda.

#1 – Menepati Masa

Sebagai seorang usahawan, penting untuk anda sentiasa menghargai masa yang ada, kerana sudah tentu masa yang terluang akan diisi dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan.

Jadilah seorang individu yang bijak menguruskan masa dengan baik untuk menujukkan anda seorang yang sangat profesional. Jika anda berjanji untuk bertemu dengan pelanggan pada waktu yang telah ditetapkan, pastikan anda bersedia dan hadir lebih awal untuk mengelakkan pelanggan menunggu dengan lebih lama.

#2 – Mengenal Pasti Masalah Pelanggan

Untuk mendapatkan hubungan yang baik antara pelanggan, penting untuk anda mengenal pasti dahulu apakah jenis masalah yang dihadapi oleh mereka, dan terangkan bagaimana anda akan menyelesaikan masalah tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan lebih merasa selesa untuk berkomunikasi.

Namun, anda perlu lebih berhati-hati apabila ingin memulakan perbualan kerana pelanggan ini banyak ragamnya. Komunikasi yang baik dapat memberi kesan dan impak yang positif untuk menarik perhatian pelanggan. Selain itu, terangkan kepada mereka cara-cara yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

#3 – Bijak Mengurus Rintangan

Bukan mudah untuk berurusan dengan pelanggan jika anda tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk memulakan perbualan. Tetapi, ianya tidak akan menjadi satu perkara yang mustahil sekiranya anda bijak untuk memulakannya.

Namun, anda tidak boleh menganggap semua pelanggan mempunyai sikap yang sama. Rintangan dalam perniagaan pasti ada, tetapi ianya bergantung kepada diri anda sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya.

Walau bagaimanapun, jika anda sudah memulakan perbualan, tetapi pelanggan seperti tidak berminat anda boleh menggunakan kaedah yang lain.

Antaranya adalah, dengan bertanyakan mungkin mereka ada beberapa soalan yang hendak dikatakan ataupun, dengan memahami kehendak mereka. Kata kunci untuk mengelakkan rintangan dalam perbualan adalah, anda harus bijak berkata-kata.

#4 – Senyum Selalu

Sudah terbukti dengan memberikan senyuman akan membuatkan orang lain senang untuk berinteraksi dengan kita. Ia merupakan satu cara yang paling mudah untuk membuatkan pelanggan merasa selesa untuk berkomunikasi dan secara tidak langsung, mereka  juga akan melihat anda sebagai seorang individu yang mudah didekati.

#5 – Pendengar Yang Baik

Sekiranya anda mahu mereka menjadi pelanggan yang setia kepada anda, anda seharusnya menjadi seorang pendengar yang baik kepada mereka. Dengan mendengar masalah, dan kehendak mereka secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan anda dengan pelanggan menjadi semakin rapat dan senang untuk melakukan transaksi jual beli.

#6 – Menyebut Nama Pelanggan

Ingin mendapatkan perhatian pelanggan anda? Panggil nama mereka dengan kerap. Salah satu bunyi yang paling menyenangkan seseorang adalah dengan mendegar nama mereka sendiri. Dengan menggunakan nama pelanggan anda apabila anda bercakap dengan mereka, akan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan kepada apa yang anda katakan.

#7 – Memberi Mesej Yang Bermanfaat

Apabila anda berurusan dengan pelanggan, anda perlu menyampaikan mesej yang bermanfaat dan yang mudah unuk difahami oleh mereka. Selain itu, jika anda sudah mempunyai jenama yang kukuh ia dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda serta dapat bersaing dengan pelanggan anda.

Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.