Apakah 1 (Ya, SATU!) masalah yang buat anda serabut kepala?
+ Dah cuba macam-macam teknik marketing, dah sign up macam-macam kelas tapi jualan tetap sendu, tak sama macam dahulu. Struggle yang anda alami sekarang lebih teruk daripada waktu anda bermula dahulu.
+ Dah guna pakai banyak teknik iklan, dah khatam banyak video dan e-book tapi kos iklan tetap meningkat. Kalau dahulu spend RM 10K dapat jualan RM 100K, sekarang nak capai RM 30K pun susah dengan kos iklan yang sama.
+ Serik dengan FB, cuba pula nasib di IG, banyak giler bayar Instafamous untuk review produk tapi sales tetap krik-krik. Duit hangus macam tu jer. Pulangan langsung tak berbaloi.
+ Dah berusaha untuk menyimpan tapi masih gagal. Berniaga dah bertahun-tahun, tapi nak menyimpan RM 5K sebulan pun tak dapat. Makin lama berniaga makin susut duit simpanan. Pasangan dan keluarga terdekat pula makin hilang kepercayaan kepada kita sebab bisnes asyik tak menjadi jer.
+ Stress pesaing asyik main harga, jual produk sama tapi dengan harga lebih murah. Makin ramai pelanggan mula curang kepada anda. Tambahan pula, terpaksa berlawan dengan pesaing-pesaing di Shopee dan Lazada.
Pernah tak anda terfikir “Sampai bila nak kita nak hadap masalah ni?”.
“Nak tunggu 2-3 tahun? “
Tolonglah jangan cakap,
“Tengoklah macam mana nanti.”
BAHAYA! Tak kan nak tunggu bisnes dah jatuh teruk sampai tak ada sales, anda mula panik cari jalan penyelesaian?
Dalam dunia sekarang ini, tiada perkara tiba-tiba datang berlaku. Tiada perubahan akan berlaku dengan ajaib. Ia mula berlaku dari apa yang kita usaha sendiri.
Saya tahu apa perasaan bila hadapi situasi macam ni..
Bayangkan, pada satu ketika…
Bisnes anda berkembang dengan baik. Apa yang dirancang berjalan dengan sempurna. Bisnes yang bermula dari rumah, mula berpindah ke pejabat. Anda mula nampak potensi dan peluang.
Dari hanya 1 orang staf, hinggalah punyai puluhan orang staf yang 100% komited untuk bantu bangunkan bisnes bersama.
Dari hanya impian mahu jadikan sebagai extra income, siapa sangka, ia menjadi satu bisnes yang mampu anda banggakan. Rakan-rakan anda mula bercerita tentang kejayaan anda. Mak ayah tumpang bangga dan ucapkan tahniah atas penat lelah anda.
Cerita anda bukan hanya menjadi tumpuan orang sekeliling, wakil media, surat khabar, majalah-majalah secara tiba-tiba hubungi anda untuk paparkan kisah kejayaan di dada akhbar.
Perasaan anda masa itu hanya Allah yang tahu.
Syukur dan gembira bukan kepalang!
Satu demi satu ujian datang tak diundang…
Tiada siapa yang sangka, bisnes yang sedang rancak berkembang, tetapi secara tak sedar, mula menunjukkan keadaan merungsingkan.
Satu demi satu perkara terjadi tak seperti yang dirancangkan..
+ Staf datang dan pergi. Penat-penat anda latih, mereka curang dan tiba-tiba berhenti. Ada sebahagian staf yang pada peringkat mula okay akhirnya memilih jalan keluar juga akibat dipengaruh oleh staf yang bermasalah.
+ Pelanggan makin ramai hilang, curang dan beralih ke pesaing. Lambakan produk yang sama dengan produk anda buat anda panik. Ada yang jual murah. Ada yang tiru 100% pun ada. Tukar nama sahaja. Aduh!
+ Kos iklan makin mahal. Dahulu labur RM50 sehari dapat sales RM500. Sekarang spend RM50, RM100 pun belum tentu sampai.
+ ‘Lembaga’ yang paling ditakuti oleh usahawan tiba-tiba menjengah bertanya khabar. Hanya wakilkan dengan seutus surat, memohon anda untuk ‘declare’ pendapatan yang anda terima sejak berniaga 5-7 tahun lepas. Yang memeningkan anda, semua rekod tak pernah disimpan
Kadang-kadang, moral down dan rasa semua tak kena.
Sedikit sebanyak, sebenarnya situasi ini buatkan anda mudah untuk rasa down. Rasa stress dan tertekan.
Lebih-lebih lagi, fikirkan tanggungan, bil, ansuran kereta dan rumah yang anda sempat ‘upgrade’ masa bisnes mula naik dahulu.
Sampai bila anda nak bertahan?
Keadaan jadi lebih teruk apabila hutang mula sangkut. Supplier, kilang mula call minta anda bertanggungjawab. Anda pula sudah berkali-kali tolak panggilan dari bank yang meminta anda selesaikan tunggakan bayaran kereta dan rumah. Silap haribulan, kereta idaman anda pun kena tarik dan rumah bakal dilelong.
Kawan-kawan pun ada yang beri sokongan. Ada juga yang tak faham.
Kawan-kawan mula cakap “Aku dah cakap dah dulu, kau degil nak buat bisnes.
Ada kawan mula tudingkan jari kepada anda. Dari awal lagi mereka tak setuju anda buat bisnes. Ketika inilah mereka tiba-tiba muncul , mula tunjuk pandai dan apa yang mereka pesan sebelum ini adalah benda yang betul.
Hakikatnya, masa itulah anda benar-benar kenal, siapa kawan sebenar dan siapa kawan yang hilang dan senyap sepi bila anda hadapi kesusahan.
Pergi seminar pun tak dapat selesaikan masalah ini.
Terus terang saya cakap, kadang-kadang, kita pergi seminar pun tak dapat selesaikan masalah ini.
Sebab?
Konsep seminar hanya fokus kepada content-content dan modul-modul yang sudah dirancang oleh pihak penganjur.
Kadang-kadang, tiada peruntukan masa untuk soal jawab dengan peserta sebab hanya fokus content yang mahu disampaikan. Biasalah tu!
Ya, jangan salahkan penganjur. Kita perlu tahu jalan penyelesaian yang betul.
Apa kata anda beri peluang kepada diri buat kali terakhir?
Saya nak anda beri perhatian sepenuhnya kerana saya tidak tahu berapa lama tawaran ini akan habis.
Saya tahu mungkin anda berkata kepada diri “Saya dah cuba pergi macam-macam seminar, tapi semuanya tak berhasilpun. Akhirnya saya masih dengan masalah ini sampai sekarang!”
Jangan risau. Anda telah datang ke tempat yang betul! Saya percaya ini satunya jalan penyelesaian yang anda cari selama ini.
Sebab itu kami ingin perkenalkan kepada anda…
Lokasi: SACC Shah Alam
Tarikh : 28 Julai 2019
Jam : 8.00 pagi – 6.00 petang.
Yuran : PERCUMA! (Terhad 250 perserta sahaja)
Setelah hampir 10 tahun kami bekerjasama dengan pemilik bisnes, ejen ataupun stokis, banyak yang kami sedar tentang senario dan belenggu yang sering dihadapi oleh usahawan.
Pelbagai kesusahan, keperitan yang mereka hadapi tapi tidak didendangkan.
Kami faham situasi anda, siapa pun pernah berada didalam situasi yang sukar. Kecewa, penat, dan stress yang melampau namun hasil masih tidak nampak.
Segala ketakutan menghantui diri, takut rugi, takut nak bermula, takutkan persaingan. Hentikan dari terus berfikir seperti itu!
Kami percaya adalah satu tindakan tepat apabila anda buat keputusan dan beri peluang kepada diri sendiri untuk hadir ke program Business Accelerator Masterclass untuk kami bimbing dan tunjukkan jalan bagaimana untuk memulakan bisnes, mengembangkan bisnes dan membina semula bisnes yang telah jatuh.
Kami berdoa semoga ada dibukakan hati dan diberi kemudahan untuk hadir dan nilai sendiri perkongsian kami.
Alhamdulillah kami bersyukur kerana diberi peluang untuk membimbing usahawan yang masih lagi buntu untuk bermula sehingga dapat bermula dengan betul, tak ambil masa yang lama untuk capai jualan RM 30K hingga RM 100K sebulan.
Kami juga dapat bantu usahawan yang terkial-kial di tahap sama walaupun sudah lama berniaga sehingga dapat pecah rekod jualan tertinggi yang mereka tidak pernah capai sebelum ini, berjaya capai simpanan syarikat sehingga ratusan ribu ringgit yang mereka sendiri tak pernah rasa selama berniaga sebelum ini.
Alhamdulillah ramai juga usahawan yang sedang mengalami kegagalan yang teruk, kesempitan hidup,dan hutang keliling pinggang berjaya kami bantu sehingga mereka capai jualan RM 300K hingga RM 500K sebulan bangkit semula sehingga berjaya langsaikan hutang-hutang tertunggak dan lebih jelas hala tuju untuk berkembang 7 hingga 10 tahun akan datang.
Kami akan kongsikan secara telus case studies, proven result anak didik kami dalam program ini supaya tuan puan boleh terus apply pada bisnes masing-masing.
Tuan Amnan Fakri – Taman Apple Cameron Highlands
Satu kisah yang boleh kami kongsikan di sini, bagaimana bisnes Tuan Amnan Fakri – pengusaha restoran Taman Abang,Cameron Highland mengalami peningkatan drastik lebih 100% setelah gunakan formula yang kami sediakan khas untuk bisnes beliau.
Daripada bekerja seorang diri, penat dan tiada hala tuju jelas, kini beliau punyai puluhan pekerja dan menjana jualan sehingga RM 500K sebulan terutama pada musim cuti sekolah.
Tuan Burhanuddin – Pengasas Ijmal
Antara pencapaian lain yang boleh saya kongsikan adalah kisah kejayaan Tuan Burhanuddin membangun bisnes kasut wanita jenama Ijmal.
