July 30, 2020

"Tuan, kenapa ramai pemilik bisnes boleh gagal walaupun mereka dah kuasai ilmu fb ads, ilmu buat sales?"

Ramai usahawan terjun dalam bisnes tetapi mereka tak tahu bisnes wujud sebab apa.

Mereka tak tahu kenapa manusia membeli, mereka tak tahu apa maksud sebenar marketing dan mereka juga tak tahu yang mana patut mereka fokuskan dahulu.

Ada tak dalam senarai diatas sama dengan situasi anda?

Rasa macam dah lama buat bisnes tapi cash reserve masih bertelur, bisnes tak berkembang, berpusing ditahap sama. Mana silapnya?

Saya nak kongsikan salah satu strategi berfikir dan membuat keputusan dalam bisnes supaya kita lebih fokus.

Dalam bisnes kita ada 4 terma penting. Vision, Strategy, Tacticals dan Technical.

Terma ni saya akan huraikan secara spesifik dalam ruang lingkup marketing supaya mudah untuk faham.

VISION

Kenapa kita berbisnes?

Apa misi dan visi syarikat? Di tahap mana syarikat kita dalam masa 10 tahun akan datang?

Visi berkisar tentang siapa kita di masa hadapan. Misi ialah apa yang kita perlu fokus sekarang untuk capai visi kita.
.
.
STRATEGI

Apabila kita bercakap tentang strategi, usahawan perlu berfikir bagaimana caranya untuk capai impian yang telah digariskan dalam pelan syarikat.

Bila dan siapa yang terlibat untuk jayakan visi dan misi kita?

Dalam merangka strategi marketing, kenalpasti perkara seperti kenapa manusia membeli, dimana tempat pelanggan berkumpul dan kita juga bertanggungjawab menentukan harga yang sesuai.

Marketing bukan setakat mewar-warkan kewujudan bisnes kita. Objektif sebenar marketing ialah membina jambatan kepercayaan.

Sebuah perjalanan menukarkan seorang stranger menjadi pelanggan peringkat demi peringkat.

Bagaimana nak menarik leads, bagaimana nak meningkatkan jualan, ini kerja-kerja usahawan bisnes kecil perlu fikirkan.

Saya cadangkan usahawan teliti dalam merangka pelan strategik bisnes. Ambil kira perkara ini :

1. Pengalaman Lepas

Strategi mana yang membuahkan hasil? Apa yang tak jadi? Dari sini, tentukan mana yang kita boleh guna untuk kembangkan bisnes dengan lebih jauh.

2. Belajar Daripada Pesaing

Tengok dan perhatikan pesaing kita, terutamanya mereka yang lebih berjaya. Apa yang boleh kita belajar dari kejayaan dan kegagalan mereka? Cari inspirasi dari cara kebangkitan mereka.

3. Letakkan Role Model

Jika kita dah jelas nilai yang kita ingin bawa dalam syarikat, kita boleh lihat bisnes-bisnes di sekeliling yang pegang nilai yang sama. Lihat cara mereka tonjolkan nilai.
.
.
TAKTIKAL

A strategy is the broad approach you take. A tactic is the specific process you follow.

Taktik dalam bisnes menjawab persoalan spesifik bagaimana nak laksanakan strategi yang sudah kita rancang. Taktik marketing yang efektif wajib mendokong strategi marketing kita.

Antara yang terkandung dalam perancangan taktikal ialah :
1. Menulis copywriting yang menarik minat prospek.
2. Skrip closing pelanggan kurang dari 10 minit.
3. SOP handle rejection pelanggan.
4. Offer untuk pelanggan lebih cepat serah duit.

74-20-3

TEKNIKAL

Teknikal adalah segala proses yang terlibat dalam merealisasikan perancangan taktikal bisnes kita.

Usahawan sebagai pemilik bisnes perlu belajar serahkan urusan teknikal kepada pekerja yang ada kemahiran.

Dengan ini, kita dapat mengelak daripada leka membetulkan setting-setting dalam bahagian teknikal dan membazir masa yang seharusnya digunakan untuk merancang strategi.

Skil yang terlibat dalam teknikal marketing termasuklah:
1. Setting iklan platform fb ads
2. Pemilihan fonts, warna, design untuk flyers
3. Set up media sosial
4. Graphic design untuk bunting dan banner yang tarik perhatian.

Usahawan yang faham apa kerja STRATEGI, TAKTIKAL & TEKNIKAL akan nampak lebih jelas perbezaan tahap kerja dalam menambahbaik bisnes.

Bisnes dapat berkembang apabila ketuanya tahu menyusun dan mengambil pekerja mengikut level-level ini.

Yang paling penting, kita tak mahu menjadi chief everything officer. Segala kerja strategi, taktikal dan teknikal kita buat.

Belajar sesuatu?

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.