July 22, 2020

Usahawan ini buat bisnes franchise ala KFC dan konsisten jana sales enam angka bulan-bulan

Nak bina jenama kuat hingga orang berani untuk jual produk kita bukan mudah. Lagi-lagi bisnes nature yang perlu pacakkan kedai, restoran atau stall. 

Tapi, Tuan Syarifuddin perlahan-lahan bina kepercayaan orang melalui jenamanya D’Sara Fried Chicken. 

Macam-macam perlu dikemaskan dari segi penstrukturan syarikat. Jika tidak rakan niaga tak yakin dengan pengurusan syarikatnya dan was-was nak labur duit buka franchise DFC. 

Tu pasal Tuan Syarifuddin ni segera dapatkan bimbingan dari kami, ini yang beliau buat yang dah bantu lonjakkan sales beliau dari enam angka menginjak tujuh angka dengan bantuan nasihat kami. Antara yang beliau baiki adalah:

93362735-2642966122639796-2977114314172792832-o

Antara menu di D'Sara Fried Chicken

Rukun Marketing S.M.S

Perkara ni sangat diteliti Tuan Syarifuddin sebelum nak mencari pelanggan untuk bawa jenama DFC. Beliau mulakan dengan mencari sasaran pelanggan yang betul  untuk hantar mesej yang sesuai dengan sasaran pelanggan tu. Contohnya untuk target orang yang pencen lain mesej yang perlu disampaikan berbanding target orang muda. S yang terakhir adalah saluran yang tepat untuk sampaikan mesej iklan supaya 'kena' dengan platform yang selalu diguna pakai oleh sasaran pelanggan kita tu. Selain tu, mesej yang nak disampaikan mestilah mudah dilihat tak kira melalui flyers, bunting atau Facebook advertisement. 

104603690-2987801598113263-63094371316636899-nCawangan D'Sara Fried Chicken di Terengganu

Tahu roll setiap orang di dalam syarikat

Lepas kami dah jelaskan semua role atau posisi dari jawatan pengarah hinggalah staff syarikat D'Sara Fried Chicken, Tuan Syarifuddin mula tahu bagaimana nak 'gerakkan' manpower di syarikat beliau. Takdalah satu orang buat kerja yang sama dan bertindan atau satu orang buat terlalu banyak kerja. Tanggungjawab semua individu dalam syarikat perlu clear dan ada hitam putih yang perlu di-sign jika timbul apa-apa isu nanti. 

Pernah terjadi staff Tuan Syarifuddin nak letak jawatan sebab terlalu banyak workload dek kerana perlu buat kerja dua posisi posisi dalam satu masa. Bila dah belajar, Tuan Syarifuddin dapat selamatkan staff yang boleh diharapkan tu untuk terus berkhidmat dalam syarikat. 

'4 G'

Great product, great marketing, great value dan great hospitality yang kami terapkan sangat dipegang oleh Tuan Syarifuddin untuk kembangkan rangkaian DFC dan nak tarik ramai lagi usahawan bawa jenama DFC serta yakin produk DFC boleh pergi jauh. 

 

dsaralangkawiRakan niaga Tuan Syarifuddin di D'Sara Fried Chicken di Pulau Langkawi

Beliau percaya gabungan 4G ni yang membantu grow kan bisnes nya. Hingga kini franchise DFC dah bertapak di Subang, Dungun, Pulau Pinang, Kuantan, Kuala Krai dan banyak lagi franchise yang bakal dibuka. 

Lagi satu, Tuan Syarufuddin fokus kepada jualan combo meal yang serius boleh bantu naikkan jualan beliau. Jika dulu apabila satu keluarga datang makan di kedai hanya dapat pilih a la carte sahaja sebab beliau banyak tawarkan menu a la carte tapi bila dah wujudkan menu combo atas saranan kami Alhamdullilah sales semakin meningkat. 

Syukur sales bisnes D’Sara Fried Chicken konsisten capai jualan RM 200 hingga RM 500 ribu sebulan setelah Tuan Syarifuddin upgrade ilmu. Staff pun makin bertambah dari hari ke hari untuk bantu Tuan Syarifuddin kembangkan bisnes. 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.