fbpx

Sales Menderu Masuk Tapi Bisnes Hampir Bungkus! Lelaki Buntu Ini Akhirnya Serah Diri….

  

Ingat bisnes boleh go bila jual apa yang kita minat

Macam-macam bisnes Tuan Affifudin dah buat. Lepas habis diploma, beliau minat dengan t-shirt dan mulakan bisnes supply t-shirt tapi untung diraih sangat kecil. Sejak itu beliau sedar bisnes ini bukan hanya tentang apa yang anda minat nak jual tapi berdasarkan demand semasa.

Kesilapan ramai orang nak jadi usahawan sebab minat dengan apa yang mereka nak jual. Tapi ingat, jika tiada demand, bisnes anda susah nak grow malah bakal gulung tikar. Cuba dekati masalah pelanggan dan jangan sesekali syok sendiri berbisnes. Menurut Tuan Affifudin, bisnes is all about things that can make money and not what our passion into. 

Berbalik kepada Tuan Affifudin tadi, beliau tak berminat pun pasal tudung, yalah beliau kan lelaki. Tapi pasaran tudung yang berpotensi untuk pergi jauh di Malaysia mendorong beliau untuk mulakan venture beliau dalam bisnes tudung jenama Heejab.

Tuan Affifudin sendiri mahir dalam taktikal dan strategi marketing untuk pasarkan produk. Mana tidak, selain bisnes t-shirt beliau pernah usahakan bisnes minyak wangi dan sambal goreng kentang dengan berjaya jana sales power. 

Sales masuk tapi hujung bulan takda duit

Dalam bisnes Heejab, beliau lama kelamaan dapat menghidu bisnesnya ada masalah cashflow. 

Masalah itu buatkan beliau datang menuntut ilmu di seminar Hasbul Brothers kerana sales jualan tudungnya menderu-deru masuk tapi hujung bulan duit tak nampak. Lagi teruk, bila panggil auditor review, cashflow negatif. 

Sejak itu, beliau dah mula plan dan perbaiki cost structure. Paling padu, beliau dah tanam mindset untuk bina cash reserve dan bukan hanya menumpu kepada sales semata-mata.  

Antara langkah lain untuk pulihkan cashflow bisnes Heejab adalah Tuan Affifudin luangkan lebih masa buat marketing secara agresif di platform yang lebih ramai permintaan iaitu melalui website yang selama ini beliau tak nampak. 

Beliau juga mula ambil pendekatan untuk nurture database pelanggan demi memastikan sekali pelanggan yang membeli akan datang membeli berkali-kali.  

Berjaya tingkatkan sales sebanyak 36%

Alhamdullilah sales bisnes beliau pada bulan Mei 2020 berjaya capai RM 220 ribu berbanding sebelum ikuti Hasbul Brothers jumlah salesnya hanya RM 80 ribu sebulan. 

Memang win-win situation, strategi marketing yang diperoleh dari seminar Hasbul Brothers dah bantu tingkatkan jualan. Cashflow dah cantik, sales dah power barulah boleh tingkatkan performance dari segi HR, finance dan operation pula. 

Akuinya, beliau teruja dengan pendekatan yang Hasbul Brothers ambil dengan tidak hanya bercerita fairy tales story dalam dunia bisnes tapi jujur bercerita mengenai kesusahan bisnes yang sebenar berbanding cerita yang indah-indah disajikan di luar sana. Hmmm, apa khabar cashflow bisnes anda pula?

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!