Pada suatu ketika, bisnes beliau “stuck” pada satu angka jualan iaitu RM 30K sebulan
Setelah segera bertindak untuk buat semua yang dipelajari, jualan beliau melonjak sehingga RM 100K ke atas sebulan, daripada bermula dari rumah berdua bersama isteri sehingga berpindah ke premis dan mempunyai 10 orang ahli pasukan.
Tuan Iylia Fahmi – PinkboxCereal
Tuan Iylia founder jenama PinkBoxCereal juga antara anak didik kami yang telah berjaya mencipta nama dalam dunia bisnes kecantikan.
Melalui tunjuk ajar kami, beliau belajar bagaimana untuk menembusi pasaran lebih luas dan berikan ‘customer experience’ sehingga mampu membina raving fans yang membeli berkali-kali. Dengan menggunakan 100% pembelian melalui laman web (tanpa sales team)
Beliau berjaya capai jualan 6 angka secara konsisten setiap bulan dan sehingga jenama beliau ‘shortlisted’ dalam Malaysia Top 80 E-commerce Merchant 2018 sebaris dengan jenama ternama yang lain.
Puan Rohaiza – Debelleza SPA
Tidak lupa juga akan kisah Puan Rohaiza merupakan pemilik bisnes Dbelleza Spa di Kuala Terengganu. Bisnes beliau hampir tutup sebelum bertemu kami kerana kesilapan beliau dalam pengiraan kos bisnes dengan betul serta menguruskannya dengan baik. Beliau tidak jelas bagaimana nak jadikan spa beliau menjadi pilihan wanita di Kuala Terengganu. Jualan ketika itu sekitar RM 3000 ke RM 5000 sahaja sebulan. Terpaksa ‘top up’ duit simpanan dan gadai tanah milik beliau untuk ‘cover’ kos operasi.
Kini beliau berada di landasan yang betul dengan jualan RM 50K ke RM 70K sebulan dan mampu menarik ramai pelanggan walaupun harga servisnya lebih mahal daripada pesaing yang lebih lama bertapak.
Ada juga di antara anak didik kami yang dulunya mula putus harapan bila tahap jualan sangat teruk selama bertahun-tahun. Setelah bertalaqi bersama kami akhirnya jualan yang dulunya menurun kini meningkat dengan konsisten dan berterusan.
Kedai kek milik Tuan Taufik Latef dahulunya kecil dan setelah 3 bulan akhirnya beliau dapat upgrade kepada kedai yang lebih luas dan selesa,jualan meningkat daripada RM 20K sebulan kepada RM 90K sebulan setelah bertahun-tahun bisnes beliau berada dalam keadaan jualan yang sangat teruk, tidak mampu untuk bayar kos operasi bulanan dan tiada simpanan syarikat.
Tuan Taufiq Latef – ZBC Bakery
Tidak kurang hebatnya juga anak muda Tuan Azim yang kini telah berjaya membuka 6 cawangan Kasi Clean sekitar semenanjung dalam masa kurang 1 tahun bersama kami.
Jika dahulunya beliau melakukan semua kerja seorang diri dan menyebabkan bisnes beliau gagal berkembang, namun setelah mendapat bimbingan kami, mindset beliau berubah dan ketakutan beliau untuk mengambil staf terpadam.
Tuan Azim Samsuddin – Kasi Clean
Kini team beliau semakin berkembang seiring dengan perkembangan bisnes dan beliau lebih berani untuk melakukan aktiviti marketing yang lebih agresif.
Kami percaya anda adalah usahawan seterusnya untuk capai ‘level’ kejayaan seperti mereka.Tapi impian tanpa tindakan hanyalah angan-angan. Beri peluang pada diri untuk hadir ke Business Accelerator Masterclass dan kami doakan tindakan tersebut menjadi ‘turning point’ untuk anda ubah nasib hidup, bawa bisnes ke tahap 10 kali ganda lebih baik dan ia menjadi titik tolak kepada anda untuk capai lebih banyak kejayaan.
Ini bukan seminar duduk dan salin nota sahaja…
Ini bukan seminar ‘typical’ yang pernah anda hadir selama ini.
Dan ia memang bukan berkonsepkan seminar.
Ia adalah sesi LIVE Soal Jawab bersama Hasbul Brothers.
Setiap peserta diberi peluang untuk bertanya 1 soalan/masalah yang anda nak kami selesaikan.
Direct solution.
Dan sebab itu kami tak nak dan tak sanggup untuk buka ramai penyertaan. Hanya 250 orang terawal sahaja.
Kami pun tak nak buang masa anda dengan kongsikan topik yang bukan boleh selesaikan masalah anda.
Dan anda juga berpeluang untuk mendengar jawapan dari soalan peserta lain yang mungkin antara masalah yang serabutkan kepala anda juga.
Anda boleh terus serabut kepala fikirkan masalah yang berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun atau anda beri peluang kepada diri menjadi sebahagian dari 250 peserta yang mahu ditunjukkan jalan betul untuk keluar dari masalah.
Bagi menjaga kualiti dan beri ruang secukupnya pada peserta untuk bertanya, kami terpaksa membuka peluang terhad kepada 250 orang sahaja. Klik button daftar dibawah, sekarang