August 27, 2020

Tak Berani Ambil Staff Punca Bisnes Tak Grow

Tatkala ramai usahawan takut nak tambah staff bila untung bisnes masih belum banyak, Tuan Hafiz tak teragak-agak untuk ambil staf apabila tahu itu punca utama bisnes beliau tak grow! 

“Keberanian ni datang dengan ilmu,” kata Tuan Hafiz.

Dulu premisnya hanya tempat simpanan jersey-jersey yang tunggu untuk dicetak. Pada ketika itu, beliau sendiri yang keluar untuk pergi cari job. 

Letih dengan situasi untung sekitar RM 4 ribu sahaja sebulan, beliau terus fikir jalan untuk keluar daripada masalah bisnes buat penat. 

Tahu mengenai The Protege melalui rakan seperniagaan, ini yang beliau buat selepas kami bantu nasihati strategi untuk naikkan jualan jersey Ace Sports: 

1. Bina team frontliner

Tuan Hafiz mulakan dengan mencari team sales seramai 3 orang. Mula-mula beliau rasa memang tak yakin, tapi dengan bimbingan, terbukti dengan menambah team sales, sales Ace Sports turut meningkat. 

2. Hebahan iklan

Jenama Ace Sports belanjakan 10% daripada hasil jualan untuk buat iklan di Facebook dan Instagram ads. Kami pastikan beliau target kepada pelanggan sasaran yang tepat supaya duit perbelanjaan iklan berbaloi dengan pulangan.  

3. Tambat jiwa pelanggan

Sebelum ni beliau tak tahu customer happiness ini penting. Dengan tawaran freegift, voucher dan sticker, beliau cuba tambat hati pelanggan supaya ingat jenama Ace Sports.

4. Share kisah kejayaan pemain 

Tuan Hafiz  kongsi sekecil-kecil kejayaan pemain yang menggunakan jersey Ace Sports dan turut menggunakan gambar mereka sebagai bahan iklan.

“Bila buat macam tu, pelanggan suka dan rasa dihargai,” kata Tuan Hafiz. 

Whats-App-Image-2020-08-27-at-10-58-48

Pelanggan Ace Sports sedang meraikan kejayaan

5. Optimum-kan pengalaman pelanggan

Jika sebelum ni ketika Tuan Hafiz bekerja seorang diri, pertanyaan pelanggan sering lambat dijawab. Kami nasihati beliau bina SOP kepada team sales Ace Sports supaya menjawab pertanyaan pelanggan dengan berstruktur dan cepat untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan. 

Alhamdulillah, sales beliau meningkat empat kali ganda. Daripada sales RM 20 ribu sebulan ketika bekerja seorang diri, kini sales meningkat RM 80 ribu sebulan secara konsisten setiap bulan.

Semoga usahawan yang membaca kisah Tuan Hafiz ini juga dapat manfaat dan bertindak berani dengan ilmu seperti beliau. 

Jika anda kenal sesiapa usahawan yang nak kembangkan bisnes macam Tuan Hafiz, ajak mereka klik www.growyourbusiness.my

 

 

 

 

 

 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.