fbpx

Kenapa Competitive Advantage Sangat Penting Untuk Bisnes Kekal Lama?

Apakah itu sustainable competitive advantage?

Competitive advantage ialah kelebihan yang syarikat ada untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Disebabkan competitive advantage yang syarikat ada, bakal pelanggan yang membandingkan syarikat-syarikat yang ada di pasaran dan akan memilih syarikat yang mempunyai competitive advantage.

Competitive advantage boleh dicapai melalui banyak perkara. Namun secara asasnya syarikat boleh memiliki competitive advantage melalui tiga perkara, iaitu kos, product differentiation dan juga strategi niche market.

Bagaimana untuk menjadikan competitive advantage untuk menjadi sustainable atau mampu kekal lama?

Dua kriteria yang diperlukan ialah:

1) Menghasilkan nilai jangka panjang

2) Sukar untuk ditiru oleh syarikat lain

Apakah contoh syarikat yang mempunyai sustainable competitive advantage?

#1- Ramly burger

Syarikat pengeluar burger di Malaysia ini mempunyai customer base yang sangat meluas, daripada pengguna, restoran sampailah penjual burger jalanan. Burger Ramly ini boleh dianggap sebagai brand burger utama masyarakat di Malaysia.

#2- Petronas

Syarikat minyak dan gas Malaysia merupakan pemilik eksklusif sumber petroleum dan mengawal selia industri minyak dan gas di Malaysia. Ini termaktub dalam Petroleum Development Act 1974. Hal ini tidak boleh ditiru dan ditembusi oleh syarikat lain.

#3- Industri teknologi yang mempunyai inovasi yang pesat melalui kajian saintifik akan memfailkan paten terhadap sesuatu teknologi yang dicipta. Ini kerana kos menghasilkan sesuatu teknologi sangat mahal dan perlu dilindungi supaya tidak ditiru oleh syarikat lain.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!