March 19, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan! Majikan Wajib Tahu 3 Perkara Ini Semasa COVID-19

Apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, saya yakin banyak bisnes yang terkesan. Terutamanya yang mempunyai ratusan staff.  Perintah Kawalan Pergerakan ini bertujuan sebagai salah satu langkah kawalan pergerakan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Disebabkan itu, banyak syarikat terutama syarikat kecil yang terkesan dalam situasi ini. Jadi, kali ini saya akan kongsikan 3 perkara pemilik bisnes wajib tahu tahu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

 

#1- Position kan diri sebagai seorang ketua yang bagus

Dalam situasi sebegini, anda sebagai majikan syarikat adalah sangat penting untuk kekal tenang. Position kan diri anda sebagai seoarang ketua yang bagus dan tidak mudah panik. Ini kerana, apabila anda sendiri sebagai majikan tidak mampu kekal tenang dalam situasi sebegini, ini akan menyebabkan  staf juga risau dengan kedudukan mereka di dalam syarikat. Perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk mengawal keadaan adalah berkomunikasi dengan cara baik bersama staf. Kumpulkan semua staf dan terangkan satu-persatu keadaan sebenar yang berlaku.

Di dalam situasi krisis ini saya nasihatkan agar pemilik bisnes perlu berterus-terang pada diri sendiri dan juga staf tentang situasi sebenar dan apa tindakan yang syarikat boleh lakukan. Apakah perancangan dan tindakan sesuai yang boleh dilaksanakan. Di sinilah tahap cara pemikiran anda secara kritikal akan diuji. Majikan adalah pemikir dalam syarikat tetapi staf adalah penggerak syarikat. Jadi, anda perlu kepercayaan yang tinggi kepada staf agar staff juga percaya kepada kredibiliti anda sebagai seorang ketua.

 

#2- Pastikan staff sentiasa on-track

Isu Covid-19 ini telah memberi impak kepada ekonomi negara sekaligus menyebabkan bisnes ada krisis kewangan. Oleh itu, anda perlu tahu cara pengurusan risiko yang betul. Dari sudut pengurusan HR, kewangan dan juga cara pemasaran sesuai untuk pastikan bisnes mampu survive. Disarankan untuk anda  fokus pada perkara yang boleh dikawal seperti tugas-tugas yang boleh dilakukan staf. Disebabkan itulah saya menyarankan majikan untuk bersikap lebih terbuka kepada staf dengan memberitahu perancangan syarikat dalam jangka masa panjang dan pendek supaya mereka juga peka dengan apa yang mereka boleh lakukan.

Hasbul Brothers sendiri turut mengalami perkara yang sama dimana pihak kami perlu menangguhkan  Seminar GYB yang telah didaftar oleh 900 orang peserta. Jadi, itu tidak bermakna pihak saya perlu menutup atau menghentikan segala operasi syarikat semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Sebaliknya, saya fokus kepada inisiatif lain seperti mengadakan kelas di atas talian.

 

#3- Rujuk Akta Kerja 1955

Buat sementara waktu ini tiada arahan yang jelas daripada Jabatan Tenaga Kerja tentang kedudukan staf di dalam syarikat. Ia tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci sama ada syarikat perlu beri cuti tanpa gaji, pengurangan gaji atau sebagainya. Saya percaya ramai pemilik bisnes yang buntu memikirkan isu pemberian gaji kepada staf memandangkan operasi bisnes sedang tergendala.

Salah satu cara yang saya boleh sarankan adalah berbincang dengan staf untuk mereka mohon cuti tanpa gaji secara sukarela. Saya tekankan sekali lagi ianya perlu dilakukan dengan sukarela bukan memaksa. Itu semua atas budi bicara majikan dengan staf dan juga cara majikan negotiate dengan mereka. Di dalam Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 juga ada menyatakan langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan pemberhentian pekerja. Antara langkah-langkah yang wajar diambil ialah:

  • Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off)
  • Mengurangkan gaji pekerja (pay-cut)

2 perkara ini juga harus dilakukan dengan kaedah perbincangan bersama staf agar hubungan antara majikan dan staf kekal harmoni dan tiada salah faham yang akan berlaku.

Cara terakhir yang boleh dilakukan adalah mengurangkan jumlah pekerja. Cara ini khusus kepada syarikat yang sedang mengalami kemerosotan dalam perniagaan. Sebolehnya kita elakkan pembuangan pekerja kerana ia akan jatuhkan prestasi syarikat secara tidak langsung. Jika tindakan ini terpaksa diambil maka ia harus dilakukan dengan cara yang betul. Majikan boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja yang boleh diperolehi di laman sesawang JTKSM iaitu http://jtksm.mohr.gov.my

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